Anda di halaman 1dari 4

Teks Ucapan Majlis Perkahwinan

Sakinah & Mustaqim

<Menunggu Ketibaan Jurunikah Tuan Haji Abdul Rahim

Abdul Rahman>

Bismillahhirrahmanirahhim…
Bersyukur kita bersama-sama ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan
limpah dan kurniaNya kita dapat hadir di majlis yang permai lagi
‘SUMAI’ ini bagi meraikan upacara akad nikah Nur Sakinah Mohd
Yassin dan pasangannya, Muhamad Mustakim Abd Halim.

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera


Hadirin yang dihormati, saudara mara adik kakak, sahabat handai
rakan taulan dari jauh dan dekat, dan keluarga dari sebelah
pengantin lelaki dan perempuan,
Majlis mengalu-alukan kehadiran tuan/puan ke majis akad nikah
pasangan mempelai Nur Sakinah Mohd Yassin dan Muhamad
Mustakim Abd Halim. Sekali lagi, majlis merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada hadirin
sekalian.

Nasi Putih Nasi Lemak,


Sajian makanan di waktu pagi,
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi bertandang ke majlis ini.
Tali bati pengikat kereta,
Kereta diikat beroda besi,
Di hujung pena menari kata,
Merakam budi kenangan abadi.

Sekarang, saya ingin menjemput Ustaz Abdul Hanis Embong untuk


membaca doa bagi memberkati majlis kita pada pagi ini.

<Bacaan Doa>

<Ketibaan Jurunikah Tuan Haji Abdul Rahim Abdul

Rahman>

Mejemput pengantin perempuan masuk…

Amin Ya Rabbal Alamin…


Orang jauh dikenang-kenang,
Hanya terkenang pada yang satu,
Mula berkenalan kemudian bertunang,
Akan dilaksana sama bersatu.
Untuk meneruskan majlis, saya dengan segala hormatnya
menyerahkan majlis kepada Tuan Haji Abdul Rahim bin Abdul
Rahman untuk melangsungkan upacara pernikahan.

<Selesai Akad Nikah>

Alhamdulillah...dengan sekali lafaz temetrailah ikatan dua hati di


antara Nur Sakinah Mohd Yassin dan Muhamad Mustakim Abd Halim.
Burung Nuri hinggap di balai,
Balai Seri buatan Pak Tua,
Tempat berehat rakan dan taulan,
Duduk tersenyum kedua mempelai,
Menadah tangan memanjatkan doa,
Moga jodoh sentiasa berkekalan.. Amin..

Majlis diterukan dengan upacara menyarung cincin. Saya menjemput


pengantin lelaki untuk memulakannya…

Sekarang, saya menjemput ibu bapa sebelah perempuan untuk


mengambil gambar bersama kedua-dua pengantin.

Saya ingin menjemput keluarga sebelah lelaki pula untuk bergambar


dengan kedua-dua pengantin.

Anak Cina mengail patin,


Mengail patin di tepi titi,
Senyum terukir pasangan pengantin,
Tanda gembira penuh di hati.

Saya selaku wakil tuan rumah ingin menjemput tuan-tuan dan puan-
puan untuk terus de dewan makan di bawah untuk menikmati juadah
pagi yang telah disediakan.

<TAMAT>
TENTATIF UPACARA MAJLIS

1. Buka Majlis

2. Jemput untuk mengambil tempat;


-2 Saksi Pengantin Lelaki
-2 Saksi Pengantin Perempuan
-Bapa Pengantin Perempuan

3. Kata-kata Aluan & Doa untuk memberkati majlis. (Ustaz


Abdul Hanis Embong)

4. Ketibaan Jurunikah Tuan Haji Abdul Rahim bin Abdul


Rahman

5. Jemput Pengantin Perempuan masuk

6. Nikah

7. Upacara Sarung Cincin

8. Sesi Foto
-Ibu Bapa Pengantin Perempuan
-Keluarga Pengantin Lelaki

9. Jemput Makan

Anda mungkin juga menyukai