Anda di halaman 1dari 10

Kung Fu-Tze dan Confusianisme

1. Kung Fu-Tze dilahirkan pada 551 S. M. Beliau berasal dari keturunan


bangsawan. Pernah menjadi guru pada umur 20 tahun dan mengajar
pelajar tentang cara-cara berkelakuan baik. Beliau banyak membaca
mengenai kerajaan dan pentadbiran serta ini memungkinkannya untuk
dilantik menjadi Menteri Keadilan, dan kemudian Perdana Menteri di
wilayah Lu. Tiga belas tahun selepas Koncius meletak jawatan, dia
mengembara dari satu wilayah ke wilayah yang lain di Negara China
dan menasihati pembesar-pembesar feudal cara pentadbiran yang
baik.
2. Ajaran-ajaran Confucius dapat diperoleh daripada dua buah buku, iaitu
Klasik Confucius dan Analekta. Buku-buku ini ditulis setelah membuat
pemerhatian tentang kelemahan-kelemahan yang wujud dalam
masyarakat, terutama dalam pentadbiran seperti tidak amanah dan
keadaan moral masyarakat yang rendah. Konfusius berpendapat jika
semua orang berkelakuan baik dan mengikut peraturan, maka
keadaan Negara akan menjadi aman. Kung Fu-Tze percaya bahawa
moral manusia membantu pemerintah yang baik dan sifat baik
merupakan satu harta yang paling penting dimiliki oleh setiap pegawai
serta beliau berkata untuk mencapai sifat yang baik adalah menerusi
sikap.
3. Konfucius membahagikan lima bentuk hubungan dalam masyarakat,
iaitu:
a) Hubungan bapa dengan anak, iaitu bapa harus berhati baik dan anak
harus bertanggungjawab terhadap orang tua.
b) Hubungan suami isteri di mana suami harus jujur terhadap isteri dan
isteri harus tunduk serta mendengar cakap suami.
c) Hubungan saudara tua dengan muda, manakala yang muda pula perlu
hormat pada yang tua.
d) Hubungan raja dengan pegawai, iaitu raja mesti bersifat
perikemanusiaan dan pegawai harus taat.
e) Hubungan antara sahabat di mana kejujuran menjadi pedoman dalam
hidup.
4. Kesimpulannya, hubungan-hubungan ini menitikberatkan kejujuran dan
kebaikan serta sekiranya keadaan ini tidak dipatuhi nescaya akan berlaku
pecah-belah dan huru-hara di kalangan rakyat.

Ligalisme
1. Ajaran ini muncul demi kepentingan undang-undang sebagai satu-
satunya cara untuk mencapai kecekapan dalam kerajaan dalam
kerajaan dan ketertiban masyarakat. Salah satu karya ajaran ini ialah
Kuan Tzu yang ditunjuk dan diabadikan kepada Kuan Chung, iaitu
Ketua Menteri Chi. ajaran ini menyatakan undang-undang dan
hukuman berat merupakan berat merupakan satu cara untuk
membawa kestabilan dan keamanan bagi Negara.
2. Penganut Ligalisme tidak mempercayai konsep kasih saying dan
kasihan. Teori-teori ini dipraktikan pada zaman Dinasti Chin Hsun
Ching. Walaupun melibatkan pembunuhan Hsun Ching percaya
pendidikan adalah alat untuk memperbaiki kejahatan manusia. Han Fei
(penulis Ligalisme) mencadangkan penguatkuasaan undang-undang
untuk mengelakkan manusia bertindak liar. Han Fei berpendapat
ajaran Konfisius adalah hipokrit dan mementingkan diri sendiri.
Baginya, nilai yang baik hanya boleh dilihat dalam dua bidang iaitu
ketekunan bekerja dan dalam perang.
