Anda di halaman 1dari 6

TAMADUN CHINA

1. KEBUDAYAAN YANGSHAO DI LEMBAH SUNGAI KUNING (HUANG HE) 3950SM-1700SM

2. KEBUDAYAAN LONGSHAN DI LEMBAH SUNGAI YANG TZE (YANGZIJIANG)

ZAMAN PEMBINAAN

DINASTI SHANG ( 1766SM-1122SM


 Dinasti pertama dengan penemuan alatan dan tulang manusia di utara Sungai Yang Tze.

DINASTI CHOU ( 1122SM-256SM )


 Dikenali sebagai zaman peperangan/ musim luruh/musim bunga.
 Konsep anak syurga dan mandat dari langit (Di/Ti).
 Raja Chou menjalankan dasar feudalisme dalam pentadbiran.
 Kemunculan aliran falsafah seperti Konfucius (Kung Fu Tze), Taoisme (Lao Tze),
Legalisme dan The Hundred School of Thoughts

DINASTI CHIN ( 256SM-205SM )


 Maharaja Shih Huang Ti menjalankan dasar tegas dalam ekonomi, bahasa dan lain-lain
iaitu dasar Legalisme:
 Beliau menghapuskan sistem feudal dan menggantikannya dengan sistem
pemerintahan berpusat.

*********************************************************************

ZAMAN KEAGUNGAN

DINASTI HAN ( 202SM-221M )


 Dinasti yang agung terutama dalam aspek pentadbiran.
 Dinasti ini lebih bertolak ansur. Prinsip politik Konfucius dan Legalis telah diterima
menjadi dasar pemerintahan.

DINASTI SUI ( 589-618M )


 Perpecahan berakhir apabila Dinasti Sui berjaya satukan China. Ia diasaskan oleh Sui
Wen Ti. Ia sebuah dinasti yang singkat.

DINASTI TANG ( 618M-907M )

 Merupakan zaman keemasan dalam kesusasteraan China

*********************************************************************
ZAMAN PERALIHAN

DINASTI SUNG ( 960M-1279M )


 Dinasti ini didirikan oleh general Chao Hung Yin. Ia bertahan selama 300 tahun sehingga
ditakluki oleh orang Monggol.

DINASTI YUAN/ MONGGOL ( 1271M-1368M )


 Dinasti ini didirikan oleh orang Monggol di bawah Kublai Khan. Peking dijadikan pusat
pentadbiran.
 Dinasti ini terasimilasi dengan budaya China.

DINASTI MING ( 1368M-1644M )


 Dinasti ini merupakan zaman kemuncak penyebaran Islam.
 Keunikan zaman ini ialah pelayaran telah sampai ke Asia Tenggara, Lautan Hindi dan
Pantai Timur Afrika.

DINASTI CHING ( 1644M-1911M )


 Dinasti ini didirikan oleh orang Manchu.
 Dinasti ini turut terasimilasi dengan budaya China.

*********************************************************************

PANDANGAN SEMESTA DALAM TAMADUN CHINA

TIAN
 Langit. Selalunya digunakan untuk menunjukkan syurga (heaven).
 Sejak zaman awal juga digunakan untuk menunjukkan dewa terpenting/utama dalam
Tamadun China.

DI / TI
 Merujuk kepada bumi.
 Dewa yang memelihara bumi.

DAO / TAO
 Menunjukkan lorong atau jalan (literally).
 Konsep Dao menurut Konfucious: Konsep tatatertib moral.
 Konsep Dao menurut Daoisme: Dao bermaksud metafizik. Ini bermaksud jika terdapat
suatu proses kewujudan, maka hendaklah terdapat suatu punca utama yang
meluas dan ini dipanggil Dao [iaitu punca utama kehidupan (tuhan)].

KONSEP YIN YANG


 Konsep ini dianjurkan oleh Daoisme.
 Kepercayaan bahawa perkara yang wujud di alam ini hasil interaksi antara dua
kuasa yang berlawanan iaitu Yin dan Yang. Gabungan Yin dan Yang akan membawa
keamanan dan keharmonian.
KONSEP DATUNG / TA T’UNG ( THE GRAND UNITY)
 Tahap pencapaian keharmonian sosial yang paling sempurna/ideal (utopia), di mana
dunia boleh dikongsi oleh manusia sejagat secara adil.

