Anda di halaman 1dari 13

Masa/ Agenda Teks Nama Tetamu

Sebelum pengatin
datang.(time ramai orang
datang pukul 12 tgh hari)


Selamat datang kepada para tetamu yang dikasihi janganlah segan jgnlah
malu jika mahu tambah makanan..Menu kita pada hari semuanya sedap-sedap
belaka yang disediakan oleh katerer..(nama katering)

Pada majlis yang penuh berbahagia ini, kita dihidangkan dengan pelbagai jenis
menu yang sedap2 belaka seperti ..nasi minyak, nasi putih, daging masak
Palembang, gulai nenas ikan masin, pecal, ayam masak merah, acar buah,
ulam-ulaman dan yang paling special skali ye..sambal tempoyak..ermm..mmg
sgt terkenal di negeri Perak terutamayaKate org siapa makan pasti nak
lagi.
Tidak ketinggan juga, terdapat makan sampingan yg boleh dinikmati seperti,
bihun sup, dan cendol, yang lazat2.Kepada para tetamu jangan lah malu dan
segan utk mencubanya.


Yatak sabar rasenya kita menantikan kehadiran raja sehari kita..insyaallah,
sebentar sahaja lagi pada pukul 12.45 tengahari nanti...kita dapat saksikan
pasangan raja sehari kita akan berarak masuk ke singgahsana
indah.Insyallah Kepada semua tetamu diharap bersabar dan sambil2 itu
jemputlah menikmati hidangan yang disediakan. DIsamping kita menjamu
selera, sama-samalah kita mendoakan semoga pasang raja sehari kita ini
berbahagia hingga sepanjang hayat..insyaalllah
(hadis)rumah tangga



Semasa Pengatin lelaki
datang(12.45 tgh hari)

Orang laut menjala udang
Petang hari memasang pelita
Yang dijemput sudang datang
Yang dinanti sudah tiba

Mengumumkan ketibaan rombongan pengatin lelaki ____________________
berarak masuk ke perkarangan rumah pengantin perempuan
________________________.. Dipersilakan.


Habis cakap pasang lagu kompang

Panas kering siapakan tahu
Hujan rintik di Pulau Pandan
Berjalan seiring bersentuh bahu
Samalah cantik samalah padan


Pasang Lagu Gamelan.


Lagu gamelan slow intro....Diiringi irama gemelan yang cukup simbolik,
pasangan raja sehari kita berpimpingan masuk menuju ke singahsana indah,
pasangan pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, itulah
pasangan Raja Sehari kita; dan
.

Lagu gamelan diperlahankan.(bila dah nak sampai bawah di porch
tengah2) then baca pantun

Yang ruas sudah sampai kebukunya
Yang ternanti-nanti menjadi kenyataan
Yang terbayang-banyah indah dipandangan
Begitu berseri-seri pasangan raja sehari kita .. dan pasanganya..
_______________sama cantik sama padan..bagai pinang dibelah dua


Bacaan Selelawat Hadirin dan hadirat sekalian, majlis diteruskan dengan bacaan selawat ke atas
Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W.oleh ustaz dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz..atas bacaan selawat sebentar
tadi.

Bacaan Doa Balai seri buatan Pak Tua
Tempat berehat rakan dan taulan
Tersenyum bahagia kedua mempelai
Menadah tangan memanjatkan doa
Moga jodoh sentiasa berkekalan


Dengan itu, bagi memohon majlis ini diBerkati dan diRahmati Allah, marilah
sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh ustaz.. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Ustazdi atas bacaan doa
sebentar tadi.


Pengantin berarak masuk ke
dalam rumah
Pasang lagu kahwin.(slow intro)


wahai.pengantin.


selang 10 saat

Anak Cina memasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Selasih
Pasangan pengantin segak melangkah
Mara menuju mahligai kasih



Mempelai naik ke atas
pelamin
Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Yang berbahagia, dato-dato, datin-datin, tuan-tuan, puan-puan serta hadirin
sekalian, bagi pihak keluarga ___________________ dan _____________,

saya ingin mengalu-alukan kehadiran semua para tetamu jemputan yang hadir
pada hari ni. Sesungguhnya kehadiran para tetamu sekalian amatlah
bermakana dan dapat menyerikan majlis kita pada hari yang berbahagia ini.

