Anda di halaman 1dari 11

GPM 1083

KONFUSIANISME
Cikgu Pensyarah : Encik Amidy Malagob
Disediakan Oleh : Vivian Chai Ming Ming
Moh Nian Li
PENGENALAN
 Aliran konfusianisme merupakan aliran besar yang menjadi kepercayaan
masyarakat Cina.
 Konfusianisme didalam bahasa Cina ialah Rujia ( 儒家 ) yang membawa
maksud sekolah cendiakawan.
 Pada asalnya, konfusianisme merupakan aliran bukan agama secara
mutlak tetapi merupakan aliran falsafah.
 Sistem pemikiran yang diasaskan oleh Kung Fu Tze, tokoh peradaban
Cina.
 Bertujuan meningkatkan moral dan menjaga etika atau akhlak manusia.
 Selepas kematian Kung Fu Tze, terdapat kumpulan yang membuat
pemujaan terhadap beliau, dan muncul upacara dan ritual keagamaan.
 Antara negara yang mempunyai penganut konfusianisme hari
ini ialah negara China, Korean Selatan dan Utara, Vietnam,
Hong Kong, Taiwan, Singapura dan lain-lain.
PENGASAS
 Kung Fu Tze lahir di Kg Chang Ping daerah Lu, Ducky pada 551 SM. Kini dikenali sebgai wilayah
Shandong.
 Nama sebenarnya ialah Kong Qiu.
 Bapanya, Shu-Lian Heih dan ibunya Yuan Zhen.
 Berasal dari keturunan keluarga bangsawan tradisional. Namun menjadi miskin akibat perang
dan huru hara.
 Berkahwin dengan Kai Guan ketika berusia 20 tahun dan dikurniakan anak lelaki bernama Kung
Li.
 Sukar mendapat pendidikan akibat kemiskinan lalu memilih jalan hidup sendiri untuk menimba
ilmu.
 Sewaktu berumur 20 tahun, beliau telah menjadi seorang cikgu.
 Beliau memenuhi usia emas beliau dengan mengarang sejarah peradaban negara,
mengukuhkan prinsip muzik, membuat sajak, membentuk sistem kesenian, upacara, perayaan
dan etika.
 Kung Tze telah menghembuskan nafas terakhir pada tahun 479 SM.
KEMUNCULAN KONFUSIONALISME
 Pengalaman hidup Kung Fu Tze yang hidup pada zaman kekacauan dan
penindasan dari pihak yang berkuasa.
 Dengan sebab itu, Kung Fu Tze menekankan pembentukan akhlak.
 Terdapat lima nilai akhlak yang utama:
 Ren ( 仁 ): Perikemanusiaan
 Li( 礼 ): Kesusilaan
 Yi( 义 ): Keadilan
 Zhi( 智 ): Kebijaksanaan
 Xin( 信 ): Layak dipercayai
 Zhong{ 忠 ): Taat
 Xiao{ 孝 ): Hormat
 Bertujaun membentuk disiplin kepatuhan dan ketaatan
 Matlamat tertinggi adalah menjadi manusia teragung.
1. Ren 仁 (Perikemanusiaan)
 Baik hati, belas kasihan, kasih saying
 Asas kepada sistem etika dalam konfusianisme.
2. Li 礼 (Kesusilaan)
 Peraturan-peraturan bagi tingkah laku yang
betul.
 Bermaksud kesopanan, budi pekerti dan
pelaksanaan upacara-upacara.
 Penting dalam melayani tetamu.
3. Yi 义 (Keadilan)
 Menurut Fung Yu Lan, Yi bererti keadaan yang seharusnya terjadi tanpa syarat.
 Menegakkan kebenaran.
4. Zhi 智 (Kebijaksanaan)
 Menunjukkan kecerdasan, kepandaian kearifan atau kebijaksanaan.
5. Xin 信 (Layak dipercayai)
 Setiap orang haruslah bercakap benar.
 Mendapat kepercayaan daripada orang lain untuk melakukan sesuatu.
6. Zhong 忠 {taat)
 Sikap yang perlu ada pada diri seseorang.
 Satu konsep moral.
 Merujuk kepada sikap jujur, ikhlas dan baik, berdedikasi,
menegakkan kebenaran dan pembetulan ralat.
 Sebagai contoh, setia kepada raja dan negara.

7. Xiao 孝 {Hormat)
 Nilai yang penting dalam sesebuah keluarga.
 Penting untuk menjaga hubungan yang baik antara ahli keluarga.
 Ahli keluarga saling hormat-mneghormati antara satu sama lain.
ADAKAH KONFUSIANISME SEBUAH
AGAMA ?
 Konfusionalisme bukanlah agama kerana tidak menekankan struktur agama
dan juga hukuman.
 Menurut pendukung Konfusianisme, matlamat agama adalah untuk
menerapkan dan membentuk nilai moral dalam diri manusia.
 Tidak mempunyai kepercayaan bahawa “adanya Tuhan disebalik alam ini”
 Tidak membincangkan soal akhirat, kerohanian, tidak mempunyai institusi
keagamaan bersistem, dan tidak mempunyai mempunyai tempat ibadah
khusus.
 Namun ajaran mereka mempunyai kaitan dengan kehidupan roh yang
berasal daripada kepercayaan tradisional Cina yang muncul sebelumnya.
 Percaya terhadap penglibatan roh nenek moyang dalam kehidupan seharian
 Percaya adanya kuasa langit- Tien/Shien
KEUNIKAN ALIRAN KONFUSIANISME (JUNZI)
 Falsafah yang mendidik manusia melalui saluran pendidikan bagi
menghasilkan manusia yang sempurna yang disebut sebagai Junzi.
 Beberapa cara untuk menjadi Junzi (budiman) dari kitab Lun Yu, Kung Fu
Tze:
 Tidak berasa resah, pilu atau takut.
 Bekerja dengan tegas dan bersungguh-sungguh, tidak membuat kesalahahn,
melayani orang lain dengan baik dan teliti sesuai dengan adat.
 Membantu orang lain untuk menjayakan perkara yang baik dan tidak
membantu orang lain untuk menjayakan perkara yang jahat.
 Sifat Junzi menurut Kung Fu Tze ialah seseorang yang hidup aman
damai, tidak sombong dan tidak menghina orang.
BENTUK HUBUNGAN DALAM
KONFUSIANISME
 Hubungan antara pemerintah dengan rakyat, ayah dengan anak,
abang dengan adik, sahabat dengan sahabat dan suami dengan
isteri.
 Hubungan pemerintah dengan rakyat, ialah pemerintah mesti
bersifat kemanusiaan dan rakyat harus taat.
 Hubungan antara anak dengan bapa, ialah bapa harus berbaik hati
dan anak harus berkewajipan terhadap orang tua.
 Hubungan saudara tua dengan saudara muda, ialah yang tua harus
bermurah hati dan membantu, manakala yang muda harus tunduk
dan hormat.
 Hubungan antara sahabat ialah kejujuran menjadi pedoman.
 Hubungan suami isteri ialah suami harus jujur terhadap isteri dan
isteri harus tunduk dan patuh dengan suami.
KESIMPULAN
 Berdasarkan apa yang telah dipaparkan sebelum ini, kita dapat belajar
bahwa ajaran-ajaran Konfusius telah mempengaruhi kehidupan sebagian
besar kebudayaan China mulai dari peribadi, rumah tangga, lingkungan
masyarakat, sehingga ke tahap pemerintahan.
 Masyarakat Cina percaya bahwa pemerintahan yang baik sahaja yang
boleh memberikan kedamaian dan kesejahteraan bagi rakyatnya.
 Masyarakat Cina berpendapat bahawa segala yang baik dimulai daripada
peribadi pemimpin yang baik.
Rujukan
 http://www.slideshare.net/CtMuna/konfusianisme
 https://ms.wikipedia.org/wiki/Konfusianisme

Anda mungkin juga menyukai