Anda di halaman 1dari 19

GSF 6212 – PENGAJIAN FATWA KONTEMPORARI

MUAMALAT : JUAL BELI ATAS TALIAN


SECARA PRE-ORDER (PRA-TEMPAH)

NAMA NO. MATRIK


MIRA WAHIDAH BINTI MUHAR M214014746
ANIS THAQIFAH BINTI MOHAMAD M214021246
SITI MUNIROH BINTI ARSHAD M214030446
SHARIFAH NURHASIBAH BINTI SYED ISHAK M214012946
NURUL YUSRA BINTI MOHD YUSOF M214033746

NAMA PENSYARAH : DR. MOHD FAUZI BIN AUDZIR


TARIKH SERAHAN : 18 MEI 2023
ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN 3
BAB 1 4-5
JENIS AKAD DALAM MUAMALAT ISLAM
BAB 2 6-7
MAKSUD DAN JENIS PERTUKARAN
BAB 3 8-12
SYARAT DAN RUKUN JUAL BELI
BAB 4 13-16
HUKUM JUAL BELI ATAS TALIAN SECARA PRE-ORDER
KESIMPULAN 17
RUJUKAN 18

2
PENDAHULUAN

Muamalat bermaksud perhubungan secara aktif sesama manusia dalam urusan


berkaitan dengan harta. Muamalat patuh syariah pula bermaksud kegiatan ekonomi dan
pengurusan harta yang selaras atau tidak bercanggah dengan hukum islam.

Setiap hari kita menjalankan pelbagai kegiatan muamalat melibatkan jual


beli,berhutang, bekerja untuk mendapat gaji,menyimpan serta melaburkan wang dan pelbagai
kegiatan lagi bagi memenuhi keperluan hidup. Persoalannya, adakah kita mengambil berat
tentang halal dan haram kegiatan² muamalat yang kita lakukan? Rasulullah saw memberikana
peringatan melalui sabda baginda :

Maksudnya : "akan datang suatu zaman nanti dimana seseorang sudah tidak lagi mengambil
peduli apa²(pendapatan) yang diperolehnya, sama ada daripada sumber yang halal ataupun
haram." (Hadis riwayat al bukhari)

Terdapat satu kaedah yang menyatakan bahawa "hukum asal dalam bidang muamalat
adalah harus". Kaedah ini memberikan ruang yang luas kepada manusia untuk
mengembangkan kegiatan muamalat dan ekonomi,selaras dengan kemajuan tamadun
manusia. Contoh yang paling mudah diambil ialah keharusan jual beli secara atas talian yang
berlaku secara meluas pada masa ini, sedangkan urus niaga sedemikian tidak pernah
diamalkan sebelum zaman internet.

Masyarakat di Malaysia amat menggemari aktiviti jual beli secara pratempah atau
bahasa popularnya pre-order melalui platform online. Ia adalah sebuah kaedah pembelian
yang perlu dibayar terlebih sebelum produk atau barangan tersebut sampai ke tangan
pelanggan selepas beberapa hari.

Namun begitu, islam juga menentukan terdapat larangan-larangan dalam bidang


muamalat. Antara perkara utama yang diharamkan dalam muamalat termasuklah (i)riba, iaitu
lebihan nilai yang disyaratkan dalam akad hutang, (ii)gharar, iaitu ketidakpastian yang nyata
dalam akad jual beli, (iii) maysir,iaitu unsur perjudian atau pertaruhan dalam memperoleh
harta yang bergantung pada nasib, dan (iv) memiliki harta orang lain. Pelbagai nas daripada
al-Quran dan hadis menjelaskan tentang pengharaman perkara tersebut.
3
BAB 1
JENIS AKAD DALAM MUAMALAT ISLAM

Akad dari sudut penggunaan bahasa Arab mempunyai makna yang pelbagai
antaranya, janji, jaminan, kepercayaan dan ikatan (sama ada ikatan sebenar seperti mengikat
tali atau ikatan simbolik seperti ikatan ijab dan qabul dalam akad jual-beli). Manakala Kamus
Dewan pula memberikan pengertian akad sebagai janji dan perjanjian. Perkataan akad
merupakan perkataan yang sinonim dengan perkataan kontrak.

Akad dari istilah fiqh ialah ikatan di antara ijab dan qabul yang dibuat mengikut cara
yang disyariatkan yang sabit kesannya pada barang berkenaan. Dengan perkataan lain akad
melibatkan pergantungan cakapan salah satu pihak yang berakad dengan cakapan pihak yang
satu lagi, mengikut ketentuan syarak yang akan melahirkan kesan pada barang yang
diakadkan.

Antara jenis akad dalam muamalat islam adalah pertukaran, ia terbahagi kepada 2 iatu
jual beli dan sewaan. Jual beli adalah sesuatu akad pertukaran barang dengan barang
dengan persetujuan penjual dan pembeli. Contohnya, Membeli makanan di kantin sekolah
dengan duit. Seterusnya, sewaan adalah Akad bagi menyerahkan sesuatu yang bermanfaat
yang boleh diberikan secara sewa dengan pembayaran tertentu. Contohnya, penyewa rumah
menyewa rumahnya kepada orang lain.

Selain itu, akad muamalat bagi kebajikan terbahagi kepada 4 jenis, pertama adalah
Hibah yang bermaksud memberikan sesuatu secara percuma dengan rela hati kepada orang
lain ketika
pemberi masih hidup. Contohnya, memberi sebuah rumah pada anaknya. Kedua, Qard
bermaksud memberikan hutang wang kepada orang lain tanpa sebarang faedah dan perlu
membayar kembali dengan jumlah yang sama . Contohnya, memberikan pinjaman wang
rm100 untuk kegunaan peribadi. Ketiga, waqaf yang bermaksud mewakafkan harta yang
dapat di ambil manfaatnya serta kekal fizikalnya (ainnya), untuk penggunaan yang baik serta
bertujuan mendapat keredhaan Allah swt. Contohnya, mewakafkan rumah untuk pusat
penjagaan anak-anak yatim. Akhir sekali, bagi muamalat adalah memberikan sesuatu barang

4
kepada orang lain agar dapat di simpan dan dipelihara seperti yang sepatutnya. Contohnya,
simpanan wang.

Seterusnya, akad muamalat dari segi perkongsian adalah musyarakah yang bermaksud
akad yang menetapkan sesuatu harta atau perniagaan yang dikongsi bersama oleh dua orang
atau lebih. Contohnya, perkongsian untuk menubuhkan syarikat perniagaan. Seterusnya
adalah mudharabah yang bermaksud akad yang dilakukan untuk pemodal dengan
menyerahkan modalnya kepada penusaha agar dapat diniagakan dan keuntungan dibahagikan
antara mereka. Contohnya, pemodal memberikan rm10 000.00 kepada pengusaha untuk
perniagaan buah-buahan dan kadar keuntungan yang dipersetujui 60% untuk pengusaha dan
40% untuk pemodal.

Di samping itu, akad dalam muamalat islam bagi bahagian agen adalah wakalah
mewakilkan pekerjaan tertentu yang boleh dikerjakan kepada orang lain. Contohnya, Arshad
mewakilkan Syafiq untuk menjual sebuah rumahnya akan dibayar imbuhan yang dipersetujui.

Akhir sekali, akad dalam muamalat islam bagi kateogori jaminan terbahagi kepada 2.
Pertama adalah kafalah yang membawa maksud Jaminan yang diberikan oleh penjamin
kepada orang yang dijamin atas sesuatu transaksi. Contohnya, Muhammad menjadi penjamin
kepada Ahmad yang membuat pembiayaan daripada sebuah bank. Seterusnya, adalah rahnu
yang membawa maksud menggadaikan sesuatu barang sebagai jaminan terhadap hutang.
Contohnya, Maimunah menggadaikan gelang emas kepada bank bagi mendapatkan pinjaman
daripada bank.

5
BAB 2

MAKSUD DAN JENIS PERTUKARAN

Perkataan al-bai’ (jual beli) dari aspek bahasa bermaksud menukar suatu barang
dengan suatu barang yang lain. Dari sudut istilah syarak pula, al-bai’ mempunyai banyak
pengertian yang diberikan para ulama. Menurut Mazhab Hanafi, jual beli ialah pertukaran
suatu harta dengan suatu harta yang lain mengikut cara yang tertentu. Atau menukar sesuatu
yang disukai dengan sesuatu yang lain yang juga disukai dengan dengan cara tertentu yang
berfaedah iaitu dengan tawaran atau unjuk-mengunjuk. Menurut mazhab Syafie, jual beli
ialah pertukaran sesuatu harta benda dengan harta benda yang lain, yang keduanya boleh
ditasharrufkan (dikendalikan), dengan ijab dan qabul menurut cara yang diizinkan oleh
syarak (al-Husaini, Abi Bakr ibn Muhammad, 2005, Kifayatul akhyar fi halli ghayat al-
ikhtisar, Dar al-Salam, al-Qahirah, Misr, hlm.305). Al-Bai’ juga adalah kontrak pertukaran
harta benda yang memberikan seseorang hak memiliki sesuatu benda atau manfaat untuk
selama-lamanya, bukan dengan tujuan al-qurbah (mendampingi diri kepada Allah) (Mughni
al-muhtaj, jld.3, hlm.2).

Pensyariatan jual beli ini telah sabit dengan nas al-Quran, hadis dan juga ijmak. Terdapat
lebih daripada sepuluh jenis akad jual beli dalam Islam yang boleh berlaku dalam bentuk dan
gambaran yang berbeza. Antara jenis-jenis akad jual beli tersebut ialah:

 Bai’ al-sil’ah bi al-naqd (‫)بيع السلعة بالنقد‬: iaitu jual beli sesuatu barang dengan mata wang. Jenis
ini adalah yang paling meluas berlaku dikalangan manusia. Contohnya ialah membeli sehelai
baju dengan Ringgit Malaysia atau US Dollar dan seumpamanya.
 Bai’ al-muqayadhah (‫)بيع المقايضة‬: iaitu jual beli sesuatu barang dengan barang, seperti
menjual baju dengan beg atau menjual binatang ternakan dengan beras dan sebagainya.
 Bai’ al-salam (‫)بيع السلم‬: ialah jual beli sesuatu barangan secara tangguh dengan bayaran harga
secara tunai, seperti menjual barangan yang telah disifatkan butiran bentuk, spesifikasi,
kualiti dan kuantiti secara terperinci dengan bayaran harganya dibuat secara tunai, manakala
penyerahan barang ditangguhkan pada suatu masa yang ditetapkan.

6
 Bai’ al-sharf (‫)بيع الصرف‬: iaitu jual beli mata wang dengan mata wang yang sama atau berbeza
jenis, seperti menjual emas dengan emas, perak dengan perak atau emas dengan perak, ringgit
Malaysia dengan rial Saudi dan sebagainya.
 Bai’ al-murabahah (‫)بيع المرابحة‬: iaitu jual beli sesuatu barangan pada harga kos bersama
tambahan margin keuntungan, seperti menjual sesuatu barangan berharga RM100 dengan
harga kos dan ditambah pula margin keuntungan sebanyak RM10 yang dipersetujui oleh
kedua-dua pihak.
 Bai’ al-wadhiah (‫)بيع الوضيعة‬: ia adalah lawan kepada jual beli secara murabahah, iaitu jaul-
beli yang dibuat atas sesuatu barangan dengan harga yang lebih murah dari harga kos, seperti
harga barangan adalah RM10 dan dijual dengan harga RM9 atau lebih rendah.
 Bai’ al-tauliah (‫)بيع التولية‬: ialah jual beli sesuatu barangan dengan harga kos tanpa ada lebih
mahupun kurang dari harganya. Seperti barangan berharga RM100 dijual dengan RM100.
 Bai’ al-urbun (‫)بيع العربون‬: iaitu satu bentuk jual beli dimana pembeli membayar sejumlah
wang pendahuluan. Sekiranya jual beli diteruskan maka wang pendahuluan ini akan menjadi
sebahagian daripada harga barangan. Jika tidak, maka wang yang ini tidak akan dikembalikan
kepadanya.
 Bai’ al-talji’ah (‫)بيع التلجئة‬: ialah suatu bentuk jual beli yang dibuat oleh penjual yang dalam
kesempitan (terpaksa) kerana kuatir dan takut hartanya diambil oleh orang lain. Bagi
menyelamatkan hartanya, ia bersepakat dengan seseoarang bagi menzahirkan akad jual beli
dan menyembunyikan tujuannya yang sebenar. Seperti menjual rumah untuk mengelak dari
dilelong oleh bank atau permiutang.
 Bai’ al-wafa’ (‫)بيع الوفاء‬: iaitu jual beli barangan dengan syarat apabila penjual membayar
semula harga barangan yang dijual maka pembeli akan mengembalikan semula barangan
yang dijual kepada penjual.
 Bai’ al-istishna’ (‫)بيع االستصناع‬: iaitu jual beli dalam bentuk tempahan perbuatan barang
tertentu dengan spesifikasi yang tertentu yang menghendaki penjual, pemaju, pengilan atau
orang lain membuatkan barangan yang ditempah tersebut untuk pembeli. 
 Bai’ al-inah (‫)بيع العينة‬: iaitu jual beli yang berlaku antara penjual dan pembeli, di mana
penjual menjual asetnya kepada pembeli dengan harga tangguh lebih tinggi, kemudian
penjual membeli semula aset tersebut daripada pembeli dengan harga tunai yang lebih
rendah. Keadaan sebaliknya boleh berlaku.