Terutamanya kepada tetamu dari pihak pengantin lelaki iaitu
_______________ dan ________________. Selamat Datang
diucapkan.walaupon dekat tetapi kehadiran tuan puan amatlah bermakna
buat kami
Orang kata
Yang jauh kita dekat2kan
Yang dekat kita rapat2
Yang rapat kita mesra-mesrakan
Begitulah indahnya perkahwinan ini kerana ia bukan sahaja dapat menyatukan
dua insan malah seluruh kaum kerabatnyaAlhamdulillah
Jika dilihat pada hari ini, pasangan raja sehari kita tampak berseri2..sama
cantek sama padan....begitu indah dipandangan..
bagai pinang dibelah dua,
bagai cincin dengan permata,
bagai uda dan dara,
bagai merpati dua sejoli mereka berdua ini..
Kita minta yakedua-dua mempelai, berikan senyuman yang paling manis
buat para tetamu
(selang 3 saat)alahai manisnya..itulah dia Mohd Syimir dan Lailatul
Aimisangat cocok,
cukup mempesonakan siapa saja yang memandang mereka
Diharap pasangan yang bertuah ini berbahagialah hingga ke akhir
hayat..Amin..


Acara merenjis/ bersalaman
dengan ibu bapa pengantin
Baiklah, yang berbahagia dato2, datin2 dan para tetamu sekalian. Tibalah
masanya kita ke acara yang seterusnya..dimana kedua-dua belah ayahanda dan
bonda pengantin akan bersalaman dengan raja sehari kita sebagai tanda restu
dan berkat meraka bergelar suami isteriSemoga doa dan restu dari ayahanda
dan bonda..dapat mengukuhkan lagi hubungan kekeluargaan sebagai anak dan
menantu yang soleh serta solehahinsyaallah.


Menjemput ibu bapa
pengantin lelaki.

Oleh itu, kita mempersilakan ayahanda dan bonda pengantin mohd syimir iaitu
Tuan Hj Zulkifli and Puan Hjh Noriah bersalaman dengan anakanda dan
menantu perempaun mereka Lailatul AimiDipersilakan.

Dengan Bismillah kami mulai,
Tepung tawar si tepung jati,
Dengan takdir Iiiahi Rabbi,
Minta berkat dua sejoli..

Terima Kasih diucapkan kepada Tuan Haji and Puan Hajah


Menjemput ibu bapa
pengantin perempuan.

Dan seterusnya, majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan ayahanda dan
bonda pengantin perempuan,iaitu selaku tuan rumah pada majlis kita hari
ini..dijemput Tuan Hj dan pasanganya masuk ke dalam rumah untuk
bersalaman dengan pengantin sebagai tanda doa dan restu buat mereka semoga
dimurahkan rezeki and bertambah berkat hendak-nya

Dipersilakan


(Time Hj Rahman Dah Pn
Hazizah nak masuk rumah
dekat pintu pagar)

Erm..siapa tidak kenal ya, ini dia Tuan Hj Abdul Rahman dan Pn HjH
Hazizah, orgnya baik, pemurah serta peramah alahaisegaknyahari ini
Tuan Haji memakai baju melayu berwarna peach siap bersamping lagi
..sungguh segak sungguh bergaya. Tidak kurangnya juga Puan Hjh Hazizah
kitacantik berbaju kurung biru dan peach..katenya mengikut tema majlis,
peach dan biru.sungguh indah sungguh menawan..keadua-duanya
sedondon bersamaorang kate..bagai pasangan sehati sejiwa kekal hingga ke
akhir hayat..insyallah

(Bila dah masuk rumah)
Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenalan kemudian bertunang
Akad dilaksana sama bersatu



Nak bersalam Majlis dengan rasa berbesar hati menjemput ayahanda dan bonda Lailatul
Aimi iaitu Tuan Hj Abdul Rahman and Puan Hjh Hazizah bersalaman dengan
anakanda dan menantu lelaki mereka Mohd Syimir
Dipersilakan

Selang 10 saat..semasa sedang bersalam

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Hj dan Puan Hajah diatas kesudian
beliau..



Semasa Sesi begambar dengn
kelaurga pengantin
Baiklah, yang berbahagia dato2, datin2 dan para tetamu yang dikasihi.
Selesailah sudah acara menepung tawar oleh ayanda dan bonda pengantin
sebagai tanda doa dan restu mereka terhadap kedua mempelai kita utk
melayari bahtera suami isteri..
Kita doakan somoga mempelai kita..

Kekal ukhuwah makin berpadu
Bagai ruas dengan buku
Impian kasih kini bersatu
Hidup bahagia dengan doa dan restu.

Dan kepada raja sehari..kini bermulalah detik pengembaaran mereka sebagai
suami isteri..berlayarlah dengan mengamalkan perintah Allah, Insyaallah
bahagia membawa ke syurga .(ayat2 nasihat rumahtangga islam)..