FALSAFAH DALAM TAMADUN CHINA

KONFUCIUNISME
 Lahir pada 551 SM dalam Dinasti Chou. Nama sebenar beliau ialah Kung Chiu.
 Kung Fu Tze mengajar bahawa moral manusia membantu pemerintah yang baik dan
sifat baik merupakan satu harta paling penting yang dimiliki oleh setiap pegawai.
 Ajarannya ditulis oleh muridnya dalam Analects.

DAOISME/TAOISME
 Ajaran Taoisme diasaskan oleh Lao Tze. Ia merupakan satu falsafah China yang
bermula sekitar tahun 300SM.
 Ia bertentangan dengan falsafah Konfucius. Konfuciunisme menekankan kehidupan
yang berteraskan kepada peraturan-peraturan tertentu, sementara Taoisme
menekankan kehidupan yang mudah(simple) dan spontan (spontaneous).
 Antara falsafah / ajaran Taoisme ialah:
 Dunia manusia adalah buruk.
 Tidak setuju dengan konsep kepimpinan melalui teladan .
 Antimaterialism

MOISME
 Ia diasaskan oleh Mo Zi (479-381SM)
 Percaya kepada cinta sejagat (universal love) tanpa mengendahkan hubungan
keluarga dan kedudukan.
 Melarang perkembangan muzik. Mo Zi berpendapat bahawa setiap orang perlu
berjimat cermat.

LEGALISME (FA JAI)

 Legalisme merupakan suatu mazhab pemikiran Cina yang lebih mengutamakan sistem
atau cara pentadbiran yang berdasarkan undang-undang yang telah ditetapkan.
 Pengasasnya ialah Xun Zi atau Hsun Tsu (296-238SM).
 Ahli Legalisme mempercayai bahawa peraturan atau undang-undang yang keras dan
dendaan yang berat walaupun dibenci oleh rakyat tetapi ia merupakan cara berkesan
yang membawa kepada kedudukan yang tersusun dan jaminan yang diperlukan oleh
rakyat.

BUDDHISME
 Diterima oleh masyarakat China kerana:
 Terbuka dan senang difahami.
 Terasimilasi dengan aspek Daoisme dan Konfucionisme
 Kekacauan di China mendorong kepada penerimaan ajaran ini. Buddha seolah-
olah penyelamat bagi orang Cina yang dalam kesusahan. Buddha juga
menerangkan kehidupan selepas mati yang tidak dapat diterangkan oleh
Konfucius dan Lao Tze.
 Persamaan dengan falsafah Daoisme
SISTEM SOSIAL DAN NILAI ETIKA

 Tamadun China mempunyai satu sistem sosial yang tersendiri yang dibina untuk
membentuk masyarakat yang sempurna berdasarkan ajaran Konfucius, Mencius dan
Taoisme.

SIFAT MANUSIA

 Konfucius :
 Manusia pada asasnya bersifat baik. Pendidikan merupakan asas penting
dalam pembinaan diri seseorang manusia itu.

 Mencius :
 Manusia dilahirkan semulajadi baik. Manusia mempunyai sifat semulajadi yang
akan membina dan membaiki personaliti yang bermoral.
 Legalisme :
 Semulajadi manusia adalah jahat. Tindakan undang-undang dan
pemerintahan keras sahaja dapat mengawal manusia.
 Menurut Xun Zi, manusia boleh dibaiki dengan pendidikan.
 Menurut fahaman falsafah Cina, pendidikan penting bagi pembinaan insan yang
bermoral.

KONSEP WU LUN ( LIMA HUBUNGAN )


 Masyarakat tradisional Cina mementingkan konsep kekeluargaan. Mereka menekankan
konsep “lima hubungan” yang merupakan lima hubungan asas manusia yang harus
dikekalkan bagi membentuk kestabilan masyarakat dan kesejahteraan negara. Lima
hubungan itu ialah :
 Antara suami dan isteri
 Antara bapa dan anak (keluarga dan anak-anak)
 Antara adik beradik
 Antara pemerintah dan rakyat
 Antara kawan-kawan.

KONSEP REN/JEN
 Ren merujuk kepada kasih sayang dan juga sifat perikemanusiaan. Ia merangkumi
kasih sayang terhadap diri sendiri dan juga kepada orang lain.

