Anda di halaman 1dari 5

PENGERUSI MAJLIS : MUHAMAD KHAIRUL ANWAR BIN MAT AZIDIN

Sirih junjung berhias indah,


Sekacip pinang pembuka kata,

Bunga manggar kilau bercahaya,


Datang berkunjung ke majlis meriah,
Sejarah terukir nilai permata,
Lembaran sejarah kini bermula.

(KOMPANG DIMAINKAN) 8 Minit

Diiringi paluan kompang, sama cantik dan sama padan, beriringan masuk ke dalam dewan,
pasangan pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan Raja Sehari;
Mohd Firdaus Bin Azman dan Nor Khalida Binti Makmor.

(SELAWAT AF Ustaz Ahmed Nashrul Bin Khalip) 3 Minit

(Pengantin akan berjalan menuju ke pelamin)

Anak Cina memasang lukah


Lukah dipasang di Tanjung Selasih
Pasangan pengantin segak melangkah
Mara menuju mahligai kasih

Dari Raub pergi ke Pontian


Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan majlis

BismilLahir Rahmanir Rahim


Assalamu `Alaikum W.B.T.

Allah swt berfirman di dalam surah Al-Rum ayat 21:


Maksudnya

Dan di antara membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia


menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu
sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan
dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas
kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan -
keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi tanda-tanda yang orang-orang
yang berfikir.

Hari ini menugal jagung


Hari esok memintal tali
Hari ini kita berkampung
Meraikan mempelai dua sejoli

Di malam hari terang senegeri


Memberi cahaya di tengah balai
Majlis indah bertambah seri
Untuk meraikan kedua mempelai
Yang dihormati
__________________________________________________________ selaku tuan
rumah kepada Majlis Perkahwinan kita pada hari ini, yang diraikan pasangan mempelai; Mohd
Firdaus Bin Azman dan Nor Khalida Binti Makmor, yang dihormati ahli keluarga, saudara-mara,
bekas-bekas guru, teman sekerja dan rakan-rakan kedua-dua mempelai, hadirin dan hadirat para
tetamu yang diRahmati Allah S.W.T. sekalian.

Saya, Muhamad Khairul Anwar Bin Mat Azidin, pengerusi majlis pada hari yang berbahagia ini,
mengucapkan Selamat datang ke :

Majlis Perkahwinan Mohd Firdaus Bin Azman dan Nor Khalida Binti Makmor.

Melayang serindit di atas permatang


Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

Burung Nuri hinggap di balai


Balai seri buatan Pak Tua (nada rendah ke tinggi)
Tempat berehat rakan dan taulan
Duduk tersenyum kedua mempelai
Menadah tangan memanjatkan doa
Moga jodoh sentiasa berkekalan

Dengan itu, bagi memohon majlis ini diBerkati dan diRahmati Allah SWT, marilah sama-sama
kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh AF Ustaz Ahmed
Nashrul Bin Khalip.

Dipersilakan.

(BACAAN DOA 5MINIT)

Terima kasih diucapkan kepada AF Ustaz Ahmed Nashrul Bin Khalip di atas bacaan doa sebentar
tadi.

Orang jauh dikenang-kenang


Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenalan kemudian bertunang
Akad dilaksana sama bersatu

Anak Cina mengail patin


Mengail patin di tepi titi
Senyum terukir pasangan pengantin
Tanda gembira penuh di hati

Menyingkap bibit-bibit perkenalan pasangan pengantin ini, mereka mula berkenalan ketika
sama-sama menuntut di Kolej IKRAM, Bangi. Selangor Darul Ehsan. Perkenalan yang tidak
disengajakan itu, akhirnya memutikkan rasa cinta di dalam hati kedua-dua pasangan ini.

Setelah mengenal hati budi masing-masing dan mendapat restu keluarga, mereka mengikat tali
pertunangan pada _________________. Dan pada hari yang penuh bermakna ini, janji
sepakat yang telah dibuat telah ditunaikan di dalam Majlis yang penuh berbahagia ini.

Bagi tidak membuang masa lagi, kita terus ke majlis menepung tawar dan merenjis air mawar.
(GAMELAN DIMAINKAN)

Dengan itu, saya menjemput :


(Nama dan gelaran dalam keluarga)

Yang pertama

Seterusnya

10

Demikianlah tadi, acara menepung tawar dan merenjis air mawar bagi memeriahkan majlis
persandingan pasangan dua sejoli yang segak dan cantik di singgahsana.

Puan dibawa ke Gunung Ledang


Dibawa dengan penuh beradab
Pinggan mangkuk telah terhidang
Kini masa makan beradab

Majlis diteruskan dengan acara kemuncak kita pada hari ini iaitu majlis makan beradab. Dengan
rasa hormatnya, saya menjemput pasangan pengantin dan ahli keluarga untuk bersama - sama ke
meja yang disediakan bagi menikmati hidangan.

(PENGANTIN BERJALAN DARI PELAMIN KE MEJA)


PENGANTIN DUDUK

Semerbak bunga seroja


Dibelai dara pingitan
Lauk pauk penuh semeja
Jemput mempelai menikmati hidangan

Bagi hadirin / hadirat yang dirahmati sekalian, janganlah malu janganlah segan untuk sama
sama menikmati juadah enak yang disediakan. Bagi tetamu yang baru tiba, saya mengalu
alukan kehadiran tuan tuan dan puan puan ke majlis yang bersejarah ini.

SELANG MASA 30 SAAT

Bagi mengisi ruang dan waktu ketika ini, marilah kita sama sama menonton persembahan layar
yang telah disediakan.

SLIDESHOW DITAYANGKAN
10 MINIT
SLIDESHOW TAMAT

Demikianlah tadi, persembahan layar yang memuatkan gambar gambar pasangan mempelai
yang kita raikan ini dari zaman kanak kanak sehinggalah mereka dewasa dan seterusnya
menjadi suami dan isteri.

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Dengan itu, Majlis ingin mempersilakan pengantin lelaki, Mohd Firdaus Bin Azman dengan
diiringi oleh pengantin perempuan, Nor Khalida Binti Makmor untuk ke pentas bagi
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

PENGANTIN BERUCAP
5MINIT

Terima kasih diucapkan kepada pengantin lelaki, Mohd Firdaus Bin Azman, yang turut mewakili
pengantin perempuan, Nor Khalida Binti Makmor, di atas ucapan yang telah disampaikan
sebentar tadi.

Untuk ke acara seterusnya, Majlis dengan ini menjemput kedua dua mempelai untuk acara
memotong kek. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

PENGANTIN MEMOTONG KEK


(15MINIT)

Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana cinta itu,
menjadikan hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna apatah lagi melalui ikatan
perkahwinan yang dituntut agama.

Tiup serunai di atas kota


Uda memupuk bunga melati
Mula kenal kemudian bercinta
Cinta tersemai di dalam hati

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan


Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih
yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan
memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.

Tanam laguna tumbuh kelapa


Terbit bunga pucuknya mati
Budi semua tak kami lupa
Sudah terpaku di dalam hati

Tuan puteri tersenyum-senyum


Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini. Berjumpa kita lagi pada
masa yang akan datang. Saya mengucapkan salam hormat buat semua, Wabillahitaufiq
walhidayah wassalamualaikum WBT.

Teks ini diubahsuai oleh : Muhamad Khairul Anwar Bin Mat Azidin

Credit: anarqiyellow.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai