Anda di halaman 1dari 2

KELEBIHAN - ILMU DAN ORANG BERILMU

Keutamaan dan kelebihan memiliki ilmu pengetahuan ini telah disenaraikan dan
dijelaskan oleh Saidina Ali bin Abi Talib karamallahu wajhah :

Pengawal yang setia


Orang yang mempunyai ilmu, sebenarnya lebih tenang dalam hidupnya. Ini kerana
dengan ilmu yang dimiliknya, ia dapat bertindak dan mengambil keputusan dalam
sesuatu masalah dengan fikiran waras dan tenang.
Ilmu yang dimilikinya itu akan menjaganya dan menjadi pengawalnya yang setia di
mana sahaja ia berada.

Banyak kawan
Sekali imbas kita melihat orang yang banyak hartanya akan ramai pulalah kawan
sekelilingnya. Namun apabila dinilai secara mendalam, biasanya kawan yang ramai itu
hanyalah kerana harta yang dimiliknya, bukan kerana peribadinya.
Berbeza dengan orang yang penuh dengan ilmu pengetahuan. Mereka didekati kerana
peribadinya yang berilmu.

Dimuliakan orang
Orang yang banyak ilmunya akan sentiasa dimuliakan orang dan masyarakat
sekelilingnya. Sedangkan orang yang banyak hartanya, lebih mudah menjadi umpatan
dan cemuhan masyarakat yang irihati terhadap kekayaan yang dimilikinya itu.

Ilmu tidak boleh dicuri


Harta kekayaan boleh hilang daripada pemiliknya dengan pelbagai cara, di antaranya
kemungkinan harta itu dicuri atau dirampas.

Tetapi ilmu pengetahuan tidak akan hilang begitu sahaja dengan mudah kerana ia
bukan sesuatu yang berbentuk barang.

Tidak pernah habis


Ilmu tidak akan pernah habis walau sebanyak mana pun orang-orang yang
menuntutnya, atau sampai berabad-abad zaman dipelajari oleh generasi seterusnya.
Oleh kerana itulah bijak pandai selalu mengatakan, semakin banyak ilmu yang kita
pelajari, maka semakin kita rasakan diri ini tambah kerdil di sisi Allah yang tidak
terbatas ilmunya.
Berbanding harta kekayaan, semakin hari ia semakin berkurangan dan akhirnya habis
apabila terus digunakan.
Tiada terbatas
Kita disuruh mencari ilmu sejak dalam buaian hingga ke liang lahad. Maknanya tiada
batas waktu mencari ilmu.
Sejak lahir ke dunia hingga menemui ajal, manusia sewajarnya terus menuntut ilmu
tanpa henti.

Sentiasa bertambah
Ilmu tidak akan berkurangan sekiranya pemiliknya mengajarkannya kepada orang lain.
Ia justeru akan semakin bertambah dan berkembang.
Berbeza dengan harta kekayaan yang semakin berkurangan.

Anda mungkin juga menyukai