Anda di halaman 1dari 50

ARKIB : 03/12/2012

Ketelitian si penjahit manik

Pemegang kunci berbentuk buaya yang diperbuat daripada manik.


KUCHING 2 Dis. - 'Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas'. Itulah perumpamaan
lama yang boleh dikait dengan tradisi masyarakat Orang Ulu dan Bidayuh dalam
memartabatkan seni warisan dan budaya nenek moyang mereka.
Selain memelihara nilai keagungan kraf tempatan seperti anyaman tikar dan bakul,
manik adalah antara seni kraftangan yang sinonim dengan kebudayaan etnik
masyarakat pribumi Sabah dan Sarawak.
Menariknya, manik menjadi elemen fesyen utama untuk digayakan bersama baju
tradisional pelbagai kaum di sini, baik lelaki mahu pun perempuan.
Menyedari nilai warisan bangsa yang perlu dijaga, pemilik Native Handwork, Juliana
Ambrose, 45, menjalankan perniagaan menjahit pakaian tradisional dan aksesori wanita
di butiknya di Jalan Tun Abang Haji Openg di sini.
Sejak tiga tahun beroperasi, Juliana mengakui bidang jahitan manik sememangnya
memerlukan kesabaran yang tinggi.
Hal ini kerana hasilnya dapat mencerminkan nilai peribadi pembuatnya yang teliti.

Bercerita tentang awal penglibatannya, Juliana memberitahu, ketika kecil dahulu dia
sering melihat neneknya mengambil upah menghasilkan hamparan alas meja dan topi
manik.
Katanya, ketika itu tidak terlintas langsung dirinya akan meneruskan tradisi menjahit
manik, namun siapa sangka kini telah merupakan punca pendapatan utama bagi
keluarganya.
"Kelebihan menjahit manik adalah kerana cara jahitan dan konsep rekaannya tidak jauh
berubah.
"Berbeza dengan menjahit pakaian-pakaian berfesyen seperti baju kurung dan kebaya
yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman," katanya.
Ibu kepada tiga cahayamata ini mengakui, menjahit manik memang memerlukan
ketelitian, selain mengambil masa yang agak lama.
Jelasnya, atas sebab itulah pada zaman sekarang, agak susah hendak memperoleh
jahitan manik yang dihasilkan dengan kehalusan kerja tangan, sebaliknya banyak yang
menggunakan teknologi mesin.
Menyedari pemakaian jahitan manik merupakan identiti wanita di negeri ini, Juliana
berusaha mempelajari jahitan manik yang lebih kreatif dengan bekas majikannya yang
berbangsa Cina.
"Saya betul-betul mahir dalam menjahit pelbagai aksesori manik hanya setelah 25
tahun bekerja di butiknya yang terletak di Jalan Main Bazar.
"Selain itu, bekas majikan saya itu juga antara individu yang sering memberikan
dorongan dan semangat kepada saya untuk membuka perniagaan sendiri, selain
keluarga," katanya.
Bercerita tentang sambutan pelanggan, katanya, permintaan pasaran manik kini kurang
menggalakkan kerana generasi masa kini kurang menyedari kepentingan menghargai
warisan tradisi itu.
"Permintaan terhadap jahitan manik pada masa kini agak kurang kerana pengaruh
fesyen dari luar negara yang sering mengetengahkan aksesori seperti besi dan
gangsa," jelasnya.
Namun, katanya, dia sentiasa berusaha memberikan nafas baharu dalam rekaan manik
dengan menjahitnya pada aksesori lain seperti beg, dompet, kasut dan cekak rambut.
Sentuhan asli Juliana itu begitu mendapat sambutan hebat daripada para peminat hasil
kraf seperti pemborong dan pembeli di Semenanjung.

"Pada Oktober lalu, saya ada mengikuti Hari Kraf Kebangsaan 2012 di Jalan Conlay,
Kuala Lumpur selama seminggu.
"Ini merupakan kali pertama penglibatan saya dalam aktiviti sedemikian dan saya lihat
pasaran di sana cukup menggalakkan apabila kesemua barangan habis dijual,"
katanya.
Menceritakan keunikan manik, terbahagi kepada dua jenis iaitu manik kaca dan manik
plastik.
Menurut wanita yang berasal dari Kampung Gundak di sini, manik kaca lebih mendapat
sambutan daripada pelanggan kerana nilai dan kualitinya yang tinggi.
Katanya, walaupun harga satu rekaan manik kaca boleh mencecah hingga ribuan
ringgit, namun masih terus mendapat tempat dalam kalangan segelintir peminat manik.
Selain itu, Juliana berbangsa Bidayuh ini memberitahu, harga manik kaca lebih mahal
daripada manik plastik kerana perlu diimport dari luar negara.
"Saya banyak mengambil bekalan manik kaca dari China dan Jepun dengan harga
RM18 setengah kilogram kerana lebih halus dan berkilat.
"Adat berniaga, kita perlu menanggung kerugian apabila separuh daripada bekalan
tersebut pecah dan tidak boleh digunakan," katanya.
Katanya, menjahit manik untuk dijadikan hamparan alas meja adalah yang paling sukar
kerana ia memerlukan tenaga dan masa yang lebih bagi mendapatkan hasil yang
kemas.
"Menjahit alas meja manik adalah yang paling susah kerana sekiranya tidak dijahit dan
disambung dengan betul, akan mempengaruhi rekaan.
"Sebab itulah dalam masa sehari saya hanya boleh menyiapkan empat hingga enam
baris jahitan manakala dalam tempoh tiga bulan baru siap sepenuhnya," katanya.
Selain itu, Juliana berkata, cabaran lain yang perlu dia hadapi adalah kerenah para
pelanggan yang bermacam ragam dan ada yang masih tersimpan kemas dalam
ingatannya hingga hari ini.
"Pernah sekali, akibat terlalu mempercayai seorang pelanggan tetap, hutang tidak
dibayar walaupun setelah berkali-kali dia berjanji.
"Malah, ada pula yang meminta saya menjahit sekali lagi, dek kerana tidak suka
dengan warna manik yang saya gunakan," ujarnya.

ARKIB : 28/10/2008
Manik pinakol keunikan budaya Rungus
Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
(Yang mengikuti lawatan anjuran
Kraftangan ke Sabah, baru-baru ini)

DI rumah panjang itulah dia dibesarkan dan


belajar mengenal erti hidup. Rumah panjang
yang terletak di Kampung Tinangol, Kudat,
Sabah itu memang terpencil dan sukar
untuk dijejaki jika tiada pemandu pelancong
yang membawanya. Namun di situlah
tempat Erllin Agunchai, 25, membesar dan
menghabiskan hampir seluruh waktu
siangnya membuat kraftangan yang
berasaskan manik.
MANIK pinakol dan rantai yang sering
dijadikan hiasan untuk dipakai wanita
Sabah dari suku kaum Rungus ketika
majlis keramaian.

Berpusat di sebuah bengkel yang didirikan


khas, setiap hari Erllin bersama dua anak
perempuannya, Elvera, 6, dan Elfey Ferra,
2, akan membuat kraftangan manik. Di
situlah juga manik yang telah dicantumkan
menjadi barangan perhiasan akan dijual
kepada pelancong yang sampai ke
kampung mereka.

Sejak berusia 13 tahun lagi Erllin telah membuat gelang maniknya sendiri, namun
gelang maniknya itu musnah dalam kebakaran yang berlaku di kediamannya beberapa
tahun lalu.
Bukan dipaksa atau terpaksa, minat membuat kraftangan manik sememangnya terbit
secara semula jadi dalam diri ibu muda ini. Sebab itulah dalam sehari Erllin mampu
menghasilkan lebih dari tiga perhiasan yang diperbuat daripada manik. Sebagai suri
rumah dan pengusaha manik sepenuh masa, Erllin mampu memperoleh pendapatan
sebanyak RM200 hingga RM300 sebulan.
Jumlah itu bukan sahaja cukup untuk menampung kehidupan malah memberi Erllin
peluang merencanakan masa depan anak-anaknya dengan menabung pendapatan
yang diperoleh hasil dari menjual manik kraftangan beliau.
Ia menjadi pelengkap kepada pendapatan suaminya, Edmund Polipus, 30, yang
bertugas sebagai guru untuk menampung kehidupan mereka berempat.

Bukan Erllin sahaja, malahan neneknya, Ombuong Musodong, 65, ibu saudara, sepupu
serta rakan-rakan Erllin turut terlibat dalam bisnes yang sama dengannya. Pendek kata
setiap wanita di kampung itu semuanya memiliki kemahiran membuat kraftangan manik
dan meneruskan tradisi itu secara beramai-ramai.
Kenangan yang paling tidak dapat dilupakan sejak memulakan perusahaan ini ialah
apabila mendapat tempahan pinakol (manik yang dibuat berbentuk rantai) sebagai
cenderamata untuk seorang paderi.
Ia dijual dengan harga RM150, yang paling mahal pernah saya jual sepanjang terlibat
dalam bidang ini, jelas Erllin yang ditemui di bengkel kraf Kampung Tinangol, barubaru ini.
Erllin berkata, hampir 100 wanita di kampungnya akan bekerjasama membuat manik
sekiranya mendapat tempahan. Mereka tidak pernah bersikap mementingkan diri
sendiri malah setiap keuntungan dibahagikan sama rata sesama mereka.
Paling menarik, para suami akan turut menolong kiranya para isteri tidak mampu
menguruskan tempahan yang banyak, ujar Erllin dalam loghat Sabah yang mudah
difahami.
Setiap corak yang dihasilkan adalah mengikut kreativiti mereka sendiri. Perhiasan
seperti rantai dibahagikan beberapa nama seperti litai Sabah, litai Venusak, tinutu
(corak tradisi), inavol dan pinakol.
Menurut Erllin, pinakol paling sukar dihasilkan kerana ia memerlukan ketelitian serta
kesabaran yang tinggi.
Pinakol ini pula terbahagi dua iaitu yang jenis bersilang dan yang kedua biasanya
digunakan pada tradisi perkahwinan suku kaum Rungus di Kudat, jelas Erllin.
Antara produk daripada manik yang dihasilkan termasuklah gelang, rantai, kerongsang,
balutan pen dan macam-macam lagi.
Mengikut bancian yang dijalankan oleh Kraftangan Malaysia, perusahaan manik
merupakan perusahaan yang paling ramai jumlahnya di Sabah. Justeru ia menjadikan
manik sebagai sumber ekonomi majoriti wanita Sabah.
Penglibatan Kraftangan Malaysia, khususnya dalam program pembangunan usahawan
dan promosi ternyata memberikan nafas baru buat seni warisan Sabah ini. Sekali gus
menjadikan kraf manik sebagai satu seni yang akan terus mengekalkan tradisinya di
negeri yang terkenal dengan jolokan negeri di bawah bayu itu.
Seperti usahawan lain, Erllin turut berharap agar gerai maniknya lebih maju pada masa
depan dan dapat menyertai pameran di luar Kudat dengan lebih banyak lagi.

ARKIB : 18/08/2011
Kuching bakal jadi pusat penyelidikan manik
KUCHING 17 Ogos - Kerajaan negeri bercadang membangunkan sebuah pusat
penyelidikan manik Borneo di bandar raya ini bagi merancakkan lagi industri tersebut
pada masa depan.
Menteri Pelancongan dan Warisan, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg berkata,
rancangan itu merupakan sebahagian daripada pelan 10 tahun yang digariskan oleh
pihaknya sebagai usaha memperkenalkan manik Borneo ke pasaran antarabangsa.
"Kita mahu melihat bandar raya Kuching terkenal sebagai pusat penyelidikan manik di
rantau ini seperti mana kota Venice, Itali yang popular dengan barangan atau perhiasan
diperbuat daripada gelas.
"Oleh itu, pihak kementerian telah menggariskan rancangan jangka masa panjang
untuk membangunkan hab atau pusat penyelidikan manik Borneo di sini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai Persidangan Manik
Antarabangsa Borneo (BIBCo) 2011 yang bakal dianjurkan oleh Crafthub Sdn. Bhd. di
sini, hari ini.
Mengenai persidangan tersebut yang dijadual berlangsung dua hari bermula 7 Oktober
depan, Abang Johari berkata, ia bertujuan mempromosi dan memasarkan produk
kraftangan di negeri ini ke peringkat antarabangsa.
Katanya, BIBCo merupakan landasan terbaik untuk menaik taraf seni kraf tangan
masyarakat pribumi Sarawak, sekali gus menyumbang kepada peningkatan
pendapatan mereka.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Crafthub Sdn. Bhd., Heidi Munan memberitahu,
kira-kira 200 peserta termasuk pakar dalam bidang manik dari tujuh negara termasuk
Afrika Selatan, Australia, Kanada dan India bakal menghadiri persidangan itu.
"Sebanyak 13 kertas kerja mengenai sejarah penemuan awal dan susur galur manik,
kegunaan manik, potensi dan perkembangan teknologi dalam pembuatan manik akan
dibentangkan sepanjang program tersebut," katanya.

ARKIB : 28/04/2010

Jahitan manik boleh dikembang

SEREMBAN 27 April - Baju kurung


tradisional atau moden, tudung mahupun
pakaian lain, kini mampu di beri sentuhan
yang menarik dan lebih menonjol apabila
manik dan labuci dijadikan sebagai hiasan.
Ini dibuktikan oleh 20 peserta yang
mengikuti Program Jahitan Manik dan
Labuci Parlimen Seremban anjuran pejabat
Pembangunan Wanita Negeri Sembilan, di
sini hari ini.

Musalmah Othman @ Saffar, (dua dari


kiri) mengajar peserta bengkel jahitan
manik dan labuci di Pejabat
Pembangunan Wanita Negeri Sembilan,
semalam

Penolong Pengarahnya, Nor'ashikin


Abdull Razak berkata, program itu
bertujuan memberi latihan dan bimbingan
kemahiran kepada wanita agar mereka
dapat meningkatkan serta memperluaskan
pengetahuan dalam seni kreatif kraf tangan atau jahitan.

''Kita berharap program ini dapat memberi motivasi kepada golongan wanita melalui
kelas aktiviti yang dijalankan.
''Ini dapat meningkatkan pendapatan keluarga," katanya sewaktu merasmikan
penutupan program berkenaan di sini hari ini.
Tambahnya, program itu dapat membentuk insan yang proaktif dan produktif serta
berkeupayaan meningkatkan ekonomi keluarga, masyarakat dan negeri ini.
Pada program berkenaan, peserta telah dibekalkan dengan kotak manik dan labuci,
jarum dan benang, kain, selain empat peket manik dan satu peket mutiara. Mereka juga
diajar sebanyak 15 teknik sulaman.
Peserta, Kamariah Talib, 49, menyatakan rasa gembira kerana dapat menyertai
bengkel ini yang diharap dapat meningkatkan pendapatannya kelak.
''Saya memang berminat dengan sulaman manik dan labuci. Pada bengkel ini, saya
dapat mempelajari teknik yang betul mengenai sulaman ini," katanya.
Seorang lagi peserta, Gan Choi Hong, 56, pula menjelaskan, ilmu yang diperoleh di
bengkel ini akan dimanfaatkan walaupun ia sebahagian daripada hobi masa lapangnya.
7

''Mula-mula ia menjadi hobi, lama kelamaan boleh jadikan perniagaan. Sekurangkurangnya ilmu yang saya dapat ini, akan saya sebarkan kepada anak dan cucu,"
katanya.
Sementara itu, Rashidah Mohamad, 47, juga memberitahu, sebelum ini dia pernah
mengikuti program sebegini untuk menjadikan ia lebih bernilai pada masa hadapan.
''Hari ini saya hadir untuk meningkatkan kefahaman dalam bidang sulaman. Saya dapat
membetulkan mana yang silap.
''Saya berharap selepas program ini, saya dapat memperluaskan aktiviti menjahit di
rumah dan menjadikan kerjaya sampingan pada masa hadapan," ujarnya.
Program ini turut disertai Persatuan Wanita Prihatin Negeri sembilan (Perwatin), suri
rumah, kakitangan kerajaan dan ibu tunggal.

ARKIB : 31/01/2010
Kreativiti Yati hasilkan ikatan manik
Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
Foto DJOHAN SHAHRIN SHAH

SENI kraftangan merupakan hasil tangan


yang memerlukan kreativiti. Keunikan
sesuatu kraftangan itu boleh dinilai
menerusi ketelitian serta tahap kesukaran ia
dihasilkan.
Semakin banyak rintangan serta kesukaran
dilalui, semakin tinggi nilai sesuatu
kraftangan itu.
Bagi peminat seni mengikat permata
menggunakan dawai, Ainol Hayati Dahlan,
kedua-dua elemen itu adalah cabaran
utamanya dalam menyalurkan kreativiti.
Sememangnya minat anak gadis ini
kelihatan remeh, leceh dan membuang
masa tetapi bagi Yati adalah sebaliknya.
''Saya meminati seni mengikat perhiasan
menggunakan dawai sejak 2007. Ketika itu
saya baru selesai mempelajari jenis
mengikat permata menggunakan tali tangsi.
lagi.

''Saya lihat kaedah mengikat dawai ini lebih


kukuh dan stabil,'' katanya yang kemudian
memindahkan peraturan mengikat permata
dengan tali tangsi kepada dawai pula.

Bertitik tolak dari situ, minat Yati tertarik untuk menghasilkan lebih banyak barangan
perhiasan wanita berasaskan permata atau manik seperti cincin, gelang, rantai, loket,
subang, kerongsang, cucuk sanggul dan pin tudung. Daya kreativitinya turut
dikembangkan dengan menghasilkan cenderahati menggunakan pendekatan yang
sama.
Ternyata hasil tangan Yati mendapat pujian di kalangan ahli keluarga dan rakan
terdekat. Mereka terpesona dengan perhiasan yang boleh dipadankan dengan pakaian.

Bertitik tolak dari situ juga, Yati mempelajari lebih banyak reka bentuk yang
menampilkan keunikan tersendiri berbanding barangan perhiasan di pasaran.
Dia mengambil inisiatif mempelajari seni mengikat dawai di Internet. Rujukan di
beberapa laman web terutama daripada Amerika Syarikat (AS) seperti
www.enioken.com memberi idea untuk menambah baik perhiasan yang sedia ada.
''Menerusi laman web berkenaan, saya belajar teknik mengikat, menyimpul dan
mencantikkan sesuatu barangan berkenaan. Semua itu dipelajari menerusi arahan
yang diberikan satu demi satu. Apa yang penting adalah asas ikatan dan kemudiannya
boleh mempelbagaikan bentuk yang diingini," katanya yang sanggup melayari Internet
sehingga enam jam untuk menyiapkan hasil kerja.
Graduan Diploma Kejuruteraan Elektronik, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu juga
tidak kisah untuk mengeluarkan sedikit belanja untuk membeli dawai dan manik khas
yang juga dipesan menerusi Internet.
Disebabkan minat yang mendalam itu, anak kelahiran Gemencheh, Negeri Sembilan itu
juga sanggup berhenti kerja sebagai pembantu jurutera di sebuah syarikat swasta untuk
menumpukan perhatian dalam seni kraf yang diminatinya itu.
Apa yang lebih penting, anak kedua daripada empat beradik ini mendapat restu
daripada suaminya, Salem Abdul Khalid, 36, yang turut mengeluarkan perbelanjaan
untuk menyempurnakan keinginan isterinya.

10

ARKIB : 20/04/2009
Bengkel sulaman manik Selasa ini
MELAKA 19 April - Bagi mereka yang meminati bidang sulaman manik, anda
berpeluang mengikuti bengkel sulaman manik anjuran Perbadanan Muzium Melaka
(Perzim) bertempat di Jalan Kota, Bandar Hilir di sini Selasa ini.
Pengurus Besar Perzim, Khamis Abas berkata, bengkel itu diadakan bagi memberi
peluang kepada peserta mempelajari teknik dan kreativiti seni sulaman manik.
Menurutnya, program sehari itu juga bertujuan menyemai sikap mencintai dan
menghargai hasil keluaran kraf tangan tempatan di kalangan generasi muda pada hari
ini.
''Usaha ini juga bertujuan memberi peluang kepada penggiat seni sulaman manik untuk
berkongsi ilmu dan mengembangkan kepakaran mereka kepada para peserta yang
berminat menyertai bengkel ini kelak," katanya di sini hari ini.
Penganjuran bengkel itu, katanya, adalah untuk menghidupkan kembali era
kegemilangan seni sulaman manik yang terkenal satu ketika dulu di kalangan golongan
wanita.
Namun, ujar beliau, bidang tersebut semakin dilupakan dan kurang diminati oleh
generasi muda hari ini malah ada beberapa seni kreatif semakin pupus.
''Pada masa yang sama, tiada pihak atau agensi yang mengambil inisiatif untuk
menganjurkan program seni sulaman manik ini bagi menghidupkan kembali
kegemilangan seni sulaman manik kepada generasi muda.
''Usaha ini perlu dilaksanakan secara berterusan dan dijadikan sebagai salah satu
produk budaya bagi membolehkan masyarakat hari ini mengekalkan jati diri dalam
kehidupan harian mereka," katanya.
Kata Khamis, usaha mewujudkan minat dan perasaan mencintai budaya tempatan
dapat diterapkan melalui kraf tangan dan salah satu daripadanya ialah daripada seni
sulaman manik.

11

ARKIB : 02/11/2007
Kraftangan tarik pengunjung
SHAH ALAM 1 Nov. Produk kraftangan seperti gubahan bunga kering, rantai seramik
dan manik serta ukiran kayu oleh usahawan bumiputera menjadi tarikan pengunjung
pada pameran dan jualan yang diadakan sempena program komuniti, Utusan
Malaysia/Mingguan Malaysia Kita Bersama@Shah Alam sepanjang 10 hari di sini.
Program yang bermula dari 26 Oktober hingga 4 November itu memberi peluang
kepada mereka mempromosi hasil kerja tangan masing-masing kepada penduduk di
sekitar bandar raya ini.
Pameran dan jualan produk kraftangan tersebut yang diadakan di Kompleks PKNS di
sini, menempatkan kira-kira 10 pengusaha kraftangan tempatan yang kebanyakannya
terdiri daripada bumiputera.
Pengusaha kraftangan gubahan bunga kering, Esiah Kaimun, 52, berpendapat program
itu banyak membantu mempromosikan produk kraftangan beliau kepada penduduk di
bandar raya itu.
Katanya, produknya mendapat perhatian daripada pelbagai golongan masyarakat
terutamanya wanita yang gemar dengan hiasan bunga-bunga kering berwarna-warni.
Esiah yang mengusahakan syarikatnya sendiri, Laman Kraf Tani Enterprise di Sungai
Lang Tengah, Banting dekat sini berkata, dia hanya menggunakan bahan-bahan
semulajadi seperti bunga, daun pisang, pelepah pokok pinang dan daun pandan yang
diambil di sekeliling rumahnya.
Bahan-bahan tersebut dikeringkan menggunakan ketuhar mikro atau mesin inkubator
sebelum digubah di atas kertas dan disapu dengan pengilat dan kemudian dibingkaikan
untuk dijual.
Jelasnya, perusahaan kraftangannya itu bermula daripada minat yang mendalam
terhadap bunga-bungaan dan sedikit demi sedikit dia menghasilkan produk yang
semakin mendapat perhatian ramai.
Bagi Fauzi Tahir, 30, pula, minatnya terhadap seni seramik dimanfaatkan kepada satu
bentuk perniagaan yang semakin diminati ramai terutama golongan muda.
Dia yang menghasilkan aksesori seperti rantai dengan loket yang diperbuat daripada
seramik, mengambil peluang untuk mengetengahkan bakat sedia ada melalui program
tersebut.
Saya suka mencipta benda baru jadi saya lihat bahan seperti tanah liat boleh
dimanfaatkan untuk menghasilkan aksesori tidak kira untuk lelaki mahupun wanita.
12

Saya juga rasa amat bertuah kerana berpeluang terlibat dalam program akhbar ini
kerana sedikit-sebanyak dapat membantu mengembangkan bakat dan minat saya ini, "
katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

13

ARKIB : 30/03/2004
Pusat khas - Latih wanita Afrika Selatan buat manik
Oleh Norzahizan Ismail
Wanita tidak dapat dapat lari daripada naluri semula jadi ingin kelihatan menarik
dengan menggayakan pelbagai perhiasan diri. Malah perhiasan seperti manik sudah
menjadi budaya masyarakat benua Afrika terutama Afrika Selatan.
Menyedari hiasan manik bukan sekadar diminati masyarakat rantau itu, kerajaan Afrika
Selatan mengambil inisiatif memperkenalkan keunikan hiasan manik dengan melatih
wanita-wanita Afrika Selatan dalam bidang kraf tangan.
Ini bagi membolehkan mereka menghasilkan kerja tangan yang memerlukan kreativiti,
kesabaran dan ketelitian serta produk yang bermutu.
Justeru, satu pusat latihan khusus untuk pengeluaran hiasan manik ditubuhkan pada
tahun 2000 di tanah seluas 350 meter persegi di Cape Town, Afrika Selatan
Pusat tersebut menempatkan 40 orang wanita untuk menghasilkan perhiasan mengikut
permintaan dan selera pelancong sekali gus bertindak sebagai ibu pejabat pusat latihan
tersebut.
Terdapat tiga lagi pusat serupa termasuk dua di Wilayah Gauteng yang melatih wanita
berusia antara 18 dan 35 tahun. Malah terdapat wanita yang lebih dewasa dan
mempunyai minat mendalam serta daya seni tersendiri terlibat di pusat tersebut.
Projek unik ini dijayakan dengan kerjasama sektor swasta dan sehingga kini seramai
200 orang termasuk 110 orang kurang upaya berjaya dilatih untuk memenuhi pasaran
yang bertambah baik dari tahun ke tahun.
``Tujuan saya menyertai `Travel Mart Komanwel Kuala Lumpur 2004' ini juga adalah
untuk mencari pasaran di negara ini khususnya pengedar.
``Saya percaya dapat memasarkan perhiasan manik di rantau ini serta antara Negaranegara Komanwel kerana kami bersedia menerima tempahan mengikut paten serta
warna kegemaran atau mengikut peredaran fesyen terkini,'' kata Pengarah Jualan
Tempatan dan Antarabangsa Designer Beaded Jewellery, Kholofelo Mabusela.
Beliau serta pegawai Bahagian Pelancongan Afrika Selatan ditemui di Pusat Pameran
Mines Resort City, baru-baru ini.
Beliau sendiri telah pergi ke dua wilayah di Jepun dan Washington D.C., Amerika
Syarikat (AS) tahun lalu serta akan berada di Dubai selepas pameran di Kuala Lumpur.

14

Dua lagi bandar di AS, Maryland dan New York City akan dikunjungi tahun ini bagi
mempromosi rekaan manik-manik dari Afrika Selatan sebagai usaha meluaskan
pasaran antarabangsa.
Kholofelo menceritakan Pusat Perhiasan Manik tersebut menerima pengunjung yang
bukan sahaja mahukan barangan atau perhiasan yang telah siap dipamerkan, malah
wanita-wanita di pusat itu dapat menghasilkan tempahan seperti cincin, anting-anting,
kalung yang akan dapat disiapkan dalam masa sehari dengan harga antara AS$45 dan
AS$190.
``Kami gembira menerima tempahan dan sanggup mengikut kehendak pelanggan
asalkan mereka beritahu apa yang diinginkan. Bagaimanapun jika yang rumit perlu
mengambil masa lebih sedikit iaitu kira-kira sehari setengah dan harganya lebih antara
AS$200 dan AS$250 tetapi pasti memuaskan hati,'' tambah beliau.
Beliau menjelaskan mempromosi barangan dan perhiasan manik adalah salah satu
cara kerajaan untuk menggalakkan kaum wanita terlibat dalam sektor pelancongan
perniagaan di negara itu.
Sehubungan itu, kata beliau, wanita yang menjalani latihan akan diberi insentif iaitu
elaun latihan setiap dua minggu selain disediakan makan minum serta tempat
penginapan.
``Hasil tempahan atau apa sahaja yang berjaya dijual adalah hak mereka dan cara ini
amat memuaskan hati wanita-wanita yang tidak jemu-jemu menghasilkan perhiasan lain
dari yang lain untuk pelanggan,'' tambah beliau.

Sumber : http://www.utusan.com.my
Tarikh Akses : 19 Jun 2013
15

Headline: Teruja siapkan gelang kristal


Publication: HM
Date of publication: Jun 13, 2013
Section heading: Variasi
Page number: 013
Byline / Author: Oleh Ainal Marhaton Abd Ghani

Biarpun hiasan tidak seberapa nilainya, ia tetap menjadi lambang kewanitaan. Sudah
menjadi lumrah alam, asal sesuatu itu cantik dipandang, pasti ramai yang ingin
memilikinya.
Begitu juga dengan seni kraf tangan sulaman dan jahitan manik mahu pun penghasilan
gelang, rantai dan subang dengan idea serta sentuhan kreatif yang menjadi ikutan
ramai.
Tidak ketinggalan sekumpulan wanita masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Mas,
Sungai Lembing, Kuantan yang menyertai bengkel jahitan dan membuat gelang
berasaskan manik serta kristal, begitu teruja menyiapkan kerja tangan diberikan tenaga
pengajar.
Penulis yang turut mengikuti bengkel berkenaan kagum dengan semangat ditunjukkan
kaum wanita ini yang begitu gigih menyiapkan gelang kristal walaupun mengambil
masa agak lama.
Kagum melihat jari jemari mereka dengan penuh tertib menyusun dan mengira butiran
manik sebelum mencucuk tali tangsi ke dalam lubang manik bagi membentuk gelang
dan rantai.
Perasaan gembira jelas terpancar pada wajah peserta bengkel kerana dapat
menghasilkan sesuatu yang tidak pernah mereka lakukan sebelum ini kecuali
mendapatkannya di kedai aksesori wanita.
Sebagai permulaan, peserta diberikan pendedahan mengenai teknik menyulam atau
mengait manik yang paling ringkas, tetapi tetap nampak eksklusif untuk digayakan.
Mereka diberikan sejumlah kristal daripada pelbagai jenis dan warna untuk mereka
gelang tangan dan rantai leher berdasarkan kreativiti sendiri.
Walaupun sukar pada mulanya, keceriaan jelas terpancar pada wajah masing-masing
sebaik saja melihat hasil rekaan sendiri siap dengan cantik.
Bengkel anjuran Pergerakan Puteri UMNO Parlimen Paya Besar itu diadakan julung
kalinya bertujuan memberikan pendedahan kepada golongan terbabit untuk lebih
berdikari. Pada masa sama, ia membantu menambah pendapatan keluarga yang
kebanyakannya bergantung kepada hasil hutan dan berkebun.
1

Ini sesuatu yang baru bagi golongan wanita ini dan ternyata mereka teruja untuk
mempelajarinya dari tenaga pengajar berkemahiran didatangkan khas daripada Kolej
Komuniti Kuantan, Mastura Uda, kata Ketua Pergerakan Puteri UMNO Parlimen Paya
Besar, Norydal Othman.
Norydal berkata, selain kursus pembuatan gelang kristal, pihaknya juga bercadang
mengadakan kelas sulaman manik, bonsai kristal dan kerja tangan lain untuk
memperluaskan skop perniagaan mereka.
Peserta, Noriani Deli Ramli, 24, berkata dia teruja menyertai bengkel yang pertama kali
diadakan di kampungnya itu.
Tanpa sebarang pengetahuan, malah kali pertama didedahkan dengan bengkel
membuat gelang kristal, dia berasa gembira kerana berpeluang mengikuti kelas
berkenaan.
Selama ini jika hendak memakai gelang seperti ini, saya membelinya di Kuantan.
Selepas ini, tidak perlu lagi berbuat demikian sebaliknya, membeli bahan asas dan
membuat rekaan sendiri kerana modalnya kecil saja.
Saya yakin jika diberi peluang, penduduk Orang Asli pasti akan melakukan dengan
bersungguh-sungguh selain mendapat kepercayaan masyarakat membeli produk yang
kami keluarkan, katanya.
Rodziah Abd Rahim, 35, juga enggan melepaskan peluang mengikuti bengkel
berkenaan walaupun terpaksa membawa tiga anaknya yang masih kecil.
Bukan mudah untuk mengikuti bengkel seperti ini kerana kebiasaannya diadakan di
kawasan bandar sedangkan kami jauh di kawasan pedalaman dan tiada kemudahan
untuk berulang-alik.
Justeru, peluang ini saya gunakan sepenuhnya untuk mempelajari asas membuat
gelang daripada manik dan kristal yang pelbagai saiz dan jenis, katanya.
Berlainan pula dengan Sunarti Sabun, 20, yang sanggup membeli gelang dan
kemudian menceraikannya satu persatu dan dicantum semula hanya untuk mengetahui
cara gelang itu dihasilkan.
Sebelum ini dia memang geram apabila melihat aksesori itu di kedai kerana sangat
menarik hasil gabungan warna dan rekaannya.
Saya pantang melihat gelang manik. Untuk membelinya pula saya terpaksa berfikir
berkali-kali kerana mahal.
Justeru, peluang ini memang sangat berbaloi dan apabila sudah ada kemahiran, saya
memulakan perniagaan secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan keluarga,
2

katanya.
Anak keenam daripada sembilan beradik itu berkata, dia berhasrat untuk menggunakan
sepenuhnya kemahiran itu dan berazam untuk membuka kedai aksesori untuk
meningkatkan pendapatan keluarganya.
Idah Nor, 3, pula berkata, sekurang-kurangnya dia kini mempunyai idea untuk mereka
aksesori sendiri.
Selepas ini saya tidak perlu membeli kerana boleh buat sendiri bukan saja untuk ahli
keluarga, tetapi untuk rakan sebagai hadiah. Ini lebih menjimatkan.
Sebagai permulaan, tenaga pengajar memberikan rekaan paling mudah dengan
gabungan dua warna saja supaya peserta tidak terkeliru. Akhirnya saya berjaya
mengait tiga gelang dalam tempoh tiga jam, katanya.
Idah yang juga ibu kepada lima anak enggan mensia-siakan peluang itu dan turut
menyimpan hasrat untuk berniaga bagi membantu suaminya, Nubi Asang, 32, yang
hanya bekerja kampung dan tidak mempunyai pendapatan tetap.

Headline: Tiup jadi manik kaca


Publication: HM
Date of publication: Jun 8, 2013
Section heading: Variasi
Page number: 004

Aksesori manik kaca antara salah satu hasil seni kraf tangan di negara kita. Ia turut
popular di Sarawak terutama Limbang dan Lawas.
Kerja tangan masyarakat etnik Orang Ulu Sarawak ini diwarisi sejak turun-temurun.
Manik kaca dihasilkan menerusi teknik tiupan menggunakan api dan gas.
Menariknya, seni kraf tangan ini turut bersifat artistik dan elegan yang sesuai
dipadankan dengan sebarang jenis pakaian.
Dalam kalangan pembuat dan peminatnya, manik kaca menjadi pilihan utama
berbanding manik daripada tanah. Selain tidak mudah pecah, ia mempunyai
permukaan yang licin, bersinar dan elegan jika dipadankan dengan pakaian sesuai.
Ia juga terdapat dalam pelbagai warna dan bentuk seperti bulat, leper, segi empat dan
bujur.
Manik kaca ini boleh dijadikan pelbagai aksesori menarik seperti anting-anting, gelang
tangan, rantai leher dan loket.
Bagi menghasilkan aksesori manik kaca, kaca berbentuk lidi atau batang peleting
dipanaskan di atas besi yang dicelup tanah liat putih.
Proses membakar mengambil masa antara dua hingga lima minit bergantung kepada
saiz kaca.
Selepas gelung manik terbentuk, ia disejukkan di dalam kain khas bagi mengelak
terkena udara, merekah dan pecah.
Selepas itu, barulah proses mewarna atau mencorak dilakukan.
Kebiasaannya kerja pembuatan manik kaca dilakukan di dalam bilik yang tertutup bagi
mengawal aliran udara.
Ini kerana udara boleh mengganggu proses pembakaran dan secara tidak langsung
menjejaskan kualiti manik.
Kraftangan Malaysia bakal menganjurkan Promosi Kerja Kahwin bermula 19 Jun hingga
1 Julai ini bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. Layari
www.kraftangan.gov.my untuk maklumat lanjut.
(END)
4

Headline: Kreativiti isteri tentera


Publication: HM
Date of publication: Apr 23, 2013
Section heading: Variasi
Page number: 014
Byline / Author: Oleh Siti Zarinah Sahib

Menyedari sektor kraftangan mampu menjana pendapatan lumayan dengan memberi


peluang pekerjaan secara sepenuh masa mahupun sambilan kepada isi rumah, Badan
Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Darat menganjurkan Pertandingan K
raf tangan Bakat Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Acara berlangsung baru-baru ini membabitkan empat pasukan terdiri daripada BAKAT
Darat, BAKAT Laut, BAKAT Udara dan BAKAT Gabungan.
Pertandingan yang diadakan setiap tahun ini bertujuan memberi peluang kepada isteri
tentera mempamerkan kebolehan dan kreativiti masing-masing di samping bertujuan
mengeratkan hubungan dalam kalangan isteri tentera.
Terdapat enam kategori pertandingan iaitu sulaman reben satin, sulaman manik,
sulaman benang jahitan tangan untuk hiasan dinding, membuat bunga pahar, gubahan
sirih junjung dan membuat bekas hantaran manakala setiap kategori diwakili dua
peserta daripada setiap pasukan.
Menurut Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM, Puan Sri Umi Kalsom Wan Awang,
setiap wanita harus cekal dan bersungguh-sungguh mempelajari seni kraf tangan
kerana ia mampu menjana pendapatan sekiranya dilakukan dengan tekun dan sabar.
Selain itu, hasil kerja tangan ini dapat mencipta masa depan yang lebih baik dan
menambah sumber ekonomi keluarga.
Seni kraf tangan sangat terkenal dalam kalangan wanita. Kini ramai mula
menjadikannya sebagai peluang pendapatan. Apa yang harus dilakukan adalah
berusaha bersungguh-sungguh bagi memperkenalkan kemahiran yang dimiliki, ujarnya.
Pemenang pertandingan menerima hadiah wang tunai disampaikan oleh Umi Kalsom
diiringi Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat, Datin Seri Rusnah A Rahman.
Acara sulaman reben satin pula dimenangi Normah Nazir mewakili BAKAT Darat,
sulaman manik di menangi Nor Hazlina Mohd Bari daripada BAKAT Udara, sulaman
benang jahitan tangan untuk hiasan dinding dimenangi Siti Robaya Mohd Radhi
daripada BAK AT Laut, membuat bunga pahar dimenangi Siti Khadijah Abd Aziz yang
juga daripada BAKAT Laut, gubahan sirih junjung dimenangi Rahawati Sulaiman
daripada BAKAT Gabungan manakala membuat bekas hantaran pula dimenangi Farah
5

Annuar daripada BAKAT Laut.


Johan keseluruhan pertandingan dimenangi oleh BAKAT TLDM yang menerima piala
pusingan.

Headline: `Penghargaan terbesar selepas 54 tahun'


Publication: HM
Date of publication: Mar 5, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 018
Byline / Author: Oleh Intan Mas Ayu Shahimi

Kuala Lumpur: Ini adalah penghargaan paling besar selepas lebih 54 tahun menceburi
bidang pembuatan gasing tradisional, kata Koh Kim Bok, 70, penerima Anugerah Khas
Tukang Ulung Kraftangan Malaysia di Perasmian Hari Kraf Kebangsaan 2013, di sini,
semalam.
Bapa kepada tiga anak itu bukan saja bangga dengan hasil usahanya, malah berdebardebar apabila diumumkan sebagai penerima penghargaan yang disempurnakan Seri
Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Haminah Hamidun.
Hadir sama, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais
Yatim dan isteri Datin Seri Masnah Rais.
Bercerita mengenai latar belakang hidupnya, Koh berkata, pergaulan erat dengan rakan
berbangsa Melayu sejak kecil menjadi antara pendorong utama dia menceburi bidang
permainan dan pembuatan gasing tradisional.
Saya tinggal di perkampungan Melayu, berkawan dengan orang Melayu dan cukup
berminat dengan permainan tradisional mereka. Dari situ, saya mula mempelajari
kaedah membuat gasing.
Kebanyakan gasing dijual. Namun ada juga yang saya hasilkan untuk simpanan
peribadi selain turut menyerahkan sebahagian koleksi kesayangan kepada pihak
muzium negeri untuk dipamer kepada umum, katanya yang giat mengadakan kursus
dan promosi gasing di dalam serta luar negara.
Pembuat manik seramik Litad Mulok, 62, pula berkata, dia bergiat aktif dalam industri
itu sejak 1991 dan kini tidak menang tangan memenuhi pesanan daripada pemborong
Australia dan New Zealand.
Dalam tempoh 22 tahun ini, saya berjaya membuka kilang manik seramik buatan
tangan, katanya.
Menurut Litad, dia tidak bimbang soal produktiviti manik seramik pada masa akan
datang kerana dua daripada enam anaknya mewarisi minatnya dalam mengembangkan
perniagaan barang hiasan itu.
Sementara itu, pembuat tembikar K Devaraj, 61, berkata, dia mewarisi bidang
kraftangan itu daripada bapanya sejak lebih 40 tahun lalu.
7

Ketika itu, pembuatan tembikar menggunakan tangan, namun hari ini semuanya
menggunakan acuan, katanya.
Selain Koh, Litad dan Devaraj, tujuh lagi pakar seni kraf diberi penghargaan khas
Tukang Ulung bersama wang tunai RM10,000.
Mereka adalah pengukir kayu, Latiff Long; pembuat gong, Darwin Kunama; pembuat
gambus, Awang Besar Pangeran Apong; pembuat anyaman ribu-ribu, Nayar
Morumting; pembuat beg anyaman, Senia Anak Sugi; penggiat sulaman kelingkam, Nik
Rahimah Nik Idris dan pengukir arca, Yatim Bani.

Headline: Himpunan kraf tangan


Publication: BM
Date of publication: Mar 3, 2013
Section heading: Kembara
Page number: 010
Byline / Author: Oleh Rohaniza Idris

BAGI peminat seni kraf tempatan, pameran ini sentiasa di nanti bukan hanya untuk
membeli pelbagai barang kraf pada harga yang berpatutan malah melihat sendiri cara
kraftangan di hasilkan.
Tahun ini, pameran Hari Kraf Kebangsaan 2013 berlangsung mulai Khamis lalu hingga
11 Mac depan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur dengan menampilkan pelbagai koleksi,
pertandingan, demonstrasi, padanan perniagaan serta persembahan kebudayaan dan
kesenian.
Dengan tema Kraf Penggerak Ekonomi 1Malaysia, pameran kali ini turut memberi
ruang kepada peminat kraf membeli produk kraftangan rekaan usahawan tempatan
yang lebih inovasi, kreatif dan bersesuaian dengan gaya hidup masa kini.
Turut dipamerkan tekstil, hasil rimba, hasil logam dan aneka kraf. Buat pertama kalinya
sejak 11 kali penganjuran pameran, kraf seramik dipamerkan dengan pelbagai koleksi
baru yang lebih inovatif.
Di buka jam 10 pagi hingga 10 malam, lebih 500 gerai pameran mengambil bahagian
termasuk konsep batik yang menonjolkan Kubisme dengan corak elemen geometrik
serta kraf hasil kerja tangan pemenang Anugerah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan
Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Interaktif kraf
Enam jenis pameran dijalankan jualan produk rekaan kraf baru, kraf warisan, seramik,
seni ukiran kayu dalam seni bina, galeri seni ukiran kayu oleh Persatuan Pengukur dan
kraf ciptaan pemenang anugerah antarabangsa. Turut mengisi pameran ialah aktiviti
interaktif kraf iaitu Interaktif Kraf Anyaman Rotan dan Interaktif Kraf Anyaman
Mengkuang.
Bagi penggemar hasil rotan, boleh melihat pelbagai hasil anyaman rotan tradisional
seperti bakul, kerusi, lekar, nyiru, raga dan juga alat permainan tradisional seperti sepak
raga.
Sesuai dengan cara hidup moden, rotan juga semakin popular sebagai kelarai
perhiasan seperti terendak lampu dan tempat alas cawan (coaster) manakala produk
anyaman mengkuang atau pandan adalah beg, bakul, bekas telur dan tikar.

Pengunjung juga boleh merasai sendiri pengalaman membuat kraf, selain melihat
demonstrasi dan bengkel serta bual bicara mengenai industri kraf tangan selain
menyertai pelbagai pertandingan berkaitan industri dan demonstrasi masakan.
INFO
Kategori produk kraf yang dipamerkan dan dijual sepanjang Hari Kraf Kebangsaan
2013
* Tekstil
Batik - Canting, Blok, Skrin (Pakaian Selendang Pareo, Hiasan Cenderamata) Songket
Tenun (Pakaian Hiasan Cenderamata)
* Hasil Rimba Kayu, Rotan, Buluh, Mengkuang, Pandan, Daun Sal, Bemban, Ribu-ribu,
Tempurung Kelapa, Daun Kering (Produk Hiasan Rumah, Lanskap Taman, Produk
Hadiah Cenderamata)
* Hasil Tanah Tanah Liat, Batuan, Marmar, Kaca dan lain-lain (Produk Kraf Seramik,
Produk Aksesori Hiasan Berasaskan Seramik, Produk Seramik Hiasan Rumah, Produk
Seramik Hiasan Taman dan Produk Cenderamata Seramik)
* Logam Emas, Perak, Piuter, Besi, Platinum,Tembaga dan lain-lain (Produk Aksesori
Perhiasan Diri, Produk Hadiah Cenderamata dan Produk Senjata Tradisional)
* Aneka Kraf Mutiara, Manik, Barangan Kulit, Siput (Produk Aksesori Perhiasan Diri,
Produk Hadiah Cenderamata)
(END)

10

Headline: Jari-jemari habis luka


Publication: HM
Date of publication: Jan 19, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 044
Byline / Author: Oleh Ainal Marhaton Abd Ghani

Kuantan
Saya melakukan kerja sampingan ini demi membantu menambah pendapatan keluarga.
Walaupun hasilnya tidak seberapa, saya bersyukur kerana dapat meringankan beban
kewangan menguruskan perbelanjaan dapur dan persekolahan anak, kata Sabariah
Omar, 43.
Sabariah berkata, pada peringkat awal, dia menjadikan seni kraf tangan bonsai manik
sebagai hobi mengisi masa lapang sebelum dijadikan satu bentuk perniagaan kecilkecilan.
Saya bersyukur kerana berkesempatan mempelajari seni kreatif ini daripada tenaga
pengajar Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) selain melayari Internet, katanya
ketika ditemui di rumahnya di FELDA Lepar Hilir 3, di sini, semalam.
Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata, suaminya, Baharom Mustaffa, 50, memberi
galakan kepadanya untuk mengusahakan kraf tangan dengan lebih serius.
Suami tidak menghalang saya menghasilkan kraftangan ini berikutan ia cantik dan
berseni kerana bukan semua orang boleh membuatnya, sekali gus membantunya
menambah pendapatan keluarga, katanya.
Sabariah berkata, pada peringkat awal mempelajarinya memang sukar kerana perlu
mencari idea kreatif untuk menghasilkan bonsai yang menarik minat pelanggan.
Ketika mula belajar, jari-jemari habis luka kerana perlu bentukkan dawai keras menjadi
pohon dan ranting sebelum disulam dengan manik yang sudah dicantumkan menjadi
bentuk buah atau bunga serta dihiasi dedaun.
Tetapi, rasa sakit itu hilang apabila kerja tangan siap dan dibeli orang terutama apabila
dibawa ke ekspo pameran dan jualan kraf tangan, katanya yang sudah menghasilkan
lebih 200 bonsai sejak tiga tahun lalu.
Sabariah berkata, selain bonsai manik, dia menghasilkan sulaman reben dan lukisan
menggunakan warna pastel.
Saya meminati hasil kerja tangan kerana ia adalah curahan idea kreatif kita sendiri
tanpa dipengaruhi pihak lain. Apa yang saya fikirkan itulah yang akan dihasilkan.
11

Selain itu, saya juga menerima tempahan untuk hasil seni berkenaan dan mengambil
masa beberapa jam untuk menyiapkan satu gubahan, katanya.
Sabariah berkata, walaupun pendapatan tidak menentu setiap bulan, ia akan meningkat
menjelang musim perayaan dan cuti persekolahan.
Kebanyakan tempahan sulaman reben pada kusyen diterima menjelang musim cuti
sekolah untuk majlis perkahwinan, manakala bonsai untuk hiasan musim perayaan,
katanya.
Katanya, setiap pokok bonsai dijual pada harga antara RM30 hingga RM150
bergantung kepada saiz dan rekaannya. Antaranya adalah pokok kelapa, buah-buahan
dan pelbagai jenis pokok bunga.
Katanya, kreativiti amat diperlukan dalam menghasilkan bonsai manik yang dapat
memikat hati pembeli.
Gabungan warna manik, bentuk daun, gulungan dawai, warna simen yang digunakan
dan rekaan bonsai sama ada menjulang tinggi atau rendang perlu diberi perhatian.
Kemasannya sangat penting kerana ia adalah satu daripada daya penarik minat orang
ramai untuk memilikinya dan saya akan pastikan dawai asal tidak kelihatan, katanya.

12

Headline: Seni teknik menyulam


Publication: HM
Date of publication: Jan 29, 2013
Section heading: Variasi
Page number: 012
Byline / Author: Oleh Hajahfarhana Tarmudi

PENGHASILANNYA memang agak rumit, tetapi menggunakan kreativiti dan kemahiran


dipelajari sebaik mungkin, ia mampu menghasilkan rekaan yang mencecah ribuan
ringgit.
Namun, ramai yang masih tidak nampak kelebihan jahitan sulaman manik yang cuba
diketengahkan oleh Pengarah Urusan Pusat Rekaan Fesyen FTIM, Rosita Jaafar.
Katanya, sulaman manik adalah bentuk kreativiti daripada luahan perasaan atau
inspirasi menerusi corak lakaran yang menarik namun ia lebih memuaskan hati jika
penghasilannya menggunakan teknik yang betul.
Jarum bersaiz 11 digunakan untuk menyulam semua jenis manik dan labuci manakala
saiz 12 sesuai ketika melakukan jahitan pada manik yang memiliki lubang sangat kecil.
Benang yang digunakan pula daripada jenis yang sama untuk menjahit pakaian.
Namun, dua lembar benang mencukupi untuk memulakan sulaman manik ini, katanya
mengenai peralatan yang diperlukan sebelum mempelajari teknik sulaman.
Sebelum seseorang pelajar itu meneruskan pengajian sulaman manik ke peringkat
lebih tinggi, mereka diajar 20 teknik sulaman asas terlebih dulu.
Kemudian, barulah pelajar boleh melanjutkan sehingga ke peringkat lebih tinggi untuk
menambah kemahiran melukis corak dan menggabungkan warna sesuai sehingga
boleh menghasilkan satu rekaan menarik pada baju.
Menurutnya, sulaman manik yang asli daripada jenis sulaman beriring. Ia dihasilkan
menerusi idea daripada tekat benang emas yang ditukar kepada manik.
Coraknya pula banyak dipengaruhi sulaman songket atau batik seperti corak pucuk
rebung dan pucuk nanas yang biasa dilihat.
Teknik jahitan sulaman mempunyai pelbagai jenis dan ia berbeza antara satu sama
lain. Biasanya, asas jahitan sulaman akan diambil dan diubah sehingga 40 hingga 50
asas sulaman yang berlainan mengikut kreativiti seseorang, katanya yang turut
membukukan teknik mudah untuk dipelajari melalui pembacaan.
Bukan hanya boleh menjadikan pakaian polos bertambah menarik menerusi
penambahan sulaman manik, malah jika bijak, kemahiran terbabit juga mampu
13

menghasilkan aksesori menawan.


Menggunakan sulaman beriring, Rosita mengubahnya untuk menghasilkan pelbagai
jenis teknik jahitan yang boleh dipelajari.
Kebanyakan jahitan sulaman yang dibukukan dan diajar saya namakan sendiri kerana
lebih mudah diingati serta membangkitkan rasa untuk mempelajarinya.
Menerusi manik, kita juga boleh menghasilkan rekaan lebih kreatif dengan
menggabungkan kristal dan labuci untuk menonjolkan konsep mewah.
Namun, pemilihan bermula daripada corak, teknik jahitan dan gabungan warna penting
sebelum menghasilkan rekaan agar ia tampak lebih cantik selepas disiapkan, katanya
yang menimba pengalaman berkenaan daripada ibunya sejak kecil lagi.
Pernah menganjurkan Pertandingan Sulaman Manik Kristal Piala FTIM, Rosita
mengakui sulaman tangan mendapat tempat dalam kalangan masyarakat negara ini
sejak 15 tahun yang lalu sekali gus mendorongnya untuk membuka pusat pembelajaran
itu pada 1998.
Hasilnya, kini dia dapat melihat sektor sulaman manik pada busana semakin digilai
ramai selain boleh menambah pendapatan terutama kepada suri rumah.
Kepakarannya diiktiraf oleh Majlis Amanah Rakyat dan Kraftangan Malaysia sebagai
Pakar Perunding Fesyen dan Sulaman, Jabatan Pembangunan Kemahiran.
Sejarah sulaman
Walaupun sudah beribu tahun berlalu, sulaman tangan yang mula terkenal sejak 1700
masih menjadi ikutan manakala teknik serta coraknya juga masih tidak banyak
perbezaan sehingga ke hari ini.
Melalui pembacaan yang dilakukan Rosita dan dirumus ke dalam bukunya, Sulaman
Manik Kristal dan Benang, asal-usul sulaman itu dikaitkan dengan keinginan manusia
yang ingin menambah keceriaan pada persekitaran mereka.
Menerusi contoh fabrik terawal sejak 3000 sebelum Masihi hingga ke penghasilan
benang 3-Dimensi masa kini, manusia melakukan perubahan dengan menambah kerja
tangan sehingga membabitkan sulaman pada pakaian, kelengkapan persendirian dan
kain linen.
Budaya Barat sering mengaitkan jarum dan benang dengan wanita. Namun, jika dilihat
pada asalnya mereka menyerahkan tugas berkenaan kepada kaum lelaki di negara
Timur dan Barat yang menjalankan latihan selama lapan tahun sebelum boleh digelar
pakar dalam kraf mereka.

14

Setiap negara mempunyai gaya dan teknik yang berbeza seperti seni sulaman
hardanger yang dihasilkan orang Norway manakala hedebo pula diperkenalkan di
Denmark.
Di Itali, mereka menghasilkan teknik terperinci untuk pakaian pengantin dan perayaan
yang menggunakan rekaan jahitan sulaman dengan warna cerah.
Setiap negara mempunyai corak yang sama tetapi diolah dengan gaya, jahitan dan
kombinasi warna berbeza. Walaupun orang Mesir mengamalkan sulaman
menggunakan benang putih yang berlatarkan fabrik rona sama, kemahiran sulaman di
zaman itu begitu terperinci dan tidak ramai yang dapat melakukannya pada hari ini.
Kerja tangan dresden diperbaiki di Jerman dengan menambah sulaman halus
kerawang menggunakan jahitan fabrik dan corak terperinci.
Tidak kurang hebatnya pada seni sulaman ayrshire yang dipercayai dari Perancis tetapi
lebih dikenali di Scotland.
Sulaman Inggeris dari England dipanggil whitework yang menggunakan corak bungaan,
daun dan dahan. Kemudian ia ditambah dengan sulaman kerawang tangan untuk
memperbaiki hasil kerja tangan mereka yang sebenarnya dipercayai berasal dari
Czechoslovakia.
Ia diberi nama seni sulaman madeira kerana dihasilkan di Kepulauan Madeira, Afrika
Selatan dan dilakukan secara komersil untuk dijual kepada pelancong.
Di India turut mengamalkan whitework dan pekerjanya begitu mahir menggunakan
jarum sehingga tidak menembusi kain sebaliknya memisahkan benang pada dasar dan
hanya boleh dilihat pada permukaan saja.
Malangnya, aktiviti sulaman yang perlu dilatih sejak kecil itu tidak lagi diamalkan hingga
ke hari ini. Namun, negara berkenaan masih menghasilkan sulaman yang begitu halus
di rantau ini bagi tujuan eksport.
Mengamalkan sulaman dua belah yang mengambil masa bertahun lamanya untuk
disiapkan, kerja tangan yang dihasilkan dari China itu gemar menampilkan corak
berlainan pada dua bahagian iaitu depan dan belakang.
Mereka menggunakan kain sutera dan hasilnya mampu mencecah ribuan ringgit
bergantung kepada saiznya.
Malaysia pula memiliki kekayaan seni benang tenunan seperti sulaman songket
terutama di Terengganu dan Perak. Perkataan songket bermakna menyulam
menggunakan benang emas dan perak manakala songket yang tidak disulam tetapi
ditenun rapi dengan diselang seli benang sutera secara membujur.

15

Sekadar hobi
Bagi pelajar separuh masa di Pusat Rekaan Fesyen FTIM, Dina Sulaiman, dia lebih
gemar mempelajari teknik sulaman manik sebagai hobi.
Walaupun baru mnghabiskan pembelajarannya mengenai teknik jahitan sulaman yang
asas, dia berasa gembira kerana hasratnya untuk mempelajarinya tercapai.
Saya meminati seni jahitan sejak berusia lapan tahun lagi dan mula mempelajarinya
secara serius apabila berusia sekitar 13 tahun.
Hobi ini juga banyak dipengaruhi ibu dan kakak yang turut meminati bidang jahitan.
Mereka banyak mengajar saya dan memberi sokongan untuk mempelbagaikan
kemahiran, jelas wanita yang berasal dari Syria ini.
Sambil tangannya berhati-hati menyulam benang yang mengandungi manik pada kain,
Dina akui dia mahu meneruskan pembelajarannya ke tahap yang lebih tinggi terutama
sulaman manik 3-Dimensi kerana tertarik dengan rekaannya yang nampak seperti
hidup dan timbul.
Saya ambil masa selama sebulan iaitu empat kali ke kelas bagi mempelajari 20 teknik
jahitan asas sebelum boleh melanjutkan pembelajaran teknik yang lain.
Selama ini saya masih tercari-cari kemahiran yang boleh menggabungkan minat saya
pada jahitan dan warna sehingga mengetahui kelas sulaman manik ini daripada kakak,
katanya yang turut mempunyai kemahiran menghasilkan pakaian kanak-kanak seperti
gaun dan baju tidur.
Baginya, pengalaman mempelajari sulaman manik tidaklah terlalu susah asalkan
mempunyai minat yang mendalam dan kesabaran.
Kesabaran dan ketelitian memang penting ketika menyulam untuk menjadikannya lebih
mudah dipelajari serta diterima dengan baik malah perlu rajin mempraktikkannya di
rumah, kata wanita berusia 24 tahun ini.
Menjalankan perniagaan dari rumah memudahkan Dina untuk melakukan latihan
sulaman manik bersama kakak dan ibunya.
Namun, kemahiran yang dipelajari hanya dilakukan atas alasan minat dan hobi saja.
Dina belum terfikir untuk menjadikannya sebagai perniagaan bagi menjana pendapatan.
Tambahnya, hasrat untuk mempelajari lebih banyak lagi teknik jahitan sulaman tidak
akan terhenti di situ saja kerana dia berniat menghabiskan kursus sehingga ke
peringkat lebih tinggi.
Ini kerana dia juga perlu mempelajari teknik menggabungkan warna dan fabrik sesuai
16

bagi memastikan sulaman yang dihasilkan tampak menarik.


Menambah wkemahiran
Pegawai Latihan Vokasional, Azean Abd Rahim Shahimi berkata, empat tahun menjadi
tenaga pengajar di situ turut dijadikan peluang keemasan untuk mempelajari sedikit
sebanyak mengenai sulaman manik.
Saya perlu tahu semua jenis jahitan dan sulaman sebelum menjadi tenaga pengajar di
sini. Memandangkan pelajarnya daripada pelbagai peringkat usia, jadi saya harus bijak
menggunakan kemahiran dipelajari dan sesuai dengan keadaan mereka.
Bukan hanya pelajar malah saya juga perlu mempelajarinya daripada Rosita kerana
tidak memiliki asas sulaman.
Selain itu, saya juga banyak tahu mengenai kualiti manik, warna, fabrik dan saiz manik
yang digunakan menerusi seminar yang pernah dihadiri, jelasnya yang memiliki diploma
rekaan fesyen.
Jika dulu bidangnya lebih kepada jahitan pakaian tetapi Azean mula belajar sesuatu
yang baru mengenai sulaman manik setiap kali Rosita mengeluarkan bukunya yang
terbaru kerana ia akan dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran.
Tidak hanya sebagai tenaga pengajar, dia juga menghasilkan rekaan yang
kebanyakannya aksesori manik seperti rantai dan gelang untuk pelanggannya.
Selain itu, Azean juga mengambil tempahan jahitan sulaman menerusi Pusat Rekaan
Fesyen FTIM sebagai tambahan pendapatannya.
Biasanya sulaman manik berharga RM200 berdasarkan saiznya dan ia menunjukkan
industri ini sebenarnya mempunyai peluang untuk menjana pendapatan.
Namun, disebabkan saya lebih berminat untuk menjadi tenaga pengajar, saya hanya
menerima tempahan sulaman manik sebagai pendapatan sampingan, katanya
mengakui sulaman manik mampu mengubah busana atau aksesori tampak lebih
mewah.
Selain itu, ia juga bukan hanya mampu mencantikkan busana malah boleh dijadikan
hiasan beg atau hiasan kediaman.
Fakta
Panduan membuat sulaman manik:
* Melukis corak yang dikehendaki pada pakaian atau kain.

17

* Memilih teknik jahitan yang dikehendaki.


* Mengadun warna dan perlu tahu teknik yang betul agar tampak lebih menarik. Jika
tidak tahu menggabungkannya, lihat saja sumber daripada alam semula jadi misalnya
bunga dan daun yang tampak indah dipandang menerusi padanan rona

18

Headline: Sulaman manik


Publication: BH
Date of publication: Oct 17, 2012
Section heading: Famili
Page number: 004
Byline / Author: Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar

Mata terpaku melihat kehalusan penataan susunan manik yang digabungkan daripada
kemahiran tangan. Seni sulaman manik dipercayai dari Asia Barat sememangnya
mempunyai kuasa memikat tersendiri.
Digunakan sebagai penambah seri pada busana atau persalinan lain, susunan manik
dipadankan membuatkan sesiapa saja tertarik melihatnya. Hanya menerusi kepingan
kecil ia mampu bergabung menjadi corak abstrak yang pelbagai.
Giat menjadi ikutan segenap lapisan masyarakat, peranan manik kini cukup meluas
dalam industri fesyen masa kini, biarpun ia sudah lama diperkenalkan, malah
menyimpan seribu sejarah di sebalik rekaannya mengikut kekayaan adat dan tradisi.
Gabungan kepelbagaian bentuk dan warna manik juga membuatkan yang polos tampil
lebih elegan dan mewah bersama susunan tataan manik dipadankan tidak kira pada
persalinan, tudung atau aksesori.
Tidak kira sama ada penataan manik mengetengahkan motif bungabungaan atau
hanya sekadar abstrak ringkas, kreativiti memerlukan kehalusan itu sebenarnya
memiliki keindahan tersendiri menerusi hasil sentuhan yang dihasilkan pencinta manik.
Kepelbagaian bentuk dan seni manik itu sendiri juga membolehkan penggemarnya
menyulam kreativiti sentuhan mereka untuk menghasilkan jahitan yang bukan saja unik
bahkan menjadikan penampilan tampak elegan dan eksklusif.
Inovasi manik 3D
Bagi Presiden Persatuan Peminat, Penjahit, Pemakai Sulaman Manik (PeMANIK),
Datin Nor Fadzilah Laili Mohd Salji atau lebih senang dipanggil Datin Elly ini cukup
teruja apabila bercerita mengenai manik.
Sememangnya Elly dan manik cukup sinonim. Jahit manik bukan lagi sekadar aktiviti
bagi memenuhi masa lapang, tetapi dia juga memberitahu kehalusan menjahit manik
sebenarnya menjadi terapi minda dan sentuhan terhasil juga mendatangkan kepuasan.
Katanya, menerusi peredaran zaman, kini sulaman manik 3D semakin memikat hati
ramai kerana penampilan motif dihasilkan lebih bernyawa dan menarik menerusi jalinan
warna manik yang bukan saja segar, tapi juga membuatkan anda tampak mewah.

19

Teknik menyulam manik pada kepingan kain membuatkan jahitan lebih berliku dan
terbentuk berbanding dijahit terus atas permukaan material diinginkan. Gabungan
warna dan bentuk manik serta labuci juga membuatkan sulaman 3D tampil lebih indah
berbanding sebelum ini.
Setiap susunan dan rekaan manik juga dihasilkan menerusi gabungan idea menerusi
pengalaman, bahan bacaan dan persekitaran penjahit itu sendiri.
Keunikan sulaman 3D juga terlihat pada motif, warna dan gabungan sulaman lain
termasuk reben dan lainlain untuk menghidupkan lagi penampilan sentuhan kreativiti
diterapkan penjahit, jelasnya ketika ditemui di pusat sehenti kraf tangan, Art on Glass,
barubaru ini.
Seiring dengan perkembangan sulaman itu, manik juga boleh ditempatkan pada leher
hingga ke paras dada, pergelangan tangan baju, kaki baju atau pada tudung dan
aksesori mengikut keinginan pelanggan atau penjahit itu sendiri.
Keindahan manik juga mudah disuaipadankan tidak kira untuk persalinan atau
menghadiri majlis istimewa untuk setiap lapisan masyarakat.
Kepelbagaian manik
Katanya, di samping sulaman manik bermotifkan bunga dan abstrak, sulaman manik
juga tidak kurangnya seperti teknik sulaman lain yang menggabungkan jahitan jelujur,
silang pangkah, manik tabur, crumble menggunakan kepelbagaian saiz dan potongan
manik digunakan.
Ada pelbagai jenis manik dan labuci digunakan antaranya silinder panjang atau pendek,
mata air, bulat, cincin, hati dan banyak lagi untuk menghasilkan pelbagai corak
bergantung kepada idea penjahit.
Kategorinya juga pelbagai daripada yang berkualiti hingga biasa. Antara jenama banyak
digunakan manik diimport dari Jepun iaitu Matsuno atau Mayuki kerana kualitinya
bukan saja tahan lama tetapi potongannya kemas dengan kilauan bebas luntur.
Berbeza manik dari China, ia lebih murah, tetapi tidak tahan lama dengan warnanya
mudah luntur biarpun selepas sekali cuci. Potongan manik tidak sekata juga
membuatkan hasil sentuhan tampak tidak kemas.
Jana pendapatan
Jahitan manik yang betul dan diikat kemas juga mampu diubah kepada sumber
pendapatan wanita terutama suri rumah.
Kepelbagaian kegunaan manik juga membuatkan permintaannya semakin berkembang
bahkan ia turut menjadi sulaman pilihan ramai wanita antarabangsa termasuk Perancis
20

dan Amerika Syarikat.


Jika anda mempunyai minat mendalam dan kesungguhan serta idea kreatif, saya yakin
dalam sehari saja anda boleh faham kunci asas teknik sulaman manik kerana ia
sememangnya mudah dipelajari dan untungnya ia tidak memerlukan modal banyak
buat peminat yang baru menceburi bidang ini.
Keunikannya terletak pada keupayaan pencinta manik menghasilkan idea kreativiti
mereka. Menerusi teknik asas dipelajari, sesiapa boleh mencampurkannya hingga
mempersembahkan sentuhan ajaib kepada penampilan tidak kira persalinan, tudung
atau beg tangan dan perhiasan diri,.
Sulaman manik yang ringkas berharga RM100 hingga ribuan ringgit bergantung kepada
penggunaan manik dan rumit sulaman dihasilkan penjahit sendiri, jelasnya.
INFO
- Harga: RM100 ke atas bergantung penggunaan manik dan kerumitan sulaman.
- Teknik sulaman: Gabungan jahitan jelujur, silang pangkah, manik tabur dan crumble.
- Pelbagai saiz dan potongan manik.
- Jenis manik dan labuci: Silinder panjang atau pendek, mata air, bulat, cincin, hati dan
banyak lagi.
- Manik diimport dari Jepun iaitu Matsuno atau Mayuki.
- Lebih tahan lama, potongan kemas dan kilauan tidak luntur.
- Manik dari China lebih murah, tidak tahan lama dan warna mudah luntur

21

Headline: Kraf manik etnik Rungus unik


Publication: BH
Date of publication: Jul 17, 2008
Section heading: Hip
Page number: 17
Byline / Author: Oleh Mohd Azrone Sarabatin

USIA Gloria Sotobi baru menjangkau tiga tahun, namun kanak-kanak itu sudah
didedahkan dengan pembuatan kraf tangan berasaskan manik warisan etnik Rungus
yang menjadi khazanah peninggalan nenek moyangnya untuk diwarisi generasi masa
kini.
Mampukah Gloria mempertahankan warisan etnik utara Sabah itu ketika generasi muda
dilihat tidak lagi berminat mempelajari kesenian unik yang tersenarai antara kraf tangan
tempatan terbaik Negeri di Bawah Bayu?
Si cilik itu petah bercakap mengenai mahkota, rantai, cincin, gelang tangan dan gelang
kaki berasaskan manik yang digubah bersama ibunya, Lenny Lopak, 39, di Pusat
Pembuatan Kraf tangan Berasaskan Manik di Kampung Tinangol, Matunggong, Kudat.
Cantik corak tudung mak cik. Nanti saya buat menggunakan manik, katanya kepada
pengunjung dari Semporna, Noriayani Ejip, 33.
Lenny yang duduk di sebelah Gloria, mengakui anaknya mempunyai minat tinggi dan
kemahiran semula jadi menggubah kraf tangan manik, seni warisan bangsanya yang
semakin dipinggirkan generasi muda.
Kebanyakan penggubah manik berusia 38 tahun ke atas yang dengan sendirinya
menimbulkan kebimbangan mereka khazanah itu akan lenyap ditelan zaman pada era
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Itu sebabnya anak jati Rungus itu mendedahkan anak kecilnya kepada tenunan dan
gubahan manik dengan harapan Gloria akan menjadi pewaris dan penerus kesenian
unik yang menjadi daya tarikan pelancong domestik dan antarabangsa itu.
Nenek moyang kami mempertahan dan memperjuangkan khazanah bangsa, maka
adalah merugikan bagi keluarga kami jika membiarkan kesenian itu hilang di dunia dan
kegemilangannya hanya tercatat sebagai sejarah, katanya.
Selain menggunakan manik asli bertepatan perkembangan semasa, penggubah manik
turut mengekalkan sumber tradisi termasuk siput kecil dan kayu yang digubah menjadi
mahkota, rantai, cincin, gelang tangan, gelang kaki, selendang dan tali pinggang.
Pada masa sama, ia digubah menjadi corak pakaian tradisional dan mahkota etnik
Rungus dan Kadazandusun.
22

Permintaan terhadap kraf tangan berasaskan manik cukup menggalakkan yang


diniagakan di pasar tradisi atau `tamu' sehingga ke hotel bertaraf lima bintang di seluruh
negeri, selain dipromosikan oleh Kementerian Kebudayaan, Pelancongan dan Alam
Sekitar negeri ke peringkat antarabangsa.
Bagaimanapun, ketiadaan generasi pelapis untuk meneruskan pembuatannya dikhuatiri
menyebabkan manik Rungus hilang di dunia dan hanya menjadi sebahagian koleksi
yang bersemadi di Muzium Sabah.
Seorang lagi penggubah manik Rungus, Ombuwong Munsodong, 60, berkata generasi
muda lebih berbangga dengan kesenian barat berbanding kaum mereka sendiri yang
dikhuatiri menyebabkan mereka kehilangan jati diri bangsa.
Katanya, semua 15 penggubah manik di Pusat Pembuatan Kraftangan Berasaskan
Manik Kampung Tinangol adalah pewaris terakhir kesenian itu dan mereka memerlukan
generasi pelapis.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Matunggong, Sarapin Magana,
berkata pihaknya akan berusaha menarik minat generasi muda menceburi kerjaya
penggubahan manik berasaskan kraf tangan Rungus.
Katanya, pembinaan Pusat Pembuatan Kraf tangan Berasaskan Manik di Kampung
Tinangol adalah sebahagian daripada usaha Ahli Parlimen Kota Marudu, Datuk Dr
Maximus Ongkili untuk menarik belia menceburi seni gubahan kraf tangan etnik
Rungus.
Beliau berkata, pembabitan generasi muda termasuk graduan menganggur dengan
sendirinya membuka ruang kepada pemasaran khazanah berharga itu sehingga ke
peringkat antarabangsa.
Penghasilan kraf tangan berasaskan manik harus diceburi generasi muda untuk
memastikan khazanah berharga nenek moyang mereka dapat dipertahankan, sekali
gus menjadi industri yang menguntungkan.
INFO
Pusat kraf manik
* Diusahakan penduduk Kampung Tinangol, Matunggong
* Beroperasi sejak 2005.
* Turut menghasilkan tenunan berasaskan benang yang digubah menjadi destar, topi
dan selendang.
* Golongan tua etnik Rungus memakai destar kononnya sebagai azimat atau pelindung
23

daripada ilmu hitam.


* Bakul dikenali `renago' diperbuat daripada kayu tempatan `ringkong' turut dihasilkan.
(END)

24

Headline: Seri manik


Publication: MA
Date of publication: Apr 22, 2007
Section heading: Ekspresi
Page number: 09
Byline / Author: Oleh Norainon Othman

JALINAN manik yang kreatif mampu menaikkan seri busana. Tidak hairan ia antara
perhiasan paling sering digunakan untuk mencantikkan pakaian. Daripada jahitan manik
paling ringkas hingga kepada motif yang sarat, perhiasan ini meninggikan nilai dan
harga pakaian berkenaan.
Melihat perhiasan manik yang dijalin pada pakaian oleh Koleksi Im, timbul rasa kagum
dengan keindahan seni dan kehalusan pembuatannya.
Pengasas dan Pengetua FTIM Designing Centre, Rosita Ja'afar, pakar jahitan dan
sulaman tradisional yang ditemui di pameran sempena sambutan Hari Kraf
Kebangsaan, baru-baru ini, berkata adunan warna manik yang dijahit pada fabrik boleh
menambahkan pesona.
Katanya, warna manik yang digunakan harus bertentangan dengan warna pada motif
yang hendak dijahit kemasan itu supaya lebih menonjol.
(END)

25

Headline: Teknik sulaman manik


Publication: HM
Date of publication: Apr 2, 2013
Section heading: Variasi
Page number: 015
Byline / Author: Ulasan Hajahfarhana Tarmudi

Judul: Teknik Asas Aksesori Manik


Penulis: Rosita Jaafar
Penerbit: FTIM Designing Centre
Harga: RM45
Buku ini mengetengahkan teknik asas membabitkan lebih 60 rekaan menarik seperti
kalung, gelang dan anting-anting yang diperbuat daripada manik, kristal, kristal mutiara
dan batu permata.
Ia bermula daripada teknik asas sulaman manik sehingga mampu menghasilkan
aksesori menarik untuk digayakan dan dipelbagaikan penggunaannya.
Walaupun ia mempunyai nilai seni yang dikagumi, tidak ramai yang menyukai sulaman
manik kerana menganggap pembuatannya yang leceh dan mengambil masa terlalu
lama.
Sulaman manik sebenarnya boleh menambah pendapatan terutama dalam kalangan
individu yang mahir apatah lagi tidak ramai yang mahu mempelajarinya atau mengambil
upah menjahit sulaman manik.
Pada masa sama, penulis, Rosita Jaafar cuba mencari kelainan dalam sulaman manik
untuk menambah kemahiran atau menghasilkan rekaan yang memenuhi cita rasa
masyarakat terutama wanita moden.
Menerusi hasil kemahiran sulaman manik yang dipelajari ini, ia mampu memberi idea
menarik untuk diubah kepada rekaan berbentuk aksesori seperti gelang, rantai
kerongsang dan cincin.
Asas bermula daripada pengenalan barangan diperlukan untuk membuat aksesori
menarik seperti manik, benang, lilin dan jarum.
Bagi memudahkan pembaca, terdapat juga jenis manik, batu permata atau mutiara
menarik yang boleh digunakan dalam menghasilkan aksesori unik.
Selain itu, penulis turut memberi panduan asas ketika menyulam manik bagi
26

mengelakkan rekaan tidak menjadi atau hal yang boleh menyebabkan kemalangan.
Lakaran menyusun manik menggunakan jarum dan benang turut dilampirkan satu
persatu bagi memudahkan mereka yang baru belajar menghasilkan aksesori manik.
Menariknya, buku ini disertai dua bahasa iaitu Melayu dan Inggeris bagi memudahkan
pembaca memahami setiap arahan dengan lebih baik.
Menerusi rekaan dihasilkan sendiri, penulis menterjemahkan setiap aksesori dibuat ke
dalam bentuk lebih mudah menerusi gambar yang jelas.
Jika sudah tahu mengenai sulaman asas, pembaca boleh meneruskan mempelajari
teknik anyaman manik yang lebih rumit dan memerlukan lebih penelitian.
Anyaman yang berjaya menghasilkan rekaan seperti gelang mutiara akan membuatkan
semangat semakin membara untuk mencuba cara lain mencipta aksesori yang unik dan
kreatif.
Setelah berjaya menguasai kemahiran menyulam manik atau mutiara, tiba masa untuk
mengasah bakat menghasilkan rekaan kerongsang menarik.
Bermula daripada kerongsang yang direka dengan susunan manik sedikit kosong atau
penuh, jika bijak menggayakannya pasti menghasilkan rekaan eksklusif untuk
digayakan ke majlis makan malam.
Panduan langkah demi langkah ini turut menggunakan pelbagai jenis jahitan seperti
ikatan benang, peyote, bersusun dan ikan tulang hering.
Tiada salahnya meningkatkan kemahiran terutama bagi mereka yang ingin menjana
pendapatan sampingan dengan membuat perhiasan.

27

Headline: Manik lengkap gaya


Publication: MA
Date of publication: Apr 22, 2012
Section heading: Ekspresi
Page number: 020
Byline / Author: Oleh Noriah Idris

RAMAI golongan hawa seperti eksekutif atau mereka yang bekerja tidak mempunyai
masa untuk mencari pakaian bercorak menarik untuk diperagakan di majlis rasmi.
Situasi itu, mendorong Butik Citramawar yang menawarkan pakaian siap di bawah
jenama ID Perempuan melakar pelbagai jenis rekaan eksklusif berasaskan busana
tradisional seperti baju kurung, jubah mahupun kebaya bagi memenuhi permintaan
semasa.
Menurut pemilik butik berkenaan, Emma Mansor, apa yang menarik pada pakaian dijual
di butiknya kerana ia diolah dengan manik sebagai pelengkap gaya untuk menghadiri
majlis perkahwinan, majlis ilmu atau memenuhi undangan tertentu.
Katanya, pakaian siap dengan taburan manik mewah sentiasa mengikut aliran semasa
dan memenuhi cita rasa pengguna dalam pelbagai bentuk dari sederhana hingga
mewah.
Suntikan manik, sulaman bunga atau apa saja corak dengan pilihan kain kapas, sifon,
lycra dan pelbagai fabrik yang berkualiti menjadi sandaran butik ini. Oleh kerana corak
yang ditampilkan mengutamakan lakaran terkini dengan corak menawan, membuatkan
ia disenangi ramai.
Tambahan pula, reka coraknya sering bertukar 'pattern' atau aliran fesyennya pelbagai,
ada tarikan tersendiri di samping mampu milik membuatkan ramai yang sukakan
cetusan trend yang dibawa.
Misalnya, hari ini ramai yang menyenangi gaya baju kurung berasaskan kain kapas
kerana ia ringan dan tidak panas serta sesuai dengan cuaca di negara kita yang agak
panas, katanya.
Beroperasi sejak 2000, Emma juga mengakui pembaharuan sering diketengahkan oleh
pereka di samping olahan yang sentiasa malar segar membuatkan rekaan ID
Perempuan sentiasa dinantikan penggemar setianya.
Tambahnya, oleh kerana busananya tampil sopan, pengguna boleh menggayakannya
dalam pesona busana Muslimah dengan berselendang atau tudung tetapi tetap
menyerlahkan keanggunan si pemakai.
Sebarang pertanyaan, datang sendiri ke Butik Citramawar (ID Perempuan), Lot 01
28

162A, Tingkat 1, Kompleks PKNS, Persiaran Tasik, Shah Alam, Selangor; atau
hubungi: 03-5512 9858 atau layari: www.idperempuan.com.my.

