Anda di halaman 1dari 7

PROGRAM MINGGU MATEMATIK

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SK KAUNG
PETI SURAT 97,
KOTA BELUD, SABAH

KERTAS KERJA
PROGRAM
MINGGU MATEMATIK
2022

TARIKH :
25-29 APRIL 2022
ANJURAN:
PANITIA MATEMATIK
SK KAUNG
2022
PROGRAM MINGGU MATEMATIK
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KERTAS KERJA

PROGRAM MINGGU MATEMATIK

SK KAUNG KOTA BELUD SABAH

1. PENDAHULUAN

Sejajar dengan misi kementerian Pelajaran Malaysia iaitu “Membangun Potensi


Individu Melalui Pendidikan Berkualiti”, Panitia Matematik SK Kaung mengambil
inisiatif menganjurkan program “Minggu Matematik” yang melibatkan semua murid dari Tahun
1 hingga Tahun 6. Program ini dirangka untuk mengembangkan minat pelajar dalam
meningkatkan pemahaman dan penguasaan mereka terhadap Matematik melalui pelbagai
aktiviti matematik yang menarik dan menyeronokkan. Seterusnya program ini diharap dapat
membudayakan Matematik dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu pelbagai aktiviti
disusun ke arah mencapai matlamat tersebut.

2. RASONAL

Program Minggu Matematik ini merupakan satu program yang dijalankan untuk
meningkatkan pemahaman dan minat murid terhadap mata pelajaran Matematik yang sering
dianggap subjek yang membebankan dan susah untuk dikuasa oleh murid-murid. Program ini
dirancang ekoran pencapaian tahap penguasaan dalam Pentaksiran Bilik Darjah lalu yang
kurang memuaskan, khasnya mata pelajaran Matematik. Berdasarkan analisa dan
pemerhatian yang dilakukan, didapati kebanyakan murid tidak mempunyai asas yang kukuh
dalam penguasaan fakta asas matematik ( tambah, tolak, darab dan bahagi). Masalah ini,
memberi kesan kepada murid untuk menyelesaikan soalan-soalan matematik. Lantaran itu,
Panitia Matematik merancang untuk menjalankan program ‘ Minggu Matematik’ agar timbul
kesedaran dikalangan murid bahawa belajar Matematik adalah menyeronokkan seterusnya
meningkatkan penguasaan murid dalam mata pelajaran Matematik. Diharap program ini
memberi impak yang positif pada pencapaian murid dalam peperiksaan akan datang.
PROGRAM MINGGU MATEMATIK
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

3. MATLAMAT

Program Minggu Matematik adalah bertujuan menggalakkan murid-murid untuk


menguasai mata pelajaran Matematik, meningkatkan pemahaman dan mengaplikasi segala
ilmu dan kemahiran yang diperolehi daripada program ini agar prestasi pencapaian mereka
dalam mata pelajaran Matematik meningkat. Penglibatan murid-murid dalam program ini juga
diharap dapat meningkatkan motivasi dikalangan guru-guru untuk menjalankan pelbagai
aktiviti yang berbentuk akademik yang mampu menarik minat murid untuk melibatkan diri
dalam proses pengajaran dan pembelajaran ke arah perkembangan pendidikan murid-murid
yang lebih seimbang pada masa akan datang.

4. OBJEKTIF

 Mengaplikasikan segala ilmu dalam kelas bagi meningkatkan pemahaman dalam


Matematik

 Mensasarkan peningkatan peratus dan tahap penguasaan purata bagi mata pelajaran
Matematik pada Pentaksiran Bilik Darjah akan datang.

 Menimbulkan minat murid dalam Matematik dan membudayakan Matematik dalam


kehidupan seharian.

 Menguji kemahiran murid dalam Matematik.

5. Teras PIPP :
 Teras 2- Membina Modal Insan

6. KUMPULAN SASARAN

 Murid-murid Tahap Satu dan Tahap Dua SK Kaung.

7. PELAKSANAAN

Tarikh : 25 hingga 29 April 2022

Hari : Isnin hingga Jumaat

Tempat : SK Kaung
PROGRAM MINGGU MATEMATIK
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

8. JAWATANKUASA INDUK PROGRAM MINGGU MATEMATIK

Penasihat : En. Jimri Santi (Guru Besar)


Pengerusi 1 : Pn. Musili Songkuling (GPK Kurikulum)
Penyelaras : Pn. Nancy Laniam Chan(Ketua Panitia Matematik)
Setiausaha : En. Vincent Dumat
Ahli Jawatankuasa : Semua Guru Matematik

9. JAWATANKUASA PELAKSANA

Kertas Kerja : Pn. Nancy Laniam Chan

Hadiah : Semua Guru Matematik

Juruacara : Pn. Ablin Dumat

Dokumentasi : En. Vincent Dumat

: Guru Matematik

10. JADUAL PELAKSANAAN

TARIKH/HARI MASA AKTIVITI TINDAKAN TEMPAT

 Majlis Pelancaran Tapak


25 April 2022 7.10 pagi - 7.40 Pn. Nancy Laniam perhimpunan
 Taklimat tentang minggu
( ISNIN ) pagi Matematik Chan

 Bengkel Bijak Sifir Tahap 2 - Pn. Nancy Bilik Darjah


(Jadual Pelbagai Guna) Laniam Chan
26 April 2022 7.10 pagi - 12.30
( Tahun 2,3,4,5 & 6) Tahun 3- En. Vincent
( SELASA ) tgh
 Bengkel Bijak Angka Dumat
(Tahun 1) Tahun 1-2 - En.
PROGRAM MINGGU MATEMATIK
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Geofrey Magaran

Pemulihan - Pn.
Ablin Dumat

Tahap 2 - Pn. Nancy Bilik darjah


Laniam Chan
 Bengkel Fakta Asas M3
Tahun 3- En. Vincent
(Tambah,Tolak,Darab
27 April 2022 7.10 pagi - 12.00 Dumat
dan Bahagi )
( RABU ) tgh Tahun 1-2 - En.
Geofrey Magaran

Pemulihan - Pn.
Ablin Dumat

Tahap 2 - Pn. Nancy Sekitar


Laniam Chan Sekolah &

Tahun 3- En. Vincent Dewan

28 April 2022 7.10 pagi- 12.30  Kuiz & Rekreasi Dumat


( KHAMIS ) ptg Matematik Tahun 1-2 - En.
Geofrey Magaran

Pemulihan - Pn.
Ablin Dumat

 Mathematics Clever Bilik Darjah


(Tahap 1)
29 April 2022 7.10 pagi - 11.30 Semua Guru
 Mathematic Explorace
( JUMAAT ) pagi matematik
(Tahap 2)

 Majlis Penutupan

* Aktiviti dijalankan semasa PDP mata pelajaran Matematik kecuali hari Jumaat
dilaksanakan sepanjang PDP.
PROGRAM MINGGU MATEMATIK
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

11. SUMBER KEWANGAN

 PCG Panitia Matematik

12. ANGGARAN KOS

Bil Perkara Kos Perbelanjaan

1. Hadiah Pertandingan Kuiz dan Tahun 1 : 3 orang x RM 3 = RM 9.00


Rekreasi Matematik Tahun 2 : 3 orang x RM 3 = RM 9.00

Tahun 3 : 3 orang x RM 3 = RM 9.00

Tahun 4 : 3 orang x RM 3 = RM 9.00

Tahun 5 : 3 orang x RM 3 = RM 9.00

Tahun 6 : 3 orang x RM 3 = RM 9.00

Pemulihan : 3 orang x RM 3 = RM 9.00

2. Hadiah Explorace Mathematics Tempat Pertama : 6 orang x RM 5 = RM 30.00


& Clever Math Tempat Kedua : 6 orang x RM 4 = RM 24.00

Tempat Ketiga : 6 orang x RM 3 = RM 18.00

Pemulihan : 3 orang x RM 3 = RM 9.00

3. Dokumentasi = RM 50.00

JUMLAH = RM194.00
PROGRAM MINGGU MATEMATIK
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

13. Penutup

Secara keseluruhannya, diharapkan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya serta
mendapat kerjasama padu dari semua guru dan mencapai objektif yang telah ditetapkan
untuk kecemerlangan murid.

Disediakan Oleh ,

__________________________

( NANCY LANIAM CHAN)

Ketua Panitia Matematik


SK KAUNG

Disemak oleh,

__________________________

(MUSILI SONGKULING)

Penolong Kanan Kurikulum


SK KAUNG

Disahkan Oleh,

____________________

(JIMRI SANTI )

Guru Besar,
SK KAUNG

Anda mungkin juga menyukai