Anda di halaman 1dari 35

Hadith

Qudsi
Oleh:
Fatin Nabila binti Mohamad
Nur Syahidah binti Suhaime

PENGERTIAN
HADITH QUDSI

Dari segi bahasa :


Suci / keberkatan yang mana
sesuai dengan
kedudukannya yang datang
daripada Allah dari sudut
lafaz dan makna dan suci
dari segala sifat yang tidak
layak bagiNya.
Juga dipanggil Hadith Ilahi /
Hadith Rabbani.

Dari istilah :
Hadith yang dinisbahkan perkataannya kepada
Allah. Contoh:
.. : ,

Sesetengah ulama mengatakan hadith Qudsi


ialah Nabi bersabda apa yang diriwayatkan
daripada Allah manakala lafaznya digunakan
oleh ulama Salaf.
Sesetengah pendapat lain pula mengatakan
hadith Qudsi ialah firman Allah mengenai apa
sahaja yang Nabi riwayatkan dan lafaznya
daripada atau digunakan oleh ulama Khalaf.

Pendapat yang lebih tepat dan


menyeluruh - Hadith Qudsi ialah apa
sahaja hadis yang disampaikan oleh
Rasulullah SAW tetapi disandarkan
Allah sebagai sumbernya sama ada
dalam bentuk ilham atau mimpi.

Takrif Hadith Qudsi


Hadith yang diriwayatkan oleh Rasulullah s.a.w
daripada Allah Azza wa Jalla, kadangkala
dengan perantaraan Jibril a.s, kadangkala
dengan perantaraan wahyu atau ilham atau
mimpi. Lafaz hadith ini terpulang kepada
Rasulullah s.a.w untuk mengucapkannya.

CIRI-CIRI

Kebanyakannya
bersifat Ahad
dan bertaraf
zann.

Makna
daripada
Allah, lafaz
daripada
Nabi.

Tidak dikira
ibadat orang yang
membacanya,
tidak seperti alQuran

CIRICIRI
Hanya memperkatakan
tentang atau soal-soal
fadai'il sunat dan
keistimewaankeistimewaan.

Tidak
disyaratkan
penetapannya
melalui
Mutawatir.

Disandarkan
kepada Allah,
tidak secara
langsung.

Sambungan
Menggunakan lafaz-lafaz tertentu :





Diriwayatkan hadis Qudsi disandarkan kepada
Allah, tidak secara langsung. Rasulullah sebagai
orang yang menyampaikan berita dari Allah.

KEDUDUKAN DAN
KEHUJAHAN
HADITH QUDSI

i.

Ia adalah kalam Allah sendiri berdasarkan


beberapa hujah iaitu:
. Nabi s.a.w. telah mengatakan secara khusus
dan jelas bahawa ianya menunjukkan kalam
Allah berbanding hadith-hadith baginda yang
lain.
. Penggunaan kata ganti nama pertama Allah
nisbahkan kepada zatnya menunjukkan
perbazaan lafaz dengan hadith-hadith
baginda yang lain.
. Perawinya nabi sendiri terhadap lafaz hadith
Qudsi itu menunjukkan perbezaan lafaz
dengan hadith-hadith baginda yang lain.

2.Pendapat kedua pula mengatakan ianya


adalah sabda nabi sendiri seperti
hadith-hadith baginda yang lain. Tujuan
nabi s.a.w. menyandarkannya kepada
Allah ialah untuk menambahkan
perhatian dan ambil berat umatnya
dengan kandungan dan adab-adab
terhadap hadith tersebut.

BILANGAN HADITH QUDSI


Menurut pendapat Ibn Hajar al-Haythami,
jumlah hadith Qudsi melebihi 100 buah.
Mengikut pendapat yang dikemukakan oleh
Ahli hadith "Abd al-Ra'uf Ibn Ali al-Munawi"
dalam kitabnya, al-Ithafat al-Suniyyah
bilangan hadith Qudsi ialah 272 buah.

MATLAMAT HADITH QUDSI


1. Membentuk serta memupuk kepercayaan
kepada Allah s.w.t. dengan lebih meyakinkan,
kerana hadith Qudsi memperkatakan tentang
kepercayaan aqidah yang sebenarnya mengenai
Allah s.w.t., kekuasaan-Nya, kebesaran-Nya
dan limpah rahmatnya.
2. Memperkatakan tentang kesempurnaan akhlak
dan tindak-tanduk yang bersesuaian dengan
aqidah, manakala Al-Quran dan hadith nabi
pula lebih umum serta menyeluruh.

PENGUMPUL HADITH QUDSI


'Abd al-Ra'uf Ibn Ali al-Munawi (kitabnya: al-Ithafat alSuniyyah bi al-Hadith al-Qudsiyyah)

Imam Abu 'Abd Allah Muhamad Ibn Ali Ibn al-'Arabi al-Ta'i,
(kitabnya Misykat al-Anwar fima Ruwiya 'an Allah Subhanahu min
al-Akhbar)

Abu Nasr Ibn Husayn Ibn Ali al-Husayni al-Bukhari al-Qanuji


(kitabnya Hazira al-Taqdis wa Zakhirah al-Ta'nis)

al-'Allamah Mula 'Ali al-Qari, (kitabnya al-Ahadith al-Qudsiyyah


al-'Arba'iniyyah, di dalamnya terkumpul sebanyak 40 buah hadith
Qudsi)

SKOP
HADITH
QUDSI

1) KELEBIHANKELBIHAN

4)SANGKAAN
BAIK KEPADA
ALLAH

7) KESAN
KECINTAAN
ALLAH TERHADAP
MAKHLUK

2)
PENDIDIKAN
AKIDAH

5) JANJI ALLAH
KEPADA HAMBA
YANG SOLEH

8)BALASAN
MENDEKATI
ALLAH

3) GANDAAN
AMALAN

6)GALAKAN
ALLAH BERDOA

9) TAKUT KEPADA
ALLAH
MENGHAPUSKAN
DOSA

10) KEJADIAN
ADAM A.S

13)KELEBIHAN
BERBELANJA

16)HARI ARAFAH

11) MANUSIA
DI ALAM
KANDUNGAN

14) IKHLAS DAN


MENJAUHI RIAK

17) JIHAD

12)
SEMBAHYANG
DAN
KELEBIHANNY
A

15)PUASA DAN
KELEBIHANNYA

18) GANDAAN
AMALAN NABI
(SAW)

19)SABAR

22)NABI MUSA A.S DAN


KHIDIR

20) SYAFAAT
NABI (SAW)

21) GALAKAN
BERKASIH
SAYANG

23) AL-QURAN DAN


KELEBIHANNYA

BEZA HADITH
QUDSI DAN
HADITH NABAWI

BEZA HADITH QUDSI DAN


HADITH NABAWI
HADITH QUDSI

Percakapan Allah
s.w.t yang
diriwayatkan oleh
Rasulullah s.a.w.

ASPEK

HADITH NABAWI

PENGERTIAN

Perkataan yang keluar


daripada Nabi tanpa
dinisbahkan kepada
Allah s.w.t/ Segala yang
disandarkan kepada Nabi
baik berupa perkataan,
perbuatan,sifat tubuh
badan atau kelakuan,
ketetapan dan
perjalanan hidup
Rasulullah s.a.w.

HADITH QUDSI

ASPEK

HADITH NABAWI

Hanya dinisbahkan
kepada Rasulullah
s.a.w. sebagai
pencerita dan ia
dinisbahkan kepada
Allah s.w.t. sebagai
yang berfirman

ISNAD
ATAU
SANAD

Dinisbahkan kepada Nabi


sebagai orang yang
bersabda.

Sebahagian daripada
wahyu Allah s.w.t

MAKNA

Sebahagian besar
daripadanya merupakan
wahyu dan sebahagian besar
yang lain pula merupakan
ijtihad daripada Baginda
Rasulullah s.a.w. sendiri. Jika
terdapat mana-mana ijtihad
Baginda itu yang tidak tepat
atau tersalah akan
diperbetulkan oleh wahyu.

HADITH QUDSI
Majoriti Hadis Qudsi
membicarakan hal-hal
yang berkaitan dengan
Zat Allah,sifat-sifatNya, kebesaran-Nya,
luas rahmat beserta
nikmat-Nya juga
kekuasaan-Nya.

ASPEK
ISI

HADITH NABAWI
Membicarakan perkara yang
bersangkutan dengan keperluan
hidup manusia,kepentingan
manusia dan negara,
Menerangkan hukum halal dan
haram serta perkhabaran baik
dan buruk yang akan diterima
oleh manusia yang melakukan
kebajikan dan maksiat.

PERBEZAAN
AL-QURAN DAN
HADITH QUDSI

PERBEZAAN AL-QURAN DAN


HADIS QUDSI
Al-Quran

Hadith Qudsi

Al-Quran diturunkan melalui


malaikat secara lisan dan
talaqqi.

Hadith Qudsi sebahagiannya


melalui malaikat dan
sebahagiannya melalui ilham.

Dikira sebagai ibadat apabila


membacanya.

Tidak dikira sebagai ibadat.

Al-Quran dijamin terpelihara Tidak mendapat jaminan


sepanjang masa, tidak diubah sebagai mana al-Quran.
dan diselewengkan
kandungannya.
Jalan penyampaian al-Quran
adalah mutawatir yang
bersifat pasti dan ilmu yang
meyakinkan dan menduduki
martabat tertinggi.

Disampaikan melalui jalan


ahad yang bersifat zann,
kerana ada yang sahih, hasan
juga dhaif bahkan mawdu
seperti hadiyh nabi.

Al-Quran

Hadith Qudsi

Ayat-ayat al-Quran yang


diturunkan tidak disandarkan
sanad kepada Allah kerana
Allah sendiri Zat pertama
yang berfirman.

Rasulullah sebagai pembawa


khabar daripada Allah, maka
dinisbahkan kepada
Rasulullah s.a.w.

Meriwayatkan al-Quran
dengan makna sahaja tanpa
lafaz merupakan satu
kesalahan dan tidak
dibenarkan.

Harus meriwayatkan hadis


Qudsi dengan makna sahaja
tanpa lafaz.

Orang yang menolak,


mendusta atau tidak
menerima al-Quran
hukumnya kafir.

Mengingkarinya tidak
menjatuhkan seseorang itu ke
dalam kekufuran.(berdasarkan
kategorinya)

Wajib membaca ayat-ayat alQuran di dalam solat.

Tidak wajib membacanya


bahkan menyebabkan solat
terbatal sekiranya dibaca di
dalam solat.

Al-Quran

Hadis Qudsi

Haram disentuh oleh mereka


yang berhadas dan haram
membacanya bagi yang
berjunub, haid dan nifas.

Tidak haram.

Diberi ganjaran pahala oleh


Allah apabila membaca alQuran.

Tidak disedia dan dijanjikan


pahala dan ganjaran.

Sebahagian ulama
mengharamkan penjualan alQuran, sebahagiannya
mengatakan makruh, namun
tiada yang mengharuskan
penjualannya.

Ulama bersepakat tidak haram


dan tidak makruh menjualnya.

Ayat-ayat di dalam al-Quran


dipanggil ayat.

Tidak dipanggil sedemikian.

Mengandungi berbagai bentuk


mukjizat.

Tidak bersifat mukjizat.

CONTOH
HADITH QUDSI

CONTOH

) )

Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a.,


bahawasanya Nabi bersabda, telah
Berfirman Allah taala: Ibnu Adam (anakketurunan Adam/umat manusia) telah
mendustakanku, dan mereka tidak berhak
untuk itu, dan mereka mencelaku padahal
mereka tidak berhak untuk itu, adapun
kedustaannya padaku adalah perkataanya,
Dia tidak akan menciptakankan aku kembali
sebagaimana Dia pertama kali menciptakanku
(tidak dibangkitkan setelah mati),

adapun celaan mereka kepadaku adalah


ucapannya, Allah telah mengambil
seorang anak, (padahal) Aku adalah Ahad
(Maha Esa) dan Tempat memohon segala
sesuatu (al-shomad), Aku tidak beranak
dan tidak pula diperankkan, dan tidak
ada bagiku satupun yang menyerupai.




) )

Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a, beliau


berkata, telah bersabda Rasulullah SAW,
Allah Telah Berfirman,Anak anak adam
(umat manusia) mengecam waktu; dan aku
adalah (Pemilik) Waktu; dalam kekuasaanku
malam dan siang
~Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan begitu juga
Muslim.

SEKIAN

RUJUKAN
Pengantar ULUM HADIS Edisi Kedua.
Dr. Rosmawati Ali @ Mat Zin.
http://mazlinafazira.blogspot.com
http://syededlee.tripod.com/keunggul
anislam/id61.html

Anda mungkin juga menyukai