Anda di halaman 1dari 8

PERMULAAN

Membuka tirai majlis yang penuh dengan senyuman dan


kemeriahan ini, sama-samalah kita raikan ketibaan kedua
mempelai yang baru saja diijabkabulkan pada hari Rabu yang lalu,
14 Ogos 2019 brsamaan 13 Zulhijjah 1440H.

Dengan diiringi selawat ke atas Junjungan kita Baginda Nabi


Muhammad SAW, Beriringan masuk ke dalam dewan, sama cantik
dan sama padan, pasangan pengantin yang segak lagi bergaya,
yang cantik lagi menawan, pasangan Raja Sehari;

Muhammad Zafrul Zuhaili bin Zulkifli dan


Nur Nisreen Nabihah binti Ab Halim Fauzi.

Dgn lafaz Bismillah, melangkahlah ke mahligai kasih, dipersilakan.


Hadirin dan hadirat sekalian dipersilakan untuk sama2 berselawat
ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW

(tunggu sampai tetamu duduk)


………………………………………………………………………………
…………....................
Bismillahirrahmanirrahim
Rabbish rahli sadri. Wayassirli amri. Wahlul uqdatam millisani.
Yafqahu qauli.
Assalamu `Alaikum W.B.T. dan salam sejahtera.

Allah SWT  berfirman dalam Surah Ar-Ruum  ayat 21 yang


bermaksud;
Dan diantara tanda2 kekuasaanNya ialah, Dia menciptakan
untukmu isteri2 dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan
merasa tenteram kepadanya. Dan dijadikanNya diantaramu rasa
kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar2
terdapat tanda2 bagi kaum yang berfikir.

Rasulullah SAW bersabda: Apabila seorang hamba menikah,


maka sungguh dia telah menyempurnakan separuh agamanya.
Maka hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada separuh yang
selebihnya. Hadis riwayat Imam al-Baihaqi

Yang dihormati,
Dato’-dato’, Datin-datin, Dif-dif kehormat, pasangan pengantin yang
diraikan, ahli keluarga, rakan taulan dan para hadirin hadirat,
tetamu yang diRahmati Allah sekalian.

Selamat datang ke :
Majlis Kesyukuran Perkahwinan dua mempelai yang dirai,
Muhammad Zafrul Zuhaili bin Zulkifli dan
Nur Nisreen Nabihah binti Ab Halim Fauzi.

Subhanallah pagi dan petang,


Ganjaran pohon di dalam syurga,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismilllah pembuka bicara.
DOA

Ya Allah wahai Tuhan kami, satukanlah jua hati kedua mempelai ini
seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha,
dan seperti Engkau satukan hati Muhammad S.A.W. dan Siti
Khadijah, kekalkanlah jodoh ini hingga ke jannah, dan
mudahkanlah urusan mereka dengan berkat ikatan suci ini.

Bagi memohon majlis ini diberkati dan dirahmati Allah SWT, marilah
sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang
akan dibacakan oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Wafiyudin bin Ab
Halim Fauzi.

Dengan segala hormat, dipersilakan.

~DOA~

Amin amin ya rabbal ‘alamin


Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz Muhammad
Wafiyudin di atas bacaan doa sebentar tadi.

Pertama-tamanya,
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih kepada hadirin sekalian kerana sudi bertandang
pada hari ini .

Nasi putih nasi lemak,


Sajian makanan di waktu pagi,
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi bertandang ke majlis ini.

MOHON RESTU
Tali belati pengikat kereta,
Kereta diikat beroda besi,
Di hujung pena menari kata,
Merakam budi kenangan abadi
Dengan ini majlis mempersilakan wakil daripada pihak lelaki naik ke
pentas untuk memberi restu kepada pasangan pengantin.

Kalau tidak kerana bulan,


Tidak bintang terbit pagi,
Kalau tidak kerana tuan,
Tidak majlis sepermai ini.

Seterusnya, dijemput wakil daripada pihak perempuan untuk


memberikan restu kepada pasangan pengantin.

Pergi pengkalan mengikat rakit,


Rakit diikat rapat-rapat,
Budi tuan bukan sedikit,
Akan dikenang sepanjang hayat.

MAKAN
Cantik berseri si Bunga Kemboja,
Indah bersinar cincin di tangan,
Juadah istimewa penuh semeja,
Jemput mempelai menikmati hidangan.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan kedua-dua


pasangan Raja sehari untuk bersantap di meja beradab yang dihias
indah.

(Sambil pengantin turun)

Tinggi-tinggi si pokok Gaharu


Tinggi lagi si pohon Kemuning
Silalah sila pengantin baru
Jodoh berpaut jalan berganding
Bagi hadirin / hadirat yang dirahmati sekalian, janganlah malu
janganlah segan untuk sama-sama menikmati juadah enak yang
disediakan. Bagi tetamu yang baru tiba, saya mengalu-alukan
kehadiran tuan tuan dan puan puan ke majlis yang bersejarah ya
penuh barakah ini. Jangan lupa membaca Bismillah dan doa
sebelum santapan bermula.
Selamat menjamu selera..

 (makan 15 minit)

UCAPAN

Buah zaitun buah Tin,


Rezeki Allah sama nikmati,
Senyum terukir pasangan pengantin,
Tanda bahagia bersulam di hati.

Tak kan sempurna alu tanpa lesungnya


Dayung juga tidak berguna tanpa perahunya…
Tidak enak hidangan tanpa pemanisnya….
Tidak moleklah seandainya majlis seindah ini, tiada yang berbicara

Dengan ini, Majlis ingin mempersilakan ……………………………….


selaku wakil bagi pihak pengantin perempuan untuk menyampaikan
ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada


………………………………………….. di atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.

Kepada pasangan pengantin, itulah sebentar tadi luahan rasa hati


daripada wakil kedua-dua belah pihak mendoakan agar ikatan yang
terbina akan sentiasa diBerkati dan diRahmati Allah
BIODATA

Tuan2 dan Puan2,


eloklah kiranya saya memperkenalkan serba sedikit mengenai
pasangan pengantin yang diraikan

Raja sehari kita pada hari ini bernama, muhammad zafrul huzaili,
merupakan anakanda kepada haji zulkifli dan pasangannya hajjah
kerimah. Beliau telah Dilahirkan pada 20 jun 1994 dan merupakan
anak kedua daripada 6 adik beradik. Beliau dan keluarga berasal
dari kg kubang batang,Tumpat, Kelantan. Beliau mendapat
pendidikan awal di sekolah kebangsaan kubang batang dan
seterusnya menyambung pelajaran di peringkat menengah di
maahad tahfiz sains Tumpat semasa ting 1-3. Alhamdulillah pada
Saudara zafrul telah menamatkan Hafazan 30 juzuk dan
seterusnya ke maahad tahfiz sains tanah merah bagi ting 4-5.
Berkat doa keluarga tercinta, beliau telah berjaya dalam sijil
pelajaran Malaysia dengan jayanya dan turut melanjutkan pelajaran
ke universiti sains islam malaysia dalam bidang pergigian. pada
julai laluAlhamdulillah beliau dilantik untuk bertugas sebagai doktor
gigi di klinik pergigian Bandar pasir mas.

Ratu sehari kita pada hari ini, di beri nama nur nisrin nabihah oleh
kedua ayahanda dan bonda tercinta iaitu haji ab halim fauzi dan
hajjah rosnani. Beliau telah Dilahirkan pada 17 januari 1994 di
hospital raja perempuan zainab ii dan merupakan Anak kelima
daripada sebelas adik beradik. Mendapat pendidikan awal di pasti
darul Anuar pulau melaka beliau kemudiannya meneruskan
pengajian peringkat rendah di Sekolah kebangsaan islah.
memandangkan keputusan upsrnya agak cemerlang Pada tahun
2007 beliau telah diterima masuk ke maahad muhammadi
perempuan Untuk peringkat menengah. Di mmp beliau turut
cemerlang dalam pelajarannya. Pada may 2012 beliau telah
ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti sains islam
malaysia bagi pengajian peringkat tamhidi atau juga dikenali
Sebagai asasi dan ijazah dalam bidang pergigian. Setelah 6 tahun
pengajian Alhamdulillah pada november 2018 beliau telah
menamatkan pelajarannya dan Dianugerahkan ijazah sarjana muda
pembedahan pergigian. Kini beliau bertugas
Sebagai doktor gigi di klinik pergigian kota jembal.
…..
Indah bernyala si kunang-kunang,
Terbang hinggap di atas batu,
Mula berkenalan kemudian bertunang
Akad dilaksana sama bersatu

Menyingkap bibit-bibit perkenalan pasangan pengantin ini, mereka


mula ketika belajar di Uni. Sains Islam Malaysia. Setelah mendapat
restu keluarga dan mendapat petunjuk dari Tuhan Yang Maha Esa
melalui solah istikarah yang dilaksana, Alhamdulillah pada hari
yang penuh bermakna ini, janji sepakat yang telah dibuat telah
ditunaikan di dalam Majlis yang penuh berbahagia pada pagi ini.

………………………………………………………………………………
…………………………………………..

Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada


cinta. Kerana cinta itu, menjadikan hidup manusia lebih bermakna,
bahagia dan sempurna apatah lagi melalui ikatan perkahwinan
yang dituntut agama.

POTONG KEK
Memotong kek Hadirin yg dimuliakan, kita bertukar gelanggang
sekarang ke acara seterusnya iaitu upacara memotong kek selamat
pengantin. Dipersilakan kedua mempelai berangkat ke sudut kiri
pentas utk upacara memotong kek...

SESI KENAL2
Seterusnya dijemput kepada keluarga untuk sesi kenal-mengenal
AMBIL GAMBAR
Kepada semua ahli keluarga pengantin lelaki dan perempuan serta
sahabat handai dan tetamu yang ingin bergambar dengan
pasangan pengantin, bolehlah hadir ke pentas.

………TAMAT

Mawar merah harum mewangi


Jambangan digubah berseri-seri
Doa restu kami iringi
Hidup berkat suami isteri

Kain songket halus tenunan


Dibawa orang masuk ke kota
Sudah bertemu dengan pasangan
Penawar hati penyejuk mata

Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa


syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja
Sehari dan ahli keluarga buat tuan-tuan dan puan-puan semua,
atas kesudian hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari yang
penuh keberkatan ini.

Kami ingin memohon maaf atas segala kekurangan semasa


mengacarakan Majlis ini. Yang baik dari Allah, yang lemah atas
kelemahan saya sendiri. Dengan ini saya mengucapkan salam
hormat buat semua.

Sama-samalah kita mendoakan agar kedua-dua pasangan


pengantin, bakal menjalani bahtera rumahtangga dengan penuh
hemah dan kerukunan. Semoga mencapai mardhatillah dan
dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah untuk menghuni
Jannatul Firdausy. InshaaAllah.
 Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum WBT.

Anda mungkin juga menyukai