Anda di halaman 1dari 28

JURNAL REFLEKSI

UKS1051 / LJ1
BOLA BALING
TAJUK : ASAS PERMAINAN BOLA BALING
MINGGU : 1

Berikut merupakan hari pertama kelas dijalankan. Kelas ini dimulakan dengan sesi pengenalan
diri antara para pelajar dan pensyarah. Dalam kelas pertama ini Madam Nor Hasniah telah
menerangkan serba sedikit tentang permainan bola baling ini. Permainan bola baling ini
mempunyai gelanggang yang berbentuk segiempat bujur yang berukuran 40meter Panjang di
garisan tepi dan 20meter lebar di garisan gol. Permukaan gelanggang bola baling mestilah keras
dan rata.  Gelanggang yang digunakan merupakan gelanggang berumput di padang terbuka atau
gelanggang bersimen atau berparket di dalam dewan yang tertutup. Gelanggang permainan
dibahagikan kepada dua bahagian yang sama luas oleh satu garisan tengah. Setiap kawasan gol
mengandungi satu garisan kawasan gol yang berjejari 6meter dari tepi dalam tiang gol. Garisan
balingan percuma adalah putus-putus dan berjejari 9meter dari tepi dalam tiang gol. Panjang
garisan penalti adalah 1meter dan berjarak 7meter dari tengah garisan gol. Selain itu, panjang
garisan penjaga gol pula adalah 15 cm dan jaraknya dari tengah garisan gol ialah 4 meter. Di dua
garisan tepi, terdapat dua garisan pertukaran pemain dengan panjang 15 cm dan jaraknya dari
garisan tengah ialah 4.5 meter. Semua garisan dalam gelanggang perlu ditandakan secara jelas
dengan ukuran selebar 5 cm.

Dalam kelas pertama ini juga, Madam telah menerangkan tentang bilangan permain. Permainan
bola baling adalah sejenis permianan yang melibatkan 14 orang iaitu 7 orang dari setiap pasukan.
Biasanya, satu pasukan bola baling akan terdiri daripada 12 orang pemain termasuk 5 orang
pemain gentian. Antara 7 orang pemain yang bermain dalam satu pasukan, seorang akan menjadi
penjaga gol manakala yang lain akan menjadi pemain di dalam gelanggang. Bola baling ini boleh
dimainkan oleh golongan lelaki dan perempuan dari pelbagai peringkat umur.
Selain itu, dalam kelas ini juga madam telah menerangkan tentang saiz bola baling. Bola baling
haruslah berbentuk bulat dan diperbuat daripada kulit atau getah berwarna yang tidak terlalu
keras. Berat dan lilitan bola baling untuk setiap kategori pemain adalah seperti berikut:

1. Lelaki dan remaja lelaki (16 Tahun ke atas) – Bola bersaiz 3. Berat antara 425 g hingga
475 g dan lilitan bola antara 58 cm hingga 60 cm.
2. Wanita dan remaja perempuan (14 tahun ke atas) dan remaja lelaki (12 tahun
sehingga 16 tahun) - Bola saiz 2. Berat antara 325 g hingga 375 g dan lilitan bola
antara 54 cm hingga 56 cm.
3. Remaja perempuan (8 tahun hingga 14 tahun) dan remaja lelaki (8 tahun hingga 12
tahun) - Bola saiz 1. Berat antara 290 g hingga 330 g dan lilitan bola antara 50 cm
hingga 52 cm.

Dalam kelas ini juga, Madam menerangkan tentang tempoh permainan. Bagi kumpulan lelaki 12
tahun ke atas, 7 minit setiap separuh masa dengan 1 minit rehat. Bagi semua kumpulan umur 18
tahun ke bawah (lelaki dan perempuan), 20 minit setiap separuh masa dengan 10 minit rehat.
Masa permainan ini hanya akan dihentikan atas perintah pengadil. Setiap pasukan akan bertukar
gelanggang bagi setiapseparuh masa. Selain itu, Madam juga menerangkan tentang pengadil.
Seorang pengadil gelanggang dan seorang pengadil gol akan bertugas dan keputusan mereka
adalah muktamad. Pengadil-pengadil ini akan dibantu oleh seorang penjaga masa dan seorang
pencatat.
TAJUK : PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG BOLA BALING
MINGGU : 2

Kelas bola baling kali kedua telah dijalankan, kelas ini dilanjutkan oleh Madam Nor Hasniah
dengan menerangkan tentang peraturan dan undang-undang bola baling. Terdapat beberapa
peraturan dan undang-undang dalam permainan bola baling iaitu:

1. GELANGGANG PERMAINAN
Gelanggang permainan hendaklah berukuran 20meter kali 40meter. Garisan kawasan gol
atau garisan 6meter adalah merupakan garisan paling penting. Semua pemain kecuali
penjaga gol dibenarkan berdiri di dalam kawasan gol. Tiang gol adalah 2meter tinggi dan
3meter lebar. Pemain boleh mendarat di dalam kawasan gol selepas menjaringkan gol.

2. BOLA
Bola bersaiz 2 digunakan untuk kumpulan wanita dan kumpulan lelaki bawah umur 12
tahun. Bola bersaiz 3 digunakan untuk kumpulan lelaki 15 tahun ke atas manakala bola
bersaiz 1 digunakan untuk permainan bola baling mini bagi kumpulan umur 8 tahun ke
bawah.

3. BILANGAN PEMAIN
Satu pasukan mengandungi 12 orang pemain. Semasa permainan, 6 orang pemain dan
seorang penjaga gol akan berada di dalam gelanggang. Permain gantian boleh
menggantikan pemain di dalam gelanggang pada bila-bila masa dengan syarat pemain di
dalam gelanggang keluar terlebih dahulu sebelum pemain gantian masuk.

4. PAKAIAN
Nombor pemain adalah dari No.1 hingga No.20. Penjaga gol mesti memakai warna baju
yang berbeza dengan pemain gelanggang pasukan sendiri atau pemain gelanggang
pasukan lawan. Pemain dilarang memakai barang kemas, jam dan yang seumpamanya
bagi mengelakkan kecederaan.
5. PENGADIL
Seorang pengadil gelanggang dan seorang pengadil gol akan bertugas dan keputusan
mereka adalah muktamad. Pengadil-pengadil ini akan dibantu oleh seorang penjaga masa
dan seorang pencatat.

6. TEMPOH PERMAINAN
Bagi kumpulan lelaki 12 tahun ke atas, 7 minit setiap separuh masa dengan 1 minit rehat.
Bagi semua kumpulan umur 18 tahun ke bawah (lelaki dan perempuan), 20 minit setiap
separuh masa dengan 10 minit rehat. Masa permainan hanya akan di hentikan atas
perintah pengadil. Pasukan akan bertukar gelanggang bagi setiap separuh masa.

7. PERMAINAN PASIF
Adalah menjadi satu kesalahan jika pasukan memainkan bola dalam keadaan pasif.
‘PASIF’ bermaksud bermain tanpa mempunyai niat untuk menyerang atau menjaringkan
gol terutamanya setelah pasukan tersebut mendahului pasukan lawan.

8. MEMULAKAN PERMAINAN
Ia dimulakan oleh pasukan yang memilih untuk memulakan permainan setelah menang
dalam pengundian syiling oleh pengadil. Kedua-dua pasukan mestilah berada di dalam
kawasan sendiri. Pasukan lawan harus berada pada jarak 3meter dari pemain yang
memegang bola dan pemain ini mestilah memijak garisan tengah. Permainan bermula
dengan tiupan wisel pengadil gelanggang.

9. JARINGAN GOL
Gol dikira apabila keseluruhan bola melepasi garisan gol di antara dua tiang gol. Gol-gol
boleh dijaringkan dari mana-mana jenis balingan kecuali balingan referi.
10. MEMAINKAN BOLA
a) Pemain dibenarkan:
Mengambil 3 langkah dengan bola.
Memegang bola maksimum 3 saat.
Menggelecek.
Menjunam untuk mendapatkan bola.

b) Pemain tidak dibenarkan:


Membahayakan pihak lawan dengan atau tanpa bola.
Merampas, memukul, meragut atau menumbuk bola dari kawalan pihak lawan.
Menggunakan bahagian anggota di bawah lutut.

11. MENGHADANG PIHAK LAWAN


Pemain boleh menggunakan badan untuk menghadang pihak lawan samada dengan
mempunyai bola atau tanpa bola. Tetapi pemain tidak dibenarkan menggunakan tangan
atau kaki untuk merampas, memukul, meragut atau menumbuk bola dari kawalan pihak
lawan. Pemain juga tidak dibenarkan merempuh pemain pertahanan semasa membuat
jaringan.

12. BALINGAN KE DALAM


Balingan ini diberikan apabila bola terkeluar dari garisan tepi samada di tanah atau di
udara yang disentuh oleh pihak lawan. Pemain yang mengambil balingan ini mestilah
diambil dari tempat di mana bola itu keluar dengan sekurang-kurangnya sebelah kaki
memijak garisan tepi. Pemain lawan mestilah berada pada jarak 3meter dari pembaling.

13. BALINGAN KE DALAM DI SUDUT


Balingan ini diberikan apabila bola disentuh oleh pemain pertahanan dan keluar melintasi
garisan gol. Pemain yang mengambil balingan ini mestilah berada di sudut garisan gol
dan garisan tepi dengan sekurang-kurangnya sebelah kaki memijak garisan tepi. Pemain
lawan mestilah berada pada jarak 3meter dari pembaling.
14. BALINGAN PENGADIL
Ia diberikan apabila:
a) Kesalahan berlaku serentak oleh kedua-dua pasukan.
b) Bola direbut oleh kedua-dua pemain.

15. BALINGAN PERCUMA


Balingan ini diberikan bagi sebarang kesalahan yang ringan. Balingan diambil dari
tempat di mana kawasan itu berlaku kecuali:

a) Bila kesalahan berlaku di dalam kawasan 9 meter – balingan dibuat di luar garisan
9 meter. Semua pemain penyerang berada di luar garisan 9meter sebelum bola
dimainkan.
b) Bila berlaku kesalahan penggantian – Balingan dilakukan di kawasan penggantian
atau di tempat bola dimatikan oleh pengadil semasa menyerang (mana-mana yang
memberi kelebihan kepada pihak lawan).
c) Kesalahan yang dilakukan di dalam kawasan gol - balingan dibuat di luar garisan
9 meter.
d) Pemain pertahanan menghantar bola kepada penjaga gol sendiri dan bola tersebut
mati di dalam kawasan gol tanpa disentuh oleh penjaga gol.

Balingan ini diambil dengan sekurang-kurangnya sebelah kaki memijak tanah atau
gelanggang semasa membuat balingan. Pemain lawan berada pada jarak 3meter sebelum
balingan dilakukan.
16. BALINGAN 7 METER (PENALTI)
Balingan ini diberikan apabila
a) Peluang keemasan menjaring gol dimusnahkan oleh pemain pertahanan.
b) Penjaga gol membawa masuk bola ke dalam kawasan 6 meter.
c) Pemain pertahanan menghantar bola kepada penjaga gol sendiri dan bola tersebut
disentuh oleh penjaga gol.

Semua pemain mesti berada di luar garisan 9 meter. Pemain yang mengambil balingan
7meter ini tidak dibenarkan memijak garisan balingan semasa balingan dilakukan.
Penjaga gol boleh bergerak keluar hingga 4meter dari garisan golnya.

17. BALINGAN GOL


Balingan ini diberikan apabila
a) bola disentuh oleh penjaga gol dan keluar melintasi garisan gol.
b) bola diballing keluar melalui garisan gol oleh pemain penyerang.

18. HUKUMAN SUSULAN


Hukuman bagi kesalahan yang lebih serius selain daripada memberikan balingan
percuma kepada pihak lawan boleh disusuli dengan hukuiman yang lebih berat. Antara
hukuman yang boleh diberikan:
a) Amaran (Kad Kuning)
b) 2 minit penggantungan
c) Penyingkiran
d) Pembatalan
TAJUK : KEMAHIRAN MENGHANTAR DAN MENERIMA
MINGGU : 3

Kemahiran asas bola baling yang telah diterangkan oleh Madam Nor Hasniah pada minggu ini
adalah berkaitan kemahiran
1. Menghantar bola
2. Menerima bola

KEMAHIRAN PERTAMA: HANTARAN BOLA

Dalam permainan Bola Baling terdapat beberapa cara penghantaran bola yang sama dengan cara-
cara yang digunakan dalam permainan bola keranjang dan bola jaring. Jenis hantaran yang biasa
digunakan adalah seperti berikut:

1. HANTARAN BAHU
Cara menghantar bola yang sering digunakan oleh pemain dalam permainan Bola Baling.
Biasanya, cara ini dilakukan semasa membuat hantaran jauh. Kelebihan cara ini ialah
persediaan hantaran ini boleh mengelirukan pihak lawan. Dari keadaan bersedia, pemain
boleh terus mengelecek, menjaring, menukar hala hantaran atau memusingkan badannya.

2. HANTARAN LANTUN
Dilakukan apabila membuat hantaran secara mengejut. Kelemahannya adalah bola itu
dapat disekat oleh pihak lawan yang bertindak balas pantas. Hantaran ini biasanya
dilakukan dengan sebelah tangan. 

3. HANTARAN ARAS DADA


Berasal daripada kemahiran yang sama dalam permainan bola keranjang. Sesuai untuk
hantaran jarak dekat di aras dada. Pergerakan bola itu adalah hasil tolakan dari jari-jari
tangan. Tangan hendaklah ikut lajak di akhir tolakan.
4. HANTARAN LOMPAT
Ini adalah satu lagi gerak keliru yang berasal dari permainan bola keranjang. Biasanya
apabila seorang penyerang melompat untuk menjaring tidak berpeluang membuat
demikian, ia akan membuat hantaran terus kepada kawannya supaya bola tidak terlepas
kepada pihak lawan.

5. HANTARAN SISI
Cara hantaran sisi juga digunakan bila membuat hantaran jarak dekat dan pantas. Pemain
tidak perlu memusingkan badannya untuk menghadap ke arah penerima hantarannya
apabila hantaran sisi dilakukan. Hantaran cara ini banyak melibatkan pergerakan
pergelangan tangan dan memang sesuai bagi pemain yang mempunyai tapak tangan yang
besar.

KEMAHIRAN KEDUA: MENERIMA BOLA

Prinsip utama dalam menerima bola ialah mengawal, mematikan kelajuan bola, memegangnya
dengan baik dan terus mengawalnya dengan menggunakan kedua-dua belah tangan yang
berkedudukan relaks. Pelbagai cara menerima boleh dilakukan iaitu setiap tangkapan hendaklah
dilakukan dengan tepat tanpa mengira kelajuan atau jenis hantaran yang dibuat oleh rakan.
Bagaimanapun, tangkapan yang tepat dan betul bermula daripada lontaran atau hantaran yang
tepat atau sempurna.

Untuk menerima bola dengan tepat dalam apa jua keadaan dan situasi permainan, seorang
pemain mestilah memberikan perhatian pada faktor-faktor berikut:

1. Penglihatan pemain hendaklah fokus pada bola dan penghantarnya.


2. Kedua-dua belah tangan direnggangkan dan dihulurkan ke arah bola.
3. Tangan dan jari hendaklah dalam kedudukan terbuka semasa membuat tangkapan. Ibu
jari berfungsi sebagai penahan bola.
4. Setelah berjaya menerima bola, bola hendaklah dirapatkan ke dada dalam kedudukan
yang selamat.
5. Kedudukan sebelah kaki hendaklah ke depan dan harus berjarak seluas bahu dengan kaki
belakang.
6. Sepanjang pergerakan untuk menangkap bola, pemain hendaklah berada dalam
kedudukan seimbang.
7. Bola yang diterima berada di atas pinggang perlu ditangkap dengan tangan terbuka dan
jari-jari menunjuk ke atas dengan ibu jari membentuk W di belakang bola. Untuk bola
yang berada di bawah pinggang, tangan diterbalikkan dan bola disentuh hanya pada jari.
Untuk menangkap bola terlalu rendah, satu kaki dikeluarkan ke depan, lalu lutut
membengkok dan tangan terbalik. Pemain perlu berupaya menangkap pelbagai hantaran
seperti hantaran tinggi, hantaran rendah dan hantaran sisi sama ada dalam kedudukan
bergerak atau statik. 

CARA MENERIMA BOLA


1. Dengan kedua-dua belah tangan – bola aras muka
Apabila hendak menerima bola setinggi aras muka, pemain seboleh-bolehnya hendaklah
berada di belakang hala pergerakan bola itu. Kedua-dua belah tangan dihulur secara lurus
ke hadapan untuk menerima bola. Sebaik sahaja menerima bola hendaklah dibawa dekat
badan untuk kawalan yang lebih baik.
2. Dengan kedua-dua belah tangan – bola rendah
Untuk menerima bola rendah pemain perlu merendahkan badannya dan kedua-dua belah
tangan dihulur untuk menerima bola yang menuju kepadanya. Jari-jari menghala ke
bawah semasa menerima bola.
3. Menerima bola dengan sebelah tangan Cara ini hanya dapat dilakukan dalam situasi
apabila penerima bola tidak menghadapi tekanan atau gangguan daripada pihak lawan
semasa hantaran dibuat. Penerima hendaklah memerhatikan bola sehingga dapat
ditangkapnya. Untuk kawalan bola yang kemas, keseluruhan tapak tangan yang
menerimabola hendaklah berada di belakang bola.
4. Menerima bola tinggi Jika perlu pemain hendaklah melompat untuk menerima bola
hantaran tinggi. Faktor yang sangat penting dalam situasi ini adalah lompatan hendaklah
dibuat pada masa yang tepat. Kedua-dua belah tangan dihulur ke atas untuk menerima
bola. Sebaik sahaja mendarat, bola hendaklah dibawa rapat ke badan supaya dapat
mengawalnya dengan lebih kemas.
KESALAHAN-KESALAHAN MENERIMA BOLA

1. Memegang bola menggunakan jari dan tidak menggunakan tapak tangan.


2. Tangan yang dihulurkan ke depan berada terlalu rendah dan tidak pula berada terlalu jauh
di belakang.
3. Tidak menggunakan pergelangan tangan.
4. Genggaman yang tidak kemas.
5. Tangkapan yang salah dan tidak mengikut situasi permainan.

MEMEGANG BOLA
Selepas menangkap bola, pemain dibenarkan memegangnya tidak lebih daripada 3 saat sebelum
menghantarnya kepada rakan atau terus membuat jaringan gol. Dalam masa yang singkat ini,
pemain menguasai bola sepenuhnya. Pemain perlu memegang bola dengan kedua-dua belah
tangannya kerana jika sebelah tangan digunakan, kemungkinan bola terlepas daripada
pegangannya. Apabila bola dirapatkan ke dada, ia dipegang erat oleh jari-jari yang dibuka dan
mengarah ke depan. Pegangan yang kukuh ini adalah penting bagi membolehkan pemain
melakukan gerakan yang seterusnya.

Umumnya, memegang bola hendaklah menggunakan kedua-dua belah tangan dan berkedudukan
pada aras dada. Pegangan ini hendaklah sekejap mungkin agar tidak mengganggu pergerakan
bola serta memberikan masa dan kesempatan kepada pemain pertahanan pasukan lawan
mengatur pertahanannya atau mematah serangan.
TAJUK : KEMAHIRAN MENJARING
MINGGU : 4 DAN 5

Pada minggu keempat dan kelima ini, Madam Nor Hasniah telah menerangkan tentang
kemahiran menjaring bola baling. Dalam kemahiran menjaring terdapat sekurang-kurangnya
sembilan jenis jaringan gol dalam permainan bola baling iaitu :

1. JARINGAN DARI ATAS KEPALA.


Jaringan dari atas kepala ialah jaringan biasa dan mudah dilakukan, serta mudah pula
mendapatkan gol. Jaringan ini juga paling disukai oleh pemain-pemain baru. Jaringan ini
boleh dilakukan oleh pemain dalam kedudukan statik dan kedudukan bergerak atau
berlari.

Teknik melakukan jaringan dari atas kepala ialah:


a. Pemain bergerak satu langkah ke depan.
b. Pemain meletakkan berat badan pada kaki kiri sambil kaki kanan membengkok.
c. Tangan pamain yang memegnga bola dibengkokkan sedikit dan dibawa ke
belakang kepala pada aras bahu.
d. Satu lonjakan dilakukan oleh pemain sambil tangan yang memegang bola
diluruskan ke atas kepala dan membalingnya kuat kearah sasaran.
e. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak selepas membuat lontaran.

2. JARINGAN DARI BAWAH LENGAN


Jaringan ini kurang berkesan untuk menghasilkan gol. Namun, ia boleh dilakukan apabila
pemain lawan terdiri daripada pemain yang berbadan tinggi. Hal ini kerana pertahanan
tinggi kurang memberikan perhatian pada pertahanan rendah. Teknik melakukan jaringan
dari bawah lengan ini adalah seperti berikut:
a. Pemain mengambil satu langkah ke depan dangan kaki kiri. Kaki kanan
dibengkokkan sambil bola dibawa ke belakang bawah aras bahu.
b. Tangan pemain yang memegang bola diluruskan sambil kaki kanannya
melangkah ke depan dan seterusnya bola dilontar kuat ke sasaran.
c. Kaki kiri pemain dilajakkan ke belakang dan tangan kanan dilepaskan.

3. JARINGAN LOMPAT
Teknik jaringan lompat adalah hampir sama dengan jaringan dari atas kepala, tetapi
perkara yang terpenting dalam jaringan lompat ialah pemain perlu bergerak tiga langkah
ke depan sebelum membuat jaringan. Walaupun ia agak sukar dilakukan, terutamanya
bagi pemain-pemain beru, namun jika sudah mahir, ia merupakan jaringan yang
berbahaya. Hal ini terjadi kerana dalam kebanyakan perlawanan, banyak gol diperoleh
daripada jaringan ini. Jaringan ini sering dilakukan selepas serangan pantas. Biasanya
jaringan daripada lompatan dibuat apabila posisi bola berada di puncak lompatan.

Teknik dalam jaringan lompat adalah seperti berikut:


a. Pemain bergerak sebaik-baiknya tiga langkah ke garisan gol. Ketika ini pemain
memegang bola dengan kedua-dua belah tangan.
b. Di luar garisan gol, pemain akan melonjak tinggi ke kawasan gol sambil membuat
jaringan dengan menggunakan sebelah tangan seperti cara jaringan dari atas
kepala. Arah yang dituju ialah satu daripada empat penjuru gol pihak lawan.
c. Pemain akan mendarat dalam kawasan gol selepas bola dilontarkan.
d. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak.

4. JARINGAN PADA ARAS PAHA


Jaringan ini agak berkesan dalam meghasilkan gol. Namun, ia banyak memerlukan
latihan yang lama. Pemain yang menerima bola, memegangnya pada kedudukan aras
paha, dan dengan serta-merta terus membuat jaringan. Gerakan dalam jaringan ini amat
pantas. Arah tujuan bola daripada jaringan ini amat sukar ditentukan oleh penjaga gol
atau pemain pertahanan. Cara jaringan ialah pemain berlari pantas ke kawasan gold an
membengkokkan lututnya sehinggan bola berada di bawah lengan lawan. Dengan pantas,
pemain ini membuat jaringan yang ditujukan ke seberang bahagian di bawah palang pintu
gol pihak lawan.
5. JARINGAN SISI
Penjaring boleh membuat jaringan daripada sisi pemain. Pemain tangan kanan berpura-
pura membuat jaringan pada arah kiri pemain lawan. Cara jaringan ialah mengangkat
kaki kanannya, menggerakan badannya ke kiri, dan berdiri pada kaki kiri. Apabila
mendarat di sisi, pemain berkenaan memusingkan sedikit badan dan bahunya, membawa
bola lebih rendah lalu membuat jaringan di bawah lengan pemain lawan. Jaringan ini
lebih berkesan jika dilakukan secara mengejut.

6. JARINGAN JUNAM DAN JARINGAN JATUH


Jaringan junam jika dilakukan dengan baik, hasilnya amat menarik, khasnya pada aksi
dan gerakannya. Ia selalunya dilakukan dalam kawasan balingan percuma. Jaringan dari
arah kedua-dua tepi kawasan memerlukan pemain membengkokkan badan supaya dapat
membesarkan sudut jaringan.

Teknik melakukan jaringan junma adalah seperti berikut:


a. Pemain berada di luar garisan kawasan gol.
b. Dengan menggunakan kaki kiri, pemain melonjakkan badannya ke udara menuju
kawasan gol.
c. Semasa melojak, pemain membuat jaringan ke sasaran, iaitu jaringan dibuat
semasa berada di udara sebelum mendarat.
d. Pemain mendarat dengan mempertahankan badan menggunakan tangan atau
menggulingkan badan.

7. JARINGAN PENALTI
Jaringan penalti dibuat dari garisan 7 meter. Jaringan ini terhad mengikut undang-
undang, iaitu kaki penjaring tidak boleh terkena atau melepasi garisan balingan. Jaringan
hendaklah dilakukan dalam masa 3 saat selepas pengadil meniupkan wisel.
Teknik dalam melakukan jaringan penalti adalah seperti berikut:
a. Pemain berada di tempat penalti bersama-sama dengan bola. Pandangan
hendaklah fokus kepada penjaga gol untuk memerhatikan pergerakan yang bakal
dilakukan.
b. Pemain melakukan jaringan pada sebarang sudut gol pihak lawan.
c. Jika penjaga gol ke depan, pemain menggunakan teknik membuat jaringan
lambung (lob) untuk menjaring.
d. Pemain melakukannya mengikut lajak.

8. JARINGAN LAMBUNG
Jaringan lambung (lob) digunakan untuk menewaskan penjaga gol yang telah bergerak ke
depan gol. Umunya, terdapat tiga situasi berlakunya keadaan begini, iaitu:
a. Apabila penjaga gol berada jauh di depan golnya dengan tujuan mengecilkan
sudut pemain lawan daripada lontaran penalty
b. Apabila penjaga gol meluru ke depan untuk menandingi pemain lawan yang
memperoleh bola untuk membuat jaringan.
c. Apabila penkaga gol gol keluar untuk mengecilkan sudut terhadap pemain lawan
ketika terjadi serangan pantas.

9. JARINGAN VOLI
Jaringan voli adalah sama dengan jaringan lompat. Teknik melakukan jaringan voli
adalah seperti berikut:
a. Jaringan ini dimulakan dengan pemain melompat ke arah bola hantaran.
b. Semasa melompat, pemain menangkap bola dengan kedua-dua belah tangan.
c. Pemain membuat jaringan sebelum mendarat.
TAJUK : KEMAHIRAN MENGADANG
MINGGU : 6

Pada minggu keenam ini, Madam Nor Hasniah telah menerangkan tentang kemahiran
mengadang bola baling. Mengadang ialah kemahiran seseorang pemain dalam mengawal
pergerakan lawan daripada menyerang atau menjaringkan gol. Matlamat mengadang adalah
untuk menghalang pihak lawan daripada melakukan serangan yang mungkin dilakukan hingga
mampu menghasilkan gol.

Teknik kemahiran mengadang adalah seperti berikut:

a. Kaki mestilah buka seluas bahu untuk mendapatkan sokongan yang kukuh untuk
mengadang.
b. Lutut pemain mestilah dalam keadaan membengkok sedikit untuk mendapatkan
kestabilan badan.
c. Tangan diangkat untuk mengadang pihak penyerang daripada menjaringkan gol atau
menghantar bola ke pasukan sendiri.
d. Luruskan badan dan kepala.
TAJUK : KEMAHIRAN MENJAGA GOL
MINGGU : 7

Pada minggu keenam ini, Madam Nor Hasniah telah menerangkan tentang kemahiran menjaga
gol bola baling. Dalam kemahiran ini terdapat lima cara menjaga gol.

1. MENAHAN BOLA

 Kaedah ini digunakan untuk menghadang bola yang meleret di atas gelanggang.
 Bola ditahan dengan menggunakan kaki.

2. MENANGKAP BOLA

 Menerima bola kemudian bola ditarik ke dada.

3. MENAMPAN BOLA
 Menolak bola keluar dengan kedua belah tangan atau sebelah tangan sahaja.

4. MENGAWAL BOLA

 Menghalang bola memasuki gawang dengan menggunakan tubuh badan.


 Penjaga gol akan menggunakan kaki sekiranya bola dihantar pada paras rendah
(bawah pusat).

5. MENEPIS BOLA

 Kaedah ini digunakan sekiranya bola dihantar pada paras tinggi.


 Bola ditepis menggunakan sebelah tangan atau kedua belah tangan.
 Bola ditolak keluar dari kawasan gol.
 Penjaga gol boleh melompat untuk menepis bola kearah lain.
TAJUK : PROJEK AKHIR
MINGGU : 8

Pada minggu kelapan ini kami telah mengadakan projek akhir iaitu perlawanan bola baling.
Perlawanan bola baling ini telah diadakan pada 17/6/2022 yang bertempat di gelanggang futsal
Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Jeli. Perlawanan ini dianjurkan oleh kelab bola baling.
Sebanyak 7 kumpulan yang mengikuti pertandingan ini yang terdiri daripada ahli bola baling
sendiri. Seramai 35 orang peserta yang mengikuti perlawanan ini.satu pasukan terdiri daripada 5
orang peserta. Perlawanan ini di dimulakan pada pukul 8 a.m dan tamat pada pukul 11.30 a.m.
Pengadil bagi perlawanan ini terdiri daripada ahli kelab bola baling sendiri. Tempoh permainan
adalah 7 minit main dan 1 minit rehat.
TAJUK : RUMUSAN PROJEK AKHIR
MINGGU : 9

Kesimpulan yang boleh dibuat daripada projek akhir ini adalah para peserta dapat memupuk
semangat kesukanan dan boleh mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli kelab bola baling.
Perlawanan bola baling yang diadakan ini telah berjalan dengan lancar. Sebanyak tujuh
kumpulan yang mengikuti perlawanan ini. Hadiah disediakan kepada pemenang yang memiliki
tempat pertama, kedua, ketiga dan keempat.
TAJUK : PERANAN JURU LATIH DAN PENGURUS DALAM MEMBANGUNKAN
SESEBUAH PASUKAN BOLA BALING.
MINGGU : 10

PERANAN JURU LATIH

1. Pengatur strategi

Membentuk perancangan pembangunan sumber manusia jangka panjang untuk


mempastikan pencapaian misi dan visi sesebuah organisasi.
2. Pengurus
Melibatkan kerja merancang,melaksana,mengurus dan mengawas kegiatan latihan.

3. Pereka bentuk
Mereka bentuk program,pembentukan objektif,menyusun kandungan kursus,merangka
strategi,penyempaian dan merancang penilaian.

4. Rakan
Memberi ruang kepada atlit untuk meluahkan perasaan dan masalah dan masa untuk
meneratkan hubungan antara jurulatuh dan atlit

5. Pendidik
Jurulatih berperanan memberi maklumat berkaitan isu- isu sukan kepada atlet. Selain itu
jurulatih juga bertanggungjawab dalam mengarahkan atlit untuk melakukan sesuatu
selain membantu menyelesaikan masalah yang melanda atlit.

6. Pelatih
Jurulatih berperanan melatih atlet mencapai tahap prestasi terunggul. Jurulatih juga
berperanan meningkatkan kecergasan atlet.

7. Perangsang/ Motivator
Jurulatih juga perlu menjadi sumber semanagat kepada atlet supaya atlet menghasilkan
prestasi terbaik

8. Penubuh tabung
Jurulatih perlu mengorganisasikan sesebuah pasukan dengan cara penubuhan tabung,
contohnya tabung kebajikan atlit yang ditimpa bencana.

PERANAN PENGURUSAN
Mengurus sesuatu dengan baik seperti mengelola seperti proses mengagihkan serta
mengkoordinasikan tugas serta sumber untuk mencapai sesuatu objektif kelab sukan, mengatur,
menyelenggara, mengawasi, mengendalikan,dan mentadbir.

