Anda di halaman 1dari 30

Pengertian Sunnah Sunnah menurut bahasa: ialah jalan yang dilalui sama ada terpuji atau tidak; juga

suatu adat yang telah dibiasakan walaupun tidak baik. Rasul SAW bersabda:

"Sungguh kamu akan mengikuti sunnah-sunnah (perjalanan-perjalanan) orang yang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga sekiranya mereka memasuki lubang dab (serupa binatang biawak) nescaya kamu memasukinya juga." (Hadith riwayat Muslim)

"Barangsiapa menjalani suatu sunnah (perjalanan) yang baik, maka baginya pahala sunnah itu dan pahala yang mengerjakan dengannya hingga hari qiamat, dan barangsiapa mengadakan suatu sunnah (perjalanan) yang jahat (buruk) maka atasnya dosanya dan dosa orang yang mengerjakan dengannya hingga hari qiamat." (Hadith riwayat Bukhari & Muslim)

Jelaslah bahawa menurut hadith tersebut, perkataan sunnah itu diertikan dengan perjalanan, sama ada baik atau pun yang jahat, sebagaimana yang dimaksudkan oleh bahasa.

Sunnah menurut istilah ahli hadith: ialah segala yang dipindahkan dari nabi sallallahu 'alayhi wa sallam baik yang merupakan perkataan,

perbuatan, mahupun yang merupakan taqrir, sebelum nabi dibangkitkan menjadi rasul, mahupun sesudahnya. Kebanyakan ahli hadith menetapkan bahawa pengertian yang demikian sama dengan pengertian hadith.

Sunnah menurut pengertian dan istilah ahli usul: ialah segala yang dipindahkan dari nabi sallallahu 'alayhi wa sallam sama ada perkataannya dan perbuatannya, mahupun taqrirnya yang bersangkutan dengan hukum. Inilah pengertian yang dimaksudkan oleh sabdanya ini:

"Sesungguhnya aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara tidak akan kamu sesat selama kamu berpegang dengan keduanya: iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasulnya". (Hadith riwayat Malik)

1.

Contoh sunnah (hadith) perkataan ialah:

"Segala 'amal itu dengan niat." [Riwayat Bukhari, Muslim dan sekelian ulama' hadith]

2.

Contoh sunnah (hadith) perbuatan ialah:

"Bersembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersembahyang." [Riwayat Bukhari dan Muslim]

3.

Contoh hadith (sunnah) taqrir. Taqrir ialah: (a) Nabi SAW

membenarkan apa yang diperbuat oleh seorang sahabat dengan tidak mencegah atau menyalahkan serta menunjukkan keredaannya; (b)

menerangkan kebagusan yang diperbuat itu serta dikuatkan pula.

Contoh yang pertama ialah sebagaimana Nabi saw membenarkan ijtihad para sahabat mengenai urusan sembahyang 'Asar di Bani Quraizah dengan sabdanya:

"Jangan bersembahyang seorang kamu melainkan di Bani Quraizah." [Riwayat Bukhari]

Sebahagian sahabat memahamkan perkataan itu menurut hakikat larangannya lalu menta'khirkan sembahyang 'Asar itu sampai selepas Maghrib. Dan ada sebahagian yang lain tidak memahamkan demikian, mereka memahamkan bahawa yang dimaksudkan nabi bercepat-cepat pergi ke Bani Quraizah. Kerana itu mereka mengerjakan sembahyang 'Asar pada waktunya, sebelum tiba ke Bani Quraizah.

Kedua-dua perbuatan sahabat yang berlainan oleh berlainan ijtihad sampai kepada Nabi saw beritanya, dan Nabi saw tinggal berdiam diri tidak membantah apa-apa.

Contoh yang kedua sebagaimana yang diriwayatkan bahawa Khalid bin

Walid pernah memakan dab (serupa binatang biawak) kemudian dikemukakan orang kepada Nabi saw. Nabi saw sendiri enggan memakannya, maka bertanya sebahagian sahabat:

"Adakah diharamkan makannya ya Rasulullah? Lalu ia bersabda: Tidak! cuma binatang itu tidak ada di negeri kaumku, kerana itu aku tidak gemar kepadanya."

Selanjutnya pernah juga dinamakan sunnah itu suatu yang ditunjuki oleh dalil syara', baik berdasarkan dalil Qur'an atau pun berdasarkan hadith, mahu pun berdasarkan ijtihad para sahabat, seperti mengumpulkan mashaf (Qur'an) dan menyuruh manusia membaca menurut suhuf 'Uthman, dan seperti membukukan ilmu (menyusun dan mengarangnya).

Lawan dari sunnah ini ialah bid'ah, inilah yang dimaksudkan oleh hadith:

"Berpeganglah kamu sungguh-sungguh dengan sunnahku dan sunnah khalifah-khalifah yang mendapat pertunjuk sesudahku." [Abu Daud & Tarmizi]

Sementara itu ulama' fiqh berpendapat, bahawa suatu yang diterima dari Nabi saw dengan tidak difardukan dan tidak diwajibkan dinamakan sunnah. Imbangannya ialah wajib, haram, makruh dan mubah. Lawannya ialah bid'ah;

talak yang dijatuhkan dalam haid menurut mereka dinamakan: talak bid'ah.

Ulama' Syafi'e mengatakan bahawa sunnah itu: ialah suatu yang dipahalai orang yang mengerjakannya, tidak disiksai orang yang meninggalkannya.

Menurut ulama' mazhab Hanafi, sunnah itu: ialah suatu yang disunnahkan Nabi saw atau para khalifah serta dikekalkan mengerjakannya, seperti azan dan berjama'ah.

Perbezaan Antara Hadith dan Hadith Qudsi Dalam kitab-kitab hadith didapati hadith Qudsi. Ulama' hadith mengatakan bahawa hadith Qudsi itu: ialah perkataan Nabi saw yang disebut dengan mengatakan Allah bertitah , disandarkan perkataan itu kepada Allah dan diriwayatkan daripadanya.

Kesimpulannya Hadith Qudsi: ialah titah Allah yang disampaikan kepada Nabi saw di dalam mimpi atau dengan jalan ilham, lalu Nabi saw menerangkan apa yang disampaikan itu kepada umatnya dengan ibarat atau susunan perkataannya sendiri serta menyandarkan kepada Allah; sedang hadith-hadith yang lain tidak demikian itu. Hadith Qudsi itu dinamakan juga Hadith Ilahi atau Hadith Rabbani.

Dan pernah pula dibezakan Hadith Qudsi dengan yang lainnya; iaitu segala hadith yang bersangkut dengan kebersihan atau kesucian zat Allah dan sifat-sifat kebesaran dan kemuliaanNya. [Kitab al-Dar al-Nadid min Majmu'ah al-Hafid]

Contoh Hadith Qudsi itu, Rasulullah saw bersabda:

"Firman Allah Ta'ala: Tiap-tiap amal anak Adam untuknya kecuali puasa, maka sesungguhnya puasa itu untukKu, dan Aku akan memberi balasan dengannya. Dan puasa itu perisai, maka apabila seorang kamu berpuasa janganlah ia memaki-maki, mencarut-carut dan janganlah dia menghiruk-pikukkan; maka jika dia dimaki oleh seorang atau hendak dibunuhnya, hendaklah ia katakan: aku ini berpuasa." (Hadith riwayat Bukhari & Muslim)

Rasulullah saw bersabda:

"Firman Allah Ta'ala: Aku menurut persangkaan hambaKu dan Aku bersamanya di mana saja ia sebut (ingat) akan daku." (Hadith riwayat Bukhari & Muslim) HADITH SEBAGAI SUMBER RUJUKAN ISLAM

Hadith adalah sumber rujukan utama yang kedua dalam Islam selepas al-Quran. Hadith yang diperlukan dalam memahami isi

kandungan al-Quran, menjadikan hadith sebagai sumber rujukan dalam Islam yang tidak dapat dinafikan lagi. Oleh itu usahausaha yang berterusan perlu dilakukan untuk memastikan kepentingan hadith dalam Islam sebagai sumber rujukan tidak tergugat oleh mana-mana faktor. Seminar yang sebegini akan membantu memberi kesedaran kepada masyarakat kepada kepentingan hadith. Peranan hadith perlu dilihat dalam skop yang lebih luas, dan hadith-hadith nabi ini perlu dikaji dan difahami dalam konteks yang lebih menyeluruh. Ini bertepatan dengan tema seminar ini dalam melahirkan generasi memahami dan menghayati al-hadith. Rasulullah s.a.w. telah dibangkitkan oleh Allah untuk memimpin umat manusia di dunia ini ke jalan yang selamat dan bahagia di dunia dan di akhirat. Baginda s.a.w adalah rahmat dari Allah S.W.T. yang tidak ternilai harganya kepada alam semseta ini, sebagaimana yang dijelaskan dalam al-Quran dalam surah alAnbiya, ayat 107, yang maksudnya, Dan tidaklah Kami utuskan engkau wahai Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam (al-Anbiya: 107) Sebagai seorang rasul yang diutuskan, darjat ketinggiannya mengatasi pemimpin-pemimpin yang lain. Baginda bersifat masum iaitu terpelihara dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Oleh kerana itu, arah dan tujuan yang dibawanya untuk seluruh umat manusia ini adalah benar dan terjamin. Baginda memimpin umatnya ke jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T. iaitu agama Islam. Kini Baginda s.a.w. sudah tidak ada lagi di dunia ini, tetapi umatnya tetap dijamin tidak akan sesat selama mana mereka berpengang dengan pusaka tinggalannya iaitu al-Quran dan Hadith. Melalui dua sumber utama ini, umat

Islam sentiasa terpimpin dalam menghadapi kehidupan di dunia yang penuh dengan cabaran ini. Sebagai seorang muslim, kita tidak sepatutnya membesarbesarkan dan menyanjung individu yang lain melebihi Rasulullah s.a.w., sekalipun seorang yang dianggap tokoh, kerana mereka tertakluk kepada kekurangan-kekurangan dan kesilapankesilapan yang diakibatkan oleh kelemahan diri masing-masing. Pemujaan tokoh dan pendewaan terhadap seseorang tidak seharusnya wujud dalam masyarakat Islam, kerana kecenderungan mengagung-agungkan seseorang tokoh, kadangkadang boleh membawa kita kepada penyelewengan dalam ajaran Islam. Dalam menyampaikan ajaran dan perintah-perintah daripada Allah, Rasulullah s.a.w. telah memperlihatkan contoh-contoh teladan untuk diikuti oleh umatnya. Maksud firman Allah S.W.T. dalam al-Quran, surah al-Ahzab, ayat 21,Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). Menjadi tanggung jawab umat Islam sekarang untuk mengkaji hadith-hadith baginda Rasulullah s.a.w. yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan. Khazanah ilmu perlu ditambah dan difahami berdasarkan ajaran baginda bersesuaian dengan kehendak semasa. Disamping al-Quran, pengajian hadith juga perlu dijadikan sebagai rujukan dan penggerak kepada penemuan-penemuan baru pada era globalisasi ini. Sejarah membuktikan kepada kita bahawa sarjana-sarjana Islam

terdahulu dapat menguasai pelbagai bidang ilmu kerana kesungguhan mereka dalam memikul beban dan tanggung jawab yang difardhukan Allah S.W.T. dalam pengkajian dan penerokaan ilmu pengetahuan. Penemuan dan penciptaan baru dalam apa jua bidang bagi umat Islam bukanlah sesuatu yang sekadar boleh dibanggakan, namun apa yang lebih penting ialah ianya suatu tanggung jawab untuk mengimarahkan kehidupan manusia di muka bumi. Diharapkan dari seminar ini, yang merangkumi pelbagai tema, pelbagai penemuan baru dapat dikenal pasti dan membuka ruang untuk pengkajian yang lebih menyeluruh dalam bidang hadith. Diharapkan juga dari pembentangan-pembentangan yang akan berlangsung, dapat menambahkan kefahaman kita terhadap hadith serta membaiki mana-mana salah faham kita tentang hadith. Salah faham tentang peranan hadith sebagai sumber rujukan dalam ajaran Islam sebenarnya adalah fahaman yang salah dan boleh membahayakan masyarakat Islam. Fahaman yang sebegini lahir akibat dari kecetekan pengetahuan pihak-pihak tertentu tentang hadith. Mereka hanya menggunakan pertimbangan akal mereka semata-mata tanpa melihat dengan lebih terperinci dalil-dalil yang berkaitan. Dengan itu diharapkan seminar sebegini yang menghimpunkan golongan cendikiawan dalam bidang hadith dapat menjadi mekanisma terbaik dalam membetulkan salah fahaman ini.

