Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN HERMANUS ASSAN,

SG. SERA 97100 SEBAUH, SARAWAK.

KERTAS KERJA
BULAN MATEMATIK

Anjuran :

PANITIA MATEMATIK SK HERMANUS ASSAN

Tarikh :

5 – 16 September 2022

Tempat :

SK HERMANUS ASSAN
1.0 PENGENALAN

Minggu Matematik diadakan bagi membuka ruang kepada semua murid untuk
memahami dan menghayati mata pelajaran Matematik. Program ini bertujuan
untuk melahirkan murid yang kreatif dan berinovatif dalam bidang Matematik.
Selain itu, program ini cuba mencungkil bakat dan minat pelajar dalam bidang
Matematik.
Justeru, bagi memastikan semua lapisan murid mendekati bidang ini dengan
lebih mesra, Minggu Matematik diadakan. Harapan program ini agar murid-murid
akan bersedia membuka minda dan menerima pengajaran dan pembelajaran
Matematik dengan lebih baik daripada sebelumnya.

2.0 Objektif Program

2.1 Membuka minda murid bahawa Matematik adalah fenomena yang


berlaku di sekeliling mereka.
2.2 Menyedarkan murid bahawa matematik adalah pelajaran yang
menyeronokkan di samping mencabar minda.
2.3 Mencungkil bakat kepantasan menyelesaikan masalah semasa
pertandingan.
2.4 Menarik minat murid supaya memberi lebih tumpuan semasa PdPC
Matematik di dalam kelas.
2.5 Membuka peluang meneroka alam matematik di luar bilik darjah
melalui pertandingan dan permainan.
2.6 Melatih murid-murid mencari informasi berguna semasa terlibat di
dalam aktiviti yang dianjurkan.

3.0 PENDAPATAN / SUMBER-SUMBER KEWANGAN

Pendapatan atau sumber kewangan untuk melaksanakan program ini adalah


melalui peruntukkan dari Bantuan Kokurikulum Sekolah.

5.0 TEMPAT

Tempat yang dicadangkan ialah di SK Hermanus Assan, Sebauh.


6.0 TARIKH / HARI

Tarikh yang dicadang untuk pelaksanaan adalah dari 5 – 16 September 2022.

7.0 MASA / TEMPOH

Program akan dijalankan di dalam kelas dalam waktu Matematik.

8.0 BILANGAN PESERTA

Semua murid SK Hermanus Assan dari Tahun 1 hingga Tahun 6.

9.0 TENTATIF PROGRAM

HARI AKTIVITI TINDAKAN

(Hari Pertama) a) Kuiz Pantas Mengira Semua guru


 Tahap 1 dan 2 Panitia Matematik

(Hari Kedua) a) Pertandingan Membina Blok 3D Semua Guru


 Tahap 2 Panitia Matematik
b) Pertandingan Mewarna
 Tahap 1
(Hari Ketiga) a) Kuiz Sifir Guru Matematik
 Tahap 2 Semua Kelas
b) Pertandingan Meneka Berat,
Panjang dan Isipadu
 Tahun 1
(Hari Keempat) a) Kuiz Pintar Kewangan Guru Matematik
 Tahap 1 dan tahap 2 Semua Kelas
(Hari Kelima) a) Perasmian Penutup Minggu
Matematik dan Penyampaian
hadiah
10.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA

JAWATANKUASA CATATAN
PENASIHAT EN. IBRAHIM BIN HJ. SETOK
(GURU BESAR)
PENGERUSI EN. ABU BAKAR ASH’EARI BIN BUJANG
(GURU PK PENTADBIRAN)
NAIB PENGERUSI EN. ROLAND ANAK GUMBANG
I (GURU PK HEM)
NAIB PENGERUSI EN. NOR AZHAN BIN AB. SAMAD
II (GURU PK KOKURIKULUM)
PENYELARAS CIK NUR AZREEN ILYANI BINTI NOR’AZIMAN KESELURUHAN
(KETUA PANITIA) PROGRAM
SETIAUSAHA & PUAN DOUVISLYNDA ANAK SUMOL
DOKUMENTASI
BENDAHARI PN. LINKAN ANAK GUANG BAJET &
PERBELANJAAN
PENYELARAS EN. MOHD FIRDAUS BIN SALASA MENYEDIAKAN
AKTIVITI EN. MUHAMMAD MUSTAQIM BIN KHALID PERALATAN &
CIK GORETTI ANAK SAMEH PERJALANAN
EN. JAME ANAK MUYAN AKTIVITI
EN. MOHD NORAZMAN BIN ABD RASHID
AJK KHAS EN. HOCKMA BIN PUTRA  KAWALAN
CIK ROSELIND LALAI ANAK JUGAM KELAS
PN. DARLYNE ANAK BANDAU  PENYEDIAAN
PN. SELINA ANAK ENTALANG BAHAN
PN. ITA
11.0 PERBELANJAAN

BIL. PERKARA HARGA SEUNIT BILANGAN UNIT JUMLAH


1. Hadiah peserta
a. Kuiz Pantas Mengira RM 12.00 18 RM 216.00
b.Membina Blok 3D RM 12.00 9 RM 108.00
c. Pertandingan Mewarna RM 12.00 9 RM 108.00
d.Kuiz Sifir RM 12.00 9 RM 108.00
e.Pertandingan Meneka
Berat, Panjang dan
Isipadu RM 12.00 9 RM 108.00

f. Kuiz Pintar Kewangan RM 12.00 18 RM 216.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 864.00

12.0 PENUTUP
Bulan Matematik ini diharapkan tidak akan berhenti bersama majlis penutup.

Kami akan berusaha supaya aktiviti-aktiviti sepanjang minggu ini akan memberi

kesan positif di dalam diri murid-murid yang aktif mengambil bahagian dan juga yang

memberi khidmat bersama guru-guru. Dengan sokongan dan sumbangan pihak

pentadbir kami berharap prestasi Matematik sekolah ini akan meningkat dengan

lebih baik lagi. Perancangan telah dilakukan dengan teliti dan merangkumi

perancanaan aktiviti dan juga bajet yang sangat membantu kelancaran keseluruhan

program. Ahli Jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan juga merupakan di

kalangan mereka yang berkaliber dan bersesuaian dengan tugasan dan kemahiran

masing-masing.
11. ULASAN GURU BESAR
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

________________________________ ______________________________
(NUR AZREEN ILYANI BIN NOR’AZIMAN) (ABU BAKAR ASH’EARI BIN
BUJANG)
Ketua Panitia Matematik Guru PK Pentadbiran,
SK Hermanus Assan, Sebauh SK Hermanus Assan, Sebauh

Diakui oleh ;

__________________
( IBRAHIM BIN HJ. SETOK )
Guru Besar,
SK Hermanus Assan, Sebauh.

Anda mungkin juga menyukai