KONSEP LI
 Konsep Li merupakan warisan daripada himpunan kehidupan masyarakat tradisi.
 Konfucius memberikan beberapa takrif tentang pengertian Li :
 Pelbagai peraturan yang membezakan golongan mulia dengan golongan hina
dan golongan kaya dengan miskin.
 Pelbagai adat istiadat untuk memebezakan peraturan pelakuan mulia dan hina,
kaya dan miskin. Ia juga merupakan petanda kepada corak kehidupan
perbezaan darjah.
 Berakhlak, rendah diri dan menghormati orang tua. Konfucius berpendapat Li
adalah peraturan akhlak dan peraturan kehidupan. Beliau mengemukakan 3 ciri
tentang Li iaitu:
i. Peraturan perhubungan manusia dengan tuhan.
ii. Peraturan perhubungan manusia dengan manusia.
iii. Peraturan perhubungan politik.
KONSEP JUNZI / CHUNG TZU
 Menurut Konfucius, ia merupakan sifat-sifat kebaikan termasuk kesederhanaan dan
kebiasaan.
 Ia juga bermaksud manusia yang benar, manusia yang sempurna dan manusia yang
terbaik.

KONSEP ZHONG YONG (THE GOLDEN MEAN)


 Merujuk kepada kesederhanaan.
 Ia merupakan sesuatu yang paling sesuai, paling tepat atau terbaik dalam sesuatu
keadaan.
 Tidak menyetujui kekerasan sebagai jalan penyelesaian.

PEMIKIRAN POLITIK KONFUCIUNISME

 Konfucius menegaskan bahawa politik merupakan pengurusan tentang kebenaran.


 Beliau menekankan pemerintahan yang berdasarkan Zheng Ming iaitu nama yang
betul untuk menjelaskan di antara perkara yang benar dan salah. Peranan dan
tanggungjawab adalah mengikut nama yang disandang. Tujuannya adalah untuk
membezakan antara perkara yang betul dan salah.
 Konfusius menekankan bahawa pemerintah dikehendaki mempunyai pelakuan yang baik
untuk dijadikan teladan iaitu memperbetulkan kelakuan diri sendiri atau Zheng Ji.
 Konfucius juga menekankan pemerintahan yang berdasarkan akhlak. Tujuannya
supaya mereka yang melibatkan diri dalam politik hendaklah menganggap akhlak
sebagai dasar dalam kehidupan berpolitik.
 Pemerintahan secara tatasusila (Li) – Konfucius menekankan perhubungan konsep
Ren dengan Li. Ren adalah pemikiran perasaan akhlak naluri dan Li pula merupakan
peraturan kelakuan luaran.
 Mendirikan kepercayaan – Dalam sistem pemikiran politik Konfucius, mendapat
kepercayaan rakyat merupakan perkara utama.

PEMIKIRAN PENDIDIKAN KONFUCIUNISME

 Fungsi pendidikan dilihat begitu penting sekali bersama dengan politik dan ekonomi.
Konfucius menganggap politik, hukuman, akhlak dan tatasusila sebagai alat yang
penting untuk mentadbir negara.

 Beliau menganjurkan pendidikan akhlak sebagai teras perkembangan manusia.


Tujuan pendidikan adalah untuk membentuk cendiakawan (Shi) dan orang
budiman (Jun Zi). Peranan Jun Zi ada tiga:

 Mempelajari ilmu.

 Memperbaiki diri

 Mentadbir manusia

Peranan Shi (cendiakawan) pula adalah sebagai pembantu kepada orang budiman dan
penglibatan dalam pengajaran serta kerja-kerja lain.
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

 Konfucius menekankan proses pengajaran, prinsip pengajaran dan kaedah pengajaran.


Beliau menganggap dalam proses pembelajaran ada 4 ciri iaitu:
i. Banyak mendengar.
ii. Banyak melihat.
iii. Banyak bertanya.
iv. Banyak mengenali.
 Beliau turut menekankan sikap jujur dalam pembelajaran dan menegaskan bahawa
dalam pembelajaran tidak harus ada sikap malu untuk bertanya sesuatu. Menurut
Konfucius:
 “Tahu katalah tahu, tidak tahu katalah tidak tahu, itu adalah ilmu pengetahuan”

PENGGABUNGAN PEMBELAJARAN DAN BERFIKIR

 Menurut Konfucius penggabungan pembelajaran dan berfikir adalah penting.


Konfucius berkata:
 Setiap pengajaran yang dijalankan perlulah mengikut kebolehan dan kepintaran
seseorang. Konfucius berkata:

Anda mungkin juga menyukai