Anda di halaman 1dari 7

MODERATOR Mencari timba si anak dara,

Di bawah sarang burung tempua;


Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada para hadirin yang
sudi hadir pada pagi ini untuk mendengarkan forum yang bakal dibincangkan .
Tajuk isu pada pagi ini ialah ”PERANAN TOKOH DALAM MEMARTABATKAN
BAHASA MELAYU”. Siapakah sebenarnya tokoh yang tergambar dalam kotak
fikiran kita? Apa pula sumbangannya sehingga dapat memartabatkan Bahasa
Melayu ini? Akhir sekali , bagaimanakah peranan tokoh ini dapat memartabatkan
Bahasa Melayu dalam era globalisasi di Malaysia?

Bagi membincangkan persoalan-persoalan yang dikemukakan , dua orang panel


telah dijemput, di sebelah kanan saya ialah Cik Aisha Balqis Binti Mohd Zuki
selaku graduan dari Universiti Of Cambridge. Di sebelah kiri saya, Cik Izzawati
Binti Saripudin sebagai wakil guru Bahasa Melayu dari Sekolah Menengah
Kebangsaan Sultan Mizan.

Pertama sekali , saya persilakan Cik Aisha untuk menceritakan secara umum
peranan tokoh sama ada tokoh Barat mahupun tokoh tempatan . Bak kata orang
tak kenal maka tak cinta . Jadi , dipersilakan Cik Aisha .
PANEL 1 Terima kasih saya ucapkan kepada moderator terbaik kita, Cik Nur Liyana Syafiqah
(AISHA) Binti Abdul Rahman. Secara umumnya, Sumbangan tokoh barat dalam
pertumbuhan dan penyebaran bahasa Melayu tidak dinafikan. Menurut Ismail
Hussein (1966), beberapa orang sarjana berbangsa Eropah seperti Hendrik Kern
dan VOrn Heine-Geldem telah membuat penyiasatan tentang asal-usul bahasa-
bahasa di Kepulauan Melayu. Teori-teori yang mereka ramalkan itu adalah
berdasarkan sisa-sisa daripada kebudayaan lama ini pernah dijumpai di lembah
Sungai Hoang-Ho, Yangtse, Mekong, Sakween, Irrawady dan Brahmaputra, juga
dikenali di seluruh Kepulauan Melayu

Sumbangan penjajah Barat berlaku ketika zaman kegemilangan Barat


menjajah Tanah Melayu. Dalam zaman Eropah ini, kita dapat lihat beberapa sifat
tersendiri dalam perkembangan bahasa Melayu. Pada tahun 1511, Kerajaan
Melayu Melaka telah jatuh ke tangan POrtugis. Menurut Ismail Hussein (1966),
orang-orang Portugis datang ke Asia pada akhir abad kelima belas mebawa dua
cita-cita yang bergelora iaitut untuk memerangi orang Islam dan kedua untuk
merompak kejayaan Timur, terumtama sekali perniagaan rempah di Kepulauan
Melayu.
MODERATOR Terima kasih . Berdasarkan ringkasan sejarah tersebut kita dapat perhatikan
betapa gahnya Bahasa Melayu pada suatu ketika dahulu .
Kemudian saya mempersilakan Cik Izzawati untuk menceritakan dan berkongsi
sedikit biodata tokoh Barat yang menyumbang pemartaban Bahasa Melayu di
negara kita.
PANEL 2 Terima kasih . Untuk pengetahuan bersama, terdapat 4 tokoh Barat yang berkait
(IZZAWATI) dengan Bahasa Melayu iaitu R.O. Winstedt, W.G. Shellabear, O.T. Duseek dan
Munsyi Abdullah. Namun, disebabkan masa yang suntuk untuk saya mengulas
mengenai hal ini, maka saya akan menguraikan barat yang paling terkenal sahaja
iaitu R.O. Winstedt. Pertama sekali, marilah kita berkenalan sedikit mengenai
biodata beliau.
Nama penuh R.O. Winstedt ialah Richard Olaf Winstedt. Beliau dilahirkan pada 2
Ogos 1878 diOxford dan meninggal dunia pada 2 Jun 1966 di London. Mendapat
pendidikan di Magdalen CollegeSchool and New College Oxford dan memperoleh
Master of Arts. Kemudian beliau menerima Doctor of Letters pada tahun 1920.
Tambahan lagi, Sir R.O. Winstedt merupakan pakar pengkaji dari Timur Inggeris
dan pentadbir koloni dengan kemahiran Malaya British. Pada tahun 1902, beliau
menjadi kadet dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan Tanah Melayu, dan
ditempatkan di negeri Perak di mana dia mempelajari bahasa dan budaya Melayu.
Pada 1913 dia dilantik sebagai Pegawai Daerah di Kuala Pilah, dan pada 1916
menyertai jabatan pendidikan. Pada 1920 Winstedt menerima DLitt daripada
Oxford. Winstedt pada mulanya berkhidmat sebagai Presiden pertama Kolej Raffles
(Singapura) pada 1921-1931. Semasa menjawat sebagai Presiden, dia turut
bertindak sebagai Setiausaha kepada High Commissioner, Pengarah Pendidikan
Negeri-negeri Selat dan Persekutuan Tanah Melayu , serta ahli kepada Majlis
Kebangsaan. Selepas sepenggal sebagai Penasihat Umum kepada Johor,
Winstedt bersara dari Perkhidmatan Kerajaan Malaysia dan dilantik sebagai
pensyarah, dan kemudiannya felo kehormat, dalam bidang Melayu di School of
Oriental and African Studies, di mana dia turut berkhidmat sebagai ahli Badan
Penyelia.
Semasa Perang Dunia Kedua, dia membuat siaran dalam bahasa Melayu ke
Malaya yang diperintah Jepun. Dia bersara dari pendidikan aktif pada 1946.
Winstedt telah berkhidmat dalam pelbagai lembaga penasihat, antara yang terkenal
adalah Persatuan Asiatik Diraja Royal Asiatic Society dimana beliau berulangkali
diangkat menjadi Presiden Persatuan dan memenangi Medal Emas serta menjadi
Ahli Lembaga Penasihat Kolonial British untuk Pendidikan. Beliau juga merupakan
felo di British Academy, dan Ahli Kehormat Institut Asia Tenggara, Persatuan
Betawi Diraja Royal Batavian Society, dan Kon Instituut voor TaalLanden
Volkenkunde.
Sekian , itu sahaja dari saya . Terima kasih .
MODERATOR Terima kasih Cik Izzawati . Sebagai salah seorang graduan yang pernah belajar di
luar negara , adakah Cik Aisha jelas mengenai khidmat tokoh Barat ini di Tanah
Melayu ? Apakah pula sumbangan beliau dalam bidang bahasa dan
kesusasteraan ?
PANEL 1 Baik, sudah tentu saya sebagai orang Melayu menitikberatkan perkara ini. Beliau
(AISHA) datang ke Tanah Melayu untuk menjadi nazir sekolah-sekolah di Perak pada tahun
1902. Semasa berkhidmat, beliau mendalami pengetahuan tentang bahasa dan
budaya Melayu .Beliau dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pengarah Pelajaran
pada tahun 1916 di Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada
tahun 1935, beliau bersara daripada perkhidmatan kerajaan di Tanah Melayu dan
pulang ke London . Sumbangan R.O Winstedt dalam bidang bahasa ialah bertugas
sebagai pegawai Inggeris yang berusaha melakukan penyelidikan tentang bahasa
dan kesusasteraan Melayu. Beliau turut menghasilkan dua buah kamus
yangdianggap lengkap oleh beberapa orang sarjana. Kamus tersebut ialah A
Practical ModernMalay-English Dictionary (1952) dan An Unabridged English
Dictionary(1958). Selain dari dua buah kamus itu , beliau menghasilkan kamus yang
berjudul Dictionary of Colloquial Malay . Selain bidang perkamusan , R.OWinstedt
menyusun tatabahasa Melayu berdasarkan dua buah buku , iaitu Sejarah Melayu
dan Hikayat Abdullah. Dengan berdasarkan buku tersebut, beliau menghasilkan
karya tatabahasa yang berjudul Malay Grammar yang diterbitkan pada 1914.
Sumbangan dalam bidang kesusasteraan pula ialah beliau menghasilkan A History
of Classical Malay Literature. Beliau juga menyunting Hikayat BayanBudiman , Misa
Melayu , dan Hikayat Anggun Cik Tunggal.
MODERATOR Begitu jelas penerangan yang diberikan oleh Cik Aisha . Bagi mendapatkan
pengetahuan yang tepat tentang karya dan sumbangan dalam segi pendidikan
tokoh Barat ini, amat sesuai sekali jika Cik Izza berkongsi sedikit sebanyak
tentang perkara ini dengan kita pada pagi ini. Baiklah Cik Izza, apakah karya-
karya dan sumbangan beliau yang dapat memberi peranan dalam Pendidikan
segali gus menyumbang kepada pemartaban Bahasa Melayu di negara kita?
PANEL 1 Baiklah, terima kasih Moderator kita hari ini. Karya-Karya popular beliau yang lain
termasuklah The Malay Magician , ASimple Malay Reader , Malay Proverbs dan
The Malays : A Cultural History. Selain itu , karya yang berkaitan dengan sejarah
seperti History of Malaya ,History of Riau and Johore , History of Perak dan lain-lain
lagi . Sumbangan Sir R.O. Winstedt dalam bidang Pendidikan pula ialah beliau
ditugaskan meneliti dan membuat kaji selidik tentang pendidikan vernacular
semasa menjadi Penolong Pengarah Pelajaran. Selain itu, beliau juga membuat
laporan yang mengemukakan cadangan tentang bidang pelajaran . Selepas beliau
terlibat dalam soal-soal pendidikan , beliau kemudiannya menghasilkan dua buah
buku tentang Pendidikan. Buku tersebut ialah Education in Malay (1923) dan The
Educational System in Malaya(1931).
MODERATOR Terima kasih Cik . Baiklah penonton, begitulah karya-karya dan sumbangan beliau
dapat menyumbang kepada pemartabatan Bahasa Melayu . Jika dihalusi, Bahasa
Melayu diperkenalkan oleh tokoh-tokoh dari Barat dan Tokoh-tokoh tempatan.
Maka, mari kita dengar pandangan Cik Izzawati tentang peranan tokoh tempatan
yang terkenal iaitu Prof. Dr. Nik Safiah binti Karim dalam memartabatkan Bahasa
Melayu . Silakan Cik Izzawati .
PANEL 2 Terima kasih , cik MODERATOR. Untuk pengetahuan semua penonton, Prof.
(IZZAWATI) Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah binti Karim atau lebih dikenali sebagai Nik Safiah
Karim merupakan salah seorang tokoh dan cendikiawan bahasa Melayu yang
tersohor. Nama beliau sudah tidak asing dan sering meniti di bibir-bibir
masyarakat terutamanya golongan dan kumpulan pengkaji bahasa Melayu. Beliau
merupakan seorang yang aktif memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu. Hal
ini menyebabkan beliau disegani ramai dan menjadi idola kepada anak muda di
institusi pengajian tinggi yang mengikuti bidang linguistik dan sastera. Namun
selain perjuangan linguistik ini, beliau juga gigih memperjuangkan kedudukan
serta kebajikan kaum Wanita di tanah air.

Beliau dilahirkan pada 17 Disember 1939 di Kampong banggol, Kota Bharu,


Kelantan. Beliau merupakan anak bonsu daripada 5 orang adik -beradik. Beliau
telah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Zain Omar dan telah dikurniakan
cahaya mata seramai empat orang. Selain itu, setakat ini, beliau telah mempunyai
cucu seramai 11 orang. Datuk sebelah bapa beliau yang dikenali sebagai Tok
Malek Sungai Pinang merupakan antara ulama besar yang memainkan peranan
penting dalam meluaskan dakwah ke seluruh tanah air serta pernah menjadi
penasihat agama kepada Sultan Kelantan pada masa itu. Hal ini demikian
menyebabkan beliau dibesarkan dalam suasana didikan agama walaupun tidak
dihantar ke pondok pengajian agama malah beliau menuntut ilmu di sekolah
biasa.
Beliau mendapat pendidikan awal di Government Girls English School yang
kemudiannya ditukarkan nama kepada Sekolah Rendah Zainab yang terletak di
Kota Bharu, Kelantan. Kemudian beliau mendapat tawaran untuk memasuki
Maktab Perempuan Melayu, Kuala Lumpur pada 1953. Beliau merupakan antara
insan yang terpilih dan beruntung kerana Ketika itu jarang sekali pelajar dari
Kelantan dapat merantau ke negeri lain untuk melanjutkan pelajaran. Selepas itu,
beliau meneruskan pengajian Tingkatan Enam di St Francis Institution, Melaka
dalam aliran sastera. Beliau mengambil mata pelajaran Kesusasteraan Inggeris,
Geografi dan Sejarah bagi menduduki peperiksaan Higher School Certificate
(HSC) pada 1959. Seterusnya beliau melanjutkan pengajian di Universiti Malaya
(UM) pada 1960 dalam bidang ekonomi dan pada tahun kedua beliau telah
membuat keputusan dengan memilih pengkhususan dalam bidang Pengajian
Melayu yang menyebabkan minat beliau terhadap linguistik bercambah. Beliau
telah menamatkan pengajian pada tahun 1963 dengan mendapat Ijazah Sarjana
Muda (Kepujian) Pengajian Melayu. Kemudian beliau meneruskan lagi pengajian
sehingga mendapat Ijazah Sarjana Sastera pada tahun 1965 seterusnya Ijazah
Kedoktoran (PhD) dalam bidang linguistic di Universiti Ohio, Amerika Syarikat.
Antara jawatan yang pernah dijawat oleh beliau ialah Profesor Kersi
Pengajian Melayu yang ke-4 selain Pengarah Akademik Pengajian Melayu yang
pertama pada tahun 1990 sehingga 1992. Selain itu, beliau pernah menjawat
jawatan pentadbiran di UM sebagai Timbalan Dekan II dan telah dilantik sebanyak
dua kali untuk jawatan dekan.
MODERATOR Terima kasih Cik Ashikin , menarik sekali penjelasan sebentar tadi . Yang paling
menarik ialah beliau juga gigih memperjuangkan kedudukan serta kebajikan
kaum Wanita di tanah air. Namun begitu, yang kita semua lihat sekarang, kaum
Wanita majoritinya ditindas dan dianggap lemah. Untuk melihat sumbangan beliau
dengan lebih jelas, saya jemput Cik Aisha untuk memberi pandangan beliau
tentang karya yang berjaya dihasilkan oleh Dr. Nik Safiah Binti Karim.
PANEL 1 Saya tertarik dan suka untuk mengjelaskan mengenai hal ini. Karya beliau yang
(AISHA) masih kita gunakan sehingga kini khususnya bagi golongan pendidik ialah
Tatabahasa Dewan yang merupakan salah satu karya beliau yang dihasilkan -
sama tiga orang penulis lain. Buku ini telah dicetak berulang-ulang kali sejak
terbitannya yang pertama pada tahun 1986. Buku ini telah memberikan impak
yang besar kerana telah menjadi buku tatabahasa pegangan. Buku ini juga telah
menjadi buku rujukan oleh semua pihak, terutamanya sekolah- sekolah di
Malaysia. Misalnya, murid-murid bahkan guru-guru sendiri menjadikan buku ini
sebagai rujukan terutamanya ketika terdapat kekeliruan tentang tatabahasa.
Tanpa kita sedar, buku ini telah menjadi salah satu asbab untuk anak-anak pada
zaman era globalisasi ini terutamanya golongan remaja belajar dengan lebih
mendalam tentang tatabahasa bahasa Melayu. Dengan ini, mereka dapat
membezakan antara golongan kata nama, pembentukan kata nama dan juga kata
adjektif. Secara tidak langsung , BM dapat dimartabatkan di negara kita.
Selain itu, beliau telah menerajui Persatuan Linguistik Malaysia (PLM)
selama 18 tahun dari tahun 1982 sehingga tahun 2000. PLM ini ditubuhkan padA
1977 untuk menggalakkan pengkajian terhadap bahasa dan masalah bahasa di
Malaysia serta mengeratkan hubungan antara pengkaji dengan peminat bahasa.
Pelbagai kegiatan telah disusun oleh PLM meliputi penerbitan, pertemuan ilmiah
(seminar persidangan, forum, ceramah ,syarahan dan sebagainya) dan
penyelidikan. Penubuhan PLM ini sebenarnya telah meninggalkan kesan yang
positif kepada generasi kini. Hal ini dikatakan demikian kerana aktiviti seperti
forum masih diteruskan sehingga kini. Sebagai contoh, Institut Pendidikan Guru
Malaysia (IPGM) telah mengadakan pertandingan forum untuk mendedahkan dan
menggalakkan pelajar menggunakan bahasa Melayu dengan betul selain dapat
meningkatkan keyakinan diri untuk bercakap dengan petah di khalayak umum.
Impaknya, pelajar akan berusaha untuk menggunakan bahasa Melayu dengan
betul dan sebaik mungkin tanpa ragu-ragu.
MODERATOR Terima kasih Cik Aisha . Boleh Cik Izzawati huraikan dengan jelas sedikit lagi
karya beliau dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu.
PANEL 2 Baiklah. Seterusnya, Bimbingan Pelajar Bahasa Kita Jilid 1 juga merupakan karya
(IZZAWATI) beliau. Buku ini diterbitkan bertujuan untuk memberikan bimbingan kepada
mereka yang mengalami masalah penyalahgunaan kata dan ayat. Kata nafi, kata
pemeri dan kata sendi nama merupakan antara isi kandungan dalam buku
tersebut. Dengan wujudnya buku ini, kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang
kaum sama ada Melayu ,Cina mahupun India dapat menjadikannya sebagai salah
satu rujukan bagi membaiki kesalahan tatabahasa atau ayat yang digunakan. Hal
ini kerana kita sebagai manusia sering alpa dan leka dengan kesalahan diri sendiri
dan memerlukan medium atau alat untuk dijadikan rujukan. Tambahan pula, buku
ini dapat memberikan peringatan dan kesedaran kepada kita bahawa betapa
pentingnya mempelajari dan mengkaji ilmu bahasa Melayu dengan lebih
mendalam.

