Anda di halaman 1dari 16

IDI3153

METODOLOGI DAKWAH DAN


MASYARAKAT MAJMUK
SUKU KAUM BAJAU SAMAH
NUR WAHIDAH SURYANI BINTI ABDUL SHUKUR
PIB20086
SEMESTER 2
PENGENALAN
• Suku kaum Bajau merupakan salah satu etnik bumiputera kedua terbesar di negeri
Sabah.
• Suku kaum Bajau dibahagikan kepada dua kelompok iaitu kelompok Bajau
Samah atau lebih dikenali sebagai Bajau Darat dan Kelompok Bajau Pantai Timur
ataupun Bajau Laut.
• Bajau Samah atau Bajau Darat, merupakan kelompok etnik yang menetap di
kawasan Pantai Barat Sabah seperti di Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu dan
Papar.
• Pekerjaan mereka selalunya adalah petani dan juga nelayan di persisiran pantai.
• Digelar sebagai “cowboy of the east” yang bermaksud “Koboi Timur” atau
“Koboi Sabah” kerana kepakaran mereka dalam menunggang kuda.
ASAL USUL/ SEJARAH AWAL
• Terdapat dua pandangan utama, pendapat pertama mendakwa Bajau berasal dari Zamboanga di selatan
Filipina. Pendapat kedua pula menyebut bahawa etnik ini sebenarnya berasal dari Johor.
• Kedua-dua pendapat yang dikemukakan disokong oleh sumber linguistik, demografi, geografi, budaya
dan tradisi lisan.
• Banyak persamaan turut dikenal pasti, baik dari aspek bahasa mahupun budaya, khususnya antara
masyarakat ini di Johor-Riau dengan etnik Bajau Kalimantan, Laut Celebes dan Kepulauan Aru.
• Bukti geografi juga dikesan di Singapura berdasarkan penemuan sebatang sungai yang dikenali sebagai
Sungai Bajau yang merujuk kepada etnik ini dan dikatakan telah wujud sejak zaman tradisional.
• Bukti lisan turut menyokong perkara ini, malah kebanyakan masyarakat Bajau di Filipina, Sabah serta
Indonesia juga turut menyebut Johor sebagai wilayah asal mereka.
• Terdapat beberapa mitos serta cerita mengikut daerah dan negara tertentu yang dikaitkan dengan asal
usul masyarakat ini. Dan berdasarkan keterangan serta semua cerita yang dikemukakan, kebanyakannya
menjelaskan bahawa etnik Bajau ialah pelaut yang suatu ketika dahulu berasal dari Johor.
ADAT PERKAHWINAN
◦ Adat perkahwinan Bajau Samah melibatkan tujuh peringkat.

a) ADAT TILAU-TILAU IDAAN (MERISIK) DAN MENDO (MEMINANG)


 Ibu bapa yang ingin mengahwinkan anak lelaki mereka akan memilih seorang gadis untuk dijadikan menantu.
 Ibu bapa lelaki akan menghantar saudara terdekat untuk tilau-tilau idaan si gadis. Proses ini bertujuan untuk
mengetahui jika si gadis yang ingin dipinang itu sudah bertunang atau juga sedang dirisik orang lain. Jika sudah
bertunang, proses merisik akan ditamatkan, tetapi jika sebaliknya, itu bermakna si gadis masih berpeluang
untuk disunting.
 Selesai risikan, rombongan pihak lelaki akan datang sekali lagi untuk menyampaikan hajat mereka. Proses ini
dikenali sebagai mendo atau peringkat awal ke arah perkahwinan.

b) SERUAN
 Majlis seruan atau dikenali sebagai bertunang diadakan di rumah pihak perempuan dan tempoh bertunang serta
tarikh perkahwinan akan dibincangkan.
c) NORONG DAN MALAD
 Majlis menghantar berian (hantaran) daripada pihak lelaki kepada pihak
perempuan. Ketika upacara ini, kaum keluarga yang terdekat pihak lelaki akan
membawa hantaran yang dipersetujui ke rumah pihak perempuan dan seterusnya
menetapkan tarikh perkahwinan.

d) MADAK ATAU MANDI BADAK (MAJLIS BERINAI)


 Sebelum akad nikah dan majlis bersanding, beberapa upacara adat yang menjadi
kebiasaan generasi lama Bajau akan dilaksanakan terlebih dahulu termasuklah
acara madak (mandi badak atau malam berinai).
 Satu ketika dahulu, mandi badak dibuat dengan beberapa tujuan, antaranya bagi
membangkitkan pemanis pada wajah pengantin (naik seri) dan sebagai penetap
hati kepada pengantin (agar tidak berdebar ketika bersanding).

f) MAJLIS NIKAH DAN SANDING


 Akad nikah akan diadakan pada hari bersanding. Pengantin yang berketurunan
datu akan diarak menggunakan usungan, manakala orang biasa atau miskin
sebaliknya diarak di atas kuda.
g) NGENDO DAN NGEDEDE
 Upacara ngendo dan ngedede dibuat tiga hari selepas selesainya majlis perkahwinan.
 Selepas beberapa hari di rumah pihak lelaki acara ngedede pula dilakukan, iaitu menghantar
semula kedua-dua pengantin ke rumah pihak perempuan.
 Jika dahulu pengantin lelaki Bajau dikehendaki membawa bersamanya seekor kerbau sebagai
tekok penongot (mas kahwin) untuk diserahkan kepada mertuanya. Walau bagaimanapun, tekok
penongot kini digantikan dengan nilai adat dalam bentuk wang tunai.

Kelengkapan dan acara tambahan dalam majlis perkahwinan Bajau


◦ Perkahwinan tradisi Bajau dilengkapi dengan beberapa peralatan budaya benda dan aktiviti tradisi
yang berfungsi memeriahkan majlis.
◦ Antaranya ialah sambulayang, damak, usungan dan acara sipak manggis.
◦ Sambulayang – bendera yang dipacakkan sepanjang laluan sebagai penunjuk tanda rumah
pengantin.
◦ Damak – buah tangan yang dibawa rombongan pengantin lelaki untuk pengantin perempuan.
(sirih pinang, sigup, penyaram, dan kuih sinsim).
◦ Usungan – sebagai kenderaan untuk membawa pengantin lelaki.
◦ Sipak Manggis – permainan tradisi yang diadakan pada hari persandingan bagi memeriahkan
majlis. hadiah yang digantung kebiasaannya adalah wang ringgit dalam pelbagai jumlah.
ADAT KELAHIRAN
ADAT NGURUT (MELENGGANG PERUT)
◦ Apabila kandungan mencapai tiga dan enam bulan, Wanita bajau yang mengandung akan mula diurut oleh penguling (bidan).
Amalan berurut bertujuan menghilangkan angin dalam badan selain membantu proses bersalin. Sepanjang tempoh kehamilan
terdapat beberapa pantang larang yang harus dipatuhi oleh si ibu demi kesejahteraan beliau dan bayi dalam kandungannya.
ADAT NGANAK (BERSALIN)
◦ Sebaik cukup tempoh hamil, si ibu akan melalui proses melahirkan yang mana ianya mempunyai tatacara tertentu yang
bertujuan menjamin kesihatan si ibu serta bayi yang dilahirkan.
ADAT SEMASA BERPANTANG
◦ Si ibu berpantang selama 44 hingga 100 hari untuk mengembalikan serta memulihkan kesihatan dalaman dan luaran.
ADAT NGUBUR TEMBUNI /URI
◦ Adat ngubur tembuni atau menanam uri sangat dititkberatkan masyarakat Bajau kerana mereka percaya ia akan mempengaruhi
personaliti serta kehidupan bayi pada kemudian hari.
◦ Ketika uri sedang ditanam, yang menanamkannya tidak boleh bercakap atau melakukan perkara yang tidak baik bagi
mengelakkan berlaku kejadian buruk terhadap bayi.
ADAT KEMATIAN
 Terbahagi kepada dua iaitu upacara sebelum dan semasa membabitkan adat memandikan jenazah, mengkafan,
menyembahyangkan dan mengebumikannya. Upacara selepas pengebumian pula merangkumi ritual tertentu seperti
majlis berjaga di kawasan perkuburan serta kenduri kecil dan besar.

◦ UPACARA SEBELUM DAN SEMASA


a) ADAT BALU-BALU
 Merupakan upacara pemberitahuan kepada orang ramai tentang berlakunya kematian. Gong akan dibunyikan sebanyak
tujuh kali dengan kaedah yang berbeza untuk memberi makna bahawa si mati lelaki, perempuan atau kanak-kanak.

b) MEMANDIKAN JENAZAH
 Adat memandikan jenazah hanya dilaksanakan tukang mandi tradisi yang berpengetahuan dalam bidang tersebut. Ada
empat tukang mandi dengan fungsi masing-masing. Perkara utama yang dilakukan tukang mandi akan berbisik kepada
si mati untuk meneruskan perjalanannya ke alam baharu. Contoh bisikan yang digunakan “dong kou bimbang-bimbang,
luman jo kou”. Maksudnya “jangan kau bimbang-bimbang jalan saja kau”. Ketika upacara ini dilakukan, jenazah akan
diletakkan di atas pokok pisang. Selesai proses, ahli keluarga tidak lagi dibenarkan melihat jenazah.
MENGKAFANKAN JENAZAH
 Upacara ini digelar sebagai tungkus. Sebaik selesai dikafan, jenazah akan diletakkan di dalam
sangkab-sangkab (keranda).
MENYEMBAHYANGKAN JENAZAH
 Selesai memandi dan mengkafan, jenazah akan disembahyangkan sebagai fardu kifayah yang
dituntut dalam syariat islam. Upacara ini juga bertujuan menyempurnakan proses pengurusan
jenazah.
MENGHANTAR DAN MENGEBUMIKAN JENAZAH
 Sebelum upacara menghantar, jenazah akan diangkat ke luar atau ke bawah rumah dan ahli
keluarga si mati akan pelimpas atau berjalan tiga kali di bawah sangkab-sangkab sebagai
simbol memberitahu si mati bahawa sudah terpisah beliau dari keluarganya yang masih hidup.
Bertujuan bagi mengelakkan ‘gangguan’ si mati.
 Ketika perjalanan menghantar jenazah ke tanah perkuburan, ahli keluarga dan tetamu tidak
digalakkan bercakap dan ahli kelurga dilarang meratapi walaupun masih dalam kesedihan.
MENTALKINKAN JENAZAH
 Selesai pengebumian, upacara talkin dilaksanakan sebagai tanda keinsafan mereka yang
masih hidup bahawa mereka juga akan melalui kematian suatu hari nanti.
◦ UPACARA DAN AMALAN SELEPAS PENGEBUMIAN

