Anda di halaman 1dari 12

(E-ISSN: 2289-3954)

JOURNAL AL-MUQADDIMAH
URL: http://e-journal.um.edu.my/jurnal al-Muqaddimah
Volume 3(3), Disember, 2015
Department of Islamic History and Civilisation, APIUM
Page 1-12
_____________________________________________________________________________________________

IBNU ABBAS DAN KETOKOHONNYA


DALAM PENDIDIKAN ISLAM
Ku Muhamad Asmadi Bin Ku Mohd Saad*
Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid**
E-mail: faisal@um.edu.my.

*Calon PhD Usuluddin di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam.


**Pensyarah Kanan merangkap Ketua Jabatan di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam.

Abstract
This article discusses the historical material available in the world of Islamic education as a
reference medium for students, teachers and the community in general. This article will focus on
the writing of the history of Islamic education that are listed in the generation of companions,
especially during the time of Ibn Abbas RA. Writing this study using a library of history and
makes Ibn Abbas RA as a subject of study and finally, when all necessary data is collected and
processed data and analysis done. The conclusion to be drawn from this article is Ibn Abbas RA
is an Islamic leader who contributed immensely in education.
Keywords : Ibn Abbas, character and Islamic Education

Pendahuluan
Dalam lipatan sejarah dunia, perkembangan sesebuah bangsa dan juga tamadun dikatakan
bermula dengan kehidupan masyarakatnya yang berilmu. Jika masyarakat sesebuah bangsa itu
berilmu pengetahuan maka secara dinamisnya bangsa, tamadun, dan juga negaranya akan
berkembang dengan hebat dan maju. Ini dapat dilihat di dalam sejarah perkembangan tamadun
dunia dan juga di Asia seperti tamadun bangsa China, tamadun bangsa India dan juga tamadun
bangsa Yunani Greek. Kita boleh melihat begitu ramai tokoh hebat yang muncul daripada
pelbagai bidang kehidupan seperti bidang sains perubatan, sains sosial, dan juga pendidikan.
Mereka muncul di persada dunia dengan pujian, menjadi terkemuka dan diberi sanjungan serta
pengiktirafan tinggi kepada mereka. Setiap tamadun daripada bangsa ini telah melahirkan tokoh
hebat yang memberi banyak sumbangan kepada dunia.
Tamadun bangsa Yunani Greek telah melahirkan tokoh- tokoh yang banyak memberi sumbangan
dalam dunia ilmu pengetahuan seperti Phytogoras,1 Socrates,2 Plato3 dan sebagainya. Begitu juga

Phytagoras lahir pada tahun 570 SM, di pulau Samos, di daerah Ionia. Pythagoras (496M-582M, adalah seorang
ahli matematik, ahli falsafah dan memberi sumbangan dalam pendidikan Yunani yang terkenal. Beliau memberikan
sumbangan yang penting terhadap falsafah, keagamaan dan ilmu pendidikan pada akhir abad ke-6 M.
1

IBNU ABBAS DAN KETOKOHONNYA


DALAM PENDIDIKAN ISLAM

tamadun bangsa India, mereka juga telah melahirkan ramai ilmuwan dan tokoh hebat seperti
Rabindranath Tagore,4 Sayyid Ahmad Khan5 dan juga Mahatma Gandhi6. Kita juga pasti pernah
mendengar nama tokoh- tokoh hebat yang telah menyumbangkan ilmu pengetahuan terutama
dalam dunia pendidikan seperti John Locke7, Jean Jacques Rousseau,8 Maria Montessori9 dan
sebagainya. Hasil daripada pemikiran mereka ini maka lahirlah teori- teori dalam pendidikan
yang dapat diaplikasikan oleh masyarakat dan juga institusi pendidikan.
Tamadun Islam juga mempunyai sumbangan kecemerlangan dalam ilmu pengetahuan dan juga
pendidikan. Sejarah merakamkan bahawa tamadun Islam berkembang dengan ilmu pengetahuan
yang dicetuskan oleh gerakan reformasi ilmu oleh baginda Nabi Muhammad SAW.10 Sejarah
telah merakamkan bahawa Mekah dan Madinah adalah dua buah tempat yang pada peringkat
awalnya menjadi asas kepada kemunculan agama Islam. Mekah al- Mukarramah11 dan Madinah
al- Munawwarah12 kemudiannya menjadi tempat asas bermulanya interprestasi ilmu, dakwah dan

Socrates adalah termasuk salah seorang daripada ilmuan kelahiran Yunani. Menurut beberapa sumber, Socrates
dilahirkan di kota Athena, Yunani, pada tahun 470M. (tetapi sumber lain menyebutkan bahawa Socrates lahir pada
tahun 469 M., bahkan ada juga yang menyebut 471M.), dan meninggal pada tahun 399M.
3
Plato lahir sekitar tahun 347M dan meninggal sekitar tahun 427M. Beliau adalah seorang ahli falsafah dan
matematik Yunani. Beliau adalah murid kepada Socrates dan banyak menyumbang dalam ilmu pendidikan.
4
Rabindranath Tagore, Jorasanko, Kolkata. Dilahirkan pada 7 Mei tahun 1861 7 Ogos 1941M. Beliau juga
dikenali dengan nama Gurudev, merupakan seorang penyair, penulis drama, ahli falsafah, seniman, pemuzik,
sasterawan dan juga menyumbang dalam ilmu pendidikan yang berbangsa Bengali. Beliau dilahirkan dalam sebuah
keluarga Brahmana Bengali, iaitu Brahmana yang tinggal di wilayah Benggali, di daerah benua India antara India
dan Bangladesh. Tagore merupakan orang Asia pertama yang mendapat hadiah Nobel dalam bidang sastera pada
tahun 1913M. Tagore mula menulis puisi sejak berusia 8 tahun, dengan memakai nama samaran Bhanushingho
(Singa Matahari) untuk penerbitan karya puisinya yang pertama pada tahun 1877M, dan menulis cerita pendek
pertamanya pada usia 16 tahun. Dia memulakan pendidikan asas di rumah (Home Schooling), dan tinggal di
Shilaidaha.,
5
Sayid Ahmad Khan lahir di Delhi pada tahun 1817M(1233 H). Ayahnya bernama Sir Muttaqi Khan dan dikatakan
mereka berasal daripada keturunan Nabi Muhammad SAW. Beliau juga banyak menyumbang idea dalam ilmu
pendidikan
di
India.
http://fafaunieniey.blogspot.com/2013/06/tunjukkan-bukti-yang-jelas-sayyidahmad.html/12/6/2014.
66
Mohandas Karamchand Gandhi(2 Oktober, 1869 - 30 Januari, 1948M) juga dipanggil Mahatma Gandhi (bahasa
Sanskrit: "berjiwa hebat") adalah seorang tokoh pemimpin India yang dikagumi, tokoh politik dan tokoh pendidikan
tersohor dari India.
7
John Locke (lahir pada 29 Ogos 1632M meninggal dunia pada 28 Oktober 1704M pada umur 72 tahun). Beliau
adalah seorang ahli falsafah Inggeris yang menjadi salah seorang tokoh utama dalam pendidikan.
8
Jean Jacques Rousseau (lahir di Geneva, Swiss, iaitu pada 28 Jun 1712M. Beliau meninggal di Ermenonville, Oise,
Peranchis pada 2 Julai 1778M pada umur 66 tahun). Beliau adalah seorang tokoh besar dalam pendidikan.
9
Maria Montessori (31 Ogos 1870 6 Mei, 1952M) merupakan seorang pendidik berbangsa Itali. Beliau juga
merupakan pendidik awal kanak-kanak . Beliau telah dilahrikan di Chiaravalle (Ancona), Itali. Maria Montessori
meninggal di Belanda pada tahun 1952M, selepas mengabdikan diri sepanjang hayat untuk belajar mengenai
perkembangan kanak-kanak.
10
Muhammad bin Abdullah (570M-8 Jun 632M), adalah merupakan nabi dan juga rasul terakhir bagi umat Islam.
Baginda lebih dikenali sebagai Nabi Muhammad SAW. Baginda juga adalah pemimpin yang
menyatukan Semenanjung Arab kepada satu tatanegara di bawah pemerintahan Islam. Nabi Muhammad SAW
adalah penyambung keimanan monoteistik iaitu ajaran nabi- nabi terdahulu yang dibawa oleh Nabi Adam, Nuh,
Ibrahim, Musa, Isa dan nabi- nabi yang lain untuk menyembah Allah SWT sebagai tuhan yang Maha Esa. Baginda
dilahirkan di Mekah dan berketurunan bangsa Arab Quraisy.
11
Mekah yang dimuliakan
12
Bandar yang bercahaya

(E-ISSN: 2289-3954)
JOURNAL AL-MUQADDIMAH
URL: http://e-journal.um.edu.my/jurnal al-Muqaddimah
Volume 3(3), Disember, 2015
Department of Islamic History and Civilisation, APIUM
Page 1-12
_____________________________________________________________________________________________

juga pendidikan Islam.13 Lebih tepat lagi bermulanya pusat transformasi ilmu, dakwah dan
pendidikan Islam ialah di pusat keilmuan Dar al- Arqam bin Abi al- Arqam al- Makhzumi.14
Imam al-Baghawi15 telah menyatakan bahawa al- Arqam bin Abi al- Arqam al-Makhzumi ini
adalah merupakan salah seorang sahabat utama baginda Rasulullah SAW. Beliau juga termasuk
bersama 40 orang sahabat utama yang telah menerima Islam, dakwah, pendidikan dan tarbiah
daripada baginda Nabi Muhammad SAW di rumahnya sendiri. Beliau juga telah terlibat di dalam
perang Badar dan juga perang Uhud.16 Tamadun Islam telah melahirkan ramai tokoh yang telah
memberi sumbangan dalam bidang pendidikan hasil daripada didikan yang diterima daripada
baginda Nabi Muhammad SAW. Nama-nama seperti Sayyidina Abu Bakar,17 Sayyidina Umar
al- Khattab,18 Sayyidina Uthman bin Affan,19 Sayyidina Ali,20 Sayyidina Muawiyah bin Abu
Suffian,21 Sayyidatina Aisyah binti Abu Bakar al- Siddiq,22 Sayyidina Abdullah bin Rawahah,23
13

