Anda di halaman 1dari 3

SEK.MEN. KEB.

MAMBAU,
SEREMBAN , NEGERI SEMBILAN
-------------------------------------------------------------------------------------------

KERTAS KERJA
BENGKEL TEKNIK MENJAWAB
MATEMATIK KERTAS 1 DAN KERTAS 2 SPM
TAHUN 2020

TARIKH : 03 OKTOBER 2020


TEMPAT : SMK MAMBAU

SASARAN :
CALON SPM SERAMAI 146 ORANG

ANJURAN :
PANITIA MATEMATIK SMK MAMBAU

1
BENGKEL TEKNIK MENJAWAB
MATEMATIK SPM KERTAS 1 DAN 2

1.0 PENGENALAN

Pelajar adalah aset penting dalam sesebuah negara. Pelajar hari ini adalah gambaran
atau manifestasi bakal-bakal pemimpin yang akan menerajui kepimpinan negara ini. Oleh itu
adalah menjadi tanggungjawab semua pihak meliputi ibubapa, guru-guru dan pentadbiran
sekolah berusaha bersama-sama mengembeling tenaga membantu melahirkan pelajar-pelajar
yang cemerlang dari segenap aspek sama ada akademik, sahsiah dan spiritual yang mampu
bersaing di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

2.0 RASIONAL

"Hendak seribu daya, Mahu seribu cara". Untuk memperolehi sesuatu yang
bernilai, kita perlu melakukan pelbagai usaha dan memikirkan pelbagai cara sehingga sesuatu
yang bernilai itu dapat dicapai. Berbekalkan ungkapan ini, sudah menjadi tanggungjawab
pihak sekolah menyediakan pelbagai program untuk merealisasikan cita-cita pelajar, ibu bapa
dan warga sekolah.

Bengkel Teknik Menjawab SPM ini dilihat sebagai salah satu usaha untuk
membantu pelajar khususnya pelajar SPM. Program ini dilaksanakan untuk memberi
pendedahan saat-saat akhir menjelang SPM kepada pelajar SPM 2020 tentang teknik serta
strategi menjawab soalan peperiksaan. Program ini akan melibatkan tenaga pengajar dan
penceramah berpengalaman sama ada dalam atau luar organisasi.

3.0 MATLAMAT

Program ini bertujuan untuk memberi keyakinan kepada pelajar dalam menjawab
peperiksaan dan memangkin semangat bersaing dalam kalangan mereka. Pendedahan teknik
menjawab secara langsung ini, juga diharapkan dapat meningkatkan lagi prestasi murid dalam
peperiksaan SPM dengan menambah jumlah pelajar yang mendapat ‘straight’A ke atas.

4.0 OBJEKTIF

1. Menimbulkan kesedaran dalam kalangan pelajar supaya berusaha bersungguh-sungguh


untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2020
2. Memberi pendedahan kepada pelajar SPM tentang teknik-teknik terkini dalam menjawab
soalan-soalan peperiksaan dengan betul dan tepat.
3. Memotivasikan pelajar untuk mengubah sikap yang negatif kepada positif dalam
mencapai kejayaan.
4. Mewujudkan semangat kerjasama antara pelajar, guru dan pihak sekolah.

5.0 KUMPULAN SASARAN


2
Pelajar tingkatan 5 seramai 146 orang.

6.0 TARIKH PELAKSANAAN

03 OKTOBER 2020

7.0 TEMPAT

SMK MAMBAU

8.0 KAEDAH PELAKSANAAN

Berbentuk aktiviti perbengkelan diselitkan dengan sedikit ceramah motivasi.

9.0 JAWATANKUASA

Rujuk Lampiran

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Rujuk Lampiran

11.0 PENUTUP
Adalah diharapkan program yang dirancang ini akan dapat berjalan dengan lancar
serta mencapai objektif yang ditetapkan. Untuk ini kerjasama dan komitmen yang tinggi
daripada semua pihak amat diperlukan untuk menjayakannya.

Disediakan oleh, Disemak dan disahkan oleh,

………………………………………… ………………………….
( PUVANESWARY A/P RANGGASAMY) ( HJH SALWATI BT SETIA)
Ketua Panitia Matematik Pengetua SMK Mambau
SMK Mambau

Anda mungkin juga menyukai