Anak Cina mengail patin
Mengail patin di tepi titi
Senyum terukir pasangan pengantin
Tanda gembira penuh di hati





Menjemput ke meja beradap
Untuk itu dipersilakan pasangan pengantin kita, bergerak ke meja utama untuk

upacara makan beradab. Dipersilakan..(pasang lagu)

(Bila Pengantin dah duduk atas kerusi..)
Baiklah, Majlis diteruskan dengan acara kemuncak kita pada hari ini iaitu
majlis makan beradab. Sebelum itu, marilah sama-sama kita menadah tangan
bagi mengaminkan bacaan doa makan beradab yang akan dibacakan oleh
dot.dot.dot. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada dot.dot.dot. di atas doa yang telah dibacakan
sebentar tadi.

Menjemput makan para
tetamu & pengantin
Semerbak bunga seroja
Dibelai dara pingitan
Lauk pauk penuh semeja
Jemput mempelai menikmati hidangan

Saya kira para tetamu juga sudah tidak sabar menikmati hidangan di depan
mata. Untuk itu hadirin sekalian, silalah menjamu selera, usah malu, usah
segan, tak cukup sepinggan, kita minta nasi tambahan. Dipersilakan semua.


Pengantin sedang makan (Semasa sedang makan)

Baiklah, tuan2 dan puan2 sekalian Sesungguhnya manusia itu sememangnya
memerlukan cinta. Kerana cinta itu, menjadikan hidup manusia lebih
bermakna, bahagia dan sempurna apatah lagi melalui ikatan perkahwinan yang
dituntut agama.

Tiup serunai di atas kota
Uda memupuk bunga melati
Mula kenal kemudian bercinta
Cinta tersemai di dalam hati



Haa..begitulah cinta kedua2 mempelai kita ini..berkenal-kenal dahulu ..barulah

berputiknya cinta merekasaya sempat berbual dengan pengantin lelaki
sebelum inikatanye bukan senang nak memikat Aimi si cantik manis ne.
Ermsiapa tak kenal Aimi, si dara manis yang pernah menuntut di UTM
skudai dan kemudianya menyambung pengajian ke peringkat Master di UiTM
shah alamHaa..bukan calang2 orang nak memikatmmg sukar
ditawan..akhirnya terpaut juga pada jejaka tampan Mohd Syimir. Tahniah
diucapkan buat mereka



Menyingkap bibit-bibit perkenalan pasangan pengantin ini, mereka mula
berkenalan sebagai rakan sekelas di sekolah agama rakyat nuzomiah bukit jana
pada 1997. Perkenalan yang dahulunya hanya sebagai rakan sepermainan
akhirnya memutikkan rasa cinta dalam hati kedua-dua pasangan ini setelah
meningkat dewasa pada tahun 2004. Untuk pengetahuan hadirin hadirat
sekalian, Pengantin perempaun kita, Lailatul Aimi merupakan garaduan
sarjana muda dari UTM skudai dan kemudian melanjutkan pengajiannya ke
peringkat master di Uitm Shah Alam dalam jurusan Sains Komputer &
Teknologi Maklumat. Dan kini belau bertugas sebagai Executive IT di Menara
Maybank, Kuala Lumpur. Manakala, pengatin lelaki kita, Mohd Syimir pernah
melanjutkan pengajiannya ke peringkat A Level di Pasum, Universiti malaya.
Dan tidak lama kemudian beliau ditawarakan memasuki Akedemi
penerbanngan HMA di Langkawi. Dan kini, beliau bertugas sebagai
Juruterbang di Malaysia Airline, KLIA.


Setelah mengenal hati budi masing-masing selama 8 tahun dan mendapat restu
keluarga, mereka telah mengikat tali pertunangan pada 1 Januari 2011. Untuk
pengetahuan semua, kedua-dua mempelai ini telah selamat diijabkabulkan
pada 11 November 2011 iaitu pada hari semalam. Erm..sungguh cantik tarikh
nikahnya 11.11.11 mudah diingati tarikh bila2. Dan pada hari yang penuh
bermakna ini, janji sepakat yang telah dibuat dan ditunaikan di dalam Majlis
yang penuh berbahagia ini. Majlis resepsi antara Mohd Syimir dan Lailatul
Aimi.


Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi


Aduhai Syimir dan juga Aimi
Ingatlah, alam perkahwinan memerlukan pengorbanan suami isteri yang paling
besar
Galaslah tugasmu sebagai suami isteri yang soleh dan solehaha..insyaalh
bertambah barakah..
Saling bertolak ansur dan bertangjungjawab memberi nikmat bahagia
Tapi adakalanya, langit tak selalunya cerah..
Ada pelangi, ada hujannya
Ada ketawa, ada sedihnya.
Janganlah risau janganlah gundah,
Ambik senang ambik mudah
Pesan tok imam dalam khutbah nikah,
Sentiasa waras dalam susah
Jgn seperti retak menunggu belah
Rahsia di rumah jgn di bawa ke tanah
Didengar org jadi fitnah
Byk sabar byk tabah
InsyaAllah rukun damai serumah-rumah .Semoga berbagahagia Mohd Syimir
dan Lailatul Aimi


Selesai makan.jemputan nak
balik

Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan
ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga
buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari yang
penuh keberkatan ini.

