Anda di halaman 1dari 3

PEMBUKA BICARA 1.

Assalammualaikum warohmatullahi hiwabarakatuh , Salam Perpaduan Untuk Semua dan Salam


Sayang buat para hadirin sekalian.

2. Ahlan Waa Sahlan Ya Marhaban Bikum. Syukran Jaziellan Khatira.. Alhamdulillah.

3. Alhamdulillah kita bersua kita bersua kembali di Majlis Walimah pada hari yang berbahagia ini
untuk sama2 meraikan Majlis Perkahwinan Keluarga pada
hari ini bersamaan . 14 HIJRAH

4. Pasangan raja sehari pada hari ini adalah . Dan


kita sama doakan kebahagiaan mereka hingga ke Jannah.

5. Semoga kehadiran tuan dan puan dapatlah kita merapatkan ukhuwah persaudaraan dan bersama
membantu menjayakan majlis Walimatulurrus pada hari ini.

CELOTEH SEPANJANG 1. Kepada para hadirin yang baru tiba Selamat datang saya ucapkan Saya mewakili Keluarga
Tuan Rumah pada hari ini .. mengucapkan Selamat Datang pada
Hadirin Terima kasih diucapkan pada anda semua.

2. Kepada para tetamu yang sedang menjamu selera Silakan jangan malu dan segan untuk
menikmati hidangan yang telah disediakan.

3. Sajian pada hari ini disajikan oleh..( sebut nama caterer )


4. Antara menu sajian hari ini adalah seperti ...( sebutkan jika perlu )

5. Kepada tetamu yang ingin bergerak pulang Saya mengucapkan selamat kembali dan sebagai
mewakili tua rumah pada hari ini ..( nama ) mengucapkan terima
kasih kerana sudi meluangkan masa bersama dan sama samalah kita mendoakan kebahagaiaan
pasangan mempelai yang diraikan dan semoga kekal hingga ke Jannah.

LALUAN AZAN 1. Untuk makluman hadirin hadirat sekalian.. Sebentar lagi tepat Jam tengahari akan
berkumandang seruan Azan . Yang menandakan masuknya Waktu Solat Fardhu
.. bagi kawasan .. dan sekitarnya.

2. Begitulah tadi berkumandang seruan Azan .. para hadirin dan hadirat


sekalian dijemput untuk menunaikan solat seawal waktu.
PROMOSI BOOTH 1. Kepada para tetamu yang sedang menjamu selera Silakan jangan malu dan segan untuk
menikmati hidangan yang telah disediakan.

( SUDUT KUIH MUIH / TEA CORNER / CANDY CORNER )


2. Sebagai makluman semua, pihak tuan rumah / pihak catering ada menyediakan sajian tambahan
bagi menyerikan majlis pada hari ini.
Ada .. ( sebutkan nama hidangan ) di sudut tea corner / sudut kuih muih /
dsb.
3. Saya mewakili pihak tuan rumah menjemput tuan dan puan untuk menjamu selera dan
menikmati hidangan yang telah disajikan. Terima kasih

BERGAMBAR 1. Kita teruskan lagi majlis pada hari ini dengan menjemput dan mempersilakan pasangan raja dan
permaisuri sehari kita pada hari ini untuk ke pentas pelaminan bagi acara bergambar kenang
kenangan..
2. Untuk itu majlis dimulakan dengan menjemput keluarga pengantin LELAKI/PEREMPUAN
untuk ke pentas pelaminan bagi acara bergambar. Dijemput dan dipersilakan dengan segala
hormatnya.
3. Bagi rakan2 pengantin. Dijemput dan dipersilakan ke pentas pelaminan setelah selesai majlis
bergambar keluarga pengantin yang diraikan pada hari ini. Jangan malu dan segan untuk
menunggu dan bergambar dengan pasangan raja dan permaisuri sehari kita pada hari ini.
PENUTUP Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Pohon berangan tempat bertemu,


Girangnya rasa si anak dara;
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.

Di atas dahan burung tempua,


Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan

SEMOGA BERJUMPA DI LAIN MASA, SAYA SUDAHI WABILLAHITAUFIQ WAL HIDAYAH


WASSALAMMUALAIKUM WAROHMATULLAHI..

SEKIAN TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai