Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA PROGRAM BIJAK LITERASI DAN KIRA-KIRA

(PROGRAM BILIK)

1.0   Pendahuluan

Kecemerlangan dalam aspek pendidikan masa kini telah menjadi satu kayu ukur bagi
menentukan kemenjadian murid.  Namun demikian dalam mengejar kecemerlangan,
kita sering kali terlupa bahawa aspek asas dalam kemahiran membaca dan menulis
perlu diberi perhatian oleh para pendidik mahu pun ibu bapa.  Oleh yang demikian,
Program BILIK (Bijak Literasi dan Kira-kira) ini dirancang dan dilaksanakan untuk
membantu murid-murid yang masih tidak menguasai kemahiran membaca,
mendengar bertutur dan kemahiran mengira.

2.0  Rasional

Program ini dijalankan bagi membantu meningkatkan pencapaian murid-murid


permata dalam kemahiran membaca, mendengar bertutur dan kemahiran mengira.
Program ini memberi tumpuan penuh kepada murid yang lemah.

3.0  Matlamat

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk membantu murid menguasai kemahiran
membaca, mendengar bertutur dan kemahiran mengira seterusnya meningkatkan
kecemerlangan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik.

4.0  Objektif

       Membantu murid menguasai kemahiran membaca.

       Membantu murid-murid menguasai asas matematik.

 Mensifarkan murid-murid yang masih belum mata pelajaran Bahasa


Malaysia dan Matematik.
  Mengenal pasti zon kelemahan murid-murid dalam Literasi dan
menguasai sifir.

5.0  Kumpulan Sasaran

Murid-murid Tahun 3,4 dan 5 Nilam yang masih tidak menguasai asas membaca,
menulis dan mengira.

6.0   Tempat dan Masa

 Bilik Pemulihan/ Bilik guru– murid-murid permata.


 Tempoh – Oktober hingga November 2019

Anda mungkin juga menyukai