Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK BUKIT JELUTONG Kod Sekolah: BBA8264

1. Nama Guru SOLAHUDIN AHMAD

2. Judul 3. Bidang: PENDIDIKAN


AKTIVITI BAHASA
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa:-

6. Tempat Pembentangan
-
7. Sinopsis
Buku ini mengandungi huraian dan contoh cadangan aktiviti yang boleh dijadikan panduan guru di
peringkat sekolah rendah. Buku ini juga dapat membantu guru memahami konsep-konsep penting
dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu juga buku ini membantu guru untuk mengendalikan
pengurusan bilik darjah dengan lebih berkesan. Isi kandungan buku ini juga banyak membantu guru
tentang melaksanakan aktiviti bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran serta cara untuk
mengendalikan pengurusan bilik darjah dengan lebih berkesan. Hal ini demikian kerana bagi
menghasilkan satu pengajaran yang berkesan ,guru bukan sahaja perlu memilih bahan yang sesuai
bahkan juga perlu merancang aktiviti-aktiviti yang relevan dengan isi dan objektif pembelajaran.
Bukan itu sahaja dalam buku ini juga terkandung beberapa saranan bagaimana untuk
mengendalikan aktiviti bercerita, berdrama dan bermain boneka. Melalui penglibatan murid-murid
dalam aktiviti ini,guru bukan sahaja dapat mencungkil,mengasah dan memupuk bakat seni malahan
secara tidak langsung murid juga dapat menggunakan bahasa yang betul dari aspek tatabahasa,
pemilihan kosa kata, pembentukan ayat dan juga intonasi.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Nilai pengetahuan yang saya perolehi daripada buku ini ialah saya dapat menambahkan
pengetahuan saya dari aspek memilih bahan bantu mengajar yang sesuai bagi mencapai objektif
pembelajaran. Selain itu, aktiviti bahasa yang terdapat dalam buku ini juga dapat menambahkan idea
saya untuk membuat sesuatu kelainan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Aplikasi yang boleh saya gunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas ialah aktiviti-
aktiviti bahasa yang relevan dengan isi dan objektif pembelajaran.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai