Anda di halaman 1dari 11

Batik adalah hasil seni dan kraf yang terkenal terutamanya di Malaysia dan Indonesia.

Perkataan
‘batik’ itu sendiri berasal dari perkataan jawa yang menggabungkan dua perkataan iaitu ‘amba’
yang bermaksud menulis dan ‘titik’.

Di Malaysia, kepentingan batik menjadi ketara sejak beberapa tahun yang lepas setelah batik
sutera dijadikan pakaian rasmi tertentu terutama kepada mereka yang berkhidmat dengan badan
kerajaan.

Batik dihasilkan melalui 2 cara yang utama. Cara yang pertama ialah menerusi blok tangan, di
mana corak tertentu dilekatkan pada blok dan corak batik dicetak ke atas kain. Penghasilan
begini juga digelar ‘printed batik’ atau batik cetak. Sebagai contoh, banyak batik Indonesia
adalah dihasilkan menerusi blok.

Penghasilan batik menerusi blok.

Penghasilan batik menerusi proses mencanting.

Cara kedua ialah menerusi melukis corak batik di atas kain, atau dengan kata lain digelar
‘canting’. Batik Terengganu dari Malaysia terkenal dengan batik canting. Corak yang dihasilkan
menerusi proses canting adalah unik untuk setiap kain dan prosesnya agak memakan masa. Oleh
itu, batik yang dihasilkan menerusi proses mencanting adalah lebih mahal.

Dahulu batik dianggap sebagai seni pakaian tradisional tetapi setelah pelbagai usaha dilakukan
kini batik juga telah melalui revolusi kontemporari di mana batik dijadikan sebagai elemen
penting dalam rekabentuk dan rekahias pakaian fesyen terkini.

http://pesonabatik.com/blog/batik-pengenalan/2007/03/25/

Penerima Anugerah Tokoh Kraf Negara 2007 beri nafas baru kepada fabrik
warisan tradisional
Oleh Nor Affizar Ibrahim

“SAYA tidak pernah terfikir pun untuk mendapat pengiktirafan setinggi ini.
Sepanjang berkecimpung dalam bidang ini saya sentiasa menumpukan diri pada
kerja dan meneruskan minat yang dipupuk sejak kecil lagi. Saya bersyukur,
dengan setiap kurniaan yang diberikan Allah,” kata penerima Anugerah Tokoh
Kraf Negara, Habibah Zikri apabila diminta mengulas mengenai kejayaannya itu.

Walaupun di hati pernah tersemat azam bahawa suatu hari nanti beliau akan
menjadi pengusaha songket yang berjaya, Habibah yang sudah lebih 33 tahun
menceburi bidang tenunan songket mengakui tidak terlintas langsung di fikiran
untuk menerima penghargaan tinggi seperti itu.

Wanita yang lebih dikenali adiguru dan kini antara nama besar dalam industri
songket negara, ternyata bukan diulit mimpi, tetapi berdepan dengan realiti dan
hari itu adalah detik paling bermakna baginya. Ketika tangan menyambut watikah
penghargaan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada
majlis perasmian hari Kraf Kebangsaan 2007 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur
yang lalu, hatinya berbunga mekar. Sukar untuk membayangkan perasaan
gembira di hati, tetapi pada riak wajah Habibah seolah-olah menyatakan berasa
puas dan bangga dengan segala usaha serta pengorbanannya selama ini.

“Saya berharap, industri kraf negara ini akan terus meningkat maju. Dalam
mencapai kemajuan negara, lebih banyak lagi cabaran ditempuh untuk
mempertahankan seni kraf negara. Harapan saya, dengan adanya pemberian
anugerah seperti ini, ia akan memberikan lagi semangat kepada saya dan mereka
yang terbabit dalam bidang kraf,” katanya.

Selain watikah iringan beliau turut menerima wang tunai RM30,000 dan sepasang
persalinan songket.

Mengenai hadiah wang tunai yang diterima, Habibah berkata beliau belum
mempunyai perancangan terhadap duit dimenangi.

Bagaimanapun, beliau amat berterima kasih kepada kerajaan selain keluarga yang
banyak memberi sokongan kepadanya untuk bertapak daripada satu tangga
kejayaan ke satu tangga kejayaan sehingga meletakkan namanya sebagai pereka
terkenal dan disegani di negara ini.

Mengimbas pembabitan awal dalam industri tenunan songket, Habibah berkata


jiwa seni pada dirinya diwarisi daripada ayah yang gemar mengumpul koleksi
barangan kraf. Malah, sejak zaman kanak-kanak lagi beliau gemar melakar,
melukis dan melihat kepada keindahan alam semula jadi.

Pemandangan serta alam flora menjadi subjek utama dalam karya. Selepas tamat
sekolah menengah, Habibah memilih untuk melanjutkan pengajian dalam bidang
seni. Di pusat pengajian tinggi itulah beliau mendalami bidang seni reka PENGHARGAAN: Habibah
khususnya dalam bidang tekstil. menerima Anugerah Tokoh
Kraf daripada Abdullah, baru–
Pada 1974, beliau ditawarkan bekerja di Kraftangan Malaysia sebagai pereka dan baru ini.
diberi tanggungjawab menghasilkan rekaan baru kraf tekstil tempatan. Pada masa
sama, beliau mengambil peluang untuk terus mendalami bidang tenunan,
khususnya songket.

Katanya, sebagai pereka beliau sering turun padang melihat dan berjumpa sendiri
penenun songket. Malah, kesempatan itu juga memberinya ruang untuk
mendalami ilmu tenunan dan mengetahui lebih mendalam untuk melakukan
proses pembuatan dari awal sehingga akhir.

“Saya tidak begitu pandai menenun. Bukan tidak mahu belajar, tetapi kesuntukan
masa membataskan saya untuk berbuat demikian. Sebagai pereka, bukan saja
harus memikirkan mengenai corak, tetapi beberapa kajian juga perlu dilakukan.
Jadi, memang tidak sempat hendak belajar menenun secara tekun,” katanya.

Sembilan tahun berkhidmat sebagai pereka, akhirnya Habibah meletakkan


jawatan dan mengusahakan tenunan songket sepenuh masa. Cita-citanya
mendapat sokongan daripada suami serta keluarga.

Berbekalkan bakat serta kemahiran sebagai pereka, Habibah memulakan kerjaya


sebagai pengusaha songket. Beliau menubuhkan syarikatnya sendiri, Bibah
Songket yang kini menjadi satu jenama tersohor di kalangan pencinta songket
tanah air.

“Saya berasal dari Kedah, tetapi minat yang mendalam dalam bidang ini
menyebabkan saya mengambil keputusan untuk menjadikan Terengganu sebagai
tempat bermastautin bersama keluarga tercinta,” katanya.

Pengorbanan pertama yang dilakukan ialah dengan mengubah suai sebahagian


daripada ruang rumah menjadi bengkel untuk beliau berkarya. Di bengkel kecil
itu beliau memulakan kerjaya sebagai pengusaha songket.

Dengan modal yang tidak seberapa, beberapa ‘kek’ dan alat tenunan serta bahan
mentah dibeli dan ditempatkan di belakang rumah. Beliau kemudian mengupah
beberapa orang anak muda untuk menenun mengikut caranya.

Beliau dibantu oleh adiknya, Nora Zikri, yang juga bekas pelatih di Kraftangan
Malaysia. Beliau melukis dan kemudian memindahkan hasil karya itu ke dalam
reka corak songket. Kesukaran yang dialami dihadapi dengan ketabahan dan
semangat yang kuat.

“Tidak dinafikan bahawa kadangkala percubaan yang dilakukan menemui


kegagalan. Kegagalan dan kesilapan menjadikan saya lebih kreatif dan akhirnya
membuahkan karya kreatif yang amat membanggakan,” katanya.

Dalam menghasilkan rekaan, beliau sememangnya sentiasa mencari kelainan dan


memberi nilai tambah pada setiap karya dihasilkan kerana mencipta sesuatu yang
cantik adalah satu kepuasan. Sebagai pereka tekstil juga Habibah sentiasa
melakukan pembaharuan agar songket yang ditampilkan mempunyai identiti
tersendiri. Begitu pun, beliau sentiasa memastikan ciri tradisional songket
menjadi teras pada setiap hasil rekaannya.

Beliau yang turut meminati seni tampak sejak kecil, menyimpan cita-cita untuk
melakukan transformasi dalam industri songket negara. Baginya, kain songket
yang menjadi warisan agung perlu diberi nafas baru agar mampu dimiliki dan
diterima pakai semula oleh semua lapisan masyarakat.

Habibah yakin, kain songket yang terhad fungsi serta kegunaannya boleh
dikomersialkan. Lantaran itu, ketika songket mula dilupai masyarakat tempatan,
tanpa menoleh ke belakang, dirinya bertekad untuk memberi suntikan baru dalam
industri songket negara.

Dengan bakat serta kreativiti yang dimiliki, beliau mula menghasilkan reka corak
baru yang berteraskan tradisional. Songket lama yang dihiasi dengan reka corak
tradisi menjadi inspirasi dalam rekaan.
“Ketika itu, saya meminjam kain songket lama dan membuat kajian ke atas reka
corak tradisi yang dijadikan sebagai teras pada rekaan. Tampuk manggis, bunga
pedada, bunga pecah empat dan pucuk rebung diolah, digubah dan digarap dalam
bentuk grafik mengikut daya kreativiti. Hasilnya, lahirlah reka corak tenunan
songket kontemporari namun masih menyerlahkan ciri tradisi,” katanya.

Kejayaan lain yang dicapai Habibah ialah menjadi perintis kepada tenun songket
yang mempelbagaikan warna benang emas agar tidak terhad kepada warna emas
dan perak saja. Beliau turut mengaplikasi teknik tenun ikat pua di dalam tenunan
songket yang dihasilkan.

Kini, Habibah melatih penenun muda di bengkelnya. Kebanyakan mereka adalah


remaja lepasan sekolah menengah dan tiada asas menenun. Kumpulan itu
diberikan latihan dan bimbingan supaya dalam masa dua tahun, mereka mampu
menjadi penenun mahir.

“Seni tenunan songket perlu diperluaskan dan diperturunkan kepada generasi


muda agar ia tak hilang dek zaman. Inilah antara sebabnya saya melatih penenun
muda. Bagaimanapun, kebanyakan bekas pekerja mahir saya masih meneruskan
kerja menenun sendiri di rumah mereka,” katanya.

Menerusi jenama Bibah Songket, syarikatnya banyak bekerjasama dengan pihak


yang ingin memajukan industri songket. Ini termasuk, usahanya menceburi
bidang peragaan fesyen melalui kerjasama pereka fesyen tempatan seperti Kapas
Couture dan Radzuan Radziwil.

Di peringkat antarabangsa, Bibah Songket turut menyertai rombongan


perdagangan oleh Kraftangan Malaysia seperti ke Dubai Trade Fair dan Tokyo
Gift Show. Habibah juga sanggup menghasilkan songket untuk pereka fesyen,
Bernard Chandran bagi fesyen peragaan di Minggu Fesyen London dan untuk
Embun di Minggu Fesyen Bali.

PROFIL: Anugerah Tokoh Kraf Negara

Nama: Habibah Zikri

Tarikh lahir: 5 Februari 1948

Asal: Sungai Petani, Kedah

Adik beradik: Anak ketiga daripada sembilan beradik

Suami: Shamsul Baharia Abdul Mutalib

Anak: 3 orang - 2 lelaki, Sharidan & Syaifuddin dan 1 perempuan, Sabrena


Pendidikan: Ijazah jurusan tekstil dari Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka,
Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Antara Anugerah & Pencapaian:

 1984 memenangi pertandingan Wicitra di bawah kategori Best Design


Award anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
 1987 memenangi anugerah ‘The Best Traditional Textile ASEAN, Jakarta
 2002 menerima Anugerah Seni Tampak

FAKTA: Menarik mengenai daya kreativiti rekaan songket Habibah

 Hasil songket ciptaan beliau pernah dijadikan sebagai cenderamata negara


kepada Queen Elizabeth sempena Persidangan CHOGM di Kuala
Lumpur.
 Beliau turut mencipta songket untuk dijadikan jubah peringkat tertinggi
bagi Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
 Karya kreatif beliau dijadikan sebagai hiasan eksklusif Istana Negara,
Istana Melawati, Istana Johor, pejabat kedutaan MATRADE di luar
negara, Muzium Kesenian Islam, bangunan UMNO Kuala Lumpur dan
hotel ternama di seluruh negara.
 Songket rekaan beliau dijadikan sebagai setem pos kenang-kenangan
sempena pelancaran Songket Seni Warisan Agong bersama-sama TV3
dan Pos Malaysia pada tahun 2004.
 Bibah Songket mercu tanda kejayaan beliau dan kini seramai 50 penenun
songket bernaung di bawahnya, membantu menghasilkan songket yang
halus, cantik dan berkualiti.
 Beliau mempelbagaikan penggunaan songket supaya tidak terhad kepada
pakaian tradisi sebaliknya, menggunakan songket dalam hiasan dalaman
sebagai kemasan lembut seperti alas meja, alas pinggan serta sarung
kusyen.
 Inovasi reka corak beliau menjadikan tenunan songket diterima sebagai
hiasan art décor, setaraf dengan seni lukisan antarabangsa sebagai
kemasan dinding.

http://www.bibahsongket.com/pre/citrabharian.html

ransformasi Songket Kontemporari


KUALA LUMPUR: Kebanyakan rakyat Malaysia, terutama golongan dewasa, tahu apa itu
songket. Songket ialah sejenis kain yang biasanya ditenun tangan, dan mempunyai corak rumit
benang emas atau perak. Perkataan songket bermaksud membawa keluar atau menarik benang
dari kain atau menenun menggunakan benang emas dan perak.

Songket yang bermutu tenunannya dan dijual dengan harga mahal, biasanya dikaitkan dengan
fabrik tebal dan sarat dengan motif tradisional.

Tetapi ramai yang semakin menyedari bahawa kini benang sutera yang lebih lembut dan kurang
tebal digunakan untuk menjadikan fabrik songket lebih ringan, menarik dan menggunakan motif
kontemporari.

"Dengan tenunan tangan yang lebih halus, songket kini lebih menarik dan diguna pakai generasi
kini. Selain itu, nilainya turut lebih baik dan tinggi,” kata Dr June Ngo Siok Kheng.

Dr Ngo ialah Timbalan Dekan dan pensyarah kanan Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif Universiti
Sarawak Malaysia (Unimas).

Anak Sarawak ini melanjutkan pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Sains,
dengan pengkhususan dalam percetakan tekstil di Universiti Philadelphia, Amerika Syarikat.
Pada 2007 beliau mengambil PhD dalam bidang SeniHalus, di Unimas.

“Ada juga dalam kalangan rakan taulan saya yang berketurunan Cina yang mahukan pakaian
perkahwinan Cheongsam mereka dihasilkan daripada kain tenunan songket.

"Motif serta warnanya disesuaikan dengan budaya asal dan yang dimiliki pelanggan yang
menempah. Saya teruja dengan perkembangan ini,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
GABUNGAN IDEA Kain tenunan tradisi Melayu yang terhasil daripada hiasan benang emas
atau perak ini asalnya untuk digunakan pada hari kebesaran, perayaan dan perkahwinan.

Walaupun pada masa dulu, ia ditenun untuk digunakan dalam kalangan kerabat istana, kini
songket menjadi pakaian rasmi di majlis yang mensyaratkan tetamu memakai pakaian Melayu
yang dipadankan dengan samping songket, kurung atau kebaya songket.

Kini tenunan songket turut diserlahkan dengan motif moden dan kontemporari yang diilhamkan
daripada campuran dan variasi motif tradisional, motif seni halus dan dunia seni sejagat.

Kain songket tidak saja digunakan bangsa Melayu yang tinggal di kawasan yang padat dengan
keluarga atau pewaris penenun tradisional seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sarawak.

Malah ia kini menjadi pilihan pereka fesyen yang menjadikan songket sebagai asas untuk produk
aksesori seperti beg tangan, dompet dan hiasan sarung kusyen, alas meja serta pelbagai lagi
barang kegunaan rumah.
Dr Ngo mendalami minatnya di dalam bidang tekstil dan fabrik yang merangkumi fabrik songket
untuk menghasilkan reka cipta unik fabrik songket, mewarna dan mencetak dengan
menggunakan pewarna yang sintetik dan asli.

Kadang-kadang gabungan idea yang dihasilkan pewaris dunia tenun dan songket dengan orang
‘luar’ yang meminati seni tradisi sesuatu bangsa itu, menjadikan warisan seperti songket
terpelihara.

Pandangan ini diluahkan seorang petugas industri perhotelan, Bidari Mohamad Suhaili, dari
Bumi Kenyalang, Sarawak.

“Sebagai seorang warga negara yang bukan berketurunan Melayu, penglibatan Dr Ngo sebagai
pengkaji dan pereka motif songket yang lebih moden sudah cukup membuktikan betapa hasil
tenunan yang diwarisi, berjaya menambat hati bukan Melayu sepertinya untuk menceburinya,"
katanya.

