Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS WALIMATUL URUS AIMAN & NAZURA

TARIKH: 27 MAC 2021


MASA: 12:30 TGH HARI
TEMPAT: TERATAK NANDING, JALAN HULU LANGAT, SELANGOR.

(PANTUN)
Sirih junjung berhias indah,
Sekacip pinang pembuka kata,
Bunga manggar kilau bercahaya,
Datang berkunjung ke majlis meriah,
Sejarah terukir nilai permata,
Lembaran sejarah kini bermula.

Diiringi paluan kompang, sama cantik dan sama padan, beriringan masuk ke dalam dewan,
pasangan pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan Raja
Sehari; AIMAN DAN NAZURA.

 (KOMPANG DIMAINKAN IRINGI PENGANTIN HINGGA KE PINTU MASUK DEWA).


 SELAWAT TASLIM SAMBIL PENGANTIN BERJALAN DARI PINTU MASUK MENUJU KE
PELAMIN SAMBIL DIIRINGI BACