Anda di halaman 1dari 6

Laras Bahasa Dalam

Bahasa Melayu
Pensyarah Subjek : Encik Madlain
Disediakan Oleh : Moh Nian Li
Uzzair
Hakimi
Ismail
Definisi Laras Bahasa
 Laras bahasa ialah cara atau gaya penggunaan sesuatu bahasa mengikut
situasi bahasa itu digunakan serta bidang yang diperkatakan.
 - Seseorang pengguna bahasa juga akan menggunakan bentuk bahasa yang
sesuai dengan bidang yang diperkatakan. Contohnya, seseorang ingin
memperkatakan tentang bidang ekonomi, kosa kata atau ungkapan yang
akan digunakan mestilah berkaitan dengan bidang ekonomi seperti inflasi,
penawaran, unjuran, para pelabur dan sebagainya.
 - Dalam penggunaan bahasa, variasi bahasa pilihan yang sesuai dengan
bidang dan situasi bahasa dikenal sebagai laras bahasa. Pengetahuan
tentang laras bahasa amat penting kerana seseorang pengguna bahasa yang
cekap akan memilih laras bahasa yang sesuai dengan situasi tertentu.
Penggunaan laras bahasa yang salah menggambarkan ketidaksempurnaan
penguasaan bahasa seseorang.
Laras Bahasa Kanak-kanak
 Ciri-ciri laras bahasa kanak-kanak adalah seperti berikut:
1. Kosa katanya terdiri daripada kata akar, kata nama konkrit, kata kerja dan kata
adjektif.
2. Kosa katanya kurang berbanding dengan kosa kata orang dewasa.
3. Bilangan imbuhan yang digunakan terhad dan imbuhan untuk membentuk kata
abstrak tidak terdapat dalam laras ini.
4. Struktur ayat yang banyak digunakan ialah struktur ayat aktif bentuk tunggal.
5. Bahasa Perlambangan langsung tidak digunakan dan begitu juga dengan bentuk
bahasa yang berbunga-bunga.
 Contoh:
• Cerita arnab dan kura-kura yang mengisahkan tentang cerita kanak-kanak
mengenai kisah mereka.
• Menggunakan laras bahasa yang mudah difahami kanak-kanak.
• Menggunakan laras bahasa yang tidak tinggi :
( sang arnab mengejar kura-kura)
• Bersifat fantasi
• Cerita haiwan yang menarik minat kanak-kanak
Laras Bahasa Undang-Undang
 Sejenis laras bahasa yang teknikal
 Mempunyai ciri-ciri kelainannya tersendiri iaitu tidak mengandungi
gambar, jadual, symbol dan sebagainya serta struktur ayatnya terdiri
daripada prinsisp undang-undang diikuti oleh syarat-syarat dan diakhiri
oleh keputusan undang-undang.
 Contohnya:
setelah saman disampaikan dan catatera penyampaian dibuat pendaftar
harus memberikan notis kepada plaintif atau peguamnya mengenai hal itu
dan mngenai cara samn disampaikan.
( cik, sila berhenti, tolong tunjuk lesen anda. )
Laras Bahasa Panggilan
 Suatu protokol merupakan etiket yang harus dipatuhi ataupun peraturan
rasmi yang perlu dipatuhi.
 Amalan protokol meliputi penggunaan bahasa sapaan, adab berbual,
penggunaan bahasa istana, dan panggilan hormat.
 Terdapat beberapa gelaran panggilan:
i. Gelaran raja ( Duli Yang Maha Mulia Sultan… )
ii. Gelaran turun-tumurun ( Tengku, Tunku.. )
iii. Gelaran kurniah darjah kebesaran ( Yang Berbahagia.. )
iv. Gelaran kurniaan ikhtisas (akademik: Datuk Doktor… )
v. Gelaran keagamaan ( ustaz, pak Lebai, Haji… )

Anda mungkin juga menyukai