Di samping itu, Dr Ngo juga mengaplikasi ilmu yang diperolehnya untuk rekaan dan fabrik batik
di dalam projek mengembangkan industri kampung khususnya tenunan songket, dengan
menawarkan kelas belajar menenun songket kepada golongan muda. INOVASI DAN REKA
CIPTA Dr Ngo percaya idea baru dan inovasi yang diterapkan ke dalam hasil tenunan songket
dengan hasrat merevolusikan warisan yang diturunkan sejak zaman berzaman ini akan
memanjangkan lagi hayat warisan ini di mata dunia.

“Budaya boleh diolah dan diubah semula secara kreatif melalui pendidikan dan inovasi. Usaha
ini tidak akan melupuskan mahupun mengusik keaslian hasil tenunan songket yang menjadi
kebanggaan negara.

"Malah pengalaman teori dan praktikal yang dipanjangkan oleh warga penenun asal boleh
menjadikan prosedur yang perlu untuk menghasilkan produk songket yang lebih mudah
diselanggara," jelas Dr Ngo yang banyak mengkaji tentang pewarna benang tenun, jenis benang
dan juga identiti ‘baru’ untuk songket.

Kraf yang dihasilkan setelah melaburkan masa menghadapnya untuk ditenun ini, tidak dinafikan
memang cantik dan bermutu.

“Hasilnya perlu dihormati. Tetapi ketahanan produk masih rapuh, ia perlu diperbaiki supaya
lebih tahan.

"Ada juga usaha untuk menginovasikan alat tenun atau ‘kei’ (turut disebut sebagai ‘kek’) yang
kebanyakannya sudah uzur dan lama. (Ini kerana) kerja menenun menggunakan tenaga tekun
penenun untuk mengetatkan benang yang ditenun sehingga selesai menjadi sehelai kain songket.
Kalau tidak dibuat dengan berhati-hati, benangnya boleh terputus dan jika ia tidak disambung
semula dengan baik, kain yang terhasil akan mudah reput dan koyak,” jelas pencinta kraftangan
dan seni, yang baru mencecah usia 40 tahun ini. JENIS BENANG Dr Ngo turut memberi
perhatian kepada jenama benang yang digunakan.
Benang yang digunakan perlu dicelup warna mengikut cita rasa semasa, dan hari ini bahan
pencelup ialah daripada jenis sintetik. Faktor ketahanan serat benang ketika proses menenun,
warna yang terhasil setelah dicelup serta variasi jenis benang yang dipasarkan merupakan antara
riteria yang dititik beratkan untuk menghasilkan songket tenun yang berkualiti.

“Saya juga terlibat dengan ‘R&D’ di Yayasan Tuanku Nur Zahirah. Di Yayasan, kami
menggunakan benang berjenama Lurex yang dibawa dari Eropah. Benang ini digunakan pereka
terkenal termasuk Giorgio Armani," katanya .

Dr Ngo berkata terdapat banyak jenis benang; ada yang elastik, juga yang metalik dan yang
diteguhkan dengan penggunaan bahan lain yang semula jadi.

"Inilah yang membangkitkan keunikan pada songket," katanya.

Dr Ngo tidak jemu-jemu mengkaji kesan menarik yang boleh digunakan dengan variasi benang
yang pelbagai untuk mentransformasi kraf warisan ini menjadi produk yang menarik.

Kajian terbarunya melibatkan penggunaan benang yang siap diwarnakan dengan peluntur asli,
yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan, buah-buahan dan sayur-sayuran di Malaysia untuk
industri tekstil keseluruhannya.

Ini membuatkan hasil yang diperoleh lebih mesra alam, katanya.

Dan bahannya termasuk daun inai, kulit bawang, kulit manggis, kunyit dan teh. Campuran bahan
ini dikaji untuk mencipta ‘resipi’ warna yang bakal dijadikan garis panduan kepada penggiat
industri tekstil dan tenunan di Malaysia.

WARNA “Warna yang diinginkan pengguna dan peminat songket ini turut mengikut peredaran
zaman. Kini jenis warna metalik turut diminati, maka pilihan tidak lagi terhad kepada emas dan
perak. Warna metalik seakan-akan gangsa pun sudah banyak digunakan.

"Motif pun sudah berbeza. Ia tidak terhad kepada motif tradisional seperti bunga tapak manggis,
bunga pecah lapan, bunga lompat tikam, pucuk rebung dan lawi ayam saja. Kini songket
diselang-seli dengan motif baru yang diilhamkan penenun sendiri. Pola terkini lebih ‘elaborate,’
moden dan halus," kata Dr Ngo.

Sambil memegang sehelai kain samping bermotif ‘baroque’ dwi warna -- coklat muda dan gelap.

Hari ini, samping songket yang dihasilkan, sering disesuaikan dan dipadankan sedondon dengan
warna dan motif hampir serupa kain sarung atau selendang panjang, pasangan wanita sipemakai
songket.

Sehelai songket yang sedang diusahakan Dr June untuk pakaian ‘cheongsam’ pengantin Cina
baru-baru ini melihat kerjasama pereka songket dan pereka fesyen. Cabaran ini menjadikan
projek ini lebih menarik, kata Dr Ngo.
“Ia mencabar kerana memerlukan pereka fesyen yang menghasilkan ‘cheongsam’ itu nanti
memberikan inputnya supaya hasil yang bakal dipakai pengantin sesuai dengan songket yang
diilhamkan dan ditenun. Konsep warna perlu dipersetujui," katanya. - BERNAMA

http://mstar.com.my/variasi/rencana/cerita.asp?
file=/2010/10/21/mstar_rencana/20101021163558&sec=mstar_rencana

Pendahuluan
Motif daripada sumber bunga merupakan sumber daripada sumber tumbuhan yang sangat

penting dalam reka motif tekstil.  Penggunaan motif dari sumber bunga yang dihasilkan pada

corak batik dan songket adalah berbeza disebabkan oleh kepentingannya sendiri.  Kajian tentang

perkara ini telah dilakukan bagi mengenalpasti kepentingan dari sudut pemilihan dan

penghasilan pada corak fabrik, khususnya batik dan songket yang dihasilkan di Kelantan.  Di

samping itu kajian ini bagi mengkategorikan motif dari sudut tipologi bagi melihat kategori

motif bunga dan seterusnya mengaitkannya pula perkara lain seperti corak pemilihan dan

pengaruh penghasilannya.

Kajian Lepas
Bunga merupakan sumber yang penting dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional sebagai

perhiasan.   Ianya juga dikaitkan dengan keindahan sehinggakan ia dijadikan perhiasan. 

Keindahan motif berdasarkan pemerhatian juga telah mendorong orang Melayu menjadikan

sumber motif ini sebagai sumber inspirasi  yang penting (Mohd. Kasim, 1990) oleh tukang di

Kelantan.  Sumber inspirasi motif ini juga merupakan sumber yang terpenting berbanding

dengan sumber hidupan bernyawa (Siti Zainon, 1986). 


Pemilihan ini penting dalam rekaan corak tekstil  kerana ianya mempuyai kaitan dengan

kepentingan budaya masyarakat Melayu di Kelantan.  Pemilihan motif bunga juga disebabkan

ianya tidak menyalahi ajaran Islam (Syeikh Mohamad Yusof, 1986).  Pengagang orang Melayu

terhadap agama islam juga mendorong kan penghasilan motif bunga dalam reka corak tekstil. 

Motif bunga yang dibuat dalam reka corak tekstil kebanyakan dihasilkan bersama sumber

tumbuhan lain seperti ranting dan  daun  bagi menjadikan  motif menjalar sehingga motif jenis

ini di kenal oleh orang Melayu Kelantan sebagai motif awan larat.  Motif awan ini juga dikaitkan

dengan motif yang abstrak kerana ianya dihasilkan secara umun sahaja.  Penghasilan motif

bunga yang dihasilkan pada motif awan larat juga dibuat motif hidupan supaya motif hidupan

kelihatan seperti tumbuhan.  Cara penghasilan motif cara ini ialah juga salah satu cara

menjadikan penghasilan motif tekstil tidak menyalahi ajaran Islam  (Syed Ahmad Jamal,1990).

Inspirasi dan penghasilan motif  sumber bunga dalam tekstil Melayu juga mempunyai perkaitan

kepentingan tertentu.  Kebanyakkan motif bunga yang dihasilkan oleh masyrakat lampau adalah

mempunyai perkaitan yang yang rapat dengan kepentingan ubatan dan juga hiasan (KKKP.

1997).   Penghasilan motif ini dibuat dalam bentuk bujang atau serumpun (bunga, daun dan putik

saehingga ianya dikenal oleh orang Melayu Kelantan sebagai  pokok bunga (Arney, 1989).

Kaedah Kajian
Pendekatan kajian kualitatif telah digunakan dalam penyelidikan ini.  Walau bagaimanapun data

kualitatif telah digunakan bagi menyokong data kuantitatif.

http://www.educ.upm.edu.my/~haziyah/Research.html

Anda mungkin juga menyukai