Tanam langguna tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuknya mati
Budi semua tak kami lupa
Sudah terpaku di dalam hati


Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini.
Berjumpa kita lagi pada masa yang akan datang. Saya mengucapkan salam
hormat buat semua, wabilLahit Taufiq walHidayah wasSalamu `Alaikum
W.B.T.




































(Semasa sedang makan)

Baiklah, tuan2 dan puan2 sekalian Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan cinta. Kerana cinta itu, menjadikan hidup manusia lebih
bermakna, bahagia dan sempurna apatah lagi melalui ikatan perkahwinan yang dituntut agama.

Tiup serunai di atas kota
Uda memupuk bunga melati
Mula kenal kemudian bercinta
Cinta tersemai di dalam hati



Haa..begitulah cinta kedua2 mempelai kita ini..berkenal-kenal dahulu ..barulah berputiknya cinta merekasaya sempat berbual dengan pengantin
lelaki sebelum inikatanye bukan senang nak memikat Aimi si cantik manis ne. Ermsiapa tak kenal Aimi, si dara manis yang pernah
menuntut di UTM skudai dan kemudianya menyambung pengajian ke peringkat Master di UiTM shah alamHaa..bukan calang2 orang nak
memikatmmg sukar ditawan..akhirnya terpaut juga pada jejaka tampan Mohd Syimir. Tahniah diucapkan buat mereka



Menyingkap bibit-bibit perkenalan pasangan pengantin ini, mereka mula berkenalan sebagai rakan sekelas di sekolah agama rakyat nuzomiah
bukit jana pada 1997. Perkenalan yang dahulunya hanya sebagai rakan sepermainan akhirnya memutikkan rasa cinta dalam hati kedua-dua
pasangan ini setelah meningkat dewasa pada tahun 2004. Untuk pengetahuan hadirin hadirat sekalian, Pengantin perempaun kita, Lailatul Aimi
merupakan garaduan sarjana muda dari UTM skudai dan kemudian melanjutkan pengajiannya ke peringkat master di Uitm Shah Alam dalam
jurusan Sains Komputer & Teknologi Maklumat. Dan kini belau bertugas sebagai Executive IT di Menara Maybank, Kuala Lumpur. Manakala,
pengatin lelaki kita, Mohd Syimir pernah melanjutkan pengajiannya ke peringkat A Level di Pasum, Universiti malaya. Dan tidak lama kemudian
beliau ditawarakan memasuki Akedemi penerbanngan HMA di Langkawi. Dan kini, beliau bertugas sebagai Juruterbang di Malaysia Airline,
KLIA.


Setelah mengenal hati budi masing-masing selama 8 tahun dan mendapat restu keluarga, mereka telah mengikat tali pertunangan pada 1 Januari
2011. Untuk pengetahuan semua, kedua-dua mempelai ini telah selamat diijabkabulkan pada 11 November 2011 iaitu pada hari semalam.
Erm..sungguh cantik tarikh nikahnya 11.11.11 mudah diingati tarikh bila2. Dan pada hari yang penuh bermakna ini, janji sepakat yang telah
dibuat dan ditunaikan di dalam Majlis yang penuh berbahagia ini. Majlis resepsi antara Mohd Syimir dan Lailatul Aimi.


Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi


Aduhai Syimir dan juga Aimi
Ingatlah, alam perkahwinan memerlukan pengorbanan suami isteri yang paling besar
Galaslah tugasmu sebagai suami isteri yang soleh dan solehaha..insyaalh bertambah barakah..
Saling bertolak ansur dan bertangjungjawab memberi nikmat bahagia
Tapi adakalanya, langit tak selalunya cerah..
Ada pelangi, ada hujannya
Ada ketawa, ada sedihnya.
Janganlah risau janganlah gundah,
Ambik senang ambik mudah
Pesan tok imam dalam khutbah nikah,
Sentiasa waras dalam susah
Jgn seperti retak menunggu belah
Rahsia di rumah jgn di bawa ke tanah
Didengar org jadi fitnah
Byk sabar byk tabah
InsyaAllah rukun damai serumah-rumah. Insyallah.Semoga berbagahagia Mohd Syimir dan lailatul Aimi



Selesai makan.jemputan nak balik


Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli
keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.

Tanam langguna tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuknya mati
Budi semua tak kami lupa
Sudah terpaku di dalam hati

Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini. Berjumpa kita lagi pada masa yang akan datang. Saya mengucapkan salam
hormat buat semua, wabilLahit Taufiq walHidayah wasSalamu `Alaikum W.B.T.

Anda mungkin juga menyukai