a) MEMASANG KELAMBU DAN MEMACAK PAYUNG JOMO MATAI (ORANG


MATI)
Sebaik selesai upacara talkin, ‘bunga orang mati’ akan ditabur dan kelambu serta ‘payung
orang mati’ akan dipacakkan di atasnya. Menurut kepercayaan kelambu tersebut perlu
dibacakan doa tertentu untuk menghalang jenazah daripada gangguan atau dicuri hantu.

b) BERJAGA DI KUBUR DAN RUMAH


Berjaga di atas kubur selama 40 hari selepas jenazah dikebumikan adalah amalan yang
dipraktikan masyarakat Bajau keturunan datu. Namun kini sudah jarang dilakukan.
Sementara bagi orang kebanyakan, amalan berjaga akan dilakukan di rumah dan
kebiasaannya membabitkan tempoh antara 10 hingga 20 hari.

c) NGEDUANG
Kenduri arwah kecil-kecilan untuk si mati kebiasaannya dibuat selama tujuh hari tujuh
malam. Walau bagaimanapun, pada hari ketiga, tujuh, 10 dan 20 kendurinya lebih besar
dan jemputan melebihi dari kebiasaannya.
PAKAIAN TRADISI
◦ Pakaian tradisi etnik ini kebiasaannya dipakai semasa
majlis perkahwinan, meraikan lawatan para pemimpin,
acara-acara adat dan lain-lain.
◦ Etnik Bajau mengemari warna garang seperti, warna merah
dan juga jenis yang terang seperti hijau dan kuning. Namun
warna gelap seperti hitam dan biru juga digunakan.
◦ Berdasarkan gambar, wanita menggayakan blaus badu
sampit dan kain sarung olos berangkit, perhiasan leher
mandapun dan perhiasan kepala sarempak. Lelaki Bajau
menggayakan baju potongan cekak musang, seluar,
samping dan destar. Pakaian lelaki dari kain satin berhias
renda dan pakaian wanita juga dari satin yang dilengkapi
mandapun dan tali pinggang.
MUZIK TRADISI
◦ Muzik betitik merupakan satu genre instrumental yang dimainkan
ketika acara berbentuk keramaian seperti majlis perkahwinan.

◦ Muzik betitik dilengkapi beberapa alat muzik penting termasuklah


kulintangan yang mengandungi tujuh idiophone bentuk cembung, dua
bebandil, dua gong dan dua gendang yang dilagukan sekumpulan
tujuh pemain.

◦ Musik betitik mempunyai dua rentak yang dinamakan ayas serta titik.

◦ Walau bagaimanapun, ayas lebih diminati kerana berentak rancak dan


seronok dimainkan.

◦ Nadanya meninggi dan kemudian menurun sebelum tinggi dan turun


semula.
TARIAN TRADISI
• Tarian Runsai
• Tarian Limbai
• Tarian Kuda Pasu
MAKANAN TRADISI
• Ikan Ampap
• Kuih penjaram
BAHASA
◦Di Sabah, enam bahasa Bajau di gunakan dan semuanya berasal
daripada keluarga Sama-Bajau yang merupakan variasi daripada
dialek bajau itu sendiri.
◦Pengguna bahasa ini termasuklah pendatang-pendatang daripada
negara jiran.
◦Kaum Bajau pantai Barat Sabah mengadaptasikan bahasa mereka
daripada bahasa Melayu.
ANUTAN AGAMA
 Majoriti masyarakat Bajau Samah di Sabah adalah beragama Islam.
 Walaupun ajaran islam dijadikan sebagai tunjang asas dan panduan hidup, namun dalam
penyelenggaraan sesuatu adat, terdapat unsur-unsur pra-islam yang dipercayai
mempengaruhi kehidupan orang Bajau dan animisme serta Hindu-Buddha masih lagi
berbaki.
 Contohnya ialah kepercayaan kepada kuasa ghaib yang menjadi input besar terhadap arah
serta corak pemikiran masyarakat, khususnya dalam kalangan generasi tua Bajau.
 Pada masa yang sama usaha turut dibuat untuk mengubah suai dan menyesuai beberapa
amalan budaya yang boleh mendatangkan khurafat dengan amalan yang dibenarkan
islam, khususnya berkaitan kelahiran dan kematian.
 Kepercayaan dalam adat resam Bajau secara mudahnya dapat difahami “campur aduk”
antara syariat islam dan adat resam pra islam.

Anda mungkin juga menyukai