Anda di halaman 1dari 2

KARANGAN 1 :

Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada kelebihan individu yang berilmu


pengetahuan.
Huraikan pendapat anda tentang kelebihan menguasai ilmu pengetahuan kepada pelajar.
Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

KELEBIHAN MENGUASAI ILMU PENGETAHUAN

Melanjutkan pelajaran Mendapat pekerjaan

Menyelesaikan masalah
RANGKA KARANGAN :

Pendahuluan : Dalam era globalisasi, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang memang penting dan perlu
diberikan perhatian utama. Hal ini dikatakan demikian kerana, tuntutan zaman telah membuktikan bahawa ilmu
atau pengetahuan akan menjamin kejayaan seseorang itu jika digunakan dengan bijaksana. Oleh itu, semua orang
hendaklah berusaha untuk mencari seberapa banyak ilmu yang mungkin untuk kesejahteraan hidup seperti kata-
kata hikmat, “Ilmu pelita hidup”. Jadi, semua orang khususnya para remaja perlu menggunakan masa ketika muda
ini untuk mencari ilmu sebanyak mana yang mungkin. Dengan adanya ilmu, sudah tentu seseorang itu akan
mendapat manfaat yang banyak terutamanya dalam era globalisasi ini.

Isi Penting :

1. Melanjutkan pelajaran
Huraian : apabila seseorang pelajar mempunyai ilmu pengetahuan, mereka akan lebih berjaya dalam pelajaran
dan mendapat keputusan yang cemerlang.
Contoh : pelajar dapat memilih pelbagai bidang yang diminati seperti bidang kedoktoran, kejuruteraan,
perniagaan dan sebagainya di mana-mana universiti di dalam negara atau di luar negara.
Kesan : para pelajar akan dapat mencapai cita-cita serta masa depan yang lebih cerah.
Tegasan : Ilmu sangat penting bagi memastikan pelajar dapat melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi.

2. Mendapat pekerjaan
Huraian : setiap pelajar yang berusaha menambahkan ilmu akan mempunyai ilmu yang khusus dalam sesuatu
bidang ilmu.
Contoh : seseorang perlu mempelajari pelbagai ilmu dan kemahiran seperti kemahiran berbahasa, kemahiran
Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta kemahiran berkomunikasi.
Kesan : lebih senang memperoleh pekerjaan dan diperlukan oleh majikan.
Tegasan : Ilmu pengetahuan perlulah ditingkatkan agar mendapat pekerjaan yang diidamkan.

3. Menyelesaikan masalah
Huraian : pelajar yang berilmu mampu berfikir dengan lebih rasional dalam menghadapi sesuatu permasalahan
Contoh : pelajar yang berilmu akan berusaha menyelesaikan masalah seperti mencari jalan penyelesaian atau
mencari idea terbaik bagi menyelesaikan sesuatu masalah.
Kesan : pelajar akan terdidik dengan sikap berdikari dan mampu menghadapi pelbagai cabaran.
Tegasan : Pelajar yang berilmu akan menjadi individu yang mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Penutup : Sebagai kesimpulannya, ungkapan orang yang menguasai ilmu akan menguasai dunia perlulah
diberikan perhatian oleh semua orang. Berdasarkan ungkapan itu, janganlah kita suka membuang masa kerana
masa itu emas dan masa tidak akan menunggu kita. Sekiranya kita lalai dan tidak menggunakan masa dengan
bijaksana, sudah tentu kita akan termasuk dalam golongan yang berada dalam kerugian. Jadi, gunakanlah masa
yang ada untuk menuntut ilmu dalam pelbagai bidang, terutamanya bidang teknologi maklumat yang sentiasa
berubah hampir setiap hari. Diharapkan agar masyarakat negara ini mementingkan penguasaan ilmu demi
kemajuan negara.

Anda mungkin juga menyukai