Anda di halaman 1dari 5

PENDIDIKAN AL-QURAAN DAN AL-SUNNAH

ULUMUL HADITH TINGKATAN 4 PELAJARAN 19

‘ULUMUL HADITH DAN KEPENTINGANNYA.

PENGERTIAN HADITH.

BAHASA:
Daripada Bahasa Arab bermaksud BAHARU [ ], Perkataan berlawanan ialah Lama
[ ].
Ini kerana kalam Rasulullah SAW itu baharu manakala kalam Allah bersifat Qodim.
Juga bermaksud percakapan atau perbualan.

ISTILAH: [sila hafal contoh hadith dan kaitannya]


Perkataan, percakapan dan perkhabaran, perbuatan, taqrir [‫ ]تقرير‬atau sifat yang
disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW.

HURAIAN HADITH DARI SEGI ISTILAH.


BIL PERKARA KETERANGAN
Setiap percakapan atau perbualan baginda Rasulullah SAW
TIDAK KIRA dalam apa jua keadaan samada perintah,
larangan, penyataan atau selainnya.
 
PERKATAAN NABI
1.
SAW

Sesungguhnya setiap amalan itu berdasarkan niat, dan sesungguhnya bagi


seseorang itu apa yang diniatkannya…

Setiap perilaku, tindak tanduk dan gerak geri Rasulullah SAW


meliputi cara beribadat, aktiviti harian, hubungan
kekeluargaan, etika bermasyarakat, akhlak dan sebagainya.

PERBUATAN NABI
2.
SAW
Rasulullah SAW menunaikan solat [solat sunat] di atas haiwan
tunggangannya ke arah mana-mana pun haiwan itu menghadap, apabila
Baginda ingin menunaikan solat fardhu, baginda turun dari tunggangannya
dan menghadap ke arah kiblat.

Sesuatu perkara dilakukan dihadapan Baginda Nabi SAW atau


TAQRIR NABI SAW sampai ke pengetahuan Baginda SAW tentang sesuatu
3. perkara, namun Baginda SAW tidak menegahnya atau tidak
[ ]
menzahirkan kebenciannya terhadap perbuatan tersebut
bahkan Baginda berdiam diri dan membiarkannya.

1
PENDIDIKAN AL-QURAAN DAN AL-SUNNAH
ULUMUL HADITH TINGKATAN 4 PELAJARAN 19

BIL PERKARA KETERANGAN


 


Drpd Khalid bin alWalid r.a telah berkata: telah dihidangkan dengan daging
Dhob bakar, maka diberitahu kpd Baginda, sesungguhnya ia daging dhob,
maka nabi tidak mengambilnya, maka Khalid bertanya: adakah ia haram?
Baginda bersabda: TIDAK, binatang tersebut tiada terdapat di kampong
kaumku, maka aku berasa tidak suka. Khalid pun memakannya dan
Rasulullah SAW melihatnya sahaja [tanpa menegur/ melarang]

Iaitu dari sudut jasmani seperti bentuk tubuh badan atau rohani
seperti amanah dan jujur.
  
4. SIFAT NABI SAW

Drpd Abi Ishak r.a berkata: aku mendengar al-Barra’ r.a berkata: bahawa
Rasulullah SAW adalah paling tampan wajahnya dan paling baik akhlaknya.
Baginda tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek.

Istilah-istilah lain yang sama erti dengan al-Hadith iaitu :


1. Al-Sunnah [‫]السنة‬
2. Al-Athar [‫]األثر‬
3. Al-Khabar [‫]الخبر‬
4. Al-Riwayat [‫]الرواية‬

PENGERTIAN ULUMUL HADITH.


BAHASA:
Ulum [ ] ialah kata Jamak bagi ilmu. Ilmu ialah pengetahuan mengenai sesuatu.

ISTILAH:
GAGASAN ILMU yang mengandungi usul dan kaedah-kaedah untuk mengetahui
tentang perihal SANADnya [rantaian periwayatan sesuatu hadith] dan MATANnya [teks
hadith] samada DITERIMA atau DITOLAK.
Juga ilmu untuk mengetahui PERKATAAN Rasulullah SAW, PERBUATAN dan perkara yang
berkaitan dengan Baginda Nabi SAW. Ia membincangkan hal berhubung Riwayat [ ]
dan Dirayat [ ] hadith berdasarkan prinsip dan kaedah tertentu.

HADITH SEBAGAI SUMBER KEDUA DALAM ISLAM.


Sumber yang kedua selepas al-Quraan sebagai asas pengambilan hukum syarak.
Kedudukan hadith dalam Islam berdasarkan dalil:

2
PENDIDIKAN AL-QURAAN DAN AL-SUNNAH
ULUMUL HADITH TINGKATAN 4 PELAJARAN 19

Bil Perkara Keterangan


َ ُّ ُّ ُّ َ ۡ َ ۡ َ َ َ َ ۡ ُّ َۡ ُّ َ َ ْ ُّ َ َ َ َ ْ ُّ َ ْ ُّ َ َ َ َ ُّ َ ََٰٓ
‫ِيعوا ٱلر ُّسول َوأ ْو ِِل ٱلأ ۡم ِر مِنكمۖۡ فإِن تنزعتم ف ِي شيءٖ فردوه إِل ي‬
ۡ ُّ ‫يأيها ٱلذِين َءامن َٰٓوا أطِيعوا ٱلل وأط‬
ً َ ۡ َ َ َ َ ۡ َ َ ۡ ُّ ُّ َ َ
٩٥ ‫ر َوأ ۡح َس ُّن تأ ِويلا‬ٞ ‫ٱللِ َوٱلر ُّسو ِل إِن كنتُّ ۡم تؤمِنُّون ب ِٱللِ َوٱليَ ۡو ِم ٱٓأۡلخ ِِر ذل ِك خ ۡي‬
1. Al-Quraan 59. wahai orang yang beriman, taatilah Allah Taala dan taatilah Rasul
[Muhammad SAW] dan para pemimpin kamu. Kemudian jika kamu berbeza
pendapat dalam sesuatu perkara, maka kembalilah kepada Allah Taala [al-
Quraan] dan Rasulullah SAW [al-sunnah]. Jika kamu beriman kepada Allah Taala
dan hari kemudian, yang demikian itu lebih baik dan kesudahan yang paling baik.

 

2. Al-Hadith
Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama-
lamanya selagi kamu berpegang dengan kedua-duanya iaitu; al-Quraan dan
Sunnah Rasulullah SAW.
1- Umat Islam sepanjang zaman merujuk kepada hadith atas
sifatnya sebagai sumber hukum syarak bersama al-Quraan.
2- Para sahabat r.a telah bersepakat melaksanakan hokum dan
3. Ijma’ [ ] mematuhi perintah serta larangan baginda SAW samada ketika
Rasulullah SAW masih hidup atau sudah wafat.
3- Tabi’in dan Tabi’ Tabi’in juga tidak mengengkari hal sedemikian
[mengikut apa yang sahabat lakukan]

KEPENTINGAN HADITH DALAM KEHIDUPAN.


1- Hadith adalah pelengkap kepada wahyu al-Quraan kerana ia menyempurnakan
hukum berkaitan keimanan, ibadat dan urusan kehidupan.
2- Hadith bertindak sebagai pengukuh, pentafsir dan menjadi keterangan sumber
hukum al-Quraan.
3- Umat Islam mampu memahami ajaran agama Islam dengan lebih sempurna.
4- Umat Islam dapat membongkar segala rahsia dalam hadith setelah
mempelajarinya.

PERBEZAAN ANTARA HADITH NABAWI, HADITH QUDSI DAN AL-QURAAN.


HADITH QUDSI:
Sesuatu yang diwahyukan oleh Allah Taala kepada Rasulullah SAW melalui Ilham/ Mimpi
kemudian baginda menyampaikannya dengan menggunakan perkataan baginda
sendiri [Makna daripada Allah, Lafaz daripada Baginda Nabi SAW]

  

Drpd Abi Zarr r.a daripada Nabi SAW, tentang apa yang diriwayatkan daripada Allah Taala, sesungguhnya
Allah Taala telah berfirman; Wahai hamba-hambaku, sesungguhnya Aku mengharamkan kezaliman atas
diriku, dan aku jadikannya haram bagi kamu, maka janganlah kamu saling menzalimi ….

3
PENDIDIKAN AL-QURAAN DAN AL-SUNNAH
ULUMUL HADITH TINGKATAN 4 PELAJARAN 19

CIRI-CIRI PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA HADITH QUDSI, HADITH NABAWI DAN AL-
QURAAN.
ASPEK HADITH QUDSI HADITH NABAWI AL-QURAAN
Makna drpd Allah Makna dan Lafaz drpd Makna dan Lafaz al-
MAKNA DAN
Taala dan Lafaz Baginda Nabi SAW Quraan drpd Allah
LAFAZ
drpd Rasulullah SAW Taala.
Dinisbahkan kepada Dinisbahkan kepada Dinisbahkan kepada
Rasulullah SAW Rasulullah SAW dengan Allah Taala dengan
dengan lafaz: lafaz: lafaz:
NISBAH
  

Diriwayatkan secara Mutawatir [ ] dan Ahad Diriwayatkan secara


PERIWAYATAN mutawatir sahaja.
[ ]
PENETAPAN Thabit [ ] secara Qot’ie [ ] dan Zhonni [ ]
Thabit secara Qot’ie
STATUS sahaja.
Merupakan mukjizat
KEMUKJIZATAN Tidak mempunyai unsur mukjizat Rasulullah SAW yang
agung.
Kedua-dua hadith ini boleh disentuh dalam Hanya bo;eh disentuh
ADAB-ADAB
keadaan berhadath [ ] dalam keadaan suci
daripada hadith.

KEPENTINGAN MEMPELAJARI ULUMUL HADITH DALAM KEHIDUPAN.


1- Umat Islam akan mengetahui cara untuk menilai hukum dan status hadith dari
segi sanad atau matan samada sohih atau tidak.
2- Umat Islam dapat menolak dakwaan palsu terhadap hadith oleh orientalis atau
golongan anti hadith.
3- Ibadah dan amalan seorang muslim akan diterima oleh Allah Taala kerana
berpandukan sumber yang sohih dan tepat daripada Rasulullah SAW.
4- Seseorang yang mahir dalam ilmu hadith mampu membezakan antara hadith
yang sohih, hasan dan dhoif bersumberkan pendapat ulamak yang muktabar.
5- Umat Islam dapat memahami cara dan methodologiulamak menilai sesuatu
hadith.

HUJAH UNTUK MENOLAK DAKWAAN GOLONGAN ORIENTALIS DAN ANTI HADITH TERHADAP
HADITH.
GOLONGAN ANTI HADITH GOLONGAN ORIENTALIS
Mereka yang menolak hadith Golongan sarjana barat yang terdiri daripada
dan hanya menyeru umat orang-orag Yahudi dan Kristian.
Islam untuk beramal dengan Mereka mengkaji dan membuat penyelidikan
al-Quraan sahaja. mengenai hal-hal ketimuran khasnya berkaitan

4
PENDIDIKAN AL-QURAAN DAN AL-SUNNAH
ULUMUL HADITH TINGKATAN 4 PELAJARAN 19

Mereka ini terdiri daripada agama Islam bertujuan untuk menimbulkan


orang Islam dan bukan Islam. keraguan umat terhadap agama Islam.

PANDANGAN-PANDANGAN ORIENTALIS BARAT TELAH DIJAWAB OLEH BEBERAPA ULAMAK


ISLAM:
BIL DAKWAAN NEGATIF HUJJAH ULAMAK ISLAM MENOLAK DAKWAAN NEGATIF
1 Hadith Rasulullah SAW Penemuan bukti bahawa hadith sebahagian besarnya
adalah rekaan umat telah dicatat semasa Rasulullah SAW masih hidup melalui
Islam yang terkemudian penemuan sohifah beberapa sahabat dan tabien yang
dan tiada hubung kait tercatat hadith di dalamnya seperti sohifah ‘Abdullah bin
dengan Rasulullah SAW. ‘Amru al’As dan Hammam r.a bin Munabbah r.a
2 Rasulullah SAW manusia Rasulullah SAW memang diakui sebagai seorang manusia
yang juga melakukan biasa tetapi baginda Ma’sum iaitu terpelihara daripada
kesalahan sama ada melakukan dosa dan maksiat.
ٞ ٞ َ ُّ َ َٰٓ َ َ َ َ ُّ ُّ ُّ ۡ َ َ ۠ َ َ َٰٓ َ ۡ ُّ
sebelum atau sesudah ۡۖ‫ر مِثلك ۡم يوح َٰٓي إِل َي أن َما إِل ُّهك ۡم إِله َوحِد‬ٞ ‫قل إِن َما أنا بش‬
dilantik menjadi Rasul.
110. Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu,
diwahyukan kepadaku: bahawa sesungguhnya tuhan kamu itu tuhan
yang satu.

3 Hadith Rasulullah SAW Ajaran yang di bawa oleh Nabi Muhammad SAW ialah
adalah ajaran palsu al-Quraan dan Hadith. Catatannya bukanlah berlaku
yang muncul antara 200 dalam tempoh 200-250 tahun selepas kewafatan
hingga 250 tahun Baginda SAW.
kemudian. Contohnya; kiriman surat kepada pemerintah Habshah
“al-Najasyi” yang ditulis semasa hayat Baginda SAW.
4 Konsep sunnah tidak Konsep sunnah wujud semenjak zaman Rasulullah SAW
pernah disebut pada sebagaimana hadith “ ”
zaman Rasulullah SAW
yang bererti : hendaklah kamu mengikut sunnahku dan
dan ia timbul pada
sunnah Khulafa’ al-Rasyidin yang mendapat petunjuk.
zaman pemerintahan
Penulis hadith secara individu pada zaman Rasulullah
Khalifah Umar bin Abdul
SAW diteruskan pada zaman sahabat secara meluas.
Aziz [wafat 101 Hijrah]

Anda mungkin juga menyukai