Anda di halaman 1dari 8

KAJIAN KES SEJARAH

DIYANAH HUSNIAH BINTI AHMAD


4USM
NASIONALISME DI MALAYSIA SEBELUM PERANG DUNIA
KEDUA

 PERNYATAAN MASALAH

• Nasionalisme di Tanah Melayu telah muncul dan berkembang pesat pada awal abad ke 20.
Buktikan pelibatan tokoh-tokoh tempatan yang mendapat pendidikan di Maktab Pengurusan Sultan
Idris Tanjung Malim dalam gerakan nasionalisme di Tanah Melayu pada masa itu.

 PERSOALAN KAJIAN

• (i) Siapakah tokoh-tokoh tempatan di Tanah Melayu yang mendapat pendidikan di Maktab
pengurusan Sultan Idris sekitar abad ke 20.
• (ii) Sejauh manakah pelibatan tokoh-tokoh tersebut dalam gerakan nasionalisme negara kita?
• (iii) Nilaikan kesan pelibatan tokoh-tokoh dalam kalangan guru dan dalam perkembangan
nasionalisme di negara kita.
OBJEKTIF KAJIAN:
1. Saya dapat mengenalpasti tokoh-tokoh nasionalis tempatan yang mendapat pendidikan di Maktab Perguruan
Sultan Idris sekitar abad ke 20
2. Saya dapat meneroka bukti tentang pelibatan tokoh-tokoh tersebut dalam gerakan nasionalis di negara kita.
3. Saya dapat menghuraikan kesan pelibatan tokoh-tokoh tersebut dalam perkembangan nasionalisme di negara
kita.

KAEDAH KAJIAN:
• Kaedah perpustakaan
 Buku Ilmiah
 Saya membuat kajian di perpustakaan dengan membaca buku teks Tingkatan 4 untuk mencari maklumat berkaitan nasionalisme di
Malaysia sebelum perang dunia ke-2

• Melayari internet
 Saya membuat kajian dengan melayari internet untuk mencari maklumat berkaitan nasionalisme di Malaysia
● Audio Visual
● Kajian Dokumen
 Filem Mat Kilau
 Saya mengkaji tesis yang ditulis oleh Raja
• Saya menonton filem Mat Kilau di televisyen dan menjadikannya
Ahmad Shalaby Bin Raja Hassan tentang
sebagai contoh semangat nasionalisme sebagai rakyat Malaysia
sumbangan lepasan Sultan Idris
DAPATAN KAJIAN
OBJEKTIF 1: Mengenalpasti tokoh-tokoh nasionalis tempatan yang mendapat Pendidikan di Maktab Perguruan
Sultan Idris Tanjung Malim

1. PENDETA ZA’BA 2. BUYONG ADIL(1907-1976) 3. HARUN AMINURRASHID(1907-1986)

(ZAINAL ABIDIN AHMAD: 1895-1973)


OBJEKTIF 2: Meneroka bukti tentang penglibatan tokoh-tokoh tersebut
dalam gerakan nasionalis di negara kita.
1. PENDETA ZA’BA (ZAINAL ABIDIN AHMAD: 1895-1973) 2. BUYONG ADIL (1907-1976)
• Dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Bukit Kerdas, Jempol, Batu • Nama sebenarnya adalah Hj. Yusof Bin Adil. Dilahirkan pada 27 haribulan
Kikir, Negeri Sembilan. Januari 1907 di Bnadar Teluk Anson, Perak.
• Beliau merupakan seorang yang gemar membaca, menulis, dan mengarang. • Beliau merupakan seorang sejarawan yang profilik paa zamannya dan
Beliau juga seorang yang tabah, bersemangat patriotic dan kental dalam sumbangan serta penglibatan beliau di dalam penghasilan karya-karya sejarah
perjuangannya tidak kira dalam Bahasa, agama dan politik. yang bermutu sentiasa menjadi sebutan para pacinta dan pengkaji sejarah. Anak
• Akibat perasaan benci, kecewa dan marah terhadap British beliau telah mula kelahiran Teluk Intan, Perak ini merupakan lulusan Maktab Perguruan Sultan
menulis Ogos 1916 tentang kritikan yang keras, tajam dan lantang terhadap Idris yang sememangnya terkenal dalam melahirkan ramai tokoh dalam bidang
British dan imperialis Barat. kepengarangan.
• Beliau merupakan seorang cendekiawan Melayu yang dihormati dan selama
hampir 40 tahun, aktif dalam kegiatan penulisan termasuk penterjemahan.
Aktiviti beliau juga tertumpu kepada penerbitan buku sekolah dan bacaan umum
di Biro Penterjemahan, Maktab Perguruan Sultan Idris.

3. HARUN AMINURRASHID (1907-1986)


• Nama samarannya Harun Aminurrashid, Atma Jiwa, Guustam Negara dan Har. Dilahirkan di Teluk
Kurau, Singapura pada 8 Ogos 1907.
• Beliau merupakan nasionalisme Melayu yang terkenal sejak tahun 1930an.
• Beliau pernah memimpin akhbar dan majalah seperti Hiboran , Kencana, Melayu Raya, Mingguan
Melayu dan Medan Sastera. Antara karyanya yang terkenal ialah Panglima Awang , Tun Mandak , Wak
Cantuk, Wan Derus dan lain-lain. Novel terbesarnya  Melor Kuala Lumpur ditulis pada tahun 1930.
Novelnya Simpang Perenang telah diterjemahkan ke bahasa Urdu dan Inggeris.
OBJEKTIF 3: Menghuraikan kesan penglibatan tokoh-tokoh tersebut
dalam perkembangan nasionalisme di negara kita
1. PENDETA ZA’BA (ZAINAL ABIDIN AHMAD: 1895-1973): KESAN
• Za'ba dilantik menjadi Setiausaha Agung UMNO yang pertama namun
jawatan tersebut tidak kekal lama kerana beliau lebih berminat dengan bidang
penulisan dan Bahasa Melayu.
• Za’ba terkenal dengan hasil penulisannya yang muncul dalam akhbar-akhbar
tempatan. Contohnya, Utusan Melayu, Lembaga Melayu dan Pengasuh.
• Di seluruh Malaysia dan Alam Melayu, beliau tersohor sebagai Bapa Bahasa
Melayu Moden dan penulis yang sangat disegani. Himpunan ratusan
karyanya, dari Pelita Bahasa Melayu hinggalah ke rencana-rencana dalam
pelbagai penerbitan mengenai sejarah, kesusasteraan, kebudayaan, sosial
dan politik, telah dan terus meniupkan semangat juang bangsa”
2. BUYONG ADIL (1907-1976): KESAN
• DBP menerbitkan siri sejarah negeri-negeri di Malaysia yang terus menjadi
rujukan di peringkat sekolah hinggalah pengajian tinggi. Contoh buku sejarah
yang ditulis oleh beliau ialah sejarah Pahang, sejarah Perak dan lain-lain.

3. HARUN AMINURRASHID (1907-1986): KESAN


• Sumbangan beliau dalam bidang penulisan telah menghasilkan banyak majalah seperti Jasa, Saudara
Malay Tribune, Warta Malaya Hiboran,, Kencana, Mutiara, Fashion, Melayu Raya, Filem Raya, Tunas,
Belia, Seni, Mingguan Melayu, Medan Sastera, Warta Ahad, Warat Jenaka, Al Ikhwan dan Malajah
Guru. Beliau mengarang novel-novel sejarah dan juga cerpen, buku-buku pengetahuan, bahasa dan
kebudayaan.
KESIMPULAN DAN CADANGAN
CADANGAN:
1. Guru- guru hendaklah sering menerapkan semangat nasionalisme dalam kalangan pelajar melalui pembelajaran terutamanya
dalam subjek Sejarah, Bahasa Melayu dan lain-lain. Ini bertujuan agar pelajar dapat menerapkan semangat cintakan negara
dengan semangat patriotisme.
2. Ibu bapa juga memainkan peranan dalam menerapkan semangat nasionalisme terhadap anak-anak dengan memberi sokongan
kepada anak-anak menyertai aktiviti yang dianjurkanoleh sekolah. Contohnya, pertandingan kemerdekaan.
3. Sebagai seorang pelajar, perlulah mempelajari subjek Sejarah bersungguh-sungguh dan menjadikannya minat secara mendalam.
Dengan ini, kita dapat mengenali tokoh-tokoh pejuang tanah air yang telah banyak menabur bakti kepada negara kita.

KESIMPULAN:
Kesimpulannya, melalui kajian ini saya telah dapat mengenalpasti tokoh-tokoh nasionalis tempatan yang mendapat Pendidikan di
Maktab Pengurusan Sultan Idris Tanjung Malim iaitu Zainal Abidin Ahmad, Buyong ADIL dan Harun Aminurrashid.
Melalui kajian ini juga, saya telah mempelajari dan meneroka bukti tentang penglibatan tokoh-tokoh tersebut dalam gerakan nasionalis
di negara kita. Contohnya, tokoh-tokoh tersebut telah berjaya menghasilkan buku yang boleh dijadikan sebagai bahan rujukan bukan
sahaja dalam kalangan masyarakat bahkan juga dalam kelompok pelajar.
Selain itu, saya juga dapat menghuraikan kesan penglibatan tokoh-tokoh tersebut dalam perkembangan nasionalisme di negara kita.
Contohnya, penghasilan buku-buku yang berunsurkan semangat nasionalisme (Za’ba), buku-buku sejarah (Buyong

Adil) dan penulisan novel sejarah (Harun Aminurrashid).


SUMBER RUJUKAN
1) Buku Ilmiah
Ridzuam bin Hasan, “Buku Teks Sejarah Tingkatan 4”, Dewan Bahasa dan Pustaka, KPM, 2019
2) Internet
Harun Aminurrashid, https://dokumen.tips/documents/harun-aminurrashid.html?page=3, diakses pada 27/12/2022
Buyong Adil, https://en.wikipedia.org/wiki/Buyong_Adil, diakses pada 27/12/2022
Zainal Abidin Ahmad,
https://malaycivilization.com.my/exhibits/show/tokoh-pemikir-alam-melayu/pend, diakses pada 27/12/2022
3) Audio visual
Shahruddin Dali, Abdul Rahman Dali (Penerbit), 2022, Syamsul Yusof (Pengarah), Mat Kilau (TV Siri Netflix) Skop Production
4) Raja Ahmad Shalaby Bin Rasa Hassan, Sumbangan Lepasan Sultan Idris Training College (SITC) Dalam Membangkitkan
Semangat Nasionalisme 1922-1957, m/s 198, diakses pada 27 Disember 2022
https://ir.upsi.edu.my/files/docs/2020/4494_4494.pdf ,
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai