Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN MAJLIS

PERKAHWINAN ANAKANDA
AHMAD KAMAL ARIFFIN·TUESDAY, 27 OCTOBER 2015·READING TIME: 3 MINUTES

TERLALU RAMAI KALANGAN IBUBAPA YANG MENGHADAPI


KESUKARAN UNTUK MENDAPATKAN SERBA SEDIKIT PANDUAN BAGI
MEREKA MEMBERI UCAPAN DI DALAM MAJLIS PERKAHWINAN
ANAKANDA YANG DIKASIHI. JUSTERU, SAYA KONGSIKAN HASIL
GARAPAN SAYA INI UNTUK PANDUAN SEADANYA.

TEKS UCAPAN

MAJLIS PERKAHWINAN ANAKANDA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam hormat dan penuh takzim saya tujukan kepada;

Yang Berbahagia Tan Sri – Tan Sri,Dato’-Dato’,Datin-Datin, Tuan-Tuan dan


Puan-Puan sidang hadirin yang dikasihi dan dirahmati oleh Allah Subhanahu
wa taala sekalian.

Terlebih dahulu kita berikan satu tepukan tanda tahniah dan syabas kepada
pasangan pengantin yang bertuah hari ini, iaitu anak perempuan kami
.......................... dan pasangan pilihan hatinya ........................... kerana berjaya
menyulam ikatan kasih sayang dan hormat sehingga termeterainya ikatan
perkahwinan yang suci ini.

PENDAHULUAN

1. Saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT sekali lagi,
kerana dengan izin-Nya majlis perkahwinan anakanda kami selamat
dilaksanakan dengan meriahnya. Ianya berkat sokongan dan doa restu semua
pihak, khususnya daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak pengantin
lelaki dan perempuan, sanak saudara dan sahabat handai.

2. Yang berbahagia Tan Sri-Tan Sri, Dato- Dato’, Datin-Datin, sidang hadirin
yang dimuliakan;
Di malam hari terang senegeri

Memberi cahaya di tengah balai

Majlis indah ditambah seri

Untuk meraikan kedua mempelai

DOA RESTU IBUBAPA KEPADA PASANGAN PENGANTIN

3. Selaku ibubapa, kami mendoakan kebahagiaan dan kerukunan keluarga


yang berkekalan hingga ke akhir hayat kepada anakanda berdua. Bagi
membina institusi keluarga yang bahagia sepertimana Pesanan Luqman Al
Hakim (Pesuruh Allah yang namanya disebut dalam Al Quran) kepada
anaknya, katanya;

"Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak


manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, layarilah lautan
itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya iman dan layarnya adalah
tawakkal kepada Allah SWT".

Insya Allah, hidup kita akan berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat, jika
kita mengikut jalan agama, jujur dan amanah dalam melaksanakan
tanggungjawab sebagai pasangan suami isteri yang diredhoi Allah Taala.

RASA SYUKUR DAN GEMBIRA DIKURNIAKAN MENANTU DAN BESAN


YANG BAIK

4. Kami juga ingin berkongsi perasaaan sangat gembira dan bersyukur di sini,
kerana kehadiran menantu yang baik, bijaksana dan berperibadi tinggi.
Harapan kami, semoga dengan kehadiran ahli keluarga baharu ini, akan
menambahkan lagi seri, kerukunan dan kebahagiaan kami seisi keluarga
kedua-dua belah pihak.

5. Kami juga ingin berkongsi rasa sangat bersyukur kehadrat tuhan, kerana
mempunyai besan yang sedia berkongsi rasa, memahami antara satu sama
lain dan saling kasih mengasihi, demi untuk kesejahteraan keluarga dan
kebahagiaan anak-anak yang menjadi pelita hati kami selama ini.
PENGHARGAAN KEPADA SEMUA AHLI KELUARGA, SAHABAT DAN
TETAMU

6. Dikesempatan ini juga, saya ingin rakamkan ucapan jutaan terima kasih
yang tidak terhingga kepada semua ahli keluarga dan krew pengelola majlis
perkahwinan anak perempuan kami pada hari ini. Khususnya kepada saudara
pengacara majlis, ustaz yang memimpin bacaan doa dan semua yang terlibat
dalam slot persembahan dan keceriaan dalam pengendalian dewan acara
perkahwinan kedua pasangan mempelai yang bertuah, pada hari ini. Segala
penat lelah dan pengorbanan masa dan tenaga yang pihak saudara-saudari
semua berikan, hanya Allah Taala sahaja yang layak membalasnya.

7. Di sepanjang pelaksanaan majlis perkahwinan anak-anak kami yang amat


bermakna dan bersejarah ini, seandainya ada serba sedikit kekurangannya,
maka kami rumuskan dalam bentuk ungkapan klasik seperti berikut;

Kalau ada wajah yang tersalah pandang

Kalau ada nama yang tersalah sebut

Kalau ada gelar yang tersalah ucap

Kalau ada yang duduk di salah tempat

Kalau ada hidangan yang salah bekas

Kalau ada air mawar yang tersalah renjis

Kalau ada gelas tersalah letak

Kalau ada nasi tersalah tambah

Maka, kami ulit perkara itu dengan ungkapan;

Bunga sakura si bunga Jepun

Ditanam nyonya berpohon-pohon

Tersilap tersalah harap diampun

Terkasar bahasa maaf dipohon

PENUTUP
Tindih kasih jahitan baju,

Bila menjahit baju pendita,

Terima kasih kepada para tetamu

Mengimarahkan majlis sehingga berjaya.

Terangnya api di Tanjung Andas,

Nampak di laut kapal belayar,

Sayang dan kasih boleh dibalas,

Budi dan jasa tidak terbayar.

Anda mungkin juga menyukai