Anda di halaman 1dari 12

SMK PADAWAN

LAPORAN PERTANDINGAN MENDEKLAMASI SAJAK


BULAN BAHASA 2019

03 APRIL 2019

GURU PENGENDALI: CIKGU CHAI MAI CHIAT

1
1.0 PENGENALAN
Program deklamasi sajak yang diadakan pada kali ini bertujuan bagi meningkatkan minat murid
terhadap bidang kebahasaan di samping meningkatkan semangat jati diri murid dan sekaligus
menyemarakan lagi Bulan Bahasa yang diadakan di sekolah . Selain itu, sempena Bulan Bahasa
ini, Pertandingan Mendeklamasi Sajak yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu dilihat dapat
menanamkan minat murid terhadap mata pelajaran bahasa Melayu dan sekaligus membolehkan
murid memahami bidang bahasa yang berunsurkan kesusasteraan serta memahami makna yang
tersurat dan tersirat di dalam sajak yang dideklamasikan.

2.0 OBJEKTIF

(i) Mencungkil bakat murid-murid dalam mendeklamasi sajak dengan nada, intonasi, sebutan
dan gaya yang betul.
(ii) Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta budaya saing dalam
kalangan murid-murid terutama kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu.
(iii) Memupuk semangat cinta akan karya-karya moden di negara kita sehingga berupaya
menghayati keindahan karya tersebut.
(iv) Menanam nilai-nilai murni dalam diri murid-murid melalui deklamasi sajak seperti nilai
patriotisme, prihatin, rasional dan sebagainya.

3.0 PELAKSANAAN

Mesyuarat Panitia bahasa Melayu menentukan tugas

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Bulan Bahasa 2019

Kertas Kerja Pertandingan Mendeklamasi Sajak 2019

Pelaksanaan Pertandingan Mendeklamasi Sajak 2019

Penyediaan dan penghantaraan laporan pertandingan

2
4.0 Tarikh, Masa dan Tempat
Tarikh : 3 April 2019
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Blok Gamma (1E)

5.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN


(i) Terbuka kepada murid Tingkatan 1 dan 2 sahaja.
(ii) 2- Para peserta akan bertanding mengikut tema sajak yang ditetapkan.
(iii) Pendeklamator tidak boleh menyentuh isu-isu sensitif seperti agama dan politik.
(iv) Masa yang diperuntukkan adalah selama 7 MINIT sahaja.
(v) Peserta akan diadili dari segi:
i) Teknik (25 Markah)
ii) Gaya (25 Markah)
iii) Nada/Intonasi (25 Markah)
iv) Suara (15 Markah)
v) Kreativiti (10 Markah)
(vi) Keputusan panel hakim adalah MUKTAMAD dan markah peserta tidak akan
diumumkan.

6.0 TEMA SAJAK


Peserta dikehendaki mendeklamasi sajak yang bertemakan
1. Perpaduan
2. Bahasa
3. Jasa
4. Alam semula jadi

7.0 SYARAT-SYARAT DEKLAMASI SAJAK


a. Deklamasi sajak yang dimaksudkan adalah pembacaan sajak bukan menyanyikan sajak.
b. Penilaian hanya dibuat terhadap deklamasi sahaja, bukan pada sajak.
c. Sajak hendaklah di deklamasikan dalam bahasa Melayu sahaja.
d. Sajak yang disampaikan haruslah mengandungi unsur nilai-nilai murni dan pengajaran.
kritikan-kritikan terhadap isu-isu yang sensitif berkaitan AGAMA, BANGSA DAN
KEBUDAYAAN , KEPERIBADIAN seseorang adalah DILARANG.
e. Aspek yang akan dinilai ke atas setiap peserta merangkumi aspek Teknik, Gaya, Nada,
dan Suara.

3
f. Keputusan menentukan kedudukan tempat peserta (Johan, Naib Johan, dan seterusnya) akan
dikira berdasarkan kiraan agregat daripada kedudukan yang telah diberikan oleh semua
panel. Keputusan panel penilai adalah MUKTAMAT.

a. Teknik (25 Markah)


- Teknik ialah gerakan kreatif deklamator. Gerakan ini mungkin sedikit sahaja tetapi ketara.

- Penilaian terhadap aspek teknik tertumpu kepada keberkesanan gerakan kreatif.

- Alat Bantu (prop) tidak dibenarkan semasa pertandingan. Selain itu, peserta juga tidak
dibenarkan mendeklamasikan sajak dengan bantuan teman.

- Gerakan perlu sesuai dengan tema sajak. Pergerakan dari satu tempat ke satu tempat
tidaklah terlalu banyak.

- Muzik latar adalah dibenarkan.

b. Gaya (25 Markah)


- Gaya berkaitan rapat dengan keyakian deklamator. Deklamator yang kurang bergaya beerti
deklamator itu tidak cukup berani berhadapan dengan khalayak.

- Hafalan yang tidak cukup juga mempengaruhi penyampaian sajak yang berkeyakinan.

- Gaya termasuklah olahan dan bahasa tubuh (body language), gerak tangan dan sebagainya
yang bersesuaian dengan sajak yang dideklamasikan.

- Pergerakan mata deklamator juga akan diambil kira sebagai gaya mata orang pentas yang
yakin dan berani ditumpukan kepada penonton.

c. Nada/ Intonasi (25 Markah)


- Nada adalah mengikut jeni sajak (4atriotic, marah, sinis, sedih, dan sebagainya)
- Setelah nada sajak diperkenalkan pengucapannya perlu digandingkan dengan intonasi yang
tepat iaitu turun-naik, tinggi-rendah suara untuk dipadankan maksud sajak. Jeda(hentian)
juga perlu difahami oleh pendeklamator untuk menjelaskan maksud sajak.

d. Suara (15 Markah)


- Deklamator yang bersemangat tinggi akan berusaha menerbitkan suara yang sesuai dengan
sajak yang menunjukkan kualiti suara.
- Suara deklamator boleh direndahkan, disederhanakan dan dinaikkan pada tempat-tempat
yang sesuai. Kualiti suara ialah penerbitan suara yang berbeza-beza.
- Penerbitan suara yang terasa dibuat-buat akan menyebabkan deklamasi kurang bermutu

4
e. Kreativiti (10 Markah)
- Deklamator memakai pakaian dan hiasan yang bersesuaian mengikut tema sajak yang
dipilih.

8.0 HAD MASA


 Peserta diberi masa TUJUH MINIT sahaja.
 Loceng akan dibunyikan sekali, seminit sebelum masa tamat dan dua kali apabila masa
tamat.
 Sajak yang disampaikan oleh peserta selepas loceng penamat dibunyikan, tiada markah
akan diberikan.

5
9.0 KEPUTUSAN PERTANDINGAN MENDEKLAMASI SAJAK

Keputusan Pertandingan Mendeklamasi Sajak Bahasa Melayu


Bulan Bahasa Panitia Bahasa Melayu 2019

Kedudukan Nama Peserta Tingkatan


Tempat Pertama ITIEL HONESH ANAK STANLY GUNTUR 1B
Tempat Kedua ADAM ANAK SIJAN 2C
Tempat Ketiga BATHOLOMEO ANAK WAX KEY 2D

Kedudukan Nama Peserta Tingkatan Markah


Diperoleh
1 ITIEL HONESH ANAK STANLY GUNTUR 1B 81.0
2 ADAM ANAK SIJAN 2C 97.5
3 BATHOLOMEO ANAK WAX KEY 2D 78.0
4 ELVIELA DANIELA ANAK DANIEL 1A 77.0
5 BELLVERLIN ANAK KOMA 1C 71.5
6 EVIGAN ANAK KIDAR 2A 71.0
7 CHRISTIAN ELBEEJAY ANAK SONDA 2A 67.0
8 CLERINA ANAK ROMPET 2A 66.5
9 BELVERY GLOSSIA ANAK ABUN 2A 66.0
10 ANGELA ALVEENA ANAK NAKOT 2A 64.5
11 ALLNIE STEVENNY AK BONNY 2B 58.5
12 AUDREY WITCH AK TOM 1E 54.0
13 YUNISA TRACY YOS 2A 46.5

6
10.0 REFLEKSI
10.1 Kekuatan:

Secara keseluruhannya, Pertandingan Mendeklamasi Sajak sempena Bulan Bahasa 2019 telah
dijalankan dengan lancar atas sambutan yang baik daripada peserta. Seramai 13 orang murid
daripada Tingkatan 1 dan 2 telah menyertai pertandingan ini. Para peserta berusaha menyediakan
dan menghafal teks sajak untuk menyertai pertandingan kali ini.

10.2 Kelemahan:
Kelemahan Pertandingan Mendeklamasi Sajak adalah kebanyakkan murid tidak
mempunyai nada dan suara semasa mendeklamasi sajak menyebabkan markah dipotong di bahagia
tersebut.

10.3 Cadangan Memperbaiki:


1. Guru melatih murid yang berpotensi dari semasa ke semasa agar murid mempunyai teknik,
gaya, nada dan suara semasa persembahan agar dapat mendeklamasi sajak dengan baik dan
yakin.

7
11.0 GAMBAR-GAMBAR PERTANDINGAN MENDEKLAMASI SAJAK

TEMPAT PERTAMA: ITIEL HONESH ANAK STANLY GUNTUR ( 1B)

TEMPAT KEDUA: ADAM ANAK SIJAN (2C)

8
TEMPAT KETIGA: BATHOLOMEO ANAK WAX KEY (2D)

PESERTA : CHRISTIAN ELBEEJAY ANAK SONDA (2A)

9
PESRTA: BELLVERLIN ANAK KOMA (1C)

Para peserta Pertandiangan Mendeklamasi Sajak Sempena Bulan Bahasa 2019

10
Para peserta bersama guru pengendali Pertandiangan Mendeklamasi Sajak,
Cikgu Chai Mai Chiat dan Hakim Jemputan, Cikgu Norsiah Binti Birang
Bulan Bahasa 2019

12.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya, pelaksanaan Pertandingan Mendeklamasi Sajak bahasa
Malayu merupakan salah satu aktiviti sempena Bulan Bahasa di sekolah. Melalui aktiviti
yang diadakan ini, murid dapat mengembangkan bakat dan idea mereka sekaligus
meningkatkan minat para murid dalam aktiviti kebahasaan di samping menaikkan
pencapaian Bahasa melayu sebagai subjek yang mampu menyumbangkan ke arah
kecemerlangan prestasi sekolah.

11
13.0 Lampiran
Iklan - LAMPIRAN 1
Borang Penyertaan - LAMPIRAN 2
Borang Pendaftaran - LAMPIRAN 3
Borang Keputusan - LAMPIRAN 4
Borang Permarkahan - LAMPIRAN 5
Senarai Nama Peserta - LAMPIRAN 6

12

Anda mungkin juga menyukai