Abdullah Muhammad Salqini, Hibru al-Ummah Abdullah bin Abbas Wa Madrasatuhu Fi al-Tafsir Bi Makkah alMukarramah, Dar al-Salam, Kaherah, c. 1, 1986, h. 75.
14
Abu Abdillah al-Arqam bin Abi al-Arqam Abdu Manaf bin Asad bin Abdullah bin Umar bin Makhzum ataupun
gelarannya adalah Aba Abdullah, adalah tergolong di kalangan seorang sahabat utama baginda Nabi SAW. Beliau
juga adalah merupakan seorang pengusaha yang berpengaruh dari suku Makhzum dari kota Mekah. Dalam sejarah
Islam, dia adalah orang ketujuh dari al-Sabiqun al-Awwalun. Rumahnya berlokasi di bukit Safa dan di tempat inilah
para pengikut Nabi Muhammad SAW belajar tentang Islam. Sebelumnya rumah al-Arqam ini disebut Dar al-Arqam
(rumah al-Arqam) dan setelah dia memeluk Islam akhirnya disebut Dar al-Islam (Rumah Islam). Dari rumah inilah
asas-asas proses ilmu dan pendidikan bermula . Al-Arqam juga ikut berhijrah bersama dengan Nabi Muhammad
SAW ke Madinah.
15
Imam al-Baghawi atau nama penuhnya al-Imam, al-Hafiz, al-Faqih, al-Mujtahid, Muhyis Sunnah, Ruknuddin,
Abu Muhammad al-Husain bin Mas`ud bin Muhammad al-Farra' al-Baghawi al-Syafi`i rahimahullah adalah seorang
ulama besar bermazhab Syafi`i. Beliau adalah seorang ulama yang mengabdikan dirinya untuk kitab al-Quran yang
mulia dan as-Sunnah an-Nabawiyyah, dengan mempelajari, mengajar, menulis dan menyingkap perbendaharaan dan
rahsia - rahsia keduanya. Imam al-Baghawi RA dilahirkan pada tahun 433H dan wafat dalam bulan Syawal tahun
516H.
16
Abi al-Qasim Abdullah bin Muhammad bin Abdul Aziz al-Baghawi, Mujam al-Sahabah (Kuwait: Maktabah Dar
al-Bayan, 2000), 163.
17
Abu Bakar al-Siddiq ialah khalifah pertama dalam Islam iaitu dari tahun 632-634M. Beliau pada awalnya digelar
Abdul Kaabah (hamba Kaabah) tetapi selepas pengislamannya, beliau menukar namanya kepada Abdullah. Namun
beliau selalu digelar Abu Bakar (daripada perkataan Arab Bakar yang bermaksud unta muda) kerana beliau amat
gemar membiak unta. Beliau amat terkenal dengan gelaran al-Siddiq (yang membenarkan). Nama sebenar beliau
ialah Abdullah ibni Abi Qahafah. Sayyidina Abu Bakar al-Siddiq merupakan sahabat Nabi Muhammad SAW yang
paling rapat sekali dan jurai salasilahnya adalah termasuk dalam Bani Taim iaitu sub keturunan dari Arab Quraisy.
18
Umar bin al-Khattab bin Nafiel bin Abdul Uzza atau lebih dikenali dengan Umar bin al-Khattab adalah salah
seorang sahabat Nabi Muhammad SAW. Beliau juga adalah khalifah kedua Islam (634-644M). Umar juga
merupakan satu di antara empat orang Khalifah yang digolongkan sebagai Khalifah yang diberi petunjuk (Khulafa
al- Rasyidin).
19
Sayyidina Uthman dilahirkan di dalam sebuah keluarga Quraisy yang kaya di Mekah beberapa tahun selepas
kelahiran Nabi Muhammad SAW. Dia ialah salah seorang daripada orang yang pertama sekali memeluk Islam dan
amat dikenali kerana sifat dermawannya kepada orang yang susah. Sayyidina Uthman menjadi khalifah selepas
Sayyidina Umar al-Khattab dibunuh pada tahun 644M. Beliau memerintah selama dua belas tahun iaitu dari tahun
644 sehingga tahun 656M. Semasa pemerintahannya, keseluruhan Iran, sebahagian daripada Afrika Utara, dan
Cyprus menjadi sebahagian daripada empayar Islam.
20
Ali dilahirkan di Mekah, di daerah Hijaz, Jazirah Arab, pada 13 Rejab, Beliau meninggal dunia pada 21 Ramadan
40 H/661M). Beliau merupakan sahabat, sepupu dan menantu Nabi Muhammad SAW. Beliau juga adalah
merupakan khalifah Islam yang ke-4.
21
Muawiyah bin Abu Sufyan (602-680 M) ialah pengasas Kerajaan Bani Ummaiyyah. Muawiyah dilahirkan pada
tahun 602 Masihi di dalam suku kaum Bani Abdul al- Shams. Beliau juga merupakan sahabat terdekat Nabi SAW
3

IBNU ABBAS DAN KETOKOHONNYA


DALAM PENDIDIKAN ISLAM

Sayyidina Khalid bin al- Walid,24 Sayyidina Amru bin al-As25 dan juga Sayyidina Ibnu Abbas26
serta ramai lagi. Tokoh- tokoh ini telah mengharumkan tamadun Islam dan juga dunia apabila
telah menyumbangkan kepakaran, pemikiran dan ilmu mereka dalam pendidikan.
Sememangnya agama Islam yang diajarkan oleh baginda Nabi SAW amat mementingkan ilmu
dan juga pendidikan. Ini telah diperintahkan oleh Allah SWT di dalam al- Quran al- Karim.
Allah SWT berfirman dalam surah al-Alaq ayat 1-2, :







Ertinya: Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan.






Ertinya: Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam.27
Imam al-Tabari di dalam kitab mukhtasar tafsirnya, beliau telah mengupas tentang maksud ayat
ini dengan memberikan pandangan bahawa Allah telah memerintahkan Nabi Muhammad SAW
untuk membaca. Dan Allah SWT jugalah yang mengajar manusia dengan perantaraan tulisan dan
bacaan. Dan ini memberi erti kepada kita bahawa Islam amat memberi penekanan kepada ilmu
dan pendidikan.28 Maka nama- nama di atas adalah di antara sebahagian besar para sahabat
Rasulullah SAW yang telah berjaya di dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan, pentadbiran,
pengurusan, politik, ibadah dan pendidikan bertaraf dunia kelas pertama.

yang terlibat sebagai penulis wahyu. Muawiyah terkenal dengan usahanya mencantikkan Damsyik, ibu kota
Kerajaan Bani Ummaiyyah. Beliau juga pernah melakukan serangan ke atas Constantinople, ibu kota Byzantine
walaupun gagal menawan kota terbabit. Kebanyakan orang Islam memuji tindakan Muawiyah yang
mengembangkan empayar Islam dengan begitu luas sehingga mampu mengugat Constantinople.
22
Aisyah binti Abu Bakar (lahir 612 - meninggal dunia pada tahun 678M). Beliau adalah isteri ketiga Nabi
Muhammad SAW. Dalam sejarah Islam, sebagaimana isteri-isteri baginda yang lain beliau dikenali dengan Ummul
Mukminin. Beliau adalah isteri dan sahabat Nabi Muhammad SAW. Beliau adalah salah seorang yang pakar dalam
bidang hadis. Beliau banyak menyumbang ilmu dan kepakaran dalam agama Islam. Beliau adalah seorang tokoh
yang aktif dalam pelbagai bidang. Aisyah adalah ikon muslimah yang banyak menyumbang kepada pertumbuhan,
pembangunan, dan kefahaman Islam.
23
Abdullah bin Rawahah merupakan seorang pemuda golongan Ansar dari suku kaum Khazraj. Nama penuh beliau
adalah Abdullah bin Rawahah bin Tha'labah. Beliau memeluk Islam bersama dua belas orang penduduk Madinah
sebelum terjadinya peristiwa Hijrah dan atas jasanya juga, Islam lebih cepat tersebar di kawasan Madinah. Beliau
juga merupakan panglima perang yang ketiga selepas Zaid bin Harithah dan Jaafar bin Abi Talib yang dilantik
Rasulullah SAW. Beliau meninggal dunia semasa perang Mutah.
24
Khalid bin al-Walid atau Khalid ibni al-Walid (1 Julai 592- 1 Oktober 642M). Nama sebenarnya Khalid bin alWalid bin al-Mughirah. Khalid bin al-Walid berbangsa Arab keturunan Quraisy. Jasanya adalah menjadi panglima
perang yang mengalahkan Rom dan Parsi.
25
Amru Ibnu al-`As lahir pada tahun 585 6 Januari pada tahun 664M). Beliau merupakan panglima perang Islam,
sahabat Nabi SAW dan juga Gabenor Mesir. Beliau juga telah membina Masjid Amru bin al-Asr di Fustat dan masih
kekal sehingga kini.
26
Abdullah bin Abbas adalah seorang Sahabat Nabi, dan merupakan anak dari Abbas bin Abdul Mutalib, iaitu bapa
saudara dari Rasulullah SAW. Dikenali juga dengan nama lain iaitu Ibnu Abbas (619 - Thaif, 687M/68H). Ibnu
Abbas merupakan salah seorang sahabat yang berpengetahuan luas, dan banyak hadis sahih yang diriwayatkan
melalui Ibnu Abbas,
27
Surah al-Alaq, ayat 1-2.
28
Al-Ustaz Marwan Siwar, Mukhtasar Tafsir al-Tabari Bihamish al- Quran al- Karim Muzayyalan Bikitab Asbab alNuzul Li al-Naisaburi (Damsyik: Dar al-Fajr al-Islami, 1991), 598.

(E-ISSN: 2289-3954)
JOURNAL AL-MUQADDIMAH
URL: http://e-journal.um.edu.my/jurnal al-Muqaddimah
Volume 3(3), Disember, 2015
Department of Islamic History and Civilisation, APIUM
Page 1-12
_____________________________________________________________________________________________

Ibnu Abbas sebagai contohnya telah diberi gelaran sebagai al-Habru al-Ummah (dakwat umat )
yang memberi erti kepada kita bahawa beliau adalah seorang yang mempunyai banyak ilmu
ataupun seseorang yang menguasai pelbagai jenis ilmu. Beliau ini adalah anak didik baginda
Nabi Muhammad SAW. 29
Riwayat hidup Ibnu Abbas
Abdullah bin Abbas ataupun dikenali serta dipanggil juga namanya dengan panggilan Ibnu
Abbas adalah seorang sahabat besar Nabi Muhammad SAW.30 Namanya sering disebut-sebut di
kalangan generasi awal Islam, generasi sahabat dan tabiin, sehinggalah pada zaman sekarang ini.
Dan pasti nama besar dunia Islam ini akan sentiasa mekar dan harum mewangi sehinggalah hari
kiamat. Ulamak menyatakan bahawa Ibnu Abbas adalah seorang muslim semenjak daripada
kecil dilahirkan dan termasuk daripada ahli bait baginda Nabi SAW.31
Nama dan Nasab Keturunannya
Nama penuh beliau adalah Abu al- Abbas Abdullah bin al- Abbas bin Abdul Mutalib Shaybah
bin Hasyim bin Abd Manaf bin Qusay bin Qilab bin Murrah bin Kaab bin Luay bin Ghalib bin
Fihr al- Qurashi al- Hashimi al- Makki.32 Ayah beliau ialah al- Abbas bapa saudara baginda
Rasulullah SAW dan ibunya bernama Lubabah al- Kubra binti al- Harith bin Hazm al- Hilaliyah,
yang merupakan saudara kepada isteri Nabi Muhammad SAW yang bernama Maimunah binti alHarith, iaitu Ummu al- Mukminah. Dan al- Harith pula adalah sepupu kepada Khalid bin alWalid dari sebelah ibu.33
Ibnu Abbas dilahirkan tiga tahun sebelum hijrah di Shiib (perkampungan) Bani Hasyim di
Mekah ketika dikepung dan diboikot oleh kaum Quraisy. Sebaik sahaja lahir Ibnu Abbas
ditahnik34 oleh baginda Nabi Muhammad SAW atas permintaan ibunya sendiri Umm al- Fadhl.
Kemudian baginda Nabi Muhammad SAW memberinya nama Abdullah bin al-Abbas.35 Ibnu
Abbas hidup membesar di Mekah al-Mukarramah dalam keluarga yang Islamik. Di mana ayah
dan ibunya telah memeluk Islam terlebih dahulu. Sosok al-Abbas adalah seorang yang disegani
dan dihormati oleh kaummnya. Dan beliau tidak ingin berselisih dengan mereka sehingga
akhirnya menyembunyikan keislamannya.
29

Muhamad Ahmad Abu Nasr, Abdullah Bin Abbas Habru al- Ummah Wa Tarjuman al-Quran (Beirut, Lubnan: Dar
al- Jil, 1992), 22.
30
Mustafa Said Khan, Abdullah bin Abbas Habru al- Ummah Watarjuman al- Quran (Damsyik, Syria: Dar alQalam, 1994), 6.
31
Abdul Hamid Tohmaz, Abdullah bin Abbas RA, al- Imam al- Bahru Alim al- Asr (Dar al- Salam, 1983), 5.
32
Abdullah Muhammad Salqini, Hibru al-Ummah, Abdullah bin Abbas Wa Madrasatahu Fi al-Tafsir Bi Makkah alMukarramah (Kaherah, Mesir: Dar al-Salam, 1986), 38-39.
33
Izz al-Din bin al-Athir Abu Hasan Ali bin Muhammad al-Jazari, (t.t), Usdu al-Ghabah Fi Marifah al-Sahabah,
Tahqiq: Ali Muhammad Muawwid, j. 3 (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiah), 292.
34
Tahnik ialah berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud perbuatan memasukkan sedikit benda manis(seperti
buah kurma yang telah dimamah) kedalam mulut bayi yang baru lahir sebelum diberi susu. Dr. Tengku Iskandar,
Kamus Dewan, Edisi ke Empat (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005), 1570.
35
Muhyi al-Din al-Tami, 19. Lihat Abd Aziz al-Sanawi(t.t), Abd Allah bin Abbas Turjuman al-Quran (Kaherah:
Dar al-Kutub al-Arabi), 7. Muhammad Husayn al-Zahabi, Al-Tafsir Wa al-Mufassirun, c. 7, j. 1 (Kaherah:
Maktabah Wahbah, 2000), 50.
5

IBNU ABBAS DAN KETOKOHONNYA


DALAM PENDIDIKAN ISLAM

Perkahwinan Ibnu Abbas


Abdul Aziz al-Syanawi menyatakan di dalam kitab penulisannya yang bertajuk Abdullah bin
Abbas Turjuman al-Quran bahawa Abdullah bin Abbas berkahwin dengan seorang perempuan
yang bernama Zarah binti Masrah binti Madi Kurab.36
Anak-anak Ibnu Abbas
Hasil daripada perkongsian hidup bersama isterinya yang tercinta, mereka dikurniakan dengan
beberapa orang anak. Anak-anak Abdullah Ibnu Abbas ialah:37
1- Muhammad
2- Al-Fadhl
3- Abdullah
4- Asma
Pendidikan Ibnu Abbas
Ibnu Abbas adalah satu nama besar dalam sejarah agama dan umat Islam. Tokoh umat generasi
awal Islam ini amat disanjung dan dipandang mulia dengan ketinggian ilmu, peribadi yang mulia
dan juga ketokohannya yang terserlah. Tokoh besar umat Islam ini telah mengabdikan sepenuh
kehidupannya demi menyebarkan agama Islam serta menyampaikan ilmunya kepada generasi
sahabat dan selepasnya sehinggalah ilmu beliau itu masih kuat dan dipegang asasnya sehingga
kini. Asas pendidikannya bermula dari rumah ibu dan ayahnya, kemudian di rumah baginda Nabi
SAW sendiri. Tunjuk ajar daripada Rasulullah SAW mengangkat martabatnya menjadi Profesor
cemerlang bertaraf dunia.38 Ditambah dengan pendidikan yang diterimanya daripada sebahagian
besar sahabat Nabi SAW menjadikan tokoh ini lebih mantap dan cemerlangan di dalam dunia
ilmu dan pendidikannya.39
Guru-guru Ibnu Abbas
1234-

Baginda Nabi Muhammad SAW


Ibu dan ayahnya
Para sahabat baginda Nabi Muhammad SAW
Ummul Mukminin Maimunah

Imam al-Tabari di dalam tulisan karyanya telah menyebut bahawa ramainya sahabat baginda
Nabi Muhammad SAW yang mengambil, mempelajari, menimba ilmu dan berguru dengan
Abdullah bin Abbas bahkan mereka sering meminta pandangannya.40

36

Abdul Aziz al-Syanawi, Abdullah bin Abbas Turjuman al-Quran, (t.t) (Kaherah: Dar al-Fikr al-Arabi), 182.
Ibid.
38
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0802&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=b
a_02.htm/12.10.2015/4.00ptg.
39
Ibid.
40
Abi Jaafar Muhammad bin Jarir al-Tabari, Tafsir al-Tabari Jami al-Bayan An Takwil al-Quran Taqrib Wa
Tahzib (Damsyik, Syria: Dar al-Qalam, 1998), 712.
37

(E-ISSN: 2289-3954)
JOURNAL AL-MUQADDIMAH
URL: http://e-journal.um.edu.my/jurnal al-Muqaddimah
Volume 3(3), Disember, 2015
Department of Islamic History and Civilisation, APIUM
Page 1-12
_____________________________________________________________________________________________

Sumbangan Ibnu Abbas Dalam Pendidikan


1- Ilmu Fekah
Ilmu Fekah adalah salah satu cabang ilmu pendidikan dalam agama Islam yang wajib dipelajari
oleh umat Islam dan penganutnya sebagai melengkapkan diri untuk beribadah, bermuamalah dan
sebagainya. Ibnu Abbas adalah merupakan salah seorang yang mempunyai kepakaran dalam
ilmu Fekah ini. Ini telah dijelaskan oleh para ulamak iaitu ilmu Fekah Ibnu Abbas ini terus
dibuat kajian oleh generasi umat Islam sehingga kini. Pandangan Abdullah bin Abbas dikutip
dan disaring berdasarkan kajian ilmiah dan juga dalam penulisan- penulisan jurnal, media cetak
serta media elektronik. Bahkan pandangan beliau itu dibuat eksplimentasi dan juga dokumentasi
agar ianya sentiasa mekar dan bugar menelusuri zaman.
Sebagai contohnya, sebuah kitab yang ditulis oleh Prof. Dr. Muhammad Rawwas Qalahji yang
bertajuk Mausuah Fiqh Abdullah bin Abbas yang diterbitkan oleh Dar al- Nafais pada tahun
1996. Kitab Fiqh ini bertujuan untuk mempelajari, membincangkan, mengupas, mengutarakan
dan menganalis pandangan Abdullah bin Abbas dalam bidang fekah yang mencakupi ibadat,
muamalat, zakat, munakahat dan sebagainya.
2- Ilmu Hadis
Abdullah bin Abbas adalah merupakan salah seorang sahabat yang dekat dan akrab dengan
baginda Rasulullah SAW. Beliau juga banyak meriwayatkan hadis secara langsung daripada
guru utamanya iaitu baginda Rasulullah SAW. Selain daripada baginda Rasulullah SAW sebagai
guru utamanya, beliau juga telah meriwayatkan hadis daripada para sahabat besar yang lain. Dan
ramai juga yang telah meriwayatkan hadis daripada Ibnu Abbas sendiri iaitu mereka daripada
golongan sahabat serta tabiin.41 Imam Abi Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Abdul Hadi alDimashqi al-Salehi menyatakan dalam kitab tulisan beliau Tabaqat Ulamak al-Hadis bahawa,
Abdullah bin Abbas ini adalah salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang merupakan perawi
hadis yang kuat ingatannya.42
Ibnu Abbas telah meriwayatkan hadis daripada baginda Rasulullah SAW sebanyak 1,660 hadis.
Dalam sumber yang lain disebutkan bahawa beliau meriwayatkan sebanyak 1,670 hadis.43 Hanya
Allah SWT jualah yang Maha Mengetahui jumlahnya.44 Imam al- Bukhari dan Imam Muslim
mengeluarkan sebanyak 234 hadis, 75 hadis di antaranya disepakati oleh kedua imam hadis
tersebut. Imam al- Bukhari sendiri mengeluarkan sebanyak 10 hadis manakala Imam Muslim
mengeluarkan sebanyak 49 hadis. Hadis- hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas tercatat dalam
enam kitab hadis (kutub al- Sittah) dan kitab- kitab hadis yang lain.45

41

Abi Nuaim Ahmad bin Abdullah al-Asbahani (430H), Hilyah al-Auliya Wa Tabaqat al-Asfiya (Beirut, Lubnan:
Dar al-Kutub al-Arabi, 1967), 317.
42
Abi Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Abdul Hadi al-Dimashqi al-Salehi, j. 4, c. 2 (Beirut, Lubnan:
Muassasah al-Risalah, 1996), 354.
43
Al-Ziriqli, al-Alam, Kamus Tarajum, c. 15, j. 4 (Beirut: Dar al-Ilm li al-Malayin, 2000), 95.
44
Ibn Kathir, Ismail, al-Bidayah wa al-Nihayah, Jil. 1-7 (Bayrut: Dar Ihya al-Turath al-Arabi, 1997), 112.
45
Ibnu Ahmad Alimi, Tokoh dan Ulama Hadis (Mashun: Sidoarjo, 2008), 90-91.
7

IBNU ABBAS DAN KETOKOHONNYA


DALAM PENDIDIKAN ISLAM

Sanad-sanad hadis yang paling tinggi nilainya yang sampai kepada Ibnu Abbas ialah melalui
Syihab al- Zuhri daripada Ubaidullah bin Abdullah bin Utbah. Manakala sanad yang paling
lemah ialah melalui Marwan al- Suddi al- Saghir daripada al- Kalbi daripada Abu Salih.46
Daripada kalangan tujuh sahabat terkenal yang paling banyak meriwayatkan hadis daripada Nabi
Muhammad SAW, Ibnu Abbas berada pada urutan dan kedudukan yang ke lima. Berikut adalah
sahabat-sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis.47
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Abu Hurairah48 sebanyak 5374 hadis


Abu Abdullah bin Umar49 sebanyak 2630 hadis
Anas bin Malik50 sebanyak 2286 hadis
Aisyah Ummu al-Mukminin51 sebanyak 2210 hadis
Abdullah bin Abbas sebanyak 1660 hadis
Jabir bin Abdullah52 sebanyak 1540 hadis
Abu Said al-Khudri53 sebanyak 1170 hadis

Hadis-hadis yang telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas ini telah dipertuturkan oleh satu
generasi ke satu generasi, bermula pada zaman sahabat dan tabiin sampailah kini. Hadis- hadis
Abdullah bin Abbas ini telah dikembangkan oleh murid-muridnya yang terdiri daripada kalangan
tabiin seperti:54

46

Munzier Suparta, Ilmu Hadis (Jakarta: PT. Rajagrafindo Persada, 2008), 222.
Ibnu Ahmad Alimi, Tokoh dan Ulama Hadis (Mashun: Sidoarjo, 2008), 7.
48
Abdurrahman bin Shakhr al-Azdi(lahir 598 - wafat 678), yang lebih dikenali dengan panggilan Abu Hurairah.
Beliau adalah seorang sahabat Nabi SAW yang terkenal dan merupakan periwayat hadis yang paling banyak. Abu
Hurairah berasal daripada kabilah Bani Daus daripada Yaman. Abu Hurairah dilahirkan 21 tahun sebelum hijrah,
dan sejak kecil sudah menjadi anak yatim. Abu Hurairah adalah sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis
daripada Nabi Muhammad SAW, iaitu sebanyak 5.374 hadis. Di antara yang meriwayatkan hadis darinya
adalah Ib2nu Abbas, Ibnu Umar, Anas bin Malik, Jabir bin Abdullah, dan lain-lain. Pada tahun 678M atau tahun 59
H, Abu Hurairah jatuh sakit, beliau meninggal di Madinah, dan dimakamkan di tanah perkuburan Baqi'.
49
Abdullah bin Umar bin Khattab atau sering disebut Abdullah bin Umar atau Ibnu Umar (lahir 612 wafat 693/696 atau 72/73 H). Beliau adalah seorang sahabat Nabi SAW dan merupakan periwayat hadis yang
terkenal. Dia adalah anak Sayyidina Umar bin al-Khattab, salah seorang sahabat utama Nabi Muhammad SAW
dan Khulafa al- Rasyidin yang kedua. Ibnu Umar adalah seorang yang meriwayatkan hadis terbanyak kedua
setelah Abu Hurairah, iaitu sebanyak 2.630 hadis..
50
Beliau adalah Anas bin Malik bin Nazor bin Dhomdom bin Zaid bin Harom bin Jundub bin Amir bin Ghanam bin
Adi bin al-Najjar, Abu Hamzah al-Ansori al-Khazraji RA. Beliau adalah pambantu Rasulullah SAW dan salah
seorang yang banyak meriwayatkan hadis. Ibunya adalah Ummu Sulaim Malikah binti Milhan bin Kholid bin Zaid
bin Harom, isteri kepada Abi Tholhah Zaid bin Sahl al-Ansari. Ketika Rasulullah SAW datang ke Madinah, Anas
berumur 10 tahun, dan ketika baginda wafat Anas berumur 20 tahun. Jadi Anas lahir 10 tahun sebelum tahun hijriah
atau bertepatan dengan tahun 612M. Beliau juga adalah seorang Mufti, Qari, Muhaddis dan perawi hadis. Beliau
mendapat banyak ilmu daripada Rasulullah SAW, Abu Bakar, Umar, Uthman, Muaz, Usaid al-Hudair dan Abi
Talhah. Ketika Anas meninggal dunia, beliau berumur 107 tahun.
51
. Puteri Abu Bakar al- Siddiq
52
Jabir bin Abdullah bin Haram al-Ansari , adalah salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW yang terkemuka.
Beliau lahir di kota Yasrib (sekarang bernama Madinah) 15 tahun sebelum Nabi Muhammad SAW berhijrah dan
telah memeluk Islam ketika masih kecil. Beliau telah meninggal dunia pada usia 94 tahun.
53
Abu Said al-Khudri adalah Sahabat Nabi Muhammad SAW dari golongan Ansar. Dia disebutkan telah meninggal
dunia pada tahun 63/682, 64/683, 65/684, atau 74/693M. Abu Said adalah termasuk salah seorang perawi hadis yang
paling banyak meriwayatkan hadis. Jumlah hadis yang diriwatkan melaluinya berjumlah 1170 hadis. Maka beliau
termasuk dalam kategori tujuh orang paling banyak dalam meriwayatkan hadis.
54
Ibnu Ahmad Alimi, Tokoh dan Ulama Hadits (Mashun: Sidoarjo, 2008), 92.
47

(E-ISSN: 2289-3954)
JOURNAL AL-MUQADDIMAH
URL: http://e-journal.um.edu.my/jurnal al-Muqaddimah
Volume 3(3), Disember, 2015
Department of Islamic History and Civilisation, APIUM
Page 1-12
_____________________________________________________________________________________________

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Ibn Abi Mulaikah


Al-Hakam bin Miqsam
Said bin Jubair
Ali bin Abdullah bin Abbas
Ikrimah
Amr bin Dinar
Kuraih
Najdah al-Hariri dan
Mujahid

Maka dapatlah generasi masa kini khususnya para sarjana dan penulis buku- buku ilmiah
membuat penyelidikan terhadap kekuatan dan kelemahan hadis- hadis yang telah diriwayatkan
oleh Abdullah bin Abbas ini yang banyak mencakupi kehidupan umat Islam masa kini. Sebagai
contohnya:
a) Hasan bin Jali, Analisis Hadis Riwayat Ibnu Abbas Dalam Tafsir Ayat al-Ahkam Min alQuran Oleh Muhammad Ali al-Sobuni, Disertasi, Jabatan al-Quran Dan al-Hadis,
Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2012.
b) Sebuah kitab hadis yang bertajuk Musnad Li Imam Ahmad bin Hanbal yang disusun
oleh Imam Ahmad bin Hanbal. Kitab hadis Musnad ini telah menghimpunkan banyak
hadis yang telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas. Kitab ini juga disebut sebagai
Musnad Ibnu Abbas.
3- Ilmu Tafsir
Di antara sahabat Rasulullah SAW yang pakar dalam ilmu untuk mentafsir dan mentakwil ayat
al-Quran ialah Abdullah bin Abbas. Beliau merupakan pentafsir al- Quran yang terbaik sekali.
Abdullah bin Abbas adalah seorang sahabat muda yang cerdas dan bijak. Berkat doa Rasulullah
SAW dan juga ketekunan beliau dalam menuntut ilmu, akhirnya beliau dikenali sebagai seorang
sahabat yang mahir dalam bidang tafsir. Walaupun pada usia yang masih sangat muda, beliau
tetap dijadikan rujukan oleh sahabat- sahabat yang lebih dewasa.55
Abdullah bin Masud pernah memujinya dengan katanya: Abdullah bin Abbas adalah sebaikbaik pentafsir al- Quran. Sekiranya dia sebaya kami, pasti tidak seorangpun daripada kami yang
dapat menandinginya.56
Keahlian beliau dalam bidang tafsir al- Quran ialah, melalui hadis yang telah diriwayatkan oleh
Abu Bisyr daripada Said bin Jubayr daripada Ibn Abbas katanya: Umar bin al-Khattab pernah
mempersilakan aku bersama tokoh- tokoh perang Badar, sesetengah mereka bertanya, mengapa
engkau memasukkan anak ini bersama kami, kami juga mempunyai anak-anak seumur dia?
maka Umar bertanya kepada mereka apa yang kamu sekalian ketahui daripada firman Allah (

sesetengah mereka berkata: perintah itu memanjatkan pujian kepada Allah

?)
55

Abdul Aziz bin Abdullah al-Humaidi(t.t), Tafsir Ibn Abbas Wa Marwiyyatuh Fi al-Tafsir Min Kutub al-Sunnah
(Mekah: Markaz al-Bahth al-Ilmi, Jamiah Umm al-Qurra), 9.
56
Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah, al-Israiliyyat Wa al-Maudhuat Fi Kutub al-Tafsir (Kaherah:
Maktabah al-Sunnah, 1408 H), 62.
9

IBNU ABBAS DAN KETOKOHONNYA


DALAM PENDIDIKAN ISLAM

SWT dan memperbanyakkan istighfar apabila kita mendapatkan pertolongan, sebahagiannya


hanya diam, tidak menjawab apa-apa. Lalu Umar berkata, apakah demikian juga yang engkau
katakan wahai Ibnu Abbas? Jawabku tidak, kata Umar. Maka apakah penafsiranmu? Aku
menjawab, itu adalah ajal Rasulullah SAW yang Allah SWT telah memberitahukan kepadanya.
Lalu Umar berkata, aku juga mengetahui seperti apa yang engkau katakan.57
Dikatakan oleh para ulamak bahawa Ibnu Abbas telah menyumbangkan karya ilmunya dalam
ilmu pendidikan al- Quran melalui kitab tafsir yang dinisbahkan kepadanya yang sangat masyhur
iaitu kitab tafsir Tanwir al-Miqbas dan juga pandangan- pandangannya mengenai pentafsiran
al-Quran.58 Walaupun kitab tafsir ini disandarkan kepada hasil karya Ibn Abbas sendiri namun
kandungannya mempunyai kontra dengan apa yang telah diriwayatkannya.59 Prof. Dr
Muhammad Bin Muhammad Abu Syahbah menjelaskan bahawa, kitab Tafsir yang dinisbahkan
kepada Ibnu Abbas ini mempunyai keraguan yang banyak serta kontra dengan pandangan
sahabat yang lain. Namun begitu para sahabat salaf al- soleh dan ulamak tetap mengiktiraf
keilmuan yang ada pada Ibnu Abbas ini.60
Dan ini telah disebut oleh Imam al-Zahabi dalam karya tulisannya dengan menyatakan, umat
manusia pada zaman Ibnu Abbas dan masyarakat disekelilingnya termasuk sahabat dan juga para
tabiin hadir di dalam majlis ilmu serta mempelajari ilmu daripada Ibnu Abbas sendiri secara
langsung.61 Maka di sini kajian ini telah menonjolkan watak tokoh tersebut dengan menonjolkan
keperibadian tokoh agar menjadi ikutan kepada masyarakat. Contohnya ditonjolkan Ibnu Abbas
sebagai seorang yang soleh, warak, alim, petah berkata- kata, berani bersuara dan mempunyai
pendirian yang teguh menyebabkan beliau mahsyur di kalangan penduduk sekelilingnya, para
sahabat dan juga tabiin.
Maklumat yang terkandung dalam penulisan ini adalah penting terutamanya apabila dilihat dari
sudut perjuangan reformis Islam Ibnu Abbas. Ini adalah salah satu strategi Ibnu Abbas untuk
mendekatkan para pencinta ilmu dalam pendidikan Islam, khususnya golongan pelajar dan guru
kepada keagungan Pendidikan Islam.
Penutup
Umum sudah mengetahui bahawa Ibnu Abbas adalah seorang sahabat baginda Nabi Muhammad
SAW. Ibnu Abbas juga adalah pentafsir al-Quran yang hebat dan alim. Namun tidak ramai yang
menyedari akan sumbangan Ibnu Abbas dalam pendidikan Islam. Maka kajian ini dibuat adalah
untuk menyatakan bahawa betapa pentingnya generasi umat Islam masa kini menyedari akan
sumbangan Ibnu Abbas dalam pendidikan Islam. Ilmu pendidikan yang telah beliau garapkan itu
wajar diambil peduli dan diikuti sepanjang zaman oleh umat Islam dan generasi masa kini.

Jalaluddin bin Abdul Rahman bin Abi Bakar al-Suyuthi, al-Durru al-Mansur Fi Tafsir al-Mathur (Beirut, Lubnan:
Dar al-Kitab al-Ilmiah, 2000), 698.
58
Muhammad Husin al-Zahabi, al-Tafsir Wa al-Mufassirun (Kaherah, Mesir: Maktabah Wahbah, 1976), 62.
59
Ibid
60
Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah, Al-Israiliyyat Wa al-Maudhuat Fi Kutub al-Tafsir (Kaherah, Mesir:
Maktabah al-Sunnah, 1408H), 62.
61
Manna al-Qattan, Mabahis Fi Ulum al-Quran (Kaherah, Mesir: Maktabah Wahbah, 2007), 323-324.
57

(E-ISSN: 2289-3954)
JOURNAL AL-MUQADDIMAH
URL: http://e-journal.um.edu.my/jurnal al-Muqaddimah
Volume 3(3), Disember, 2015
Department of Islamic History and Civilisation, APIUM
Page 1-12
_____________________________________________________________________________________________

Rujukan
Abdul Aziz al-Syanawi, Abdullah bin Abbas Turjuman al-Quran, (t.t) (Kaherah: Dar al-Fikr
al-Arabi).
Abdul Aziz bin Abdullah al-Humaidi(t.t), Tafsir Ibn Abbas Wa Marwiyyatuh Fi al-Tafsir Min
Kutub al-Sunnah (Mekah: Markaz al-Bahth al-Ilmi, Jamiah Umm al-Qurra).
Abdul Hamid Tohmaz, Abdullah bin Abbas RA, al-Imam al-Bahru Alim al-Asr (Dar al-Salam,
c. 4, 1983).
Abdullah Muhammad Salqini, Hibru al-Ummah Abdullah bin Abbas Wa Madrasatuhu Fi alTafsir Bi Makkah al-Mukarramah (Kaherah: Dar al-Salam, c. 1, 1986).
Abi Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Abdul Hadi al-Dimashqi al-Salehi, j. 4, c. 2 (Beirut,
Lubnan: Muassasah al-Risalah, 1996).
Abi al-Qasim Abdullah bin Muhammad bin Abdul Aziz al-Baghawi, Mujam al-Sahabah
(Kuwait: Maktabah Dar al-Bayan, c. 1, j. 1, 2000).
Abi Jaafar Muhammad bin Jarir al-Tabari, Tafsir al-Tabari Jami al-Bayan An Takwil al-Quran
Taqrib Wa Tahzib (Damsyik, Syria: Dar al-Qalam, c. 1, j. 7, 1998).
Abi Nuaim Ahmad bin Abdullah al-Asbahani (430H), Hilyah al-Auliya Wa Tabaqat al-Asfiya
(Beirut, Lubnan: Dar al-Kutub al-Arabi, c. 2, j. 1, 1967).
Al-Ziriqli, al-Alam, Kamus Tarajum (Beirut: Dar al-Ilm li al-Malayin, 2000).
Ibn Kathir, Ismail, al-Bidayah wa al-Nihayah. Jil. 1-7 (Bayrut: Dar Ihya al-Turath al-Arabi, j.
12, 1997).
Ibnu Ahmad Alimi, Tokoh dan Ulama Hadits, Mashun, Sidoarjo, 2008.
Izz al-Din bin al-Athir Abu Hasan Ali bin Muhammad al-Jazari, (t.t), Usdu al-Ghabah Fi
Marifah al-Sahabah, Tahqiq: Ali Muhammad Muawwid, j. 3, (Beirut: Dar al-Kutub alIlmiah).
Jalaluddin bin Abdul Rahman bin Abi Bakar al-Suyuthi, al-Durru al-Mansur Fi Tafsir al-Mathur
(Beirut, Lubnan: Dar al-Kitab al-Ilmiah, j. 6, c. 1, 2000).
Laman

sesawang,
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0802&pub=Utusan_Malaysia&s
ec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm/12.10.2015/4.00ptg.

Manna al-Qattan, Mabahis Fi Ulum al-Quran (Kaherah, Mesir: Maktabah Wahbah, c. 14, 2007).
Marwan Siwar, Mukhtasar Tafsir al-Tabari Bihamish al-Quran al-Karim Muzayyalan Bikitab
Asbab al-Nuzul Li al-Naisaburi (Damsyik: Dar al-Fajr al-Islami, cet. 1, 1991).
Muhamad Ahmad Abu Nasr, Abdullah Bin Abbas Habru al-Ummah Wa Tarjuman al-Quran
(Beirut, Lubnan: Dar al-Jil, c. 1, 1992).
Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah, al-Israiliyyat Wa al-Maudhuat Fi Kutub al-Tafsir
(Kaherah, Mesir: Maktabah al-Sunnah, c. 4, 1408 H).
11

IBNU ABBAS DAN KETOKOHONNYA


DALAM PENDIDIKAN ISLAM

Muhammad Husayn al-Zahabi, al-Tafsir Wa al-Mufassirun (Kaherah: Maktabah Wahbah, 2000).


Muhammad Husin al-Zahabi, al-Tafsir Wa al-Mufassirun (Kaherah, Mesir: Maktabah Wahbah, j.
1, 1976).
Muhyi al-Din al-Tami, dalam Abd Aziz al-Sanawi(t.t), Abd Allah bin Abbas Turjuman alQuran (Kaherah: Dar al-Kutub al-Arabi,1994).
Munzier Suparta, Ilmu Hadis (Jakarta: PT. Rajagrafindo Persada, 2008).
Mustafa Said Khan, Abdullah bin Abbas Habru al-Ummah Watarjuman al-Quran (Damsyik,
Syria: Dar al-Qalam, 1994).
Tengku Iskandar, Kamus Dewan, Edisi ke Empat (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
2005).

Anda mungkin juga menyukai