Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN

BULAN PANITIA MATEMATIK SK LB JOHNSON

2022

Tarikh : 4 – 29 Julai 2022 2022


Penasihat : : Pn Pathiah binti Abd Hamid ( Guru Besar)
Pengerusi : En Muhamad bin Abdul Manap (GPK Kurikulum)
Naib Pengerusi 1 : Pn Zunaidah bt Mohamed Nazir (GPK HEM)
Naib Pengerusi 11 : En Wan Hairulnizam bin Wan Abu Bakar (GPK Kokurikulum)
Setiausaha : Pn Haniza bt Ibrahim (Ketua Panitia Matematik)
Bendahari : Cik Russaraliana bt Suli ( Setiausaha Panitia Matematik)
AJK : Semua Guru Matematik

BIL PERKARA BUTIRAN

1.0 Pengenalan Program ini dilaksanakan untuk memupuk minat dan


mengembangkan bakat murid-murid dalam kemahiran asas
Matematik. Selain itu, program ini juga dapat memberikan
pendedahan dan pengetahuan kepada murid-murid tentang
keseronokan apabila dapat menguasai asas Matematik.

2.0 Objektif 1)Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada murid-murid


dalam penguasaan asas Matematik.
2)Melahirkan individu yang berpengetahuan, berdisiplin, mampu
berdikari dan berkeyakinan diri.
3)Memberi peluang kepada murid-murid menunjukkan kebolehan
diri masing-masing.
4)Mempratikkan hubungan dan semangat bersaing secara sihat.

3.0 Kumpulan Semua murid SK LBJ


Sasar
4.0 Laporan Bulan Panitia Matematik telah dimulakan pada 4 hingga 29 Julai
Bertulis 2022 melibatkan semua murid aliran perdana SK LB Johnson.
Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah Puzzle Mematik
untuk murid Tahun 1, Roda Sifir untuk murid Tahun 2, Kotak Sifir
untuk murid Tahun 3, Silang Nombor untuk murid Tahun 4 dan 5
dan Tarsia untuk murid Tahun 6. Walaupun menghadapi
beberapa kekangan seperti bertembung dengan aktiviti lain ,
namun Bulan Panitia Matematik bagi tahun 2022 dapat
dilaksanakan sepenuhnya. Penyampaian hadiah kepada semua
pemenang telah disampaikan pada 18 Ogos 2022 oleh Guru
Besar dan Ketua Panitia Matematik.

5.0 Kekuatan 1) Murid-murid mempunyai pengetahuan sedia ada dalam


operasi asas Matematik.
2) Aktiviti dijalankan secara santai dan seronok di dalam kelas .
3) Aktiviti yang dijalankan menguji kemahiran murid-murid untuk
meningkatkan kecekapan dalam Matematik.

6.0 Kekangan / 1) Murid tidak dapat menggunakan masa dengan cekap semasa
Halangan aktiviti dijalankan.
2) Murid tidak membuat aktiviti yang diberi dengan bersungguh-
sungguh.
3) Beberapa murid tidak dapat mengikuti aktiviti yang dijalankan
kerana terlibat dengan aktiviti luar sekolah yang lain.

7.0 Cadangan 1) Memanjangkan tempoh masa bagi satu aktiviti.


Penambah- 2) Guru memberi bimbingan dan inspirasi kepada murid.
baikan

8.0 Penutup Semoga dengan adanya program ini, murid-murid dapat


mengaplikasikan segala ilmu dalam kelas bagi meningkatkan
pemahaman dalam Matematik selain menimbulkan minat murid
dalam mata pelajaran Matematik. Aktiviti-aktiviti yang diberi
sepanjang bulan ini diharap dapat menguji kemahiran murid-
murid dalam Matematik dan membudayakan Matematik dalam
kehidupan seharian .Akhir sekali, diharap murid-murid dapat
menggunakan peluang yang ada untuk mengasah kemahiran
matematik sekaligus meningkatkan prestasi sekolah dalam mata
pelajaran Matematik..

9.0 Disediakan oleh : Disemak oleh:

…………………………… …………………………
(RUSSALIANA BT SULI) (HANIZA BT IBRAHIM)
Setiausaha Panitia Matematik Ketua Panitia Matematik
SK LB JOHNSON SK LB JOHNSON

Disahkan oleh:

......................................................
( MUHAMAD BIN ABDUL MANAP)
Guru Penolong Kanan Kurikulum
SK LB JOHNSON

10.0 Lampiran
Lampiran lain :

https://drive.google.com/drive/folders/1Ov-
H4BdMWtqNCtdm51SG0tDTh9ZXqD3_?usp=sharing

https://drive.google.com/drive/folders/
1uMC8HF6d8Ph4Xq76PryocpMCDc5n1YG3?usp=sharing

Anda mungkin juga menyukai