Anda di halaman 1dari 24

ANNAPRISCILLIA BT ALIAMIS

FITZGERALD LOPIIN
JASON WONG YU BIN
ROHDITA JAMES

SENARAI KANDUNGAN
Muka surat

i. Pengenalan 1
1. Faktor Pembuangan Bayi 2
1.1 Kurang didikan dan kefahaman agama
1.2 Perhubungan luar nikah
1.3 Pengaruh rakan sebaya
1.4 Sikap masyarakat
1.5 Sikap ingin mencuba seks
1.6 Pergaulan bebas
1.7 Konflik keluarga
1.8 Perubahan nilai yang diamalkan oleh remaja zaman kini
1.9 Proses perkahwinan yang susah
1.10 Mangsa rogol
1.11 Perassan takut dan malu
2. Kesan-kesan Masalah Pembuangan Bayi 6
2.1 Kesan kepada bayi
2.2 Kesan kepada institusi keluarga
2.3 Kesan kepada masyarakat
2.4 Kesan kepada Negara
3. Langkah-langkah Mengatasi 9
3.1 Peranan pihak berkuasa
3.2 Peranan ibu bapa
3.3 Peranan sekolah
3.4 Pencegahan sebelum berlaku
3.5 Bantuan kepada ibu-ibu yang hamil luar nikah
3.6 Peranan media massa
4. Statistik Kes Pembuangan Bayi 13
5. Kesimpulan 15
6. Rujukan 16
7. Lampiran 17

PENDIDIKAN MORAL FACULTY OF BUSINESS


0
ANNAPRISCILLIA BT ALIAMIS
FITZGERALD LOPIIN
JASON WONG YU BIN
ROHDITA JAMES

PENGENALAN :

Sedih, pilu, ngeri, tidak berperasaan dan banyak lagi perkataan-perkataan yang
seumpama dengan berikut dapat di gambarkan tentang kes pembuangan bayi sekarang ini
yang berlakunya di Malaysia. Hampir setiap hari kita mendengar kes pembuangan bayi
yang berlaku di media cetak mahupun elektronik. Statistik kes ini menunjukkan
peningkatan yang ketara dari tahun ke tahun dan bukan lah sesuatu yang boleh di
banggakan bagi Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Kehidupan generasi muda masa
kini yang bertunjangkan keseronokan duniawi telah mengheret mereka ke kancah
pergaulan bebas tanpa mengira batas-batas agama. Akibat terlalu ghairah mengejar
kenikmatan dunia, ada di kalangan masyarakat di luar sana yang alpa sehingga terjebak
dengan perbuatan zina sehingga mengandungkan anak luar nikah.Agak menyedihkan
apabila berlakunya kes-kes sebegini,bangsa mealyu yang majoritinya melakukan perbuatan
terkutuk tersebut. Apabila tiada pegangan agama, inilah akibatnya apabila pasangan
tersebut menghalalkan perbuatan haram dengan melakukan penzinaan. Akibat perbuatan
haram pasangan tersebut, bayi yang tak berdosa menjadi mangsa kezaliman dunia.

PENDIDIKAN MORAL FACULTY OF BUSINESS


1
ANNAPRISCILLIA BT ALIAMIS
FITZGERALD LOPIIN
JASON WONG YU BIN
ROHDITA JAMES

ISI/FAKTA :

1. Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Berlakunya Pembuangan Bayi.

1.1 Kurang Didikan Dan Kefahaman Agama

Kurangnya kefahaman dan didikan dalam agama akan menyebabkan panduan dan
pedoman hidup sesorang tidak teguh.Hal ini akan,menyebabkan sesorang itu tidak berasa
takut dan tidak ada perasaan bersalah dalam melakukan sesuatu perbuatan yang tidak
bermoral seperti kes-kes pembuangan bayi. Apabila didikan agama kurang,insan-insan ini
amat muda terpengaruh apatah lagi dirangsang dengan gambar-gambar lucah dan
menggairahkan yang mudah didapati dalam media elektronik dan bahan-bahan cetakan,
dengan sendirinya anak muda ini akan mudah terjebak dalam melakukan perhubungan di luar
tabii,menyebabkan wanita itu akan hamil sebelum ada ikatan yang sah. Apabila terjadinya
perkara yang tidak diingini ini, pertimbangan terakhir yang tidak dikaji sebaik-baiknya adalah
dengan membuang atau membunuh bayi yang diperolehi melalui hubungan terlarang akibat
kurangnya keimanan di dalam diri.

1.2 Perhubungan Luar Nikah

Anak yang dilahirkan secara luar nikah berkemungkinana akan dibuang bagi menutup
malu . Banyak yang terlibat adalah remaja yang berusia umur 16-20 tahun . Mereka bersikap
ingin tahu dan belum matang lagi lalu menyebabkan hubungan seks luar nikah terjadi .
Mereka tidak bersedia menjadi ibu bapa dan takut mendapat hukuman yang berat apabila
mengetahui dirinya mengandung. Mereka menyimpan rahsia tersebut sehingga melahirkan
anak yang terhasil hubungan di luar nikah. Sifat yang tidak tanggungjawab terhadap lelaki
akan melarikan diri dan biarkan sebarang masalah kepada perempuan sendiri menyelesaikan .
Anak tersebut kebanyakkan dibuang oleh ibu bapa kanduang mereka kerana ibu bapa yang
masih muda tidak mampu menanggung beban atau tanggungjawab yang berat.

1.3 Pengaruh Rakan Sebaya

Pengaruh rakan sebaya turut menjadi faktor dalam kes-kes pembuangan bayi yang
berlaku.Hal ini kerana, pada usia muda lagi, remaja amat mudah dipengaruhi oleh rakan
sebaya mereka. Hal ini menjadi bertambah teruk apabila mereka bergaul dengan rakan sebaya

PENDIDIKAN MORAL FACULTY OF BUSINESS


2
ANNAPRISCILLIA BT ALIAMIS
FITZGERALD LOPIIN
JASON WONG YU BIN
ROHDITA JAMES

yang negatif dan tidak bermoral. Rakan-rakan yang negatif ini tidak teragak-agak mengajak
remaja untuk melakukan perkara-perkara di luar batasan agama dan norma masyarakat
seperti pergi ke tempat hiburan, menghisap dadah, melepak, melakukan pergaulan bebas
antara lelaki dan perempuan, dan sebagainya. Remaja yang terjerumus dalam kancah-kancah
negatif tersebut, tanpa segan silu melakukan hubungan seks rambang dan akhirnya menemui
jalan buntu apabila mendapati bahawa dirinya mengandung. Dalam keadaan yang terdesak,
mereka terpaksa membuang bayi mereka demi mengelakkan maruah diri dan keluarga
tercemar.

1.4 Sikap Masyarakat

Punca seterusnya yang membawa kepada kes fenomena pembuangan bayi ialah sikap
segelintir masyarakat di negara kita. Sikap segelintir masyarakat yang suka serta terburu-buru
menghukum seseorang yang melakukan kesalahan. Mungkin ada yang berkata mereka
menjalankan tanggungjawab sesama manusia atau masyarakat tetapi ia akan menjadi
sebaliknya jika mereka menghukum tanpa mengetahui perkara yang sebenarnya. Begitu juga
kaitannya dengan kes pembuangan bayi. Masyarakat menganggap wanita atau gadis yang
mengandung tanpa suami melakukan kesalahan tanpa mereka mengambil kira terlebih dahulu
apakah yang menyebabkan kemelut ini berlaku. Oleh itu, ramai wanita seperti terpaksa
membuang bayi yang dilahirkan untuk mengelak dari dipandang hina oleh masyarakat
sekeliling . Namun, tidak dinafikan memang ada yang memang betul-betul tekad untuk
membuang bayi yang tidak berdosa itu sebelum mereka mengenal dunia yang indah ini.

1.5 Sikap Ingin Mencuba Seks

Sikap manusia yang sememangnya sudah di anugerahkan perasaan ingin tahu atau
sentiasa ingin mencari sesuatu yang baru terutamanya golongan remaja.Biasanya mereka ini
akan suka mencuba sesutu yang baru.Mereka akan lebih cendrung menerokai perkara-perkara
yang dilarang,kerana kebanyakkan di peringkat golongan ini,akan beranggapan mereka akan
menjadi lebih matang dengan mencuba perkara-perkara yang jarang dilakukan oleh orang
lain,contohnya perhubungan sex di alam remaja tanpa sebarang ikatan perkahwinan.Mentaliti
golongan ini yang juga beranggapan bahawa zaman-zaman remaja adalah masa yang sangat
sesuai untuk bergembira dan bersoronok sehingga mereka terjebak dalam sex rambang.Pada
peringkat umur-umur seperti ini,mereka masih tidak dapat membezakan antara baik mahupun

PENDIDIKAN MORAL FACULTY OF BUSINESS


3
ANNAPRISCILLIA BT ALIAMIS
FITZGERALD LOPIIN
JASON WONG YU BIN
ROHDITA JAMES

tidak,serta apakah akibat yang bakal-bakal akan di terima oleh mereka,sehingga lah mereka
terkena sendiri akan akibatnya lalu cara pintas yang dipilih untuk menyelesaikannya ialah
dengan membuang bayi tersebut.

1.6 Pergaulan Bebas

Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang melampaui batas agama boleh
menyebabkan diri mereka terjebak ke dalam kancah maksiat dan impaknya wanita itu akan
hamil anak luar nikah.  Sikap golongan lelaki yang tidak bertanggungjawab akan membawa
titik hitam dalam kehidupan gadis tersebut, lantas gadis yang hamil mengambil jalan mudah
untuk mengelakkan rasa malu agar perbuatannya tidak diketahui masyarakat, selain itu
perasaan buntu dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan lalu membuang bayi tanpa belas
kasihan.

1.7 Konflik Keluarga

Pengaruh rumah tangga memberi kesan ke atas pembentukan personaliti anak-anak


khususnya apabila mereka meningkat remaja. Konflik dalam keluarga menendang keluar
remaja untuk mencari tempat dan rakan yang boleh membantu mengatasi keadaan hidup dan
pada masa yang sama memenuhi keperluan kewangan, hiburan dan perkembangan emosi
mereka. Tanpa pengawasan, anak-anak menjadi liberal, bersikap kurang ajar dan merencana
kehidupan mengikut kehendak hati.Hal ini,telah menjadi punca kepada masalah sosial atau
spesifik disini ialah isu pembuangan bayi. Institusi kekeluargaan yang kukuh adalah penting
untuk menjamin kebahagian dalam sesebuah keluarga. Sebaliknya keruntuhan institusi
keluarga pula boleh menyebabkan berlaku pelbagai kesan negatif.

Di zaman yang sedang membangun ini, semua lapisan masyarakat berusaha mencari
rezeki untuk menjamin kehidupan. Begitulah halnya dengan ibubapa. Kedua-dua ibubapa
sibuk bekerja untuk mencari rezeki buat keluarga. Mereka menganggap wang adalah penentu
kebahagiaan. Memang betul dan mungkin semua orang memperolehi kenyataan itu,akan
tetapi adakah kebahagiaan diperoleh apabila ada anak-anak yang membesar tanpa mendapat
kasih sayang di rumah menyebabkan anak-anak keluarga mencari kebahagiaannya sendiri.
Keadaan inilah yang akan menimbulkan pelbagai fenomena negatif apabila mereka mendapat
kebebasan di luar tanpa dipantau oleh ibubapa. Apabila berlakunya kejadian yang tidak

PENDIDIKAN MORAL FACULTY OF BUSINESS


4
ANNAPRISCILLIA BT ALIAMIS
FITZGERALD LOPIIN
JASON WONG YU BIN
ROHDITA JAMES

diingini sehingga melahirkan anak, cara termudah untuk menutup rahsia daripada keluarga
ialah dengan membuang bayi tersebut. Tambahan pula, ibubapa yang sibuk bekerja sangat
jarang mempedulikan anak-anak sehingga tidak menyedari keadaan anaknya itu.

1.8 Perubahan Nilai Yang Diamalkan Oleh Remaja Zaman Kini

Nilai adalah satu perasaan yang ikhlas dan dalam mengenai kehidupan, kepercayaan,
cita-cita dan harapan seorang individu.Nilai ditakrifkan bukan sahaja bermaksud keinginan
dan impian tetapi ianya adalah kepercayaaan seseorang individu akan tetapi apabila sesuatu
nilai itu berubah, ianya dapat memberi kesan kepada kesihatan mental individu. Sebagai
contoh, apabila nilai-nilai tradisi yang menjadi pegangan dan panduan remaja telah runtuh,
seseorang individu akan menjadi bingung untuk memilih perkara-perkara yang memberi
kebaikan dan seterusnya mempertahankan pilihan tersebut dan keadaan ini banyak berlaku di
kalangan remaja.

Akibatnya mereka tidak dapat membuat keputusan, samaada untuk memenuhi nilai
yang mereka pegang atau nilai masyarakat dan keluarga.Seseorang individu tidak dapat
menempatkan dirinya dalam masyarakat sekiranya tidak mempunyai nilai yang serupa
dengan apa yang dipegang oleh masyarakat tersebut. Perubahan nilai yang tidak memenuhi
tuntutan masyarakat dan keluarga akan melahirkan ketidaksefahaman. Setiap pihak mencuba
untuk mempertahankan nilai yang dipercayai sehingga mewujudkan suatu suasana tegang.
Sebagai contoh, bagi golongan tua, pergaulan bebas yang dilakukan oleh remaja dipandang
serong oleh masyarakat akan tetapi bagi golongan remaja, pergaulan bebas itu tidak
menyalahi nilai yang mereka pegang.Disebabkan nilai pegangan yang mereka
pertahankan,mereka akan terjebak di dalamnya tanpa perasaan bersalah sehingga lah mereka
menerima akibatnya seperti wanita itu mengandung anak luar nikah.Nilai yang dipegang itu
juga membuatkan mereka akan berani bertindak untuk buang bayi yang mereka lahirkan.

1.9 Proses Perkahwinan Yang Susah

Proses perkahwinan yang agak rumit juga turut menjadi faktor kes pembuangan bayi
yang berlaku.Ini disebabkan, setiap majlis perkahwinan yang di langsungkan mesti lah
memerlukan bajet-bajet kewangan tertentu,antaranya yang melibatkan hantaran dan persiapan

PENDIDIKAN MORAL FACULTY OF BUSINESS


5
ANNAPRISCILLIA BT ALIAMIS
FITZGERALD LOPIIN
JASON WONG YU BIN
ROHDITA JAMES

perkahwinan. Hal ini,membuatkan golongan tertentu merasakan untuk mendirikan rumah


tangga itu amat menyusahkan kerana mereka tidak mampu. Jadi anak muda yang terlalu
ghairah, tidak dapat mengawal nafsunya akan terpesong dan melakukan zina, dan
menghasilkan anak luar nikah.Hal ini turut menyumbang dalam kes-kes pembuangan bayi.

1.10 Mangsa Rogol

Walaupun masyarakat kini telah maju dan berfikir semakin terbuka, tetapi juga
terdapat segelintir masyarakat yang sukar dan cuba melarikan diri daripada hakikat yang
dihadapi pada diri sendirinya. Oleh sebab itu, mangsa rogol telah memilih untuk
menyembunyikan tragedi yang telah berlaku. Mereka tidak membuat laporan kepada polis
ataupun memberitahu kepada ahli keluarga dan rakan-rakannya. Tambahan pula, masyarakat
juga sering dikejutkan dengan kes pembuangan bayi dan kes rogol. Kanak-kanak dijadikan
mangsa untuk memuaskan nafsu serakah segelintir "syaitan" ini. Kes ini telah
membimbangkan ramai pihak terutamaya para ibu bapa tentang keselamatan bagi pihak yang
berkaitan. Maruah mereka seolah-olah tercabar kerana ianya boleh diragut tidak kita tatkala
mereka berwaspada akan kemungkinan itu. Sebab itulah, sesetengah mangsa rogol akan
membuang bayi yang dilahirkan bagi menutup malu . Mereka tidak berani memberitahu
keluarganya , melapor kepada pihak polis dan juga kawan baik mereka kerana takut di hina
orang lain .

1.11 Perasaan Takut dan Malu

Tidak dapat dinafikan bahawa perasaan takut dan malu menjadi punca berlakunya
pembuangan bayi.Hal ini disebabkan oleh remaja dan wanita yang mengandung luar nikah
tidak mendapat sokongan keluarga dan masyarakat mengenai kehamilan mereka.Untuk
menutupi perbuatan yang mereka lakukan ini,tanpa berfikir panjang,mereka memilih jalan
yang mudah dengan membuang bayi tersebut.Bagi golongan remaja di bawah umur,lebih-
lebih lagi mereka yang masih bersekolah,mereka akan mengambil jalan sesingkat ini kerana
mereka takut akan dikahwinkan awal dan tidak berpeluang untuk bersekolah lagi.Selain
itu,perasaan masih ingin memiliki kehidupan yang bebas tanpa tanggungjawab juga turut
mendorong wanita membuang bayi mereka.

PENDIDIKAN MORAL FACULTY OF BUSINESS


6
ANNAPRISCILLIA BT ALIAMIS
FITZGERALD LOPIIN
JASON WONG YU BIN
ROHDITA JAMES

2. Kesan-kesan masalah pembuangan bayi

Pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia pada hari ini telah memberi
impak yang mendalam kepada masyarakat. Remaja merupakan aset utama dan penting
kepada negara pada masa hadapan untuk memainkan peranan penting dalam pembangunan
negara. Seandaimya remaja pada hari ini tidak mengetahui cara terbaik untuk membentuk dan
memuliakan akhlak mereka, kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku.
Kesan-kesan pembuangan bayi boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti kesan
kepada bayi, ibu yang melahirkan, keluarga remaja perempuan yang terlibat, kesan kepada
masyarakat dan juga kesan kepada negara kita sendiri.

2.1 Kesan kepada bayi

Bayi merupakan anugerah Tuhan yang diamanahkan kepada Hambanya untuk


menjaga dan bertanggungjawab, tetapi sebaliknya bagi pasangan kekasih yang telah terlanjur,
bagi mereka bayi yang akan dilahirkan ini merupakan beban. Hal ini demikian kerana
pasangan tersebut tidak bersedia memikul tanggungjawab di usia yang masih muda iaitu usia
remaja. Akibatnya, bayi tersebut tidak dapat merasai kasih sayang daripada ibu bapa
kandungnya malahan bayi yang tidak berdosa ini juga terpaksa memikul status nama anak
luar nikah yang dipandang hina oleh masyarakat kita sakarang.

Selain itu, disebabkan oleh perspektif masyarakat yang memandang hina kepada anak
luar nikah. Hal ini menyumbang kepada peningkatan kadar pembuangan bayi.Sebagai
contoh, baru-baru ini di Melaka seorang bayi lelaki dijumpai mati dalam keadaan yang
sungguh menyedihkan. Mengikut sumber dari pengarang Utusan Malaysia, Rizanizam Abdul
Hamid pada tahun 2010, mayat bayi itu ditanam berhampiran sungai Melaka selepas
dikatakan meninggal dunia di Taman Melaka Baru, Batu Berendam.Apa yang lebih
mengejutkan lagi, bayi tersebut adalah anak kepada remaja yang baru berusia 15 dan 19
tahun. Siasatan polis mendapati bayi lelaki yang cukup sihat itu masih hidup ketika dilahirkan
selain terdapat beberapa kesan lebam di bahagian kepala. Kejadian seperti ini membuktikan
betapa kejamnya insan yang bergelar remaja yang tidak tahu menghargai pemberian Tuhan.

PENDIDIKAN MORAL FACULTY OF BUSINESS


7
ANNAPRISCILLIA BT ALIAMIS
FITZGERALD LOPIIN
JASON WONG YU BIN
ROHDITA JAMES

Kesan yang kedua pula ialah kesan kepada ibu yang melahirkan atau lebih dikenali
sebagai pesalah. Pesalah ini pastinya mengalami jangkitan yang serius, kecederaan
melahirkan anak dan kehilangan darah yang banyak kerana melahirkan anak tanpa persiapan
yang rapi. Secara keseluruhannya, mereka melahirkan anak mereka dengan sendiri tanpa
bantuan daripada pihak hospital mahupun pihak yang lain.Selain itu, pesalah juga mengalami
pelbagai masalah psikologi dan sosial dalam diri mereka seperti kemurungan, hilang
keyakinan diri, dihantui rasa bersalah seperti resah dan gelisah. Mereka ini selalunya dihantui
dengan perasaan takut kerana risau mereka akan disisihkan oleh keluarga dan rakan-rakan
mereka.

2.2 Kesan kepada institusi kekeluargaan

Di samping itu, akibat daripada masalah pembuangan bayi ini juga menyebabkan
berlakunya keruntuhan institusi kekeluargaan. Apabila institusi sebuah keluarga itu runtuh,
keharmonian keluarga tersebut turut terjejas. Hal ini disebabkan oleh ibu bapa yang berasa
malu kerana mempunyai anak yang sebegitu rupa tingkah lakunya. Mereka menganggap anak
mereka sendiri itu telah menconteng arang ke muka mereka sendiri. Lebih rumit lagi, yang
membimbangkan kedua-dua orang tua ialah pandangan jiran sekeliling yang pastinya
memandang serong dan negatif dengan keluarga mereka. Selain itu, disebabkan oleh masalah
pembuangan bayi juga, penceraian berlaku dalam sesebuah keluarga. Ibu bapa yang terlibat
dengan perbuatan yang tidak bermoral ini bergaduh dan menyalahkan sesama sendiri kerana
tidak tahu mendidik anak dan memelihara anak sehingga anak-anak yang lain terpaksa
menanggung akibatnya. Sebagai ibu bapa, tidak seharusnya kita menyalahkan terus anak-
anak kita tetapi sebaliknya membimbing mereka dengan membantu dan memberi sokongan
dan panduan untuk meneruskan hidup.

2.3 Kesan kepada masyarakat

Kesan seterusnya adalah kesan kepada masyarakat. Kes pembuangan bayi ini telah
menjejaskan imej masyarakat sekeliling. Mereka pastinya berasa malu dan kecewa dengan
apa yang berlaku. Sudah semestinya remaja dipersalahkan dalam kes ini kerana biasanya
remaja merupakan golongan yang terbesar melibatkan diri dalam kegiatan ini. Bak kata
pepatah “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”. Masyarakat ini telah menerima akibatnya

PENDIDIKAN MORAL FACULTY OF BUSINESS


8
ANNAPRISCILLIA BT ALIAMIS
FITZGERALD LOPIIN
JASON WONG YU BIN
ROHDITA JAMES

hasil daripada kegiatan tidak bermoral ini dan secara tidak langsung hal ini telah
menimbulkan persepsi orang luar tentang kredibiliti setempat dalam membendung kes-kes
pembuangan bayi daripada berlaku.

2.4 Kesan Kepada Negara

Tidak dapat dinafikan juga, kes pembuangan bayi ini memberi kesan yang sangat
besar kepada Negara kita. Secara eroninya, jatuh dan bangunnya sesebuah negara bergantung
kepada akhlak remaja pada masa sekarang. Antara kesan yang pastinya berlaku ialah
kerancakan pembangunan akan terbantut dan ekonomi negara sukar untuk berkembang
disebabkan oleh berlakunya gejala sosial seperti kes pembuangan bayi ini. Sebagai
contohnya, kerajaan terpaksa berbelanja lebih untuk menampung bayi yang diletakkan di
rumah kebajikan masyarakat.

3. Langkah-langkah mengatasi

3.1 Peranan pihak berkuasa

Penguatkuasaan undang-undang sepatutnya digunapakai untuk menjadi pengajaran


kepada semua masyarakat. Pihak berkuasa terutama pihak polis hendaklah membanteras
pengedaran bahan-bahan lucah daripada tatapan anggota masyarakat terutama bagi golongan
remaja. Hal ini demikian supaya pendedahan kurang sihat oleh golongan remaja diatasi dan
dibanteras secara menyeluruh. Selain itu, undang-undang bagi kes pembuangan bayi mesti
diperketatkan lagi. Hukuman juga mestilah setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan.
Rang undang-undang Jenayah Malaysia Penalcode harus dikuatkuasakan iaitu sesiapa yang
membuang bayi akan dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun.

Tambahan lagi, semua masyarakat haruslah mengetahui implikasi undang-undang


membuang bayi supaya mereka akan lebih peka kepada undang-undang pembuangan bayi
dan akan berasa was-was untuk melakukan gejala ini. Mereka juga harus mengetahui yang
anak-anak yang dibuang akan dilindungi dan dijaga. Hal ini termaktub dalam undang-undang
pembuangan dan pembunuhan bayi iaitu, di bawah Akta Kanak-kanak 2001, Akta 611 dalam
seksyen 17.

PENDIDIKAN MORAL FACULTY OF BUSINESS


9
ANNAPRISCILLIA BT ALIAMIS
FITZGERALD LOPIIN
JASON WONG YU BIN
ROHDITA JAMES

Selain itu, Ibu bapa boleh mendapatkan bantuan atau nasihat mengenai anak-anak
mereka yang tidak dapat dikawal dengan baik. Oleh itu, anak-anak yang tidak dapat dikawal
ini akan ditahan di tempat yang dibenarkan di bawah kuasa mahkamah. Hal ini termaktub
dalam undang-undang pembuangan bayi seksyen 46. Oleh itu, tindakan perundangan ini
diharapkan dapat memberi kesedaran kepada segelintir masyarakat supaya tidak membuang
bayi dengan sesuka hati.

3.2 Peranan ibu bapa

Bagi mengelakkan masalah ini berlarutan, peranan ibu bapa sangat penting iaitu
dengan memberi perhatian , kasih sayang dan bimbingan yang penuh kepada anak-anak
mereka lebih-lebih lagi pada peringkat remaja. Ini termasuklah keinginan kasih sayang dari
ibu bapa atau rakan sebaya. Sekiranya ibu bapa kurang memberi kasih sayang yang
secukupnya kapada anak-anak, maka anak-anak itu akan mencari kasih sayang tersebut dari
orang lain seperti rakan sebaya. Oleh itu, paranan ibu bapa sangat penting dalam membentuk
sahsiah diri anak-anak supaya tidak terjerumus ke lembah maksiat seperti seks rambang,
pergaulan bebas dan sebagainya.

Tambahan lagi, Ibu bapa seharusnya memberikan didikan agama yang sempurna
kepada anak-anak seawal yang mungkin bagi memandu mereka ke arah kebaikan. Selain itu,
Ibu bapa mestilah memainkan tanggungjawab yang sewajarnya terhadap anak-anak dari sudut
pergaulan sesama rakan agar tidak melampaui batas. Nilai murni dan kemanusiaan serta
pegangan agama yang kukuh haruslah disalurkan dalam jiwa anak-anak sejak mereka kecil
kerana melentur buluh biarlah ketika rebungnya. Insan yang berakhlak mulia sejak kecil pasti
tidak sanggup bertindak di luar norma kehidupan untuk melakukan sesuatu perlakuan yang
negatif. Selain itu, pendedahan kepada pendidikan moral dan agama merupakan langkah yang
wajar kerana dapat menerapkan nilai-nilai mulia dalam diri anak-anak.

Selain itu, peranan ibu bapa untuk memperkukuhkan institusi kekeluargaan yang
berlandaskan konsep “rumahku syurgaku” harus diterapkan. ‘Rumahku syurgaku’ ini adalah
berasaskan kepada syariat Islam yang merangkumi segenap aspek kehidupan. Di antara
aspek-aspek yang ditekankan dalam rancangan ini ialah membina kebahagiaan,
meningkatkan daya intelek, mewujudkan suasana penghayatan Islam dan kedamaian dalam
keluarga, penjagaan kesihatan, mewujudkan keselesaan dan keindahan dalam rumah,

PENDIDIKAN MORAL FACULTY OF BUSINESS


10
ANNAPRISCILLIA BT ALIAMIS
FITZGERALD LOPIIN
JASON WONG YU BIN
ROHDITA JAMES

mengamalkan perhubungan yang baik dan berkesan serta membina sifat penyayang dan
toleransi di kalangan anggota keluarga.

Rumahku Syurgaku adalah satu wawasan iaitu sebagai satu komponen utama dalam
pembentukan sesebuah masyarakat mesti disempurnakan melalui piawai yang sesuai dan
keperluan rohani dan jasmani manusia. Untuk mencapai taraf syurga bagi sesebuah
rumahtangga, semua rukun dan aspek-aspek ‘rumahku syurgaku haruslah dipenuhi dengan
sebaik mungkin. Oleh hal yang demikian, aspek-aspek tersebut memerlukan perancangan
yang rapi dan sikap positif untuk melaksanakannya.

3.3 Pihak sekolah

Pihak sekolah juga memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah


pembuangan bayi dan membentuk sahsiah peribadi remaja daripada terjerumus di dalam
gejala sosial ini. Pihak sekolah harus mengadakan program peringkat awal pendidikan
dengan lebih berkesan dan lebih menyeluruh. Sebagai contohnya, pendidikan secara
komprehensif dalam kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah mahupun Institusi pengajian
tinggi, intervensi, latihan guru dan penglibatan ibu bapa. Selain itu, pihak sekolah harus
memegang prinsip genggam bara api, biar sampai jadi abu. Kawalan disiplin yang ketat
memang sukar dilaksanakan tetapi tidak mustahil. Oleh sebab itu, badan pengawas dan guru
disiplin harus diberi kuasa autoriti untuk menangkap pelajar yang disyaki berlakuan maksiat.
Jika kerjasama yang utuh antara pihak pentadbir sekolah dengan badan pengawas
diimplementasikan, nescaya kita dapat mengurangkan gejala sosial sehingga ke akar umbi.

Oleh hal yang demikian, usaha ini mestilah dijalankan dengan berpandukan prinsip di
mana ada kemahuan, di situ ada jalannya. Jangan alang-alang menyeluk perkasam, biar
sampai ke pangkal lengan, pendidikan reproduktif di sekolah perlu bagi memberi pemahaman
kepada anak muda bukan sekadar pendedahan dari sudut saintifik dan biologi tetapi perlu
juga dilihat dari sudut agama dan nilai ketimuran. Oleh itu, semua pihak perlu memberikan
komitmen, kerjasama dan berusaha untuk melaksanakan pelbagai bentuk pendekatan bagi
mencegah kes pembuangan bayi.

PENDIDIKAN MORAL FACULTY OF BUSINESS


11
ANNAPRISCILLIA BT ALIAMIS
FITZGERALD LOPIIN
JASON WONG YU BIN
ROHDITA JAMES

3.4 Pencegahan sebelum berlaku

Pencegahan merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan mencegah seseorang


daripada terlibat dalam gejala yang tidak sihat seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan,
dan sebagainya. Walaupun gejala ini bermula dengan masalah individu tetapi jika tidak
dibendung ianya akan memberi kesan yang mendalam kepada keseluruhan masyarakat
sekitarnya. Oleh itu, masyarakat terutama seorang remaja itu harus mengelakkan diri dari
melakukan sebarang aktiviti seks sebelum berkahwin kerana remaja tersebut
bertanggungjawab ke atas hidupnya dan mestilah melindungi kesihatan dan emosinya tanpa
seks sebelum berkahwin.

Selain itu, remaja itu juga perlu mengambil tahu bahawa sekiranya dia melakukan
hubungan seks, berkemungkinan dia akan mendapat penyakit berjangkit. Oleh itu, seseorang
remaja itu haruslah menetapkan pegangan dalam diri mereka, bahawa sekiranya pasangan
mereka benar-benar menyayangi dan menghormatinya, pasangan mereka tidak akan meminta
seks sebelum berkahwin mahupun menyentuh mereka. Pasangan mereka akan menjaga
maruah sebagaimana mereka menjaga maruah mereka. Remaja tersebut juga seharusnya
mengelakkan membaca dan menonton bahan lucah tetapi aktif untuk membabitkan diri dalam
aktiviti yang berfaedah seperti bersukan, aktiviti kebudayaan dan juga kerja-kerja sukarela
bagi mengelakkan diri daripada terdorong untuk melakukan seks sebelum berkahwin.

Masalah pembuangan bayi dikategorikan sebagai salah satu jenayah yang paling
kritikal di Malaysia. Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah bekerjasama dalam
mewujudkan kesedaran tentang kesan dan bahaya pembuangan bayi. Di samping itu, mereka
juga perlu mendorong penglibatan seluruh masyarakat setempat dalam usaha memerangi
masalah pembuangan bayi yang semakin meruncing ini. Setiap individu, keluarga dan
masyarakat di setiap kawasan masing-masing perlu bekerjasama dan mempunyai peranan
dalam pencegahan gejala ini dan memastikan kawasan mereka bersih daripada gejala sosial
ini.

Pemimpin-pemimpin masyarakat setempat juga perlu tampil ke hadapan bagi


membantu kerajaan dalam melaksanakan program-program seperti pencegahan pergaulan
bebas di kawasan mereka. Strategi jangka panjang ini juga diadakan untuk mewujudkan

PENDIDIKAN MORAL FACULTY OF BUSINESS


12
ANNAPRISCILLIA BT ALIAMIS
FITZGERALD LOPIIN
JASON WONG YU BIN
ROHDITA JAMES

kesedaran kepada semua lapisan masyarakat bahawa pergaulan bebas membawa mudarat
kepada diri, keluarga dan masyarakat.

3.5 Bantuan kepada ibu-ibu yang hamil luar nikah

Anak-anak remaja yang hamil luar nikah haruslah dibimbing bagi menjalani
pemulihan yang bukan sahaja menyediakan bantuan menjaga mereka ketika mereka hamil
tetapi yang terutamanya ialah membina kekuatan dalaman serta rohaniah. Hal ini penting
kerana ia menjamin kesihatan si ibu dan juga anak yang bakal dilahirkan. Sekiranya
penjagaan rapi dibuat, gejala pembuangan bayi mungkin dapat dikurangkan walaupun tidak
sepenuhnya. Semua pihak disyorkan supaya turut serta dalam memberi bimbingan dan
bantuan kepada kaum lelaki dalam usaha mendidik golongan tersebut untuk tidak mengambil
kesempatan terhadap wanita.

3.6 Peranan media massa

Peranan media massa juga sangat penting dalam mengatasi kes pembuangan bayi.
Pihak media massa harus memberi pendedahan tentang kesan dan akibat pembuangan bayi
kepada masyarakat luar. Hal ini dapat dijalankan dengan mengadakan kempen-kempen
kesedaran oleh pihak-pihak media seperti pendedahan yang berbentuk grafik atau kisah benar
mengenai seseorang yang pernah membuang anak.

Tambahan lagi, pihak media harus melaksanakan program motivasi kesedaran.


Sebagai contohnya, adab bergaul dan dosa-dosa besar yang mampu meningkatkan perasaan
insaf dan takut remaja kepada dosa. Program-program hiburan melampau yang boleh
merosakkan akhlak remaja seperti cerita-cerita yang mengandungi adegan-adegan 18sx
perlulah dihentikan. Usaha-usaha pencegahan kegiatan tidak bermoral perlulah
dipertingkatkan oleh semua pihak. Akhirnya,diingatkan bagi mereka yang sudah terlanjur,
hendaklah segera bertaubat dan menjauhi segala perbuatan-perbuatan terkutuk itu.

4. Statistik Kes Pembuangan Bayi

Isu kes membuang bayi adalah cara yang paling mudah dilakukan oleh pasangan
yang melakukan penzinaan dan hamil. Bagi kebanyakan kes, perempuan yang dipersalahkan
dan terpaksa menanggung beban di atas perbuatan tersebut  di Malaysia, gejala ini

PENDIDIKAN MORAL FACULTY OF BUSINESS


13
ANNAPRISCILLIA BT ALIAMIS
FITZGERALD LOPIIN
JASON WONG YU BIN
ROHDITA JAMES

terus berlaku dan menunjukkan aliran yang menaik. Umpamanya pada tahun 1999, sebanyak
70 kes telah dilaporkan dan pada tahun 2001, ia meningkat kepada 97 kes. Peningkatan
bilangan kes ini memerlukan langkah-langkah penyelesaian dari akar umbi punca tersebut.
Berasaskan laporan rasmi ini pihak HTM telah mengunjurkan sedikit pengiraan statistik
untuk melihat sejauh mana parahnya kejadian ini. Jika kita meneliti dari data yang diberikan
sejak tahun 2000 sehingga Julai 2008 ini bermakna memakan masa selama 103 bulan, dan
bilangan harinya adalah 3090 hari (103 X 30). Secara purata di mana ada hampir 2,500 (iaitu
257,411 ÷ 103) kes anak luar nikah setiap bulan didaftarkan secara rasmi, dan ini bermakna
setiap hari secara purata Jabatan Pendaftaran menerima 83.3 kes (257411 kes ÷ 3090 hari)
pendaftaran anak luar nikah. Ini juga bermakna secara statistiknya satu kes pendaftaran anak
luar nikah berlaku dalam masa 17 minit 17 saat. 

Pembuangan bayi juga semakin parah di mana sebanyak 228 kes buang bayi
direkodkan di seluruh negara sepanjang 2004 hingga tahun 2006. Kes paling banyak
dilaporkan di Selangor dengan 69 kes, 59 kes berlaku di Johor, seterusnya 29 kes bagi Sabah
dan 25 kes berlaku di Sarawak. Ini bermakna, secara puratanya setiap bulan sebanyak 6.33
(228/36) kes buang bayi berlaku. Jadi, jika dinisbahkan dengan hari, maka pada setiap 5 hari
1 jam ada seorang 

Data dan statistik di atas menunjukkan bagaimana parahnya masalah sosial dan
perzinaan yang berlaku di Malaysia, terutamanya di kalangan muda-mudi yang melakukan
perbuatan jijik dan keji itu. Angka-angka yang diberikan di atas bukanlah menunjukkan
angka yang sebenar kerana semua orang tahu kes yang tidak dilaporkan jauh melebihi jumlah
yang dilaporkan. Ini adalah kerana ada beberapa kes anak luar nikah didaftarkan dengan
nama bapa angkat tanpa di kesan oleh Jabatan Pendaftaran, sebagai contoh ada doktor swasta
di Johor Bharu yang menguruskan anak luar nikah yang diberi sijil kelahiran kepada keluarga
yang inginkan anak. Ada juga kejadian pasangan yang cepat-cepat bernikah setelah tahu
‘perut kembung,banyak kes yang mengebumikan anak hidup atau mati yang tidak dijumpai
dan banyak ke yang mana kandungan digugurkan di hospital swasta.

Statistik kes pembuangan bayi dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula
menunjukkan 396 kes dicatatkan dari 2005 hingga tahun lalu. Ia menunjukkan trend
peningkatan walaupun ada penurunan pada 2007. Sebanyak 67 kes dilaporkan pada 2005, 83

PENDIDIKAN MORAL FACULTY OF BUSINESS


14
ANNAPRISCILLIA BT ALIAMIS
FITZGERALD LOPIIN
JASON WONG YU BIN
ROHDITA JAMES

kes (2006) yang menurun kepada 65 kes pada 2007, 102 kes (2008), 79 kes (2009) dan 91 kes
(2010). Bagi tahun 2011, kepada semakin parah apabila dalam bulan Januari sahaja sebanyak
34 kes buang bayi dilaporkan di akhbar-akhbar utama Malaysia. Sebilangan besar individu
yang terbabit dalam kes pembuangan bayi berusia antara 18 hingga 25 tahun, 20 kes
membabitkan individu berusia bawah 18 tahun, 33 dilakukan individu 25 tahun ke atas,
manakala 403 individu lagi gagal dikesan peringkat umur mereka.

Daripada jumlah 396 kes itu, 137 kes membabitkan pembuangan bayi lelaki, 102 bayi
perempuan dan selebihnya tidak diketahui jantina. Berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran
Negara (JPN) bagi 2000 hingga 2008 pula, 257,000 kanak-kanak didaftarkan tidak
mempunyai nama bapa. Lebih menyedihkan bagi tempoh 1999 hingga 2003 saja, 44 peratus
anak yang tidak mempunyai nama bapa adalah anak orang Islam iaitu 30,978 daripada 70,430
kanak-kanak yang didaftarkan Berdasarkan data dikumpulkan JKM dari tahun 2004 hingga
2009, sebanyak 20.4 peratus sasaran utama tempat pembuangan bayi dilakukan di kawasan
rumah membabitkan 99 bayi, diikuti tempat pembuangan sampah membabitkan 77 bayi (15.8
peratus) dan bakinya di tempat seperti semak, masjid, sungai, tepi jalan dan hospital.

KESIMPULAN :

Secara kesimpulannya,setiap warga masyarakat tanpa mengira kaum haruslah bersatu


padu menggembleng tenaga bagi mencegah dan membanteras supaya penyakit sosial ini tidak
menular dengan lebih serius. Pihak atasan seperti badan-badan kerajaan juga perlu lebih peka
dan menganjurkan pelbagai ceramah atau motivasi kepada remaja agar mereka mendapat
lebih informasi tentang gejala ini dan sedar akan kesan daripada perbuatan tidak bermoral itu.
Dengan usaha-usaha yang dilakukan secara bersama dan menyeluruh ini, ia sedikit sebanyak
dapat mengurangkan masalah ini daripada terus menjadi satu penyakit berbahaya di Negara
kita. Tiada siapa patut menuding jari pada pihak yang lain, kerana setiap daripada kita adalah
merupakan ahli masyarakat. Selain daripada itu,masyarakat juga haruslah sedar bahawa
pemupukan nilai-nilai moral seperti kepercayaan kepada Tuhan,harga
diri,bertanggungjawap,bersikap rasional,dan tanggungjawap terhadap keluarga adalah amat
penting agar gejala pembuangan bayi ini tidak berlaku.

PENDIDIKAN MORAL FACULTY OF BUSINESS


15
ANNAPRISCILLIA BT ALIAMIS
FITZGERALD LOPIIN
JASON WONG YU BIN
ROHDITA JAMES

RUJUKAN

1. Sumber : Harian Metro Ahad 5/12/2010.


2. Abdul Halim Abdullah. 2010. Koleksi Berita Buang Bayi: Remaja Tanam Bayi
3. http://inijalanku.wordpress.com/berita-baru/mayat-bayi-ditemui [ 20 Mei 2010 ]
4. http://pengguguranbayi.blogspot.com/ [ 19 Mei 2010 ]
5. Rizanizam Abdul Hamid. 2010. Remaja Tanam Bayi.
6. Zahirzainudin.blogspot.com/2007/03/pembuangan bayi mencari punca dan.html
7. //berita-harian-online.com/takut malu punca remaja buang bayi
8. //www.ukm.my/news/index.php/ms/berita-penyelidikan/544-unwanted-pregnancies-
girl-bear-the-brunt-.html

PENDIDIKAN MORAL FACULTY OF BUSINESS


16
ANNAPRISCILLIA BT ALIAMIS
FITZGERALD LOPIIN
JASON WONG YU BIN
ROHDITA JAMES

LAMPIRAN

PENDIDIKAN MORAL FACULTY OF BUSINESS


17
ANNAPRISCILLIA BT ALIAMIS
FITZGERALD LOPIIN
JASON WONG YU BIN
ROHDITA JAMES

PENDIDIKAN MORAL FACULTY OF BUSINESS


18
ANNAPRISCILLIA BT ALIAMIS
FITZGERALD LOPIIN
JASON WONG YU BIN
ROHDITA JAMES

PENDIDIKAN MORAL FACULTY OF BUSINESS


19
ANNAPRISCILLIA BT ALIAMIS
FITZGERALD LOPIIN
JASON WONG YU BIN
ROHDITA JAMES

PENDIDIKAN MORAL FACULTY OF BUSINESS


20
ANNAPRISCILLIA BT ALIAMIS
FITZGERALD LOPIIN
JASON WONG YU BIN
ROHDITA JAMES

PENDIDIKAN MORAL FACULTY OF BUSINESS


21
ANNAPRISCILLIA BT ALIAMIS
FITZGERALD LOPIIN
JASON WONG YU BIN
ROHDITA JAMES

PENDIDIKAN MORAL FACULTY OF BUSINESS


22
ANNAPRISCILLIA BT ALIAMIS
FITZGERALD LOPIIN
JASON WONG YU BIN
ROHDITA JAMES

Sumber : Harian Metro Ahad 5/12/2010

PENDIDIKAN MORAL FACULTY OF BUSINESS


23

Anda mungkin juga menyukai