Anda di halaman 1dari 2

PENGAJIAN AL-QURAAN

PENDIDIKAN AL-QURAAN AL-SUNNAH TINGKATAN 4

PELAJARAN 9: EHSAN TERHADAP IBUBAPA

AYAT KEFAHAMAN : LUQMAN AYAT 14-15

INTISARI AYAT
Allah Taala menjelaskan mengenai nasihat LuqmanulHakim kepada anak lelakinya supaya;
1- Bersyukur kepada Allah Taala.
2- Melayani kedua ibubapa denga cara yang baik supaya menjaga hak dan membalas jasa
dan kebaikan mereka.
3- Mentaati ibubapa dalam perkara syirik adalah dilarang dalam bentuk apa jua sekalipun.
4- Apa jua keadaan janganlah memutuskan hubungan dengan mereka @ tidak menghormati
mereka.
5- Perlu berbakti kepada ibu bapa selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

HAK DAN KEWAJIPAN ANAK TERHADAP IBUBAPA.


1- Mentaati kedua-dua ibubapa selagi tidak bercanggah dengan perintah Allah Taala.
2- Berkhidmat dan menjaga mereka lebih-lebih lagi ketika mereka sakit dan berusia.
3- Melaksanakan wasiat selepas mereka meninggal [perlu bersegera menyelesaikan wasiat].
4- Mendoakan kebaikan mereka [hidup/ selepas mati].
5- Menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan.

CARA BERBUAT BAIK KEPADA KEDUA IBUBAPA.


1- Sentiasa menziarahi mereka sekiranya tinggal berasingan.
2- Sentiasa berhubung dan bertanyakan khabar melalui teknologi terkini [Whats App/
Instagram/ Facebook/ Skype/ Video Call/Telegram/ dll]
3- Merendahkan suara apabila berbicara dengan mereka
4- Melayani mereka dengan lemah lembut dan mesra
5- Menolong mereka ketika mereka susah dengan ikhlas [terutama kewangan]
6- Mengembirakan hati mereka dan memberi kata-kata semangat ketika mereka berduka.
7- Meminta kebenaran kedua ibubapa apabila ingin pergi ke mana-mana.
8- Menjaga harta mereka sebaiknya dengan penuh amanah.
9- Memelihara segala perbuatan daripada menyakiti hati mereka.
10- Selalu mendoakan mereka tanpa mengira masa dan tempat.

KEPENTINGAN BERBUAT BAIK KEPADA IBUBAPA.


1- Mendapat keberkatan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
2- Melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia dan penyayang.
3- Melahirkan keluarga yang bahagia [konsep Baiti Jannati]
4- Menjadi sebab kepada anak untuk memasuki Syurga Allah – konsep redha ibubapa.
5- Melahirkan pemimpin Negara yang perihatin terhadap golongan warga tua.

DALIL / GALAKAN BERBUAT BAIK KEPADA IBUBAPA.

 
Maksud Hadith : Redha Allah terdapat pada redha seorang ayah, dan kemurkaan
Allah juga terdapat pada kemurkaan seorang ayah. [riwayat al-Tirmizi]

USAHA SEORANG ANAK UNTUK BERBUAT BAIK KEPADA IBUBAPA.


Semasa Hayat Mereka Selepas Kematian Mereka
1- Berbuat baik dalam segala urusan. 1- Berdoa untuk kesejahteraan mereka.
2- Menghormati dan sentiasa menjaga nama 2- Menziarahi kubur mereka.
baik mereka. 3- Menghubungkan silaturrahim dengan
PENGAJIAN AL-QURAAN
PENDIDIKAN AL-QURAAN AL-SUNNAH TINGKATAN 4

Semasa Hayat Mereka Selepas Kematian Mereka


3- Berbakti dengan ikhlas dan penuh rasa sahabat handai mereka.
tanggungjawab [cth: membantu dalam 4- Melaksanakan janji yang mereka buat
kerja rumah] semasa mereka hidup [anak-anak kena
4- Sanggup berkorban harta demi membantu ambil tahu]
mereka. 5- Melunaskan hutang piutang mereka [jika
5- Bercakap dengan lemah lembut dan ada – selepas solat jenazah biasa diumumkan
berbudi bahasa. kepada Jemaah]
6- Bersegera bertemu mereka jika dipanggil.

Pengajaran ayat;
 Syirik merupakan salah satu dosa BESAR yang tidak diampunkan dosanya oleh Allah Taala.
 Seseorang anak wajib mentaati ibubapanya dalam perkara ketaatan dan bukan MAKSIAT.
 Setiap muslim hendaklah bersyukur kepada Allah Taala di atas kurniaan nikmat yang
banyak terutama Nikmat Iman.
 Seseorang anak wajib mengeratkan silaturrahim dengan ibubapanya yang bukan Muslim.

Anda mungkin juga menyukai