Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN KEBANGSAAN

Assalammualaikum w.b.t, salam sejahtera, Salam Amanah Nekad


Muafakat, Salam Bulan Kebangsaan.

Bismillahirahmanirahim… Alhamdulillahirabbil alamin, wassola


tuwassala muala asyrafil anbiya iwal mursalin wa ala alihi wasahbihi
ajmain. Qala, rabbishrahli sadri, wayassirli amri, wahlul uqdatam min
lisani yafqahu qauli.

Ceria wajah terserlah manis,


                Hati berkobar semangat dibawa,
Sambutan merdeka penyeri majlis,
                Sematkan gagah di dalam jiwa
 
Yang berusaha,
En Subiyamin bin Sulaiman
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Paka
 
En Zainordin bin Othman
Guru Penolong Kanan Pentadbiran
 
En Mohd Dasuki bin Yusof
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

US Ahmad Fadhlin bin Md Dagang


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Ahli jawatankuasa Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan,

serta guru-guru seterusnya murid-murid yang dikasihi…

Majlis mengalu-alukan dan mengucapkan selamat datang ke Majlis Pelancaran


Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat Sekolah Kebangsaan
Seri Paka. Marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi
kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita bersatu di sini pada hari
yang indah ini. Semoga penyatuan tekad dan semangat ini senantiasa diiringi
kedamaian dan keamanan yang berpanjangan.
Para guru dan murid yang dihormati,

Sambutan kemerdekaan pada kali ini diadakan sebagai tanda semua guru dan
anak didik di sekolah ini bersama melangkah seiring memegang iltizam
menjadi warganegara yang patriotik. Dengan tema, “Keluarga Malaysia Teguh
Bersama” secara rasminya menunjukkan Malaysia akan meraikan sambutan
kemerdekaan kali ke-65 sekaligus menjadi lambang kesepaduan rakyat
berbilang bangsa yang hidup dalam keadaan harmoni dan muhibbah. Semua
rakyat Malaysia berada di bawah satu lembayung kepimpinan tanpa mengira
bangsa dan agama untuk mengecapi pembangunan, kecemerlangan dan
kemakmuran secara berterusan.

NYANYIAN LAGU
Hadirin sekalian, bagi menunjukkan taat setia kepada negara dan tanah air,
marilah sama2 kita menyanyikan lagu negaraku, lagu negeri Terengganu dan
lagu sekolah. Semua hadirin diminta berdiri tegak dan menyanyikan lagu
dengan penuh semangat dan serentak.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada semua atas nyanyian sebentar tadi.
Semua guru dan murid dijemput duduk. Murid-murid diminta duduk dalam
keadaan senyap.

BACAAN DOA
Para hadirin yang dikasihi, bagi memberkati majlis kita pada hari ini, pihak
majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersila, Ustaz Wan
Ahmad Aswad bin Wan Abdul Fatah untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.

Amin, amin ya rabbal ‘alamin. Semoga bacaan doa sebentar tadi memberikan
keberkatan kepada majlis kita pada hari ini.
UCAPAN GB

Majlis kita terus berlayar ke destinasi utamanya. Untuk itu, tanpa melengahkan
masa pihak majlis berbesar hati menjemput __________________________________
Sekolah Kebangsaan Seri Paka untuk menyampaikan ucapan seterusnya
merasmikan majlis pelancaran bulan kebangsaan Sekolah Kebangsaan Seri
Paka bagi tahun 2022. Majlis mempersilakan.

PERSEMBAHAN GIMIK

Majlis seterusnya menjemput ____________________________________________ untuk


upacara gimik perasmian sebagai simbolik pelancaran bulan Kebangsaan
peringkat Sekolah Kebangsaan Kota Masai bagi tahun 2017. Terima kasih
diucapkan kepada __________________________________________.

PENYERAHAN BENDERA KEPADA UNIT UNIFORM

Para guru dan murid yang dikasihi, untuk makluman.. unit uniform sekolah
akan menerima jalur gemilang bagi menghiasi Kawasan sekolah. Sebagai
simbolik penyerahan, dipersilakan wakil unit uniform sekolah untuk menerima
jalur gemilang.

Dipersilakan…..
unit Pengakap,
Unit Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)
Unit Bulan Sabit Merah Malaysia

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada semua unit uniform yang
terlibat.

NYANYIAN LAGU PATRIOTIK

Hadirin dan hadirat yang dihormati…Seterusnya marilah sama-sama kita


menyanyikan lagu patriotik. Dijemput semua guru untuk berdiri. Semua guru
dan murid diminta mengibarkan jalur gemilang semasa nyanyian lagu
patriotic.

lagu Keluarga Malaysia,


Jalur Gemilang
Tanggal 31
Saya anak Malaysia

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Sepanjang bulan kemerdekaan ini, panitia sejarah sekolah akan menganjurkan


pertandingan mewarna poster, nyanyian lagu patriotic, pertandingan pakaian
tradisional, aktiviti menghias kelas, pertandingan nyanyian solo, dan kraf
tangan merdeka.

Majlis kita telah tiba di penghujungnya. Saya mewakili pihak majlis


merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung
dan tidak langsung dalam merealisasikan majlis pelancaran sambutan bulan
kebangsaan Sekolah Kebangsaan Seri Paka ini. Sekian. Wabillahitaufik
walhidayah wassalammualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai