Anda di halaman 1dari 22

ULUM AL-HADIS

USULUDDIN SEMESTER 2
TAKRIF HADIS

• Bahasa – Perkhabaran, percakapan, keterangan dan cerita

• Istilah – Segala yang disandarkan pada Nabi SAW dari sudut ucapan,
perbuatan, sifat dan pengakuan sama ada sebelum diutuskan menjadi
rasul atau selepas perutusannya.
PEMBAHAGIAN HADIS

HADIS

HADIS HADIS
QUDSI NABAWI
HADIS NABAWI

• Bahasa: Baharu, berita, keterangan, cerita, mimpi.

• Istilah: Segala yang disandarkan kepada Nabi SAW sama ada


berbentuk perbuatan, percakapan, ikrar atau penerangan tentang sifat
fizikal Baginda SAW yang zahir, juga merangkumi apa yang
disandarkan kepada para Sahabat atau Tabi’in.
HADIS QUDSI
• Bahasa: Suci atau berkat. Juga dipanggil Hadis Ilahi atau Rabbani.
• Istilah: Hadis yang lafaznya daripada Nabi, manakala maknanya daripada
Allah sebagai sumber, sama ada dalam bentuk mimpi atau ilham.
• Menurut al-Haithami: Ucapan yang disandarkan kepada Allah dan ia
dipindahkan kepada manusia daripada Rasulullah SAW melalui
perkhabaran Ahad.
• Sighah atau lafaz Hadis Qudsi biasanya dalam dua bentuk:
• “Rasulullah SAW bersabda sebagaimana yang diriwayatkan daripada TuhanNya”
‫قال رسول هللا صلى هللا عليه وسلم فيما يرويه عن ربه‬
• “Rasulullah SAW bersabda: Allah berfirman:
‫ قال هللا تعالى‬:‫قال رسول هللا صلى هللا عليه وسلم‬
CIRI-CIRI HADIS QUDSI
• Makna Hadis Qudsi datang daripada Allah dan lafaznya daripada Nabi.
• Tidak dikira ibadat bagi sesiapa yang membacanya, iaitu sudut
kelebihan dan pahalanya tidak setaraf dengan al-Quran.
• Tidak disyaratkan penetapannya melalui periwayatan Mutawatir.
• Diriwayatkan dengan disandarkan kepada Allah tidak secara langsung.
• Lazimnya menggunakan lafaz atau sighah tertentu.
• Banyak membicarakan tentang kelebihan amalan seperti tentang ibadat
sunat.
• Kebanyakannya bersifat Ahad dan bertaraf zann, bukan Mutawatir.
CONTOH HADIS QUDSI

Hadis tentang hukum haram melakukan kezaliman yang diriwayatkan daripada Abu Zarr

al-Ghiffari:

‫ ِفيما َر َو ى َع ِن ِهللا َتَباَر َك َو َتَع اَلى أَّنُه‬، ‫َع ِن النبِّي َص َّلى ُهَّللا عليه وسَّلَم‬
‫ فال َتَظاَلُم و‬،‫ َو َجَع ْلُتُه بْيَنُك ْم ُم َح َّر ًم ا‬،‫ يا ِعَباِد ي إِّني َح َّر ْم ُت الُّظْلَم عَلى َنْفِس ي‬:َ‫قال‬

“Nabi SAW meriwayatkan daripada Allah taala, firmanNya: Wahai hamba-hambaKu!


Sesungguhnya Aku telah mengharamkan kezaliman atas diriKu. Dan Aku telah jadikannya
perkara yang diharamkan sesama kamu, maka janganlah kamu membuat kezaliman.”
CONTOH HADIS QUDSI

Hadis tentang kelebihan puasa dan ganjarannya, diriwayatkan daripada Abu


Hurairah:

‫ فإَّنه لي وَأَنا أْج ِز ي ِبه‬، ‫ إاَّل الِّص َياَم‬،‫ ُك ُّل َع َم ِل اْبِن آَد َم لُه‬:‫ قاَل ُهَّللا‬: ‫قاَل َر سوُل ِهَّللا َص َّلى ُهللا عليه وسَّلَم‬

“Rasulullah SAW bersabda: Allah berfirman: Seluruh amal anak Adam


untuk dirinya sendiri, kecuali puasa. Puasa itu untukKu, Aku akan
memberikan balasannya.”
PERBEZAAN HADIS NABAWI DAN HADIS
QUDSI
ASPEK HADIS NABAWI HADIS QUDSI
Definisi Segala yang disandarkan kepada Nabi Firman atau perkataan Allah, namun ia jenis
Muhammad sama ada perkataan, perbuatan, firman Allah yang tidak termasuk al-Quran.
takrir atau sifat.
Makna Bersifat Tawfiqi (Sebahagian besar Bersifat Tawqifi (Sebahagian besar adalah
daripadanya adalah wahyu Allah, sebahagian wahyu Allah SWT).
yang lain adalah ijtihad Nabi sendiri).
Isnad Sanadnya dinisbahkan kepada Nabi SAW Sanadnya dinisbahkan kepada Nabi SAW
sebagai orang yang bersabda. sebagai yang bersabda dan dinisbahkan kepada
Allah sebagai yang berfirman.
Isi Membicarakan perkara berkaitan keperluan Membicarakan hal-hal berkaitan dengan Zat
kandungan hidup manusia, halal haram, perkhabaran baik Allah, sifat-sifatNya, kebesaranNya, nikmat
buruk. dan kekuasaanNya.
Bilangan Bilangannya banyak Bilangannya sedikit
PERBEZAAN HADIS QUDSI DENGAN AL-QURAN
HADIS QUDSI AL-QURAN

Diturunkan sebahagiannya melalui Ruh al-Amin dan Diturunkan melalui Ruh al-Amin atau malaikat Jibril
sebahagiannya melalui wahyu ilham. secara lisan dan talaqqi.

Tidak dikira ibadat jika membacanya Dikira ibadat

Mengingkarinya tidak menyebabkan kekufuran Menolak, mendusta dan mengingkarinya dihukum


kafir

Tidak haram disentuh oleh orang yang berhadas Haram disentuh oleh orang yang berhadas

Jalan penyampaiannya melalui jalan Ahad dan bersifat Jalan penyampaiannya melalui jalan Mutawatir dan
zann bersifat pasti dan yakin.

Terbatal solat jika dibaca dalam solat Tidak sah solat tanpa dibaca ayat al-Quran
TAKRIF SUNNAH
• Bahasa: Perjalanan, peraturan, jalan yang dilalui, sesuatu yang
berlawanan dengan bid’ah.

• Istilah:
• Majoriti ulama Hadis: Sunnah membawa pengertian yang sama dengan Hadis.

• Sebahagian ulama Hadis: Sunnah tidak terhad pada ucapan, perbuatan,


pengakuan, akhlak dan sifat peribadi Rasulullah sahaja, tetapi juga meliputi
amalan yang dilakukan oleh para Sahabat atau Tabi’in sama ada asalnya
dalam al-Quran atau Rasulullah atau tidak terdapat asalnya.
PERBEZAAN ANTARA HADIS DAN SUNNAH

HADIS SUNNAH
Lebih khusus kepada perkataan nabi Lebih umum merangkumi perkataan, perbuatan dan
takrir
Catatan sejarah bagi sunnah yang merangkumi setiap Amalan mutawatir yang diambil daripada nabi dan
peristiwa yang melibatkan nabi sahabat.
KESIMPULAN

• Makna al-Sunnah yang diketengahkan oleh ulama Hadis dilihat lebih


meluas dari sudut istilahnya dan lebih sempurna daripada makna-makna
yang diketengahkan oleh ulama bidang pengkhususan lain.

• Kalimah al-Sunnah mempunyai banyak makna dari sudut bahasa seperti


sirah, jalan dan tabiat.

• Tiada perbezaan antara perkataan al-Sunnah dan al-Hadis menurut


kebanyakan ulama.
KEDUDUKAN HADIS
DALAM ISLAM
DALIL KEDUDUKAN HADIS DALAM
ISLAM
• Al-Quran:

‫َٰٓيَأُّيَها ٱَّلِذ يَن َء اَم ُنٓو ْا َأِط يُعوْا ٱَهَّلل َو َأِط يُعوْا ٱلَّرُسوَل َو ُأْو ِلي ٱَأۡلۡم ِر ِم نُك ۖۡم َفِإن َتَٰن َز ۡع ُتۡم ِفي َش ۡي ٖء َفُر ُّد وُه ِإَلى‬
‫ٱِهَّلل َو ٱلَّرُسوِل‬

Ayat tersebut menjelaskan jika umat Islam menghadapi masalah, maka


hendaklah merujuk kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (Hadis) sekaligus
.menunjukkan bahawa hadis sebagai hujah kedua dalam perundangan Islam
DALIL KEDUDUKAN HADIS DALAM
ISLAM
• Al-Quran:

‫َو َم ٓا َء اَتٰى ُك ُم ٱلَّر ُسوُل َفُخ ُذ وُه َو َم ا َنَهٰى ُك ۡم َع ۡن ُه َفٱنَتُهوْا‬

Berdasarkan ayat tersebut, Allah menggesa seluruh umat manusia


supaya mengikuti hadis dan Sunnah Baginda SAW, beramal dengannya
.serta menjadikannya panduan
DALIL KEDUDUKAN HADIS DALAM ISLAM
• Al-Hadis:
• ‫ كتاَب ِهَّللا وُس َّنتي‬: ‫تركُت فيكم أمريِن ؛ لن َتضُّلوا ما إن تمَّسكُتم بهما‬
“Rasulullah SAW bersabda: Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,
kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang pada kedua-duanya; iaitu
kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku.”

• ‫عليُك م بسَّنتي وسَّنِة الخلفاِء الَّراشديَن الَم ْهدِّييَن‬


“Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu berpegang teguh dengan
Sunnahku dan Sunnah Khulafa’ al-Rasyidin yang mendapat petunjuk.
DALIL KEDUDUKAN HADIS DALAM ISLAM
• Dalil Ijmak:

• Fuqaha bersepakat mengatakan hadis dan sunnah adalah sumber kedua syariat Islam. Cuma, apa
yang menjadi perselisihan ialah syarat-syarat penerimaan hadis sahaja.

• Dalil Logik:

• Allah memerintahkan para rasul menyampaikan risalah. Salah satu cara penyampaiannya ialah
Baginda SAW membaca al-Quran serta menjelaskan isi kandungannya melalui hadis. Logiknya,
sudah tentu seluruh umat Islam dituntut mengikuti hadis.

• Telah tetap melalui dalil sahih bahawa Nabi SAW adalah rasul utusan yang wajib menyampaikan
segala wahyu Allah dan umat Islam diwajibkan beriman.
KEDUDUKAN HADIS BERBANDING
AL-QURAN
• Hadis sumber kedua selepas al-Quran.
• Menjelaskan ayat-ayat al-Quran kerana al-Quran diturunkan bersifat
mujmal (ringkas).
• Memperincikan ayat-ayat al-Quran. Contoh: Solat.
• Al-Quran diriwayat secara mutawatir, sedangkan hadis hanya
sebahagian kecil sahaja yang diriwayatkan secara mutawatir.
• Hadis mengkhususkan ayat-ayat al-Quran yang bersifat umum.
HUKUM MENOLAK HADIS SEBAGAI SUMBER DALAM ISLAM

• Jumhur ulama bersepakat menegaskan bahawa hadis diterima sebagai sumber rujukan
kedua selepas al-Quran.

• Imam Shafi’e merupakan orang pertama menerima bahawa hadis sebagai hujah dalam
istinbat hukum syarak.

• Menurut Abd al-Qadir Awdah: Sesiapa yang menolak hukum Allah, maka ia dikira kafir dan
tiada walau sebesar zarah keislaman di dalam hati mereka walaupun mereka mendakwa
sebagai Islam.

• Ibn Kathir: Sesiapa yang meninggalkan undang-undang yang dibawa oleh Rasulullah, maka
ia telah kufur kepada Allah. Sesiapa yang menggunakan hukum ciptaan manusia, mereka
kufur secara ijmak.
HUKUM MENOLAK HADIS DALAM ISLAM

• Hadis Mutawatir – Kufur dan dosa besar (kerana ia merupakan


sesuatu yang bertaraf qat’ie dan sampai ke peringkat ilmu yakin).

• Hadis Ahad bertaraf Sahih – Kufur dan dosa besar (kerana


diriwayatkan oleh rangkaian perawi yang adil dan dobit, bersambung
sanad, tiada ‘illah dan tiada syaz.

• Hadis Ahad bertaraf Hasan Li Ghairih dan Dhaif – Tak membawa


kekufuran (kerana sesuatu yang bertaraf zhonni)
HUKUM MENOLAK HADIS DALAM ISLAM
• Seseorang boleh tergelincir daripada landasan agamanya dengan sebab-sebab tertentu berkait
dengan hadis:

1. Menolak Hadis Hasan, sama ada Hasan Li Zatih atau Li Ghairih dengan niat untuk merosakkan
agama Islam dan Sunnah Rasulullah SAW.

2. Sesiapa yang mendakwa bahawa Hadis Hasan tidak sabit daripada Rasulullah dan tidak wajar
diamalkan.

3. Mencerca dan mencela Muslim yang beramal dengan Hadis Hasan sebagai tidak menuruti
Sunnah.

4. Mendakwa bahawa ulama Hadis berbohong dengan cuba memberi taraf Hasan pada hadis-hadis
bertaraf Dhaif.

Anda mungkin juga menyukai