HADITS/SUNNAH SEBAGAI SUMBER HUKUM KEDUA


Mei 10, 2008 iaibcommunity Tinggalkan komentar Go to comments

HADITS/SUNNAH SEBAGAI SUMBER HUKUM KEDUA


PENDAHULUAN Secara bahasa, hadits dapat berarti baru, dekat dan khabar (cerita). Sedangkan dalam tradisi hukum Islam, hadits berarti segala perkataan, perbuatan dan keizinan Nabi Muhammad SAW (aqwal, afal wa taqrir). Akan tetapi para ulama Ushul Fiqh, membatasi pengertian hadits hanya pada ucapan-ucapan Nabi Muhammad SAW yang berkaitan dengan hukum, sedangkan bila mencakup, pula perbuatan dan taqrir yang berkaitan dengan hukum, maka ketiga hal ini mereka namai dengan Sunnah. Beranjak dari pengertian-pengertian di atas, menarik dibicarakan tentang kedudukan Hadits dalam Islam. Seperti yang kita ketahui, bahwa Al-Quran merupakan sumber hukum primer/utama dalam Islam. Akan tetapi dalam realitasnya, ada beberapa hal atau perkara yang sedikit sekali Al-Quran membicarakanya, atau Al-Quran membicarakan secara global saja, atau bahkan tidak dibicarakan sama sekali dalam Al-Quran. Nah jalan keuar untuk memperjelas dan merinci keuniversalan Al-Quran tersebut, maka diperlukan Al-Hadits/As-Sunnah. Di sinilah peran dan kedudukan Hadits sebagai tabyin atau penjelas dari Al-Quran atau bahkan menjadi sumber hukum sekunder/kedua_setelah Al-Quran. Sekarang timbulah setidaknya ada dua persoalan yang mendasar, yaitu; Pertama, dapatkah Sunnah berdiri sendiri dalam menentukan hukum yang tidak ditetapkan dalam Al-Quran?; Kedua, apakah semua perbuatan Nabi Muhammad dapat berfungsi sebagai sumber hukum yang harus diikuti oleh setiap umat islam?. Makalah yang kecil lagi tipis ini, berusaha menjelaskan sekelumit tentang kedua perkara di atas, dan juga menjelaskan adanya keterkaitan antara Al-Hadits/AsSunnah dengan Al-Quran.

SUNNAH SEBAGAI SUMBER HUKUM


<!--[if !supportLists]-->A. <!--[endif]-->DASAR ALASAN SUNNAH SEBAGAI SUMBER HUKUM Sunnah adalah sumber hukum Islam (pedoman hidup kaum Muslimin) yang kedua setelah Al-Quran. Bagi mereka yang telah beriman terhadap Al-Quran sebagai sumber hukum Islam, maka secara otomatis harus percaya bahwa Sunnah juga merupakan sumber hukum Islam. Bagi mereka yang menolak kebenaran Sunnah sebagai sumber hukum Islam, bukan saja memperoleh dosa, tetpai juga murtad hukumnya. Ayat-ayat Al-Quran sendiri telah cukup menjadi alasan yang pasti tentang kebenaran Al-Hadits, ini sebagai sumber hukum Islam. Di dalam Al-Quran dijelaskan antara lain sebagai berikut: <!--[if !supportLists]-->1. <!--[endif]-->Setiap Mumin harus taat kepada Allah dan kepada Rasulullah. (Al-Anfal: 20, Muhammad: 33, an-Nisa: 59, Ali Imran: 32, al- Mujadalah: 13, an-Nur: 54, al-Maidah: 92). <!--[if !supportLists]-->2. <!--[endif]-->Patuh kepada Rasul berarti patuh dan cinta kepada Allah. (An-Nisa: 80, Ali Imran: 31) <!--[if !supportLists]-->3. <!--[endif]-->Orang yang menyalahi Sunnah akan mendapatkan siksa. (Al-Anfal: 13, Al-Mujadilah: 5, An-Nisa: 115). <!--[if !supportLists]-->4. <!--[endif]-->Berhukum terhadap Sunnah adalah tanda orang yang beriman. (An-Nisa: 65). Alasan lain mengapa umat Islam berpegang pada hadits karena selain memang di perintahkan oleh Al-Quran, juga untuk memudahkan dalam menentukan (menghukumi) suatu perkara yang tidak dibicarakan secara rinci atau sama sekali tidak dibicarakan di dalam Al Quran sebagai sumber hukum utama. Apabila Sunnah tidak berfungsi sebagai sumber hukum, maka kaum

Muslimin akan mendapatkan kesulitan-kesulitan dalam berbagai hal, seperti tata cara shalat, kadar dan ketentuan zakat, cara haji dan lain sebagainya. Sebab ayatayat Al-Quran dalam hal ini tersebut hanya berbicara secara global dan umum, dan yang menjelaskan secara terperinci justru Sunnah Rasulullah. Selain itu juga akan mendapatkan kesukaran-kesukaran dalam hal menafsirkan ayat-ayat yang musytarak (multi makna), muhtamal (mengandung makna alternatif) dan sebagainya yang mau tidak mau memerlukan Sunnah untuk menjelaskannya. Dan apabila penafsiran-penafsiran tersebut hanya didasarkan kepada pertimbangan rasio (logika) sudah barang tentu akan melahirkan tafsiran-tafsiran yang sangat subyektif dan tidak dapat dipertanggungjawabkan. <!--[if !supportLists]-->B. <!--[endif]-->HUBUNGAN AL-HADITS/AS-SUNNAH DENGAN AL-QURAN Dalam hubungan dengan Al-Quran, maka As-Sunnah berfungsi sebagai penafsir, pensyarah, dan penjelas daripada ayat-ayat tertentu. Apabila disimpulkan tentang fungsi As-Sunnah dalam hubungan dengan Al-Quran itu adalah sebagai berikut : 1. Bayan Tafsir, yaitu menerangkan ayat-ayat yang sangat umum, mujmal dan musytarak. Seperti hadits : Shallu kamaa ro-aitumuni ushalli (Shalatlah kamu sebagaimana kamu melihatku shalat) adalah merupakan tafsiran daripada ayat Al-Quran yang umum, yaitu : Aqimush-shalah (Kerjakan shalat). Demikian pula hadits: Khudzu anni manasikakum (Ambillah dariku perbuatan hajiku) adalah tafsir dari ayat Al-Quran Waatimmulhajja ( Dan sempurnakanlah hajimu ). 1. Bayan Taqrir, yaitu As-Sunnah berfungsi untuk memperkokoh dan memperkuat pernyataan

Al-Quran. Seperti hadits yang berbunyi: Shoumu liruyatihiwafthiru liruyatihi (Berpuasalah karena melihat bulan dan berbukalah karena melihatnya) adalah memperkokoh ayat Al-Quran dalam surat Al-Baqarah : 185. 1. Bayan Taudhih, yaitu menerangkan maksud dan tujuan sesuatu ayat Al-Quran, seperti pernyataan Nabi : Allah tidak mewajibkan zakat melainkan supaya menjadi baik harta-hartamu yang sudah dizakati, adalah taudhih (penjelasan) terhadap ayat Al-Quran dalam surat at-Taubah: 34, yang artinya sebagai berikut : Dan orang-orang yang menyimpan mas dan perak kemudian tidak membelanjakannya dijalan Allah maka gembirakanlah mereka dengan azab yang pedih. Pada waktu ayat ini turun banyak para sahabat yang merasa berat untuk melaksanakan perintah ini, maka mereka bertanya kepada Nabi yang kemudian dijawab dengan hadits tersebut. <!--[if !supportLists]-->C. <!--[endif]-->DAPATKAH AS-SUNNAH BERDIRI SENDIRI DALAM MENENTUKAN HUKUM Dalam pembicaraan hubungan As-Sunnah dengan Al-Quran telah disinggung tentang bayan tasyri, yaitu hadits adakalanya menentukan suatu peraturan/hukum atas suatu persoalan yang tidak disinggung sama sekali oleh AlQuran. Walaupun demikian para Ulama telah berselisih paham terhadap hal ini. Kelompok yang menyetujui mendasarkan pendapatnya pada ishmah (keterpeliharaan Nabi dari dosa dan kesalahan, khususnya dalam bidang syariat) apalagi sekian banyak ayat yang menunjukkan adanya wewenang kemandirian Nabi saw. untuk ditaati. Kelompok yang menolaknya berpendapat bahwa sumber hukum hanya Allah, Inn al-hukm illa lillah, sehingga Rasul pun harus merujuk kepada Allah SWT (dalam hal ini Al-Quran), ketika hendak menetapkan hukum. Kalau persoalannya hanya terbatas seperti apa yang dikemukakan di atas,

maka jalan keluarnya mungkin tidak terlalu sulit, apabila fungsi Al-Sunnah terhadap Al-Quran didefinisikan sebagai bayan murad Allah (penjelasan tentang maksud Allah) sehingga apakah ia merupakan penjelasan penguat, atau rinci, pembatas dan bahkan maupun tambahan, kesemuanya bersumber dari Allah SWT. Sebenarnya dengan kedudukan Nabi sebagai Rasul pun sudah cukup menjadi jaminan (sesuai dengan fungsinya sebagai tasyri) adalah harus menjadi pedoman bagi umatnya, dan seterusnya. Tetapi mereka yang keberatan, beralasan antara lain: Bahwa fungsi Sunnah itu tidak lepas dari tabyin atas apa yang dinyatakan Al-Quran sebagaimana penegasan Allah: keterangan-keterangan (mukjizat) dan kitab-kitab. dan Kami turunkan kepadamu Al Quran, agar kamu menerangkan pada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka (An-Nahl: 44) Maka apa saja yang diungkap Sunnah sudah ada penjelasannya dalam AlQuran meski secara umum sekalipun. Sebab Al-Quran sendiri menegaskan Tiadalah Kami alpakan sesuatupun dalam Al-Kitab ini (Al-Anam : 38) Sebenarnya kedua pendapat itu tidak mempunyai perbedaan yang pokok. Walaupun titik tolak berpikirnya berbeda, tetapi kesimpulannya adalah sama. Yang diperdebatkan keduanya adalah soal adanya hadits yang berdiri sendiri. Apakah betul-betul ada atau hanya karena menganggap Al-Quran tidak membahasnya, padahal sebenarnya membahas. Seperti dalam soal haramnya kawin karena sesusuan, menurut pihak pertama adalah karena ditetapkan oleh Sunnah yang berdiri sendiri, tetapi ketetapan itu adalah sebagai tabyin/tafsir daripada ayat Al-Quran yang membahasnya secara umum dan tidak jelas. Mereka sama-sama mengakui tentang adanya sesuatu tersebut tetapi mereka berbeda pendapat tentang

apakah Al-Quran pernah menyinggungnya atau tidak (hanya ditetapkan oleh Sunnah saja) Dalam kasus-kasus persoalan lain sebenarnya masih banyak hal-hal yang ditetapkan oleh Sunnah saja, yang barangkali sangat sulit untuk kita cari ayat AlQuran yang membahasnya, walaupun secara umum dan global. Oleh karena itulah kita cenderung untuk berpendapat sama dengan pihak yang pertama. <!--[if !supportLists]-->D. <!--[endif]-->APAKAH SEMUA PERBUATAN NABI MUHAMMAD SAW DAPAT BERFUNGSI SEBAGAI SUMBER HUKUM, YANG HARUS DIIKUTI OLEH SETIAP MUSLIM? Pada dasarnya seorang Nabi punya peran sebagai panutan bagi umatnya. Sehingga umatnya wajib menjadikan diri seorang Nabi sebagai suri tauladan dalam hidupnya. Namun perlu juga diketahui bahwa tidak semua perbuatan Nabi menjadi ajaran yang wajib untuk diikuti. Memang betul bahwa para prinsipnya perbuatan Nabi itu harus dijadikan tuntunan dan panutan dalam kehidupan. Akan tetapi kalau kita sudah sampai detail masalah, ternyata tetap ada yang menjadi wilayah khushushiyah beliau. Ada beberapa amal yang boleh dikerjakan oleh Nabi tetapi haram bagi umatnya. Di sisi lain ada amal yang wajib bagi Nabi tapi bagi umatnya hanya menjadi Sunnah. Lalu ada juga yang haram dikerjakan oleh Nabi tetapi justru boleh bagi umatnya. Hal ini bisa kita telaah lebih lanjut dalam beberapa uraian berikut ini: <!--[if !supportLists]-->1. <!--[endif]-->Boleh bagi Nabi, haram bagi umatnya Ada beberapa perbuatan hanya boleh dikerjakan oleh Rasulullah SAW, sebagai sebuah pengecualian. Namun bagi kita sebagai umatnya justru haram hukumnya bila dikerjakan. Contohnya antara lain:

<!--[if !supportLists]--><!--[endif]-->Berpuasa Wishal Puasa wishal adalah puasa yang tidak berbuka saat Maghrib, hingga puasa itu bersambung terus sampai esok harinya. Nabi Muhammad SAW berpuasa wishal dan hukumnya boleh bagi beliau, sementara umatnya justru haram bila melakukannya. <!--[if !supportLists]--><!--[endif]-->Boleh beristri lebih dari empat wanita Contoh lainnya adalah masalah kebolehan poligami lebih dari 4 isteri dalam waktu yang bersamaan. Kebolehan ini hanya berlaku bagi Rasulullah SAW seorang, sedangkan umatnya justru diharamkan bila melakukannya. <!--[if !supportLists]-->2. <!--[endif]-->Yang wajib bagi Nabi, Sunnah bagi ummatnya Sedangkan dari sisi kewajiban, ada beberapa amal yang hukumnya wajib dikerjakan oleh Rasulullah SAW, namun hukumnya hanya Sunnah bagi umatnya. <!--[if !supportLists]--><!--[endif]-->Shalat Dhuha Shalat dhuha yang hukumnya Sunnah bagi kita, namun bagi Nabi hukumnya wajib. <!--[if !supportLists]--><!--[endif]-->Qiyamullail Demikian juga dengan shalat malam (qiyamullaih) dan dua rakaat fajar. Hukumnya Sunnah bagi kita tapi wajib bagi Rasulullah SAW. <!--[if !supportLists]--><!--[endif]-->Bersiwak

Selain itu juga ada kewajiban bagi beliau untuk bersiwak, padahal bagi umatnya hukumnya hanya Sunnah saja. <!--[if !supportLists]--><!--[endif]-->Bermusyawarah Hukumnya wajib bagi Nabi SAW namun Sunnah bagi umatnya <!--[if !supportLists]--><!--[endif]-->Menyembelih kurban (udhhiyah) Hukumnya wajib bagi Nabi SAW namun Sunnah bagi umatnya. <!--[if !supportLists]-->3. <!--[endif]-->Yang haram bagi Nabi tapi boleh bagi ummatnya <!--[if !supportLists]--><!--[endif]-->Menerima harta zakat Semiskin apapun seorang Nabi, namun beliau diharamkan menerima harta zakat. Demikian juga hal yang sama berlaku bagi keluarga beliau (ahlul bait). <!--[if !supportLists]--><!--[endif]-->Makan makanan yang berbau Segala jenis makanan yang berbau kurang sedang hukumnya haram bagi beliau, seperti bawang dan sejenisnya. Hal itu karena menyebabkan tidak mau datangnya malakat kepadanya untuk membawa wahyu. Sedangkan bagi umatnya, hukumnya halal, setidaknya hukumnya makruh. Maka jengkol, petai dan makanan sejenisnya, masih halal dan tidak berdosa bila dimakan oleh umat Muhammad SAW. <!--[if !supportLists]--><!--[endif]-->Haram menikahi wanita ahlulkitab Karena isteri Nabi berarti umahat muslim, ibunda orang-orang muslim.

Kalau isteri Nabi beragam nasrani atau yahudi, maka bagaimana mungkin bisa terjadi. Sedangkan bagi umatnya dihalalkan menikahi wanita ahli kitab, sebagaimana telah dihalalkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran surat AlMaidah ayat 3. Selain hal-hal yang diuraikan di atas, perbuatan-perbuatan Nabi Muhammad sebelum kerasulan bukan merupakan sumber hukum dan tidak wajib diikuti. Walaupun oleh sejarah dicatat bahwa perbuatan dan perkataan Nabi selalu terpuji dan benar, sehingga beliau mendapatkan gelar Al-Amin. Akan tetapi kehiupannya waktu itu bisa dijadikan sebagai suatu contoh yang sangat baik bagi kehidupan setiap setiap muslim. Sebagaimana bolehnya kita mengambil contoh atas perbuatan-perbuatan yang baik walaupun dari orang luar Islam sekalipun. Semua contoh di atas merupakan hasil istimbath hukum para ulama dengan cara memeriksa semua dalil baik yang ada di dalam Al-Quran maupun yang ada di dalam Sunnah Nabi SAW. KESIMPULAN Dari semua yang telah diuraikan sebelumnya telah, dapat diambil beberapa kesimpulan pokok sebagai berikut: <!--[if !supportLists]-->1. <!--[endif]-->Secara bahasa, hadits dapat berarti baru, dekat dan khabar (cerita). Sedangkan menurut istilah, hadits berarti segala perkataan, perbuatan dan taqrir atau persetujuan yang disandarkan pada Nabi Muhammad SAW (aqwal, afal wa taqrir). <!--[if !supportLists]-->2. <!--[endif]-->Peran dan kedudukan Hadits adalah sebagai tabyin atau penjelas dari Al-Quran dan juga menjadi sumber hukum

sekunder/kedua_setelah Al-Quran. <!--[if !supportLists]-->4. <!--[endif]-->Dalam hubungannya dengan Al-Quran, AsSunnah memiliki beberapa fungsi seperti; bayan tafsir yang menerangkan ayatayat yang sangat umum, mujmal dan musytarak; Bayan Taqrir, berfungsi untuk memperkokoh dan memperkuat pernyataan Al-Quran, dan; Bayan Taudhih, yaitu menerangkan maksud dan tujuan sesuatu ayat Al-Quran <!--[if !supportLists]-->3. <!--[endif]-->Dalam beberapa kasus, As-Sunnah dapat saja berdiri sendiri dalam menentukan hukum, hal ini didasarkan pada keterpeliharaan Nabi dari dosa dan kesalahan, khususnya dalam bidang syariat. Dan hal ini terbatas pada suatu perkara yang Al-Quran tidak menyinggungnya sama sekali, atau sulit ditemui dalil-dalilnya dalam Al-Quran. Tidak semua perbuatan Nabi Muhammad merupakan sumber hukum yang harus diikuti oleh umatnya, seperti perbuatan dan perkataannya pada masa sebelum kerasulannya.

Istilah Di Dalam Hadith


Home
AL-QURAN PERSOALAN

| HADIS | BAHR AL-MAADZI | SEJARAH | TOKOH ISLAM | TAZKIRAH | | ALBUM | PERBINCANGAN | FAIL | NASYID | LINK

Di antara istilah-istilah yang digunakan itu ialah: 1. 2. Sanad: iaitu jalan yang menyampaikan kepada hadith.

Isnad: iaitu menyebutkan hadith itu kepada orang yang mengatakannya. Sanad dan isnad hampir sama ertinya; keduanya adalah penting untuk menentukan nilaian hadith. 'Abdullah bin Mubarak berkata: "Isnad adalah dari urusan agama, dan kalaulah tidak kerana isnad, nescaya berkatalah orang yang mau apa yang ia mau berkata." 3. Musannid: iaitu orang yang meriwayatkan hadith dengan isnadnya. 4 Musnad: iaitu kitab yang dikumpulkan hadith di dalamnya, yang diriwayatkan dari seorang sahabat atau lebih. 5. Matan: iaitu hadith nabi (s.a.w) yang di akhir sanad. 6. Riwayat: iaitu memindahkan hadith dari seorang kepada seorang yang lain, dan orang yang memindahkan disebut rawi. 7. Istikhraj dan Ikhraj: iaitu mengambil sesuatu hadith dari sesuatu kitab, dan mencari sanad yang lain dari sanad penyusun kitab itu, atau menerangkan bahawa hadith itu dipindahkan oleh penyusun dari kitab yang lain; umpamanya dikatakan: Akhrajah Al-Bukhari, ertinya: mengeluarkan hadith itu oleh Imam Bukhari; maksudnya ada disebut di dalam Bukhari dan ia memindahkannya ke dalam kitabnya. 8. Muhaddis: iaitu orang yang banyak menghafaz hadith serta mengetahui sifat-sifat orang yang meriwayatkan tentang 'adil dan kecacatannya. Hafiz: iaitu orang yang menghafaz sebanyak 100,000 hadith dengan isnadnya.

9.

10. Hujjah: iaitu orang yang menghafaz sebanyak 300,000 hadith dengan isnadnya. 11. Hakim: iaitu orang yang meliputi 'ilmunya dengan urusannya hadith.

Pandangan seorang ustaz

Sunnah mempunyai kedudukan yang utama dalam Islam apabila ianya merupakan sumber rujukan kedua dan terpenting selepas Al-Quran al-karim. Oleh yang demikian kefahaman mengenai sunnah adalah sangat mustahak untuk diketahui oleh umat Islam kerana kesilapan dalam memahami sunnah akan banyak menimbulkan masalah dan menghasilkan kesalahan di dalam beramal menurut apa yang dikehendaki oleh Islam. Ramai orang Islam hari ini kerap menyandarkan sesuatu perbuatan sebagai sunnah dan ada pula kelompok umat Islam yang menamakan diri mereka sebagai ahlul sunnah dan menyalahkan orang lain yang mempunyai pemikiran dan pendapat yang berlawanan dengan mereka. Apakah pendapat sunnah di dalam sesuatu masalah ? Bagaimana kita boleh mengetahui apakah kehendak sunnah di dalam sesuatu hal ? Apakah sunnah mempunyai suara untuk bercakap dan mengatakan kepada orang ramai ini pendapatku dan sesiapa yang menyelisihinya ialah bidah dan menyalahi ku ! Jawapannya tidak, yang bercakap itu bukan sunnah atau hadis Muhammad salalallahualaihiwassalam. Pemilik sunnah iaitu Muhammad Salalallahualaihiwassalam sudah lama meninggal dunia dan setelah baginda wafat maka sunnah itu diwariskan kepada para sahabat radiallahuanhum (semoga Allah meredhai mereka) dan sunnah itu kemudian diperturunkan kepada anak-anak mereka sehinggalah akhirnya ia dibukukan dan disimpan di dalam naskah-naskah tulisan para ulama hadis di dalam kitab-kitab hadis mereka. Sunnah ialah hadis-hadis yang berupa perbuatan, percakapan, sifat dan perihal Nabi serta apa-apa yang datang daripada nabi salallahualaihiwassalam.

Sunnah tidak boleh bercakap untuk memberitahu kehendaknya Sunnah kekal sehingga ke hari ini di dalam naskah-naskah buku para ulama hadis yang gigih mengumpulkannya. Namun kewujudan sunnah tidak lebih daripada sekadar tulisan-tulisan bahasa arab yang memerlukan kepada seorang fakih, seorang ulama, seorang yang alim dengan ilmu-ilmu islam untuk membacanya, untuk memahaminya, untuk mengajarkannya kepada orang ramai, untuk mengeluarkan hukum-hukum yang terdapat di dalamnya. Seorang manusia yang boleh bercakap diperlukan untuk menjelaskan maksud sunnah, ajaran sunnah dan panduan daripada sunnah. Seorang manusia diketahui melakukan kesilapan, memiliki pengetahuan yang terhad, terdedah kepada penafsiran yang berbeza, kefahaman yang berbeza, pendapat yang berbeza dan seorang manusia itu sentiasa tertakluk kepada suatu prinsip alam iaitu akan ada sentiasa orang yang lebih alim daripadanya. Oleh itu apabila seseorang mengeluarkan sebuah hukum daripada As-sunnah yakni hadis-hadis nabi salallahualaihiwassalam maka kita perlu menyedari bahawa orang yang bercakap mengatakan hukum ini adalah sebegini dan sebegitu adalah seorang manusia dan bukan hadis itu yang bercakap. Hukum yang terhasil daripada As-sunnah atau pendapat yang dibina daripada assunnah yakni hadis-hadis nabi salallahualaihiwassalam ialah dikeluarkan oleh manusia dan seseorang manusia itu tidak boleh mendakwa tafsirannya itu atau pendapatnya itu yang disandarkan kepada hadis sebagai menduduki status sunnah yang wajib ditaati dan diikut oleh orang ramai selama hal tersebut belum menjadi ijmak para ulama dan ianya belum mutlak. Banyak hadis yang tidak multak maksudnya kepada sesuatu hal sebaliknya hadis-hadis yang menjadi prinsip Islam sewajarnya mendokongi atau mempunyai persamaan dengan sifat Islam itu sendiri yang bersifat universal, untuk semua manusia, menjaga maslahat, sesuai dengan statusnya sebagai sunnah yang menjadi ikutan manusia.

Misalnya hadis berkenaan doa nabi untuk hidup sebagai seorang yang miskin,

Yang bermaksud : Ya Allah, hidupkanlah aku sebagai seorang yang miskin dan matikanlah aku sebagai seorang yang miskin dan himpunkanlah aku (selepas bangkit daripada mati) bersama dengan dengan golongan yang miskin di hari kiamat. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi dari jalan Anas bin Malik ra dan beliau mengatakan hadis ini gharib. Manakala Imam Ibn Majah pula turut meriwayatkan hadis ini dari jalan Abi Said Al-khudri tetapi ianya didhaifkan oleh ramai ulama. Bagi orang awam yang tidak memahami sunnah, mereka akan mudah terkeliru dengan dakwaan sesetengah pihak bahawa sunnah nabi itu ialah hidup dengan miskin. Ini ditambah lagi apabila ada orang kemudian membacakan hadis ;

Yang bermaksud : Aku melihat ke dalam syurga dan aku mendapati kebanyakkan penghuninya ialah orang yang fakir dan aku melihat di dalam api neraka dan aku mendapati kebanyakkan orang di dalamnya ialah perempuan. (hadis riwayat Bukhari dan Muslim serta lain-lain) Hakikatnya maksud hadis adalah tidak sama di antara satu sama lain dan sunnah Islam sama sekali bukanlah kehidupan yang misikin. Ini kerana di dalam hadis yang lain Nabi salalallahualaihiwassalam pernah menyebutkan bahawa kefakiran itu adalah ujian dan fitnah serta meminta perlindungan daripadanya.

Yang bermaksud : Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada kekufuran dan kefakiran. (hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Nasaie)

Baginda rasulullah meminta dijauhkan daripada kefakiran sama seperti baginda meminta dijauhkan daripada kekufuran. Ini diperjelaskan oleh para ulama bahawa yang dimaksudkan fakir di dalam hadis yang awal berkenaan galakan menjadi fakir itu sebenarnya bukanlah menunjukkan kepada galakan untuk menjadi miskin yang kurang harta serta melarat sehingga terpaksa meminta sedekah kerana Islam mencela perbuatan meminta-minta. Sebaliknya kefakiran itu merujuk kepada kezuhudan dan kerendahan diri serta tidak bongkak dan sombong. Hal inilah yang disebut oleh Al Imam Ibn Asir ra bahawa yang dikehendaki oleh hadis ialah tawadhuk dan kerendahan hati agar tidak menjadi sombong dan takabur. Ini diperkuatkan lagi oleh maksud Miskin yang disebut di dalam Lisan Al-Arab oleh Ibn Manzur bahawa Miskin itu bermaksud tunduk dan merendah diri. Banyak lagi hadis yang kita lihat tersebar di dalam masyarakat lalu menjadi dalil atau hujah sandaran kepada pihak tertentu bahawa hadis itu adalah menyokong pendapat mereka. Perbuatan Itu ialah sebuah penipuan dan kedustaan di atas nama as-sunnah. Ramai orang melakukannya apabila mereka berpendapat dengan sesuatu pendapat yang terhasil daripada kefahaman mereka sendiri terhadap hadis-hadis nabi lalu menyuruh orang ramai beriman dan menerima KEFAHAMAN mereka itu sebagai kehendak sunnah. Mereka membacakan firman Allah SWT Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. (Al-hasyr : 7) Mereka menyamakan pendapat mereka itu sebagai perkataan dan pendapat rasul serta beranggapan kefahaman mereka itu sebagai kefahaman yang dikehendaki oleh

Allah dan rasul sedangkan sangat jauh kefahaman mereka itu daripada prinsip Islam, sangat tersasar daripada keadilan dan rahmat lalu bagaimana ianya boleh menjadi assunnah ? Sangat dusta dan berat dakwaan ini dan balasan azab bagi mereka yang berdusta di atas nama rasulullah salallahualaihiwassalam adalah seperti yang disabdakan : Barangsiapa yang berdusta ke atas aku dengan sengaja maka siaplah tempatnya daripada api neraka. (hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Hadis dan as-sunnah tidak bercakap kerana mereka adalah tulisan yang kekal diwariskan sepanjang zaman. Sunnah tidak mempunyai mulut dan tidak boleh menjelaskan kehendak mereka sendiri tetapi mereka kaku dan menanti serta menunggu manusia untuk datang membaca mereka dan memahami kehendak mereka dengan ilmu dan hidayah daripada Allah SWT. Ilmu hasil daripada pengajian yang mendalam dan pengamatan yang teliti terhadap sunnah dan pengkajiannya sehingga memahami kehendak-kehendak sebenar sunnah dan hidayah daripada Allah SWT pula adalah lebih penting kerana persoalan kefahaman bukanlah boleh dimiliki dari hanya sekadar usaha sebaliknya dengan pertunjuk dan rezeki daripada Allah SWT semata-mata. Allah menganugerahkan al hikmah (kefahaman yang dalam tentang Al Quran dan As Sunnah) kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, dia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah). (Al-Baqarah : 269) Wujud sebuah hadis yang digunakan sebagai hujah oleh seorang ulama untuk mengatakan hukum sesuatu perbuatan sebagai haram dan hadis yang sama itu jugalah dijadikan hujah oleh seorang ulama yang lain untuk mengatakan ianya harus. Ada kalanya sebahagian ulama melihat sesuatu hadis itu mengandungi hukum dan sebahagian ulama yang lain pula memandang hadis tersebut tiada membawa hukum.

Sunnah dan hadis kekal tiada berat sebelah kepada mana-mana pihak kerana kedudukannya sebagai sumber rujukan yang suci dan mulia sepanjang zaman. Tetapi manusia sepanjang zaman mempergunakan sunnah, mendakwa sesuatu amalan itu sebagai sunnah, mengatakan hukum itu dan ini dengan bersandarkan kepada sunnah dan semua yang bercakap dan didengari oleh orang ramai tentang hukum itu dan hukum ini yang disandarkan kepada hadis atau sunnah adalah bukan dicakapkan sendiri oleh as-sunnah tetapi oleh manusia ! Hadis mesti difahami dengan Ilmu Para ulama memiliki alasan dan kebenaran untuk mengambil hukum dan mengeluarkan pendapat mereka daripada Al-Quran dan al-hadis yang mana perbuatan itulah yang dimaksudkan dengan al-ijtihad. Pendapat mereka itu boleh diikuti oleh orang awam bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT dan boleh diamalkan sebagai hujah kerana ijtihad tidaklah dibuat secara semberono sebaliknya oleh hasil ilmu dan penelitian yang kukuh. Namun perbuatan mewajibkan pendapat ulama dan tokoh tertentu kepada orang lain dan menanamkan kepercayaan bahawa pendapat tersebut sebagai Sunnah dan amalan yang dibuat menurut pendapat seseorang ulama terhadap hadis nabi salallahualaihiwassalam sebagai sunnah adalah salah. Kita melihat hal ini berleluasa dalam masyarakat apabila hadis berkenaan pakaian, dijadikan hujah pihak tertentu untuk mendakwa ianya sunnah. Kod etika tertentu diwujudkan atas pendapat manusia yang berdalilkan kepada hadis sedangkan Islam dan segala sifat-sifatnya yang mulia tidak dapat berjalan seiringan dengan hadis dan kefahaman orang tersebut. Misalnya kita melihat ramai anak-anak muda berpakaian sinting seluarnya agar tidak melabuhi buku lali. Apabila ditanya maka mereka menjawab bahawa perbuatan itu mencontohi ajaran nabi (yang mereka maksudkan sebagai sunnah) seperti di dalam hadis Abi Zar ra yang menyebut bahawa baginda bersabda :

Yang bermaksud : Tiga golongan orang yang Allah tidak akan bercakap-cakap dengan mereka. Allah tidak akan membersihkan mereka daripada dosa dan noda malah disiapkan untuk mereka dengan seksa yang sangat pedih. Baginda mengulang katakata itu sebanyak tiga kali. Lalu (kata Abu Zar) aku pun menambah, malang , kecewa dan rugilah mereka : Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?. Maka Beginda menjawab Al Mannan atau orang yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya, orang yang melariskan barang jualannya dengan sumpah (palsu) dan orang yang melabuhkan pakaiannya. (hadis diriwayatkan oleh Muslim) Manakala hadis yang lain berbunyi :

Yang bermaksud : Barangsiapa yang melabuhkan pakaiannya melebihi buku lali maka dia di neraka. (hadis riwayat Bukhari) Kesemua hadis berkenaan Isbal ini (perbuatan melabuhkan pakaian melebihi buku lali) adalah bermaksud melarang orang daripada sombong dan perlakuan bongkak di dalam pemakaian. Manakala dalam hadis yang lain daripada Abdullah bin Umar ra bahawasanya Rasulullah salalalhualaihiwassalam pernah bersabda: "Barangsiapa yang melabuhkan pakaiannya karena sombong, maka Allah tidak akan melihatnya pada hari kiamat!" Abu Bakar pun bertanya, "Ya Rasulullah, kain sarungku sering terlondeh kecuali bila aku menjaganya!" (bermaksud pakaian beliau sering menjadi labuh kerana terlondeh) Rasulullah menjawab, "Engkau bukanlah termasuk orang yang melakukannya kerana sombong. (hadis riwayat Bukhari)

Para ulama seperti Imam Ibn Abd Bar menyebutkan bahawa perbuatan melabuhkan pakaian tanpa memiliki sifat sombong tidaklah diancam dengan neraka tetapi perbuatan melabuhkan pakaian itu adalah tercela. Demikian juga Al-Imam Ibn Hajar ketika mensyarahkan hadis berkenaan Isbal (melabuhkan pakaian melebihi buku lali) turut menjelaskan bahawa hukumnya tidaklah haram jika melakukannya tanpa kesombongan. Salah satu daripada sifat Islam itu berbentuk alamiyah yakni universal, ajaran isbal ini sebenarnya dibawa oleh hadis bagi bertujuan menunjukkan adab pakaian dalam Islam yang perlu dijaga daripada sifat buruk dan tercela seperti sombong. Penetapan had pakaian seperti menyingkap/singkatkan pakaian bagi lelaki sehingga tidak melabuhi separuh betis seperti sangkaan orang ramai bahawa ianya sunnah adalah menyalahi syarak dan akal manusia yang waras. Ini disebabkan kerana faktor yang pelbagai dan amalan sedemikian mustahil dikehendaki oleh Allah SWT dan hadis nabi salallahualaihiwassalam melainkan mereka yang jahil akan ilmu-ilmu Islam. Penduduk Islam yang tinggal di negara-negara Eropah yang sejuk dengan suhu 17-20 darjah Celsius atau sehingga ke paras negatif pada waktu-waktu musim sejuk adalah sukar untuk mengamalkan sunnah yang didakwa oleh sesetengah orang ini dan sekaligus membunuh sifat Islam itu sendiri yang merupakan alamiyah (universal) bukan hanya terhad kepada kebangsaan dan geografi arab. Berkait hal ini Al-Imam Bukhari telah meletakkan sebuah ayat Allah daripada surah AlAraaf ayat 32 di dalam Kitab hadis sahihnya pada bab pakaian. Katakanlah: "Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan (siapa pulakah yang mengharamkan) rezeki yang baik?" Katakanlah: "Semuanya itu (disediakan) bagi orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia, khusus (untuk mereka saja) di hari kiamat." Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi orang-orang yang mengetahui (Al-Araaf : 32)

Kesimpulannya ramai orang sering menyalah anggap maksud sunnah dengan kekeliruan lantaran penafsiran yang salah oleh para guru dan ustaz yang tidak mencapai darjat yang kukuh dalam ilmu. Hal semacam ini suatu kesedihan apabila kita melihat para ulama dan imam-imam terdahulu tidak dipelajari ilmu mereka dan tidak diteladani akan ketaqwaan dan kesolehan mereka. Ilmu tanpa taqwa adalah tidak bermakna dan tidak bermanfaat kerana matamat ilmu seharusnya membawa manusia dekat kepada Allah SWT bukan menjauhkan dan menambah kedegilan atau keras di hati. Kita melihat ramai anak-anak muda melangkaui para ulama terdahulu dari kaum salaf dengan kata-kata dan tuduhan yang begitu mudah. Ramai anak muda dan para ustaz yang mendakwa sebagai ahli sunnah menganggap bahawa para Imam-imam terdahulu boleh tersalah, terkeliru dan berpendapat bahawa apabila seseorang imam itu semisal Imam Syafie, Malik dan Abu Hanifah mengatakan sesuatu yang bercanggah dengan hadis maka hendaklah ditinggalkan pendapatnya. Kata-kata ini benar diungkapkan oleh mereka, seperti kata "Jika sahih sesuatu hadis maka itulah mazhabku (peganganku)" seperti yang pernah diungkapkan oleh Imam Syafie rahimahullah. (Sila rujuk Imam An-Nawawi dalam kitabnya Al-Majmuk). Namun para ulama dan imam-imam salaf jauh sekali memahami hadis dan menerima hadis seperti kita memahami sesebuah hadis. Kesahihan sanad dan status sesebuah hadis hanyalah membolehkan ianya diterima sebagai benar datang daripada nabi salallahaulaihiwassalam. Manakala untuk mengeluarkan hukum dan menetapkan apakah kehendak hadis tersebut maka sebuah ilmu yang lain dan berbeza diperlukan dan ianya lebih dari sekadar ilmu hadis. Apakah para imam tidak mengetahui hadis tersebut jika kita yang menyelongkarnya seharian sahaja sudah menemuinya ? Hadis tidak dibaca secara zahir begitu sahaja Mereka para imam umat Islam yang mengabdikan diri sepanjang hayat mengkaji dan

mendalami ilmu islam serta menyusun prinsip-prinsip syarak sering melalui hadis-hadis tertentu namun tidak menetapkannya sebagai memiliki keperluan hukum sehingga tidak beristinbat dengannya atau mengeluarkan hukum. Oleh itu apabila hadis yang sama ditemui oleh orang yang terkemudian daripada mereka hendaklah dilihat apakah komen dan ulasan para imam yang terdahulu. Ini diperlukan bagi mengelak ramainya orang yang melakukan kesilapan dalam berhujah menggunakan hadis dengan cara dan kaedah yang salah. Itulah yang berlaku pada hari ini apabila orang ramai difatwakan untuk menuruti pemikiran segolongan manusia yang ingin memonopoli nama sunnah dan mahu menjadi jurucakap kepada as-sunnah. Sedang sunnah tidak mengakuinya, sunnah tidak pernah bias kepada sesiapa.

Anda mungkin juga menyukai