TAJUK : KEPENGADILAN DALAM BOLA BALING

MINGGU : 11

Pada minggu ini, Madam telah menerangkan tentang kepengadilan dalam bola baling. Dalam
kepengadilan ini kami mempelajari tentang peraturan-peraturan bola baling dan kesalahan
semasa bermain bola baling. Terdapat banyak peraturan dan kesalahan yang kami pelajari dalam
kepengadilan dalam permainan bola baling ini.

TAJUK : SISTEM PERTANDINGAN


MINGGU : 12 DAN 13

Pada minggu ini, Madam telah menerangkan tentang sistem pertandingan. Dalam sistem
pertandingan ini terdapat dua sistem pertandingan seperti berikut:

1. PERTANDINGAN KALAH MATI


Pertandingan car aini paling mudah dan ringkas dikelolakan. Pemenang akan terus
bertanding manakal yang kalah akan tersingkir. Sistem ini sangat sesuai dalam
mengelolakan pertandingan yang terdapat banyak penyertaan tetapi kekurangannya
ialah masa, sumber kewangan, tempat, kemudahan, peralatan dan sumber manusia.
Sistem ini bukan cara yang terbaik untuk mengukur keupayaan sesuatu pasukan atau
peserta.

a. Kelebihan
 Boleh dijalankan dalam masa yang singkat.
 Cepat memilih pemenang.
 Boleh dijalankan dengan peralatan yang terhad.
 Seronok untuk ditonton.
 Penyertaan ramai.

b. Kelemahan
 Pasukan yang menjadi johan, boleh jadi yang bukan yang benar-benar
terbaik.
 Separuh daripada pasukan akan terkeluar selepas pusingan pertama.
 Kemungkinan ada diantara pemain dari pasukan yang kalah tiada
peluang untuk bermain.

Cara mengira bilangan pasukan atau peserta menunggu. Bilangan menunngu dalam
sistem pertandingan ini boleh dikira dengan menggunakan angka ganda dua iaitu
angka 2,4,8 dan seterusnya. Contoh 7 pasukan yang bertanding. Angka yang lebih
dari 7 ialah 8. Maka 8 tolak 7 ialah 1. Ini bermakna ada 1 pasukan menunggu. Carta
untuk sistem kalah mati adalah seperti berikut:
2. PERTANDINGAN LIGA
Merupakan satu-satunya pertandingan yang sesuai dijalankan sekiranya pertandingan
itu bertujuan memilih pasukan yang terbaik. Perkara-perkara yang perlu diambil
perhatian :
 Masa yang mencukupi.
 Kewangan yang ada.
 Bilangan pengadil.
 Kemudahan dan peralatan yang ada.

Pertandingan bola dijalankan dalam


 Liga satu pusingan.
 Liga berkumpulan

Carta keputusan pertandingan


TAJUK : REFLEKSI KESELURUHAN
MINGGU : 14

Bola Baling merupakan salah satu permainan gelanggang yang terdapat di Malaysia ini.
Mengikut sejarahnya, Bola Baling (handball berasal daripada Eropah. Bola Baling boleh
dimainkan sama ada di dalam atau luar dewan. Peralatan yang diperlukan dalam Bola baling
adalah tidak banyak. Peralatan yang diperlukan ialah padang atau gelanggang (tertutup atau
terbuka), sebiji bola baling dan 14 orang pemain (tujuh orang sepasukan). Dua orang pengadil
diperlukan untuk mengawal permainan.

Kemahiran asas yang terdapat dalam Bola Baling ialah berlari, melompat, hantaran bola,
menangkap bola, mengelecek bola dengan tangan, mengadang, menjaring dan menjaga gol.
Setiap kemahiran asas ini mempunyai prinsip sains yang diaplikasikan ke dalamnya. Sebagai
contoh, dalam kemahiran hantaran bola, prinsip sains yang diaplikasikan ialah sistem tuas di
mana bola sebagai beban, lengan sebagai daya dan siku sebagai fulkrum.
Dalam kemahiran menangkap bola, prinsip sains yang diaplikasikan ialah Hukum Newton
Pertama iaitu Inersia. Cara penangkapan bola mestilah betul untuk mengurangkan inersia bola
bagi mengelakkan kecederaan berlaku. Selain itu, prinsip sains yang diaplikasikan dalam
kemahiran menjaring ialah sistem tuas dan daya. Sistem tuas diaplikasikan ketika bola
dihayunkan oleh tangan manakala daya diaplikasikan ketika kaki mengikut lajak yang diperlukan
untuk memberikan daya yang kuat. Setiap kemahiran mempunyai prinsip sains yang
diaplikasikan supaya kemahiran tersebut dapat dipertingkatkan lagi dan bagi mengelakkan
kecederaan berlaku kepada pemain.

Anda mungkin juga menyukai