Ingin saya kongsi sedikit kata-kata prinsip hidup beliau yang bagi saya amat
membantu anak-anak muda dalam melakukan semua Tindakan dalam kehidupan.
“ LAKUKAN APA YANG DISUKAI KERANA IA AKAN MENJADIKAN KITA LEBIH
BERSEMANGAT UNTUK MENGHASILKAN YANG TERBAIK DAN TIDAK
MELAKUKAN TUGAS DENGAN BIDANG YANG TIDAK MAHIR”. Oleh itu,
kejarlah apa yang kita minati dan perjuangkanlah minat tersebut sehingga
menyebabkan impian-impian kita tercapai.

MODERATOR Terima kasih Cik Ain . Begitulah pandangan-pandangan tajam daripada ahli-ahli
panel kita . Tuntasnya, sebagai individu yang berbangsa Melayu, kita seharusnya
bangga dan menghargai semua sumbangan tokoh-tokoh Barat dan tempatan
yang bertungkus lumus memartabatkan bahasa Melayu dengan menghasilkan
pelbagai karya-karya Bahasa Melayu yang dapat kita gunakan dan manfaatkan
dalam kehidupan. Saudara penonton, memang tidak dapat dinafikan bahawa,
Bahasa Melayu amat perlu untuk dipelihara. Oleh itu, pelbagai usaha dan
sumbangan para tokoh telah dilakukan bagi memastikan Bahasa Melayu kita terus
mendominasi kehidupan masyarakat. Semangat cinta akan negara sewajarnya
berkobar-kobar dalam jiwa setiap generasi apabila melihat usaha-usaha negara
menjadikan Bahasa Melayu sebagai lingua franca . Oleh itu, mulai hari ini, sama-
samalah kita menghargai Bahasa Melayu . Hanya bangsa yang kenal jati diri ialah
bangsa yang dihormati .

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Anda mungkin juga menyukai