Anda di halaman 1dari 26

KONFUSIAN

ISME
& TAOISME
AJARAN
KONFUSIANI
SME
PENGENALAN
Aliran konfusianisme merupakan aliran besar yang menjadi kepercayaan
masyarakat Cina .

Pada asalnya, konfusianisme merupakan aliran bukan agama secara mutlak


tetapi merupakan aliran falsafah.

Sistem pemikiran yang diasaskan oleh Kung Fu Tze, tokoh peradaban Cina.

Bertujuan meningkatkan moral dan menjaga etika (akhlak) manusia.

Ajaran Confucius terkandung dalam buku-buku ( Lima Klasik dan Empat


Buku ).

Selepas kematian Kung Fu Tze, terdapat kumpulan yang membuat pemujaan


terhadap beliau, dan mucul upacara dan ritual keagamaan serta perayaan.

Antara negara yang mempunyai penganut konfusianisme hari ini ialah


negara Malaysia, Singapura, China, Korea Selatan dan Utara, Vietnam, Hong
Kong, Taiwan dan lain-lain.
PENGASAS
K’ung Fu’tzu / Kung Fu Tze.
Lahir di Kg Chang Ping daerah Lu, Duchy
pada 551 SM.
Berasal dari keturunan keluarga
bangsawan tradisional.
Namun menjadi miskin akibat perang dan
huru hara.
Pilih jalan hidup sendiri untuk menimba
ilmu akibat kemiskinan.
Seawal usia 15 tahun beliau telah
mempelajari pelbagai jenis pelajaran (
muzik, sastera, adat-adat lama china,
kepimpinan dan ilmu tatacara etika dalam
kehidupan ).
Sewaktu 20 tahun beliau menjadi guru dan
sebarkan ilmu baru ketika 32 tahun.

Memenuhi usia emas dengan mengarang


sejarah peradaban negara, mengukuhkan
prinsip muzik, membuat sajak, membentuk
sistem kesenian, upacara, perayaan dan etika.

Tempat rujukan pelbagai pihak dan ramai


berpuas hati dengan penyelesaian yang
diberikan sehingga beliau diberi gelaran Kung
Fu Tze (Yang dipertua Kung).
Prinsip KONFUSIANISME
Terdapat lapan nilai akhlak yang utama:

1. - Ren : Perikemanusiaan
2. - Shu : Keprihatinan
3. - Chung : Kesedaran
4. - Li : Kesusilaan
5. - Yi : Keadilan
6. - Ming : Kecekalan
7. - Zhi : Kebijaksanaan
8. - Xin : Kepercayaan

Ajaran Wu Lun (ajaran Kung Fu Tze) bertujuan


membentuk disiplin kepatuhan dan ketaatan.
Matlamat hidup tertingggi adalah menjadi manusia
teragung (Chun Tze/Junzi).
REN
~ Berdasarkan pada sifat manusia dan kebajikan Dianggap
sebagai satu teori yang paling penting dari falsafah
Konfusianisme.
~ Ren mengajar untuk bersikap baik terhadap sesama manusia.

SHU
~ Melibatkan hubungan diri individu dengan orang lain.
~ Disebut dalam aspek negatif.

CHUNG
~ Kesedaran tentang kaitan orang lain dengan diri sendiri.

LI
~ Prinsip hormat.
~ Seseorang individu harus menunjukkan sikap hormat kepada
orang yang lebih tua atau orang atasan.
YI
~ Kebenaran adalah dasar kebajikan manusia
~ Dapat membezakan apa yang benar dan salah.
MING
~ Sentiasa berusaha menjadi yang terbaik tanpa melihat
hasilnya.
~ Tidak gentar sekiranya berada di dalam kebenaran.
XIAO
~ Keperluan mengasihi dan menghormati orang tua dan
orang tua harus mengasihi anak-anak mereka.
~ Orang tua dan anak harus sama-sama setia satu sama
lain.
~ Menekankan nilai dari sebuah keluarga.
ZHI
~ Mengacu pada kesetiaan dan bersikap jujur dan
membantu orang lain.
~ Mendapatkan kekaguman, kepercayaan dan keyakinan
orang lain.
LIMA HUBUNGAN SOSIAL

• Dalam ajaran Konfusianisme, teori lima


hubungan dianggap asas atau panduan kepada
sesuatu perhubungan yang akan membawa
kepada kebahagiaaan keluarga dan seterusnya
menyumbang kepada kestabilan dan
keharmonian sesebuah negara.
1) Hubungan Raja dan Pembesar atau Kerajaan dan
Rakyat (Juncheng).

2) Hubungan Antara Suami dan Isteri atau Ibu dan


Bapa (Fuqi).

3) Hubungan Antara Bapa dan Anak atau Ibu Bapa


dan Anak-Anak (Fuzi).

4) Hubungan Antara Orang Tua dan Orang Muda


(Xiongdi).

5) Hubungan Antara Kawan dan Kawan (Pengyou).


ADAKAH KONFUSIANISME SEBUAH AGAMA?

Konfusianisme bukanlah agama kerana tidak


menekankan struktur agama dan juga hukuman.

Menurut pendukung Konfusianisme, matlamat agama


adalah untuk menerapkan dan membentuk nilai moral
dalam diri manusia.

Tidak membincangkan soal akhirat, kerohanian, tidak


mempunyai institusi keagamaan bersistem, dan tidak
mempunyai tempat ibadah khusus pun begitu, ajaran
mereka mempunyai kaitan dengan kehidupan roh
(berasal daripada kepercayaan tradisional Cina yang
muncul sebelumnya).

Percaya terhadap penglibatan roh nenek moyang


dalam kehidupan seharian (percaya mengenai adanya
kuasa langit -Tien/Shien)
Unsur-Unsur Agama Dalam
Konfusianisme
• Unsur-Unsur Agama Dalam Konfusianisme
• Unsur-unsur agama wujud dalam Konfusianisme
selepas berkurun abad kematian Kung Fu Tze itu sendiri.
Pada waktu Kung ia lebih kepada satu aliran akhlak
• Ditandai dengan kemunculan upacara penyembahan
terhadap Kung Fu Tze khususnya dalam sambutan hari
lahir Kung. Kung dianggap sebagai nabi pertama dan
Mang (Mencius) sebagai nabi kedua.
Sambutan Hari Lahir Kung Fu Tze
Selain itu, wujudnya tempat pemujaan dan kuil-kuil
Konfusius.

Kuil-kuil yang dibina sebagai bukti aliran


Konfusianisme bertukar kepada satu bentuk agama.
Wujudnya pesta menyembah dewa-dewa dan hantu-hantu sebagai tanda
penghormatan kepada nenek moyang dan usaha menyelamatkan dunia
dari serangan roh jahat.

Pemujaan yang dilakukan terhadap dewa-dewa terutamanya pada hari


Pesta Qing Ming.

Maka, dengan wujudnya hari-hari mulia, makam,tempat-tempat


pemujaan untuk Kung, pesta-pesta yang berkaitan dan amalan meditasi
yang tertentu maka ajaran Konfusianisme yang bermula sebagai satu
bentuk ajaran moral bertukar kepada satu ajaran agama yang
mempunyai penganut yang ramai khususnya berkembang luas di
Taiwan, Hong Kong, Tanah Besar China, Vietnam, Korea Selatan dan
sebahagian kecil negara Asia selatan yang mempunyai masyarakat
China yang ramai seperti di Singapura dan Malaysia.
TAOISME
PENGENALAN
• Merupakan ajaran falsafah yang mengenai moral dan hubungan
antara manusia dengan alam persekitaran
• Taoisme dikenali sebagai Daoisme ajaran Daoisme ini banyak
mempengaruhi kehidupan dalam kalangan masyarakat cina.
• Daoisme berasal dari negara China dan tertumpu kepada konsep
Dao.

• Daoisme juga dikenali sebagai jalan kerana dalam bahasa cina,


Dao bermaksud jalan.

• Dao membawa maksud kekosongan dalam segala perkara, iaitu


pegangan hidup terhadap Dao dapat menyingkir segala keinginan
dan pertikaian.
• Daoisme diasaskan oleh dua tokoh falsafah yang agung iaitu Lao
Zi pada 604 SM- 470 SM dan Zhuang Zi pada 369 SM- 286 SM.
• Taoisme terdiri daripada dua cabang yang utama, iaitu Falsafah
Dao dan Agama Dao.
Lao Zi
Lao Zi merupakan seorang ahli falsafah kuno yang
hidup pada abad ke-5 SM. Menurut kitab ShiJi nama
asal Lao Zi ialah Li Er.
Gelaran Li Er bererti Budak Tua.
Terdapat khabar angin dan legenda yang
menyatakan Lao Zi berada dalam perut ibunya
selama 82 tahun.
Apabila beliau dilahir, beliau dalam keadaan yang
tua.
Oleh itu, gelaran Lao Zi juga boleh dikaitkan dengan
guru tua yang bermaksud orang yang mempunyai
ilmu pengetahuan yang tinggi.
Menyebar falsafahnya setelah beliau
meletakkan jawatannya semasa kemerosotan
Dinasti Zhou
Lao Zi telah menulis sebuah buku yang berjudul Dao
De Jing.
Yang mempunyai 5000 huruf Tiong Hua dalam 81
bab.
Dalam buku Dao De Jing, ajaran yang ditekankan
oleh Lao Zi ialah keharmonian alam semesta.
Makna Dao
Dalam buku Dao De Jing, Konsep Dao merujuk kepada empat
perkara yang penting, iaitu konsep Dao bererti jalan.
Perkara pertama dalam konsep Dao adalah bermaksud asas,
jalan atau cara kejadian bagi semua benda hidup dan benda-
benda alam semesta dunia.
Pegangan hidup terhadap Dao membolehkan
menyingkirkan segala keinginan dan pertikaianjiwa.
Dikaitkan dengan sifat tenang, tidak berbalah, bersifat lembut
dan berabadi.
Mempunyai keinginan terhadap kehidupan yang sederhana
seperti orang yang bertapa.
Tidak berbentuk yang mampu mempengaruhi alam semesta.
Dao dipercayai telah wujud sebelum kewujudan alam
semesta dan setiap kehidupan dalam alam semesta
mempunyai hubungan dengan Dao
Perkembangan Dao adalah secara semula jadi.
Dasar perkembangan untuk menjadi dewa dan
mencapai keabadian.
Mempraktikkan Dao untuk mencapai Dao
dengan cara bertapa di kawasan pendalaman
untuk mengelakkan diri terlibat dalam politik.
Memberi kebaikan dengan memperbaiki diri dan
hati yang berselubungi oleh sifat tamak dan
tidak menimbulkan bahaya kepada golongan
masyarakat.
Dao melahirkan sesuatu, dan sesuatu yang
dilahirkan itu akan melahirkan Yin dan Yang.
Yin dan Yang akan saling mempengaruhi untuk
menghasilkan tenaga atau kuasa.
Persoalan tentang kehidupan
Memerintah dan membentuk jatidiri.
Memerintah merujuk kepada cara seseorang
raja memerintah dalam sesebuah negara.
Persoalan ini akan dibincang dalam persoalan
memerintah manakala membentuk jati diri akan
dibincang dalam persoalan tentang kehidupan.
Cara bagaimana seseorang untuk mendapat
keamanan dalam kehidupan.
Membentuk jati diri
Tidak boleh mementingkan diri
Menunjukkan kelakuan yang tulus, jujur, dan
tidak boleh mempunyai sikap yang tamak untuk
membentuk jati diri
Sifat jimat cermat
Bukan dari aspek harta benda tetapi dari
aspek spiritual.
Wu wei
Minat orang yang mempelajari ajaran Dao
semakin berkurangan dan akhirnya mencapai
tahap Wu Wei
Wu Wei sebagai melakukan tindakan pasif dalam
dunia sosial
Wu Wei sebagai sikap menunggu perubahan
alami dari hal-hal yang ada
konsep semula jadi atau sebagai sifat yang
tidak bergiat
mengamalkan aksi yang semula jadi iaitu
tidak mempunyai kehendak diri sendiri
menggalakkan segala perkara yang berlaku
dalam keadaan yang natural serta membenarkan
hal-hal itu berkembang secara spontan
Ying dan Yang
Lambang Yin Yang mempunyai maksud masing-
masing.
Yin membawa maksud feminin.
Yang membawa maksud maksulin.
Warna putih mewakiliYang.
warna hitam mewakiliYin.
Keseimbangan antara dua kekuatan.
Sekian, Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai