Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN AKTIVITI PERSATUAN SAINS DAN MATEMATIK

NAMA PROGRAM: Persatuan Sains dan Matematik

TARIKH : 16.01.2019 hingga 21.08.2019

HARI / MASA : Setiap hari Rabu ( 2.30-3.30)

TEMPAT : Pusat Sumber

OBJEKTIF : Memberi pendedahan tentang Sains dan Matematik

SASARAN : Tahap 2 / 2019

BUTIRAN AKTIVITI : Guru telah memberi penerangan tentang topik

secara terperinci.

PENILAIAN PROGRAM : Meningkatkan bakat dan potensi para murid

dalam bidang sains dan matematik.

1.1 KEKUATAN PROGRAM : Aktiviti –aktviti yang dirancang telah dijalankan

mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

1.2 KELEMAHAN PROGRAM : Aktiviti Sains dan matematik ini agak lewat

dijalankan kerana murid lambat menghadiri

kelas.

1.3 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN : Pada tahun 2019 dicadangkan agar aktiviti

Sains dan Matematik ini dapat dijalankan pada

awal tahun bagi memantapkan lagi

pelaksanaannya.
LAPORAN KESELURUHAN PERSATUAN SAINS DAN MATEMATIK TAHUN
2019

Persatuan Sains dan Matematik memainkan peranan yang sangat tinggi dalam
meningkatkan penguasaan sains dan matematik dalam kalangan murid dan ia juga membantu
guru-guru dalam pengurusan kelas dari segi aspek penyediaan ABM untuk tujuan PdPc.

Guru – guru diberi latihan dalaman bagi penulisan ringkasan tentang mengajar
mengikut cara yang betul. Aspek-aspek yang perlu ada dalam ringkasan mengajar diberi
perhatian yang khusus. Hasilnya guru-guru dapat menulis Buku Rekod Pembelajaran dan
Pengajaran sepertimana yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pemantauan dibuat dari masa ke semasa pada waktu matapelajaran Sains dan
matematik oleh Guru Besar dan Guru Kanan Pentadbiran untuk memastikan PdPc berjalan
lancer sepertimana dirancangkan oleh guru-guru matapelajaran Sains dan Matematik. Guru-
guru juga dinasihatkan dan disarankan agar membuat dan menggunakan ABM yang canggih
dalam sesi pembelajaran dan pengajaran. Guru Persatuan Sains dan Matematik akan mengiring
guru besar dan guru kanan pentadbiran sewaktu pemantauan dibuat.

Minggu Sains dan Matematik juga diadakan mulai 18.03.2019 hingga 22.03.2019
dengan tujuan meningkatkan pemahaman murid dalam Sains dan Matematik. Berbagai
pertandingan diadakan bagi murid-murid tahap satu dan dua seperti Pertandingan Sudoko,
Mencipta Slogan Untuk Persatuan, Pertandingan Membuat Buku Skrap, Kuiz Sains dan
Matematik, Pertandingan menyebut sifir, dan Menghasilkan Insect Box.

Kekuatan

Aktiviti Persatuan Sains dan Matematik telah berjaya dijalankan mengikut perancangan
yang telah ditetapkan. Pelbagai aktiviti telah diatur dan mendapat sambutan yang
memberangsangkan daripada semua murid. Murid-murid yang mengambil bahagian
bersemangat untuk menjalankan aktiviti yang disediakan.

Kelemahan

Aktiviti Persatuan Sains dan Matematik ini agak lewat dijalankan kerana murid lambat
menghadiri kelas kerana pengurusan diri murid dalam sekolah.
Cadangan penambahbaikkan

Pada tahun 2020 dicadangkan agar Aktiviti Persatuan Sains dan Matematik ini dapat
dijalankan pada awal tahun bagi memantapkan lagi pelaksanaannya.

Akhir kata Persatuan Persatuan Sains dan Matematik memainkan peranan yang sangat
penting dalam peningkatan Persatuan Sains dan Matematik di sekolah dan akan terus
merancang pelbagai aktiviti yang berguna dan bermanfaat kepada guru-guru dan murid sekolah
ini.

Laporan disediakan oleh, Laporan disahkan oleh,

………………………….. …………………………..

(Pn.K.Sree Muthu Mariammal ) (Pn.M.Jothy)


Guru Penasihat Persatuan Sains dan Matematik Guru Besar
SJKT Ldg. Tong Wah SJKT Ldg. Tong Wah

Anda mungkin juga menyukai