Sumber : http://emedia.com.my
Tarikh Akses : 19 Jun 2013
29

KRAFTANGAN SENI TEKSTIL, SERAMIK DAN MANIK MENDAPAT PERMINTAAN


RAMAI
Date: 23-10-2012
Author: / PBFL HK KLS
KRAFTANGAN-TEKSTIL
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Hasil seni tekstil tempatan seperti batik
dan tenunan songket, selain seramik dan aneka manik semakin mendapat permintaan
daripada orang ramai terutamanya pelancong dari dalam dan luar negara.
Penolong Pengarah Bahagian Pemuliharaan Perbadanan Kemajuan Kraftangan
Malaysia Mohd Suhaimi Mohd Daud berkata turut mendapat permintaan ialah hasil
kraf yang diperbuat daripada logam dan hasil rimba, seperti rotan, kayu dan
tempurung.
Beliau berkata permintaan terhadap kraftangan di negara ini semakin
menggalakkan dengan hasil jualan semakin meningkat setiap tahun.
"Kebanyakan hasil kraftangan yang dijual adalah menggunakan bahan-bahan
mentah dan bahan asas yang berkualiti selain dihasilkan oleh pakar kraftangan
negara," katanya kepada Bernama selepas menghadiri Bengkel Kraf Warisan Seni
Anyaman Rotan anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, di sini hari ini.
Beliau berkata untuk mempromosikan hasil kraf negara, Kraftangan Malaysia
akan menganjurkan beberapa program termasuk promosi Kraf Inspirasi Alam yang
akan diadakan mulai 31 Okt selama 12 hari di Kompleks Kraf Kuala Lumpur serta
promosi Kraf Malaysia di Plaza Angsana, Johor Baharu dari 13 hingga 25 Disember.
"Aktiviti yang akan diadakan termasuklah jualan kraftangan, persembahan
aneka kraftangan, demonstrasi pembuatan kraftangan dan interaktif kraf di mana
pengunjung terutama kanak-kanak akan dapat menghasilkan kraftangan mereka
sendiri bersama guru kraf yang berada di sana," katanya.
Bengkel selama dua hari yang bermula hari ini menarik lebih 40 tenaga
pengajar seni dari beberapa sekolah menengah sekitar Kuala Lumpur yang berminat
meningkatkan kemahiran seni anyaman rotan secara praktikal dengan bimbingan
Adiguru Kraf Anyaman Rotan, Ishak Kassim.
Ishak, 53, mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam seni kraftangan berkata
hanya segelintir generasi muda yang tahu mengenai seni anyaman rotan.
"Kebanyakan mereka (generasi muda) tidak tahu akan jenis-jenis kraftangan di
Malaysia dan aktiviti sebegini akan dapat memelihara seni kraf tempatan agar ia
kekal menjadi lambang budaya negara," katanya.
Dengan pendedahan sebegini beliau mengharapkan pembuatan kraftangan anyaman
rotan bukan sahaja akan menjadi suatu aktiviti di masa lapang tetapi sebagai
satu kerjaya yang mampu meningkatkan ekonomi negara.
-- BERNAMA
PBFL HK KLS

SENI KRAF MANIK BORNEO BOLEH TARIK PERHATIAN PEREKA FESYEN


DUNIA
Date: 17-08-2011
Author: / AZM AZM HM
SARAWAK-MANIK
KUCHING, 17 Ogos (Bernama) -- Seni kraf manik Borneo yang unik dengan
identiti yang tersendiri boleh diperkenalkan kepada dunia fesyen antarabangsa
dengan mempromosi kepada pereka jenama produk terkemuka, kata Menteri
Pelancongan dan Warisan Negeri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata manik Sarawak merupakan antara manik yang mempunyai nilai
seni tinggi dan boleh diketengahkan dalam rekaan fesyen jenama terkemuka seperti
dalam pembuatan produk aksesori wanita.
"Manik dihasilkan daripada pelbagai jenis bahan seperi tanah liat, kaca dan
kayu yang mempunyai pelbagai latar belakang budaya seperti Sarawak, seni
pembuatan manik memang banyak melibatkan masyarakat Orang Ulu di Utara
Sarawak," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sarawak bakal menganjurkan Persidangan Manik Antarabangsa Borneo Ke-2 di
sini dari 7 hingga 9 Okt depan selepas kejayaan penganjuran
persidangan manik pertama di Miri tahun lalu.
Selain mengetengahkan manik-manik dari seluruh Borneo, persidangan itu juga
akan melibatkan beberapa bengkel daripada pakar dan pengkaji manik terkemuka
dunia.
Abang Johari berkata untuk mengetengahkan hasil seni manik Borneo beberapa
langkah pembaharuan seperti dari segi reka bentuk dan warna perlu dilakukan
agar lebih sesuai dengan fesyan dunia semasa.
Menurutnya lebih banyak perkongsian maklumat tentang seni kraf manik perlu
diperoleh oleh pengusaha manik tempatan khasnya dari negara-negara seperti
Afrika, Australia selain negara di sekitar Asia Tenggara sendiri yang cukup
terkenal dengan pembuatan manik.
Katanya kebanyakan pembuat manik di Borneo khasnya di Sarawak masih lagi
menggunakan kaedah tradisional untuk menghasilkan manik selain rekaan asli
bermotifkan tempatan.
"Untuk menarik minat pereka fesyen dunia tidak mustahil manik Borneo boleh
tampil dalam pertujukan fesyan ataupun aksesori seperti beg tangan, rantai, jam
dan pelbagai jenis lagi aksesori sampingan dari jenama terkemuka dunia,"
katanya.
-- BERNAMA
AZM AZM HM

MANIK: WARISAN SENI SARAWAK YANG ABADI Rencana Bernama


Date: 25-10-1997
Author: CAROLINE JACKSON /
KUCHING: Manik dalam pelbagai warna, bentuk dan saiz memainkan peranan
penting dalam kebudayaan yang begitu kaya dan beragam masyarakat pribumi
Sarawak.
Manik Borneo memaparkan bukan saja cerita mengenai kepercayaan animisma
tempoh lampau malahan zaman kini yang menyentuh setiap liku kehidupan suku
kaum Sarawak.
Daya kreatif wanita pribumi mereka manik yang begitu sederhana menjadi
perhiasan berbentuk rantai leher, topi dan cekak kepala. Semua ini dipakai
sebagai simbol kekayaan dan status.
Manakala rantai leher tertentu dipakai pada peristiwa khas seperti
"Gawai" atau pesta menuai sebagai perhiasan tambahan kepada pakaian
tradisional yang beranika warna pelbagai suku kaum.
Perhiasan ini juga menjadi sebahagian dari kelengkapan persandingan dan
hadiah pertunangan.
Keistimewaan manik dikatakan mencakupi alam fizikal dan alam roh
terutama bagi mereka yang percaya manik "menguatkan roh" dan menjadi
"hadiah perpisahan" mesti yang bakal dibawa si mati "dalam perjalanan
terakhir" ke dunia lain.
Sejarah manik ditonjolkan pada satu pameran baru-baru ini yang
berthema: "Manik Borneo - Budaya Abadi" di Muzium Sarawak yang cukup
terkenal itu di Kuching.
Sejarah menunjukkan bahawa "budaya manik" melampaui suku kaum Sarawak
sebagai hasil kaji gali di tapak arkeologi di Gua Niah, dekat Miri. Usaha
ini berhasil dengan penemuan beberapa manik Indo-Pasifik.
Urusan dagang peniaga-peniaga China dan India dengan penduduk asli di
pusat perniagaan lampau seperti Santubong bukan sahaja membabitkan
perniagaan tukar barang tekstil dan tembikar tetapi juga manik sebagai
tukaran bagi hasil hutan.
Peminat manik, Heidi Munan, Kurator Manik Kehormat Muzium Sarawak
berkata, kerja tangan perhiasan manik tersebar luas dan diusahakan zaman
berzaman.
"Contohnya, di kalangan suku kaum Bidayuh Bukar di bahagian Barat
Sarawak, hiasan kepala yang tinggi mencerminkan kedudukan seseorang wanita
dalam sistem agama nenek moyang mereka," kata Munan, pakar manik Borneo.
Hiasan kepala yang hanya dipakai oleh paderi wanita itu, keseluruhannya
diperbuat daripada biji-biji manik dan dilengkapi dengan topi daun palma di
bahagian atasnya.
Katanya, di kalangan Orang Ulu di bahagian Tengah Sarawak, beberapa
corak "kelas atasan" seperti bentuk manusia dan naga dikhaskan untuk
golongan bangsawan sahaja.
Menurut Munan, manik pesaka dalam bentuk kalung diperbuat daripada
manik jenis Venice, Bohemia dan Asia Barat yang paling halus seni
3

buatannya.
Bagaimanapun, kolar manik yang dipakai oleh suku kaum Iban (Marik
Empan), rambu pedang dan rantai leher boleh dipakai oleh sesiapa sahaja
yang mempunyai kemahiran membuatnya atau kemampuan untuk membelinya.
"Pada zaman dahulu, seseorang yang menggunakan pedang dengan hulu
dihiasi manik berumbai, tengkorak burung enggang dan loceng tembaga sudah
pasti menarik perhatian ramai dalam sesuatu perayaan," katanya.
Yang menghairankan, Munan, yang memegang jawatan di Muzium itu sejak
1987 terus terang menyatakan bahawa beliau bukan seorang pengumpul manik
yang taksub sungguhpun memiliki beberapa manik Borneo antik dalam koleksi
peribadinya.
Sebagai penasihat kepada sesiapa yang ingin tahu mengenai pengalaman
tentang manik, beliau tidak mahu minatnya bercanggah dengan bidang kerja,
kata Heidi.
"Beliau bagaimanapun berpuashati kerana budaya manik kini menikmati era
kebangkitannya setelah melalui tempoh kegelapan sejak berdekad-dekad lalu
akibat proses permodenan sehinggakan peminat manik hanya tertumpu di
rumah-rumah panjang terpencil sahaja.
Walaupun hari ini, pakaian lengkap penduduk asli kebanyakannya dipakai
semasa sesuatu majlis sahaja, namun pemakaian hiasan kepala yang diperbuat
dari manik dengan pakaian berfesyen masih dianggap segak dan menarik,
tambahnya.
"Pertandingan ratu cantik Kumang/Keling yang diadakan penuh warna warni
setiap tahun di mana ketampanan dan kesegakan manik-manik purba ini
dipamerkan bersama pakaian tradisional pada para peserta, serta merta
menerjah ingatan seseorang.
Fesyen manik bagi suku Lun Bawang di bahagian Timur Sarawak berupa
sfera lutcahaya berwarna kuning yang dipakai sebagai topi manakala wanita
suku kaum Kayan pula memakainya dalam bentuk cekak kepala yang dihiasi
manik berwarna warni.
Menyentuh tentang beberapa jenis tali pinggang antik yang diperbuat
dari manik yang dipamerkan selama sebulan itu, Munan berkata, hiasan yang
amat diminati itu kini bernilai berkali ganda berbanding ketika barang
tersebut dibeli oleh Muzium Sarawak pada tahun 60-an.
Kecuali emas yang harganya standard, harga perhiasan yang diperbuat
dari manik ini ialah antara RM10,000 hingga RM15,000 tiap-tiap satu jika
ada orang yang benar-benar berminat membelinya," jelas Munan.
Perhiasan manik hari ini merupakan industri kecil yang sedang membangun
dan perhiasan ini dijadikan cenderahati yang popular oleh pelancong dan
pengumpul manik.
Munan berkata pameran itu bertujuan mencetuskan minat di kalangan
masyarakat setempat agar menyayangi warisan sendiri.
Muzium Sarawak mula mengumpul perhiasan manik sejak 1850an lagi dan
hari ini ia boleh berbangga dengan koleksi manik dari India, China,
pelabuhan-pelabuhan tua Asia Barat, Venice, Gablonz di Bohemia, Amsterdam
dan Birmingham. -- BERNAMA
4

Sumber : http://blis.bernama.com/mainHome.do
Tarikh Akses : 19 Jun 2013

Anda mungkin juga menyukai