Agama lain dan Polisi Beragama
Agama Islam merupakan salah satu agama yang popular di kalangan orang
cina dan pemeluknya di panggil Hui. Islam mula bertapak di Negara China
pada abad ke-7 M dan masih bertahan sehingga kini. Ini dapat dibuktikan
dengan pembinaan masjid yang banyak di Negara China. Selain itu, agama
Kristian Katolik juga di anuti oleh sesetengah penduduk di Negara China di
bawah pimpinan pihak komunis, namun kerajaan tidak melakukan
penindasan ke atas penganut-penganut agama tertentu. Ia adalah menurut
Artikel 36 Perlembagaan Negara China berkata bahawa rakyat diberi
kebebasan untuk mengamalkan apa juga kepercayaan dan agama mereka.
Sejarah Perkembangan Confucianisme
1. Confucianisme merupakan satu falsafah kemanusiaan yang diasaskan
oleh Confucius (Kung Fu-Tze) pada abad ke-5 S.M. falsafah ini telah
berkembang sepanjang bersama sejarah Negara China dan menjadi
asas dan tulang belakang budaya bangsa Cina. Ini juga merupakan
alas an atau factor pengikut-pengikut falsafah ini mengambil doktrin
mereka sabagai intipati pemikiran bangsa Cina dan mengabaikan dua
arus agama yang lain, iaitu Taoisme dan Buddhisme.
2. Pada sepanjang perkembangan sejarah Negara China, matlamat
pengikut-pengikut Confucianisme adalah untuk membentuk pemikiran
dan hati rakyat melalui pendidikan yang tetap dan pemujukan. Namun,
sebagai berperikemanusiaan, Confucianisme tidak memaksa
kemestian mematuhi kepada prinsip-prinsip Confucian, tetapi telah
menanamnya melalui pendidikan. Ini kerana ia merupakan satu
kepentingan untuk mengajar caranya atau the Way seperti ia
dicatatkan pada Doctrine of the Mean: Apa yang disampaikan oleh
Tuhan kepada manusia dipanggil sebagai sifat semula jadi manusia
(xing). Untuk membentuk sifat seseorang dikenali sebagai cara (tao)
dan untuk memupuknya dipanggil pendidikan (jiao). Matlamat
pendidikan adalah untuk menghasilkan manusia yang sempurna, iaitu
junzi yang termaktub dalam segala kebaikan di dalam falsafah
Confucianisme. Junzi merupakan seseorang yang dapat menguasai
sepenuhnya segala kebaikan untuk ren, iaitu baik hati atau
berperikemanusiaan terhadap semua manusia. Ini merupakan
kesempurnaan bagi nilai kemanusiaan, di mana secara dasarnya
adalah berharmoni dengan langit atau syurga (tian).
3. Pengajaran Confucius telah meninggalkan satu kesan yang tegas dan
kukuh ke atas cara bangsa Cina di mana mereka lebih menfokus ke
atas manusia kecenderungan nilai perikemanusiaan ini telah wujud di
Negara China dirinya sebagai pengasas, tetapi sebagai pengutus:
( the humanistic tendency had been in evidence long before his time.
But it was Confucius who turned it into the stongest driving force in
Chinese philosophy. He did not care to talk about spiritual beings or
even about life after death. Instead, believing that man can make the
Tao (Way) great, and not that the Way can make man great, he
concentrated on man. His primary concern was a good society based
on good government and harmonious human relations. To this end he
avocated a good government that rules by virtue and moral example
rather than by punishment or force. His criterion for goodness was
righteousness as opposed to profit. For the family, he particularly
stressed filial piety and for society in general, proper conduct or li
(propriety, rites).
4. Confucius percaya bahawa kesempurnaan semua manusia adalah
kerana usaha mereka tanpa bergantung pada sebarang kuasa ghaib.
Manusia yang unggul atau junzi bukan lagi didapati di kalangan
golongan bangsawan, tetapi secara moralnya mereka yang
mempraktikan kesempurnaan terhadap nilai perikemanusiaan.

Confucianisme: Satu Agama atau Falsafah
1. Pada zaman purba, kuasa tertinggi dikenali sebagai Shangdi, iaitu
Tuhan Yang Maha Esa. Kuasa ini dikenali sebagai Tuhan yang
memerintah alam semesta. Istilah kuno ini menjelaskan dasar agama
bangsa Cina semasa Dinasti Shang (1766-1122 S. M).
2. Confucius telah meninggalkan secara radikalnya daripada satu
kepercayaan agama kepada Tuhan yang tertinggi. Beliau tidak pernah
bercakap tentang Shangdi, tetapi merujuknya sebagai kuasa tertinggi
dalam istilah tian yang bererti langit atau syurga. Tian yang
dinyatakan oleh beliau adalah mempunyai tujuan tertentu dan ia
adalah penguasa kepada segalanya.
3. Beliau telah merujuk kepada Tianming secara berulang-ulang, iaitu
yang bererti mandat, kehendak atau perintah langit atau syurga.
Bagaimanapun, dengan tian yang dinyatakan oleh Confucius adalah
tidak kekal sebagai Tuhan Yang Maha Esa bagi semua penganut
agama yang memerintah dalam satu sifat tersendiri, tetapi sebagai
satu penganut tertinggi yang hanya memerintah, meninggalkan
undang-undang moralnya untuk dikendalikan secara sendirinya. Ini
merupakan caranya berdasarkan di mana peradaban perlu
berkembang dan manusia perlu tingkah laku. Ia adalah cara tian
(tiandao) kemudiannya dikenali sebagai prinsip-prinsip tian (tianli).
4. Secara jelasnya, menunjukkan bahawa Confucius tidak bertujuan
untuk mengembangkan satu kepercayaan agama, tetapi menyarankan
satu falsafah kehidupan yang berpusat pada konsep ren, iaitu satu
istilah yang boleh diterjemahkan sebagai kebaikan ini, seseorang itu
perlu menepati sifat semula jadi manusia di mana kebaikan untuk ren
ini adalah menjadi seseorang yang patut dengan sifat sebenarnya.
Bagaimanapun, Confucius tetap merupakan seorang guru bernilai
perikemanusiaan yang telah merancang untuk mengembangkan satu
tanggapan manusia seperti membentuk masyarakat yang sempurna
yang bebas daripada pengaruh kuasa-kuasa ghaib.
5. Dalam ajaran Confucius, tidak terdapat satu yang sama seperti wahyu
daripada langit atau syurga. Bagi dunia yang lain, Confucius bukan
dikenali sebagai agnostik, tetapi lebih dikenali sebagai seorang yang
sedar akan misteri. Confucianisme telah berkembang bukan sebagai
satu agama, tetapi sebagai satu falsafah perikemanusiaan. Walaupun
terdapat usaha yang cuba menjadikannya sebagai satu agama pada
zaman Dinasti Han, tetapi tidak Berjaya. Namun, sekiranya
Confucianisme bukan sebagai satu agama, perlu dinyatakan bahawa
susunan moral yang dibentuk oleh Confucianisme adalah didapati
berhubung kait dengan langit atau syurga. Ini dapat dijelaskan dalam
satu manifesto oleh pihak bangsa Cina kepada dunia yang diterbitkan
di Hong Kong pada tahun 1958: There is a widespread notion that
Chinese culture stresses the moral relationship between man and man,
but not the religious relationship between manand God. Essentially,
this notion is correct. But to pretend that there is no transcendent
religious feeling in Chinese culture, that ethical thought consists of
some rules for outward conduct without any spiritual foundation; this
latter view is gravely mistaken.
6. Ini bererti bahawa bagi pengarang-pengarang manifesto, terdapat satu
dasar kuasa bagi susunan moral. Aspek semangat terhadap budaya
bangsa Cina ini biasanya dikaitkan dengan Confucianisme, di mana ia
dibincangkan dalam satu cara yang sama oleh Lin Yu Tang dalam
bukunya, The Wisdom of Confucius:
To adhere to the philosophic meaning, Confucius was trying ti restrore
a social order, based on love for ones kind and respect for authority, of
which the social rites of public worship and festivities in ritual and
music should be the outward symbols. Of course, the rituals of wprship
lead straight back to primitive religious rites and ceremonies, and it is
clear that this so-called religion of li was truly semireligious in
character, being related to God at one end in the sacrifice to Heaven
by the emperor, and related to common people at the other end by the
teachings of affection and discipline and respect for authority in the
home life.
Ajaran-ajaran Confucius
1. Ajaran-ajaran Confucianisme boleh diperoleh daripada dua buah buku,
iaitu Klasik Confucius dan Lu Yu atau Anelekta yang telah disusun oleh
pengikut-pengikut Confucius.
2. Buku-buku tersebut telah ditulis oleh Confucius setelah menyedari
kelemahan-kelemahan yang wujud dalam masyarakat akibat pegawai
kerajaan yang berlaku curang dan keadaan moral rakyat Negara China
yang sangat rendah. Beliau berpendapat bahawa keadaan Negara
akan aman sejahtera sekiranya semasa rakyatnya berkelakuan baik
dan sentiasa mengikut atau mematuhi peraturan.
3. Dalam ajaran Confucianisme, ia menekankan konsep Li, iaitu merujuk
kepada susunan tingkah laku yang baik. Ajaran Confucius bertujuan
untuk menyelesaikan masalah dalam Negara China, di mana
peperangan sering berlaku antara golongan bangsawan feudal yang
saling bermusuhan dengan rakyat Negara China yang mengalami
keruntuhan akhlak dan perlu diberi bimbingan. Confucius juga
mengajar rakyat Negara China agar sentiasa berakhlak mulia. Selain
itu, konsep Jen yang disarankan oleh Confucius pula menekankan
perasaan perikemanusiaan terhadap manusia lain. Beliau menyatakan
bahawa seseorang yang berperikemanusiaan bererti mempunyai lima
sifat kebaikan, iaitu amanah, budi bahasa, rajin, murah hati dan
bersifat baik.
4. Di samping itu, ajaran Confucius adalah mengenai keperluan menjaga
keharmonian manusia denga alam dan masyarakat. Manusia mestilah
mengikut perunahan alam. Keharmonian masyarakat ialah peraturan
yang harus diikuti atau dipatuhi oleh setiap rakyat mahupun
pemerintah dalam usaha mewujudkan satu keadaan yang sesuai dan
aman bagi kehidupan seharian manusia.
5. Oleh itu, Confucius menggalakkan masyarakatnya mengadakan
upacara adat istiadat Li. Pada masa yang sama, beliau juga
mementingkan muzik kerana pada pandangan beliau, seni muzik dapat
mengajar atau mendorong seseorang itu hidup berbaik-baik antara
satu sama lain.
6. Untuk mewujudkan sebuah karajaan yang aman dan makmur,
seseorang pemerintah mestilah menunjukkan budi pekerti yang baik
supaya dapat dicontohi oleh rakyat jelata. Tambahan pula, kedudukan
raja adalah dikatakan sebagai utusan dari tian atau langit dan bumi.
Istana pula merupakan tempat di mana tersimpannya kuasa-kuasa luar
biasa. Justeru, dunia Cuma akan aman sekiranya raja dapat mengikut
arahan atau prinsip ini.
7. Confucius juga telah menegakkan lima jenis perhubungan baik untuk
mewujudkan masyarakat yang aman damai dan harmoni. Lima
perhubungan baik yang dinyatakan oleh beliau ialah:
a) Hubungan pemerintah denga rakyat, iaitu pemerintah atau raja messti
bersifat berperikemanusiaan, manakala rakyat harus sentiasa taat
setia kepada pemerintahnya.
b) Hubungan suami dengan isteri, di mana suami isteri harus bersikap
jujur terhadap isterinya, manakala isteri harus tunduk dan dengar serta
patuh kepada suaminya.
c) Hubungan ibu bapa dengan anak, iaitu ibu bapa perlu berhati baik,
bersifat penyayang dan anak pula harus menunaikan kewajipan
mereka sebagai anak kepada orang tua mereka.
d) Hubungan saudara tua dengan saudara-muda, di mana seseorang
yang lebih tua itu harus bermurah hati dan membantu, manakala yang
lebih muda harus tunduk dan hormat kepada mereka yang lebih tua.
e) Hubungan antara sahabat di mana kejujuran menjadi pedoman dalam
sesuatu persahabatan.



Confucius (Kung Fu-Tze) dan murid-muridnya, Lao-Tze dan Chuang-Tze,
serta pelbagai golongan pendita agama Buddha merupakan ahli fikir yang
terpenting sekali bagi perkembangan sejarah dalam kebudayaan Cina.
Sesebuah buku mengenai orang Cina tidak dapat meninggalkan beberapa
ajaran orang-orang ini yang terkenal dengan nama Confucianisme, Taoisme
dan Mahayana Buddhism.
Istilah Confucianisme digunakan bagi ketiga-tiga tingkatan perkembangan
pendapat-pendapat ajaran Confucius:
Bagi pendapat-pendapat Confucius dan murid-muridnya yang terawal,
termasuk Mencius (Meng-tzu) dan (Hsun-tzu) yang termasyhur itu.
Bagi falsafah Negara Dinasti Han (200 S.M- 220 S.M) dan yang akhirnya,
bagi pengertian-pengertian baharu yang berkembang pada kurun ke-11
Masihi dan 12 Masihi yang terkenal dengan nama Neo- Confucianism.

Pendapat-pendapat Utama Confucius (551-47 S.M)
Kebajikan yang sempurna mestilah menjadi cita-cita seorang Chun-tzu
(orang baik-baik). Ini dapat dicapai melalui sifat-sifat sopan snatun, murah
hati, ikhlas, rajin dan baik hati. Segala kelakuan mestilah sederhana,
mengikut Jalan Pertengahan. Manusia mestilah bertindak mengikut tertib
dengan menghormati peraturan sewajarnya. Untuk Negara pula, rakyat
mestilah ada taat setia. Anak keluarga mestilah ada hormat dari yang muda
kepada yang tuanya untuk diri perseorangan mestilah dia mengkaji dan
memperbetulkan diri sendiri. Raja-raja yang bijaksana dahulu telah
memerintah dengan jayanya dengan contoh tauladan yang tinggi. Oleh yang
demikian, kita mestilah berpandukan masa yang telah lalu jika kita hendak
memperoleh sebuah masyarakat yang sempurna. Mencius (Meng-tzu) (327-
287 S.M) dan Hsun-tzu (kurun yang ke-3 S.M) telah member sumbangan-
sumbangan utama seperti berikut:
Mencius menyatakan bahawa seseorang raja mestilah memerintah dengan
adil dan pembahagian tanah mestilah sama rata sebagai asas sesebuah
kerajaan yang bagus. Jika seorang raja tiada bertanggungjawab, maka rakyat
berhak menjatuhkannya.
Mencius mengemukakan pendapat bahawa manusia semula jadinya baik dan
boleh hidup bukan sahaja dengan berbuat kebajikan, bahkan dengan rasa
tanggungjawab yang kuat.
Tetapi bagi Hsun-tzu pula, beliau menentang pendapat Mencius dan
menyatakan bahawa semula jadinya jahat dan hanya boleh mencapai
kesempurnaan melalui didikan akhlak. Hsun-tzu adalah guru kepada Han Fei,
ahli falsafah undang-undang dan Li Su, seorang tokoh politik.

Anda mungkin juga menyukai