Anda di halaman 1dari 3

1.

Faktor-faktor peningkatan gejala pembunuhan dalam negara

Berikut adalah di antara faktor-faktor yang menyumbangkan kepada


peningkatan gejala pembunuhan di dalam negara :

3.1Tekanan hidup

Setiap individu sentiasa dan tidak akan dapat lari daripada masalah di dalam
kehidupan seharian. Rasulullah S.A.W bersabda, "Cubaan tetap akan menimpa
atas diri orang mukmin dan mukminah, anak dan juga hartanya, sehingga dia
bersua Allah dan pada dirinya tidak ada lagi satu kesalahan pun" (HR Al-
Hakim). Masalah-masalah ini menyebabkan tekanan hidup kepada setiap jiwa
yang bergelar manusia. Masalah dari segi kewangan, percintaan, kekeluargaan
dan sebagainya sering menjadi penyebab hidup seseorang menjadi tertekan.
Pilihan jalan di dalam menangani tekanan hidup seringkali menjerumuskan
manusia ke lembah dosa di mana perbuatan jenayah akan dilakukan olehnya.
Membunuh adalah salah satu perbuatan jenayah tersebut.

3.2Pengambilan dadah

Penyalahgunaan dadah adalah penggunaan dadah yang bertentangan dengan


kepentingan rawatannya. Akibat daripada penyalahgunaan dadah, seseorang
individu akan mengalami kerosakkan akal di mana tindakan yang dibuat berada
di luar kawalan kesedaran. Terdapat banyak sebab dan alasan mengapa seseorang
individu boleh terjebak dengan penyalahgunaan dadah. Di antaranya ialah seperti
terikut-ikut atau terpengaruh oleh kawan-kawan, sikap ingin mencuba,
kekurangan kasih sayang dan kejahilan ilmu pengetahuan mahupun pendidikan
berkenaan penyalahgunaan dadah. Dadah adalah haram di sisi agama Islam.
Pengharaman penyalahgunaan dadah adalah berdasarkan firman Allah dalam
surah al-Maidah , ayat 90 yang bermaksud;

“Wahai orang yang beriman, sesungguhnya khamar atau arak atau dadah,
berjudi, menyembah berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji dan
kotor yang terdiri dari amalan syaitan, maka jauhilah perbuatan-perbuatan ini
supaya kamu memperoleh kejayaan”.

Penyalahgunaan dadah dikatakan sebagai faktor kepada peningkatan gejala


pembunuhan di negara ini apabila dilihat berdasarkan situasi di mana penagih-
penagih dadah ini sanggup melakukan jenayah termasuk membunuh semata-mata
demi untuk mendapatkan wang bagi melegakan rasa ketagihan mereka terhadap
dadah. Ia juga dilihat berdasarkan statistik di mana apabila jumlah penagih dadah
meningkat, kadar jenayah seperti membunuh juga turut meningkat.

3.3Pengaruh Media Massa

Media massa mampu memberi impak positif dan negatif kepada masyarakat.
Kesan ini dipengaruhi oleh cara bagaimana penerimaan masyarakat terhadap apa
yang ditonton dan dipertontonkan kepada mereka di samping peranan sesuatu
badan samaada kerajaan mahupun swasta yang bertanggung jawab kepada apa
yang disajikan kepada masyarakat. Selain itu, tahap usia juga turut
mempengaruhi penerimaan tersebut. Kebiasaannya pada usia remaja, seseorang
individu mudah terpengaruh dan terikut-ikut dengan adegan atau watak di dalam
media massa. Kajian yang dijalankan terhadap media komunikasi dan belia jelas
menunjukkan betapa pengaruh media komunikasi begitu kuat mencengkam jiwa
belia (Azizan Bahari 1998). Menurutnya media berupaya mempengaruhi
sebilangan besar golongan remaja dan belia menerusi pelbagai program yang
disajikan. Pengaruh negatif media massa boleh mempengaruhi keperibadian dan
tindak tanduk seseorang. Hal ini sekaligus boleh menyebabkan seseorang itu
melakukan sesuatu jenayah seperti bunuh tanpa memikirkan baik buruk tindakan
tersebut. Contoh pengaruh negatif media massa yang dikatakan sebagai faktor
penyumbang kepada peningkatan gejala pembunuhan di negara ini adalah seperti
berikut :
3.3.1 Terdapat tayangan di media massa yang memaparkan cerita
berkenaan gangsterisme. Watak negatif yang ditonjolkan diangkat
sebagai seorang yang hebat, kuat, berkuasa, dan yang lebih teruk lagi
ialah watak tersebut boleh membunuh sesuka hati. Apabila
seseorang individu terpengaruh dan berkeinginan untuk menjadi
watak tersebut, tindakan jenayah termasuk membunuh boleh
berlaku. Menurut Stein dan Friderich (1972), pelajar-pelajar agresif
yang menonton filem-filem ganas dalam media mempunyai
kecenderungan untuk bertingkah laku agresif berbanding dengan
mereka yang tidak menyaksikannya.

3.3.2 Perkembangan arus media massa juga turut memaparkan isu


berkaitan dengan kes rogol dan bunuh. Contohnya ialah seperti
Criminal Scene Investigation dan Law & Order. Seseorang yang
merasa seronok dan ghairah melihat aksi-aksi rogol di media massa,
berkemungkinan akan mencuba perbuatan tersebut di dalam
kehidupan realitinya. Selain itu juga, filem-filem lucah, bahan-
bahan pornografi yang mudah didapati terutamanya di internet turut
menyumbang kepada gejala terkutuk ini.

Anda mungkin juga menyukai