Kepelbagaian bentuk dan jenis-jenis akad, khususnya akad jual beli menunjukkan keunikan
sistem muamalat dalam Islam. Kepelbagaian bentuk dan jenis ini tidak lain adalah untuk

7
memenuhi hajat dan maslahah yang diperlukan oleh manusia dalam kehidupan didunia ini.
Semoga tulisan ini memberikan manfaat dan panduan kepada kita ke arah memahami akad dan
kontrak dalam syariat Islam.

BAB 3

RUKUN DAN SYARAT JUAL BELI

Menurut mazhab Hanafi, rukun dan syarat sah jual beli hanya terhad kepada ijab dan
ijab kabul. Oleh itu, rukun jual beli hanyalah kesanggupan kedua-dua pihak untuk jual beli.
Namun, jika difikirkan secara lebih luas penjelasan daripada para ulama, maka apakah rukun
jual beli itu? Terdapat empat rukun jual beli, antaranya:

RUKUN JUAL BELI

1. Orang Yang Berakad (Penjual dan Pembeli)

Perkara di sini sudah tentu jelas, bahawa rukun jual beli tidak akan berlaku tanpa
kehadiran penjual dan pembeli. Penjual adalah pihak yang menawarkan barang dagangan,
manakala pembeli adalah pihak yang memerlukan barang tersebut digunakan dengan
dimanfaatkan.

2. Ada sighat (lafaz ijad kabul)

Adapun sighat (aqad), iaitu ijab dan qabul sebagaimana kata penjual, “Aku jual
kepadamu atau aku serahkan kepadamu”. Dan kata-kata pembeli, “Saya terima atau saya
beli”. Penyerahan itu tidak sah seperti yang boleh berlaku dalam masyarakat, kerana tidak
ada sighat (ijab kabul). Ibnu Syurairah berkata, “Serah terima itu sah mengenai barang
dagangan yang remeh (tidak bernilai) dan biasa dilakukan orang. Ini adalah pendapat Ar-
Ruyani dan lain-lain. Syarat persetujuan dan penerimaan ini termasuk:

 Jala’ul ma’na iaitu maksud yang terkandung dalam pernyataan tersebut jelas,
sehingga dapat dipahami jenis akad yang diinginkan.
 Tawafuq iaitu keserasian antara ijab dan qabul.

8
 Jazmul iradataini iaitu antara ijab dan qabul, menunjukkan kehendak para pihak
dengan pasti, tidak diragukan, dan tidak dipaksakan.

3. Ada Barang Yang Dibeli (ma’qud alaih)

Rukun jual beli yang seterusnya dalam Islam ialah mesti ada ma'qud 'alaih alias
barang yang dibeli. Bukan sahaja barang mesti ada, malah dalam Islam juga menetapkan
bahawa barang yang diniagakan itu pasti ada faedahnya. Matlamatnya supaya mereka yang
membelinya tidak merasa dirugikan. Makna manfaat ini tentulah relatif, kerana pada
dasarnya setiap barang mempunyai manfaat. Oleh itu, untuk mengukur kriteria kemanfaatan
ini hendaklah menggunakan kriteria agama.

4. Terdapat Kadar atau Nilai Pertukaran untuk Penggantian Barang

Merujuk kepada definisi yang dikemukakan oleh ulama Hanafiyah, rukun jual beli
ialah menukar harta dengan harta dengan cara tertentu. Atau menukar sesuatu yang anda
inginkan dengan sesuatu yang berbaloi dengan cara yang berguna. Supaya kadar pertukaran
bagi penggantian barang mestilah bersesuaian dan boleh diterima oleh kedua-dua pihak iaitu
penjual dan pembeli.

Dalil-Dalil Rukun Jual Beli dalam Islam:

1) Surat Fathir ayat 29:

َ ‫صاَل ةَ َوَأ ْنفَقُوا ِم َّما َر َز ْقنَاهُ ْم ِس ًّرا َو َعاَل نِيَةً يَرْ جُونَ تِ َج‬
َ ‫ارةً لَ ْن تَب‬
‫ُور‬ َّ ‫َاب هَّللا ِ َوَأقَا ُموا ال‬
َ ‫ِإ َّن الَّ ِذينَ يَ ْتلُونَ ِكت‬

Artinya: "Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan


mendirikan sholat dan menafkahkan sebagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada
mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang
tidak akan merugi,"

9
2) Surat Al-Baqarah ayat 275:

َ ِ‫الَّ ِذينَ يَْأ ُكلُونَ الرِّ بَا اَل يَقُو ُمونَ ِإاَّل َك َما يَقُو ُم الَّ ِذي يَتَ َخبَّطُهُ ال َّش ْيطَانُ ِمنَ ْال َمسِّ ۚ ٰ َذل‬
ُ ‫ك بَِأنَّهُ ْم قَالُوا ِإنَّ َما ْالبَ ْي ُع ِم ْث ُل الرِّ بَا ۗ َوَأ َح َّل هَّللا‬
ٰ ‫ُأ‬
‫ار ۖ هُ ْم فِيهَا‬ ِ َّ‫ْالبَ ْي َع َو َح َّر َم ال ِّربَا ۚ فَ َم ْن َجا َءهُ َموْ ِعظَةٌ ِم ْن َربِّ ِه فَا ْنتَهَ ٰى فَلَهُ َما َسلَفَ َوَأ ْم ُرهُ ِإلَى هَّللا ِ ۖ َو َم ْن عَا َد فَ ولَِئكَ َأصْ َحابُ الن‬
َ‫خَ الِ ُدون‬

Artinya: "Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan
seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan
mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya
jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan
riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti
(dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang
larangan); dan urusan (terserah) kepada Allah. Orang yang kembali (mengambil riba), maka
orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya."

SYARAT JUAL BELI DALAM ISLAM

Setelah rukun jual beli dipenuhi, maka kedua-dua pihak iaitu penjual dan pembeli
melaksanakan syarat jual beli dalam Islam. Merangkumi pelbagai sumber, syarat sah jual beli
terdiri daripada istilah syarat subjek, syarat objek dan lafadz. Berikut penjelasannya:

 Syarat yang berkaitan dengan subjek jual beli

Bahawa penjual dan pembeli sebagai subjek hokum dari perjanjian jual beli harus
memenuhi syarat-syarat iaitu mempunyai akal yang sihat, atas kehendaknya sendiri (tidak
dipaksa), kedua-duanya tidak membazir, dan yang terakhir mereka sudah baligh. Setelah
syarat ini dipenuhi, maka perjanjian jual beli boleh dibuat dan mesti sentiasa berdasarkan
perjanjian antara penjual dan pembeli. Sesuai dengan firman Allah SWT dalam QS. An-Nisa’
Ayat 29, iaitu “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta
sesamamu dengan jalan yang bathil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan
suka sama suka di antara kamu”.

 Syarat sahnya jual beli yang menyangkut lafaz

10
Sebagai sebuah perjanjian harus dilafazkan, maksudnya secara lisan atau secara
bertulis disampaikan kepada pihak lain. Dalam erti kata lain, lafaz adalah ungkapan yang
diucapkan oleh orang yang melakukan akad untuk menunjukkan keinginannya untuk
menyampaikan tanggapan bahawa akad itu telah berlaku. Ungkapan itu mesti harus
mengandungi penyerahan dan terima (ijad kabul).

 Syarat berkaitan barangan yang dijual beli

Salah satu rukun jual beli ialah adanya barang. Barang ini sendiri mesti memenuhi
keperluansyarat sah, termasuk barangan bersih. Bahwa dalam ajaran Islam dilarang membeli
dan menjual barang yang mengandung unsur najis atau barang yang jelas dilarang atau
diharamkan oleh ajaran agama. Bukan itu sahaja, barangan yang diniagakan juga perlu
mengandungi syarat-syarat yang boleh dimanfaatkan. Penggunaan barangan tidak boleh
bertentangan dengan agama, undang-undang dan peraturan, kesopanan, atau ketenteraman
awam yang wujud dalam kehidupan manusia. Selain itu, barang-barang yang menjadi rukun
jual beli itu juga harus menjadi milik penjual secara sah.

SYARAT JUAL BELI ONLINE MENURUT SYARIAT

Hukum jual beli online dalam Islam sah dan diperbolehkan, asalkan syarat-syarat di bawah
ini terpenuhi:

1. Produk Halal

Kewajiban menjaga hukum halal-haram dalam objek perniagaan tetap berlaku,


termasuk dalam perniagaan secara dalam talian (online). Sebagaimana yang diterangkan
dalam hadis berikut ini: “Sesungguhnya bila Allah telah mengharamkan atas suatu kaum
untuk memakan sesuatu, pasti Ia mengharamkan pula hasil penjualannya.” (HR Ahmad, dan
lainnya).

2. Kejelasan Status

11
Dalam hukum jual beli online, pihak yang berniaga juga harus memerhatikan
kejelasan statusnya. Apakah kamu sebagai pemilik, atau sebagai perwakilan dari pemilik
barang, sehingga berwenang menjual barang. Ataukah kamu hanya menawaran jasa
pengadaan barang, dan atas jasa ini mensyaratkan imbalan tertentu. Mungkin juga berstatus
sebagai seorang penjual yang tidak memiliki barang, namun mendatangkan barang yang
ditawarkan.

3. Kesesuaian Harga dan Kualiti

Hukum jual beli dalam talian juga mengatur perihal kesesuaian harga dan kualiti
barang yang dijual. Tidak adanya pertemuan langsung antara pihak penjual dan pembeli
membuat jual beli secara dalam talian cukup berisiko terhadap penipuan. Islam pun tidak
memperbolehkan seseorang untuk menjual barang yang tidak sesuai dengan harganya. Sebab,
ini biasanya ditunjukkan sebagai upaya penipuan dan membawa kerugian bagi orang lain.

4. Kejujuran

Aspek penting lain yang tidak boleh terlupakan saat jual beli dalam talian iaitu
kejujuran. Islam benar-benar akan melaknat para penjual yang tidak jujur. Sebagaimana
firman Allah SWT di Alquran dalam Surah Al-muthaffifin ayat 1-3 yang artinya:

“Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang (dalam berniaga), (iaitu) orang-
orang yang apabila menerima takaran dari orang lain mereka minta dipenuhi, dan apabila
mereka mengukur atau menimbang untuk orang lain, mereka mengurangi”.

Itu dia penjelasan hukum jual beli secara dalam talian (online) dalam agama Islam
yang wajib umat Muslim ketahui. Semoga kini, kamu semakin paham dengan hukum jual
beli online berdasarkan syariat.

12
BAB 4

HUKUM MENJUAL BARANG SECARA PRE-ORDER DI PLATFORM ONLINE.

Irsyad Al-Fatwa siri ke- 563

Maksud jual beli dalam Bahasa Arab ialah al-bai'. Menurut Ibnu Manzur (1996), jual
beli bermaksud jualan yang telah ditentukan harganya. Dalam masa yang sama, Al-bai'
bermaksud menjual, mengganti, menukar sesuatu dengan sesuatu yang lain (Hasan, 2003)
atau menukar barang dengan barang (Rachmat, 2006).

Hukum menjual barang yang tidak dimiliki. Hukum bermuamalat adalah harus selagi
mana tiada dalil yang menjadikannya haram. Dibolehkan untuk menjalankan perniagaan
berkonsep secara pre-order di platform online. Seperti Tiktok Shop, Lazada dan Shopee. Hal
ini kerana, ia termasuk dalam bentuk jual beli saham iaitu bayar dulu, barang dapat
kemudian. Serta termasuk dalam kontrak ijarah (upah) yang disepakati fuqaha tentang
keharusannya.

‫َوَأ َح َّل ٱهَّلل ُ ۡٱلبَ ۡي َع َو َح َّر َم ٱلرِّ بَ ٰو ْا‬

Maksudnya: Allah telah menghalalkan berjual beli iaitu berniaga dan mengharamkan riba

(Surah Al-Baqarah: Ayat 275).

13
Imam Al-Thabari mentafsirkan ayat di atas dengan menyatakan bahawa Allah S.W.T
membenarkan keuntungan yang diperoleh melalui perniagaan dan jual beli.

‫وأح ّل هللا األرباح في التجارة والشراء والبيع‬

Maksudnya: Dan Allah s.w.t menghalalkan keuntungan yang diperoleh melalui perniagaan
dan jual beli. (Rujuk Tafsir al-Tabari 13/6).

Imam Mawardi dalam al-Hawi menukilkan bahawa setiap jual beli adalah harus
kecuali apa yang diharamkan oleh Allah S.W.T melalui hadis-hadis nabi. Tambahan pula,
kaedah feqah menyatakan bahawa hukum asal yang berkaitan muamalat adalah harus.
Kecuali terdapat dalil yang mengeluarkannya dari keharusan tersebut.

‫‌األصل‌في‌المعامالت‌الحل واإلباحة‬

Maksudnya: Hukum asal bagi mu’amalat adalah halal dan harus. (Rujuk Yasalunaka ‘An al-
Mu’amalat al-Mu’asarah h.89).

‫اض ِّمن ُكمۡۚ َواَل ت َۡقتُلُ ٓو ْا َأنفُ َس ُكمۡۚ ِإ َّن ٱهَّلل َ َكانَ بِ ُكمۡ َر ِحيما‬ ۡ ۡ ْ ُ‫ٰيََٓأيُّهَا ٱلَّ ِذينَ ءامن‬
ٍ ‫وا اَل تَأ ُكلُ ٓو ْا َأمۡ ٰ َولَ ُكم بَ ۡينَ ُكم بِٱل ٰبَ ِط ِل ِإٓاَّل َأن تَ ُكونَ تِ ٰ َج َرةً عَن ت ََر‬ َ َ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta
kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan
perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu

14
berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu. Surah
an-Nisa’ (29).

Oleh hal yang berkenaan, Jual beli adalah harus sekiranya menepati syarat dan rukun
jual beli. Dr Wahbah Zuhayli menyatakan dalam bukunya al-Fiqh al-Islam wa Adillatuh
bahawa jumhur ulama’ telah sepakat mengenai rukun jual beli sebagaimana berikut iaitu
pembeli, penjual, sighah akad dan barang yang dijual beli. (Rujuk al-Fiqh al-Islam wa
Adillatuh 3309/5).

Manakala syarat bagi barang yang dijual beli tersebut mestilah memenuhi ciri-ciri
berikut iaitu wujud, bukan perkara yang haram seperti najis, boleh diserahkan kepada
pembeli, barang tersebut milik penjual, diketahui oleh pihak yang berakad. (Rujuk al-
Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie 23-28/3).

Para mufti melihat bahawa jual beli dengan konsep pre-order paling hampir dengan
konsep bai' salam dan ijarah iaitu upah yang disepakati fuqaha'. Melalui konsep jual beli
salam, pembeli akan memberikan wang terlebih dahulu kepada penjual. Kemudian, penjual
akan memesan daripada pembekal mahupun pengilang. Seterusnya, diserahkan kepada
pembeli pada waktu yang ditetapkan.

‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم ع َْن بَي ِْع ما ليس عندك فإن صاحب رأس المال محتاج‬
َ ‫والسلم بيع من البيوع الجائزة مستثنى من نهيه‬
‫ فظهر أن‌بيع‌السلم من المصالح الحاجية‬،‫إلى أن يشترى الثمرة وصاحب الثمرة محتاج إلى ثمنها قبل إبانها لينفقه عليها‬

Maksudnya: Dan Salam adalah satu bentuk jual beli yang diharuskan berbeza dengan
larangan Rasulullah s.a.w berkenaan menjual barang yang tidak dimiliki, kerana pemilik

15
harta berhajat untuk membeli buah dan pemilik buah berhajat kepada wang sebelum
waktunya untuk menyerahkan buah kepadanya, maka timbullah jual beli salam untuk
memenuhi keperluan masyarakat. (Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab 97/13).

Berkaitan ijarah ataupun upah, pihak pembeli dikira memberi upah kepada penjual.
Kerana membelikannya barang berkenaan. Dalam hal ini, upah yang diterima penjual adalah
atas usahanya untuk mencari ataupun memesan barang yang dikehendaki pelanggan
berkenaan.

Meskipun konsep-konsep tersebut telah disepakati keharusannya, syarat-syarat berikut


perlu dipenuhi dalam jual beli pre-order bagi mengelakkan unsur jahalah iaitu tidak diketahui
pada barang yang dijual beli tersebut. Barang yang dijual beli boleh dijamin kewujudannya
oleh penjual. Waktu penyerahan barang kepada pelanggan jelas.

