Anda di halaman 1dari 6

Faktor Penyalahgunaan

Dadah
1. Kurang Kesedaran Dan Kawalan Diri Sendiri
• Seseorang yang terlibat dengan penagihan dadah cenderung untuk
ingin mencuba.
• Perasaan ingin mencuba ini meyebabkan mereka tidak dapat
mengawal diri mereka untuk lari daripada terlibat dengan dadah.
• Keseronokan juga merupakan sebab utama yang menyebabkan remaja
mencuba dadah.
• Dadah telah dijadikan sebagai medium utama untuk berseronok.
• Sifat remaja yang suka kepada hiburan dan perkara yang memberi
kepuasan kepada diri sendiri menyebabkan mereka mencuba dadah.
2. Pengaruh rakan sebaya
• Berkawan dengan rakan-rakan yang tidak sihat menyebabkan remaja
mudah terjerumus dengan kancah penagihan dadah.
• Hal ini kerana rakan merupakan orang yang paling rapat dengan
remaja selain daripada ahli keluarga remaja tersebut.
• Terdapat juga remaja yang mengambil dadah supaya tidak dipulaukan
oleh rakan sebaya yang merupakan penagih dadah bagi menjalin
hubungan baik dengan mereka.
3. Kekurangan Perhatian Daripada Ibu Bapa
• Ibu bapa sentiasa sibuk mencari kemewahan bagi menampung
kehidupan serta menyediakan keperluan asas yang bertaraf tinggi
untuk keluarga.
• Secara tidak langsung, masa yang sepatutnya diluangkan bersama
anak-anak menjadi terhad.
• Hal ini akan mengakibatkan remaja menikmati kebebasan yang
keterlaluan kerana kegiatan mereka tidak lagi diambil tahu oleh ibu
bapa.
• Keadaan ini telah meningkatkan risiko tinggi remaja untuk mengambil
dadah.
4. Tekanan
• Sebab remaja mengunakan dadah adalah untuk melupakan masalah
yang dihadapinya atau tekanan kerana dadah dapat menyebabkan
seseorang bebas daripada kawalan otak.
• Secara langsungnya, remaja itu dapat lupa secara seketika terhadap
masalah yang dihadapinya.
• Keadaan inilah yang menyebabkan remaja itu mengambil dadah secara
berterusan untuk mendapatkan kesan lupa sebagai cara untuk
menghilangkan tekanan.
5. Pengaruh Media Massa
• Pada masa kini, remaja sangat terdedah dengan media massa.
• Hal ini adalah kerana media massa dapat memberikan maklumat atau
bahan yang tidak diperolehi di sekolah mahupun di dalam buku teks.
• Walau bagaimanapun, media massa juga memberi pengaruh yang
amat besar terhadap remaja hingga boleh mengubah tingkah laku
serta akal fikiran mereka.
• Remaja mungkin akan bertindak tanpa memikirkan perkara yang
dibuat itu adalah betul atau salah.

Anda mungkin juga menyukai