Anda di halaman 1dari 2

Bab 7 Perjalanan Yang Jauh

Haiqal dihantar dan dtemani oleh Ratna ke perhentian bas ekspres Kuala Terengganu. Ketika dia
keluar dari rumah sambil menjinjing sebuah beg besar dan sebuah beg sandang kecil, hanya adiknya,
Nurul Asiyah dan walid yang menghantarnya ke muka pintu, uminya berkurung di dalam bilik.

Haiqal hampa. Haiqal melayan perasaan sedihnya sambil melihat bulan di langit dalam perjalanan
malam menaiki bas ekspres itu. Dia tahu bahawa nama Abdullah bin Kayan menjadi racun kepada
ibunya. Dia menganggap bahawa bulan itu seperti dirinya yang ingin keluar daripada kegelapan.
Sepanjang perjalanan, dia melihat keindahan Pantai Semarak, Paka, kawasan stesen jana kuasa elektrik
yang terang-benderang dengan lampu . Bas melintasi loji pemprosesan minyak di Kerteh. Bas berhenti
di R & R Kuantan. Haiqal turun untuk makan dan pergi ke tandas.

1. Latar Masa: Malam selepas solak isyak.


2. Latar tempat: Di dalam bas dari Kuala Terengganu menuju ke Batu Pahat.
Huraian dan contoh peristiwa: Haiqal menaiki bas ke Batu Pahat. Dia membayangkan
arwah ayahnya,
aktiviti ayah dan sikap uminya terhadap arwah ayah.
3. Gaya bahasa: Pengarang menggunakan diksi daripada bahasa Inggeris, contohnya:
muka surat 131- panaroma, muka surat 132-sentimental.
4. Teknik monolog/monolog dalaman: Dengan bermonolog, Haiqal mengandaikan dirinya
seperti bulan yang mahu keluar daripada kegelapan. Contohnya: Engkau juga seperti
aku, bulan. Mahu keluar dari kegelapan. Mahu memberi sinar. Mahu memberi terang,
desis Haiqal. (halaman 132).
5. Persoalan: Tekad dan kesungguhan , contohnya, Haiqal bertekad seorang diri ke Johor
untuk mencari kebenaran tentang kisah hidup ayahnya.
6. Nilai-nilai Kemanusiaan ; (i) Nilai keberanian, contohnya Haiqal memberanikan diri ke
Johor seorang diri demi amanat arwah ayahnya.
(ii) Nilai kecekalan, contohnya ,Dengan hati yang cekal, Haiqal
membuat keputusan untuk ke kampung ayahnya seorang diri walaupun dia tidak tahu
apa-apa tentang kampung ayahnya kerana tidak pernah ke sana. Haiqal juga tidak
mengenali sesiapa di sana.

7. Nilai kemasyarakatan: (i) Nilai setiakawan, contohnya, Haiqal berjanji akan pulang ke
Kuala Terengganu apabila selesai tugasnya di Johor.
(ii) Nilai kesopanan/ berbudi bahasa, contohnya Haiqal bersalam dengan walid
dan Nurul Asiyah sebelum bergerak ke stesen bas.

Pengajaran
i. Kita mesti berani demi cita-cita. Contohnya, Haiqal berani bermusafir seorang diri
ke Johor untuk menunaikan amanat ayahnya.
ii. Kita mesti setia dalam persahabatan. Contohnya, Haiqal berjanji dengan Ratna
bahawa dia akan pulang ke Kuala Terengganu apabila selesai menunaikan
amanat arwah ayahnya di Johor.
iii. Kita hendaklah menghormati ahli keluarga kita sendiri. Contohnya, Haiqal amat
menghormati walid, dia bersalam dengan walid sebelum berangkat ke stesen
bas.

Anda mungkin juga menyukai