Akhir sekali, dibolehkan untuk menjalankan perniagaan konsep pre-order di platform


online seperti Lazada dan Shopee kerana ianya termasuk dalam bentuk jual beli salam (bayar
dahulu barang dapat kemudian) dan juga kontrak ijarah (upah) yang disepakati fuqaha’
tentang keharusannya. Tambahan lagi, polisi pemulangan semula (return/refund) pada
pelanggan dapat menghilangkan risiko barang tidak dapat diserahkan atau tidak sama
spesifikasi yang selari dengan prinsip khiyar dalam Islam.

16
KESIMPULAN

Pengajian Muamalat Islam adalah di antara pengajian yang diabaikan sejak sekian lama
sehingga hukum halal dan haram di dalam perkara ini diambil remeh oleh sebahagian
masyarakat Islam. Pembelajaran Muamalat Islam amat penting bagi melahirkan seorang
Muslim holistik yang tidak hanya melihat ibadahnya ketika di dalam masjid dan surau atau di
atas sejadah dan tikar sembahyang sahaja, tetapi dia juga menyedari bahawa perkara
Muamalat juga adalah urusan ibadahnya dengan Allah kerana di sana juga ada perintah Allah
dan RasulNya serta larangan Allah dan RasulNya.

Dengan menghayati bahawa hubungan manusia dengan manusia di dalam perkara berkaitan
harta dan kewangan juga adalah ibadah, maka seseorang Muslim itu akan lebih sempurna
dalam pengamalan agamanya. Janganlah kita hanya menjadi “Hamba Allah” di dalam urusan
Ibadat tetapi menjadi “Musuh Allah” di dalam urusan Muamalat. Sibuk melakukan
ibadah solat dan puasa serta ibadah-ibadah sunat, namun dalam masa yang sama terlibat di
dalam urusniaga riba’ (yang diisytiharkan perang oleh Allah ), gharar, darar dan intihak al-
hurmah al-Shar’iyyah, mengabaikan kewajipan nafkah dan hutang, tidak mengagihkan harta
pusaka kepada yang berhak atau tidak menyerahkan harta amanah kepada pemiliknya.

Orang yang hanya menjaga hukum ahkam Shariat di dalam urusan Ibadahnya tetapi
mengabaikan hukum ahkam Shariat di dalam urusan Muamalatnya bukan sahaja tidak
mampu menjadi seorang Muslim yang sempurna, tetapi dia juga akan menjadi seorang yang
muflis di Akhirat kelak. Pahala amalan Ibadahnya perlu dihabiskan untuk melunaskan hak-

17
hak orang lain dan setelah pahalanya itu habis, maka dia perlu pula mengambil dosa-dosa
orang lain dan seterusnya dicampakkan ke dalam neraka (Sahih Muslim).

Maka peniaga di luar sana atau yang berhasrat untuk membuka apa-apa sahaja
perniagaan, pastikan kita melihat dan mempelajari serba sedikit hukum hakam berkenaan
perniagaan. Ia bagi memastikan kita sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah ketika
menjalankan ibadah yang dituntut ini.

RUJUKAN

Konsep Akad dan Jenisnya dalam Muamalat Islam. (2023, January 6). e-MUAMALAT.
https://e-muamalat.islam.gov.my/en/bahan-ilmiah/artikel/156-konsep-akad-dan-
jenisnya-dalam-muamalat-islam
Rashid, A. H. (2021, April 19). Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-563: Hukum Menjual Barang
Secara Pre Order Di Platform Online. Retrieved from muftiwp.gov.my:
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/4734-irsyad-al-
fatwa-siri-ke-563-hukum-menjual-barang-secara-pre-order-di-platform-online

Mastura Md Zain (2006).Pengenalan kepada Sistem Muamalah Islam. Diambil semula dari :
https://www.ikim.gov.my/index.php/2006/08/07/pengenalan-kepada-sistem-muamalah-islam/

UNIT-2 JENIS AKAD DALAM MUAMALAT ISLAM. (2020, November 16). Anyflip.
https://anyflip.com/loqzt/wdbg/basic
MUAMALAT (UNIT 2: JENIS AKAD DALAM MUAMALAT ISLAM). (2021, June 26).
Blogger. https://satorugojoo.blogspot.com/

18
19

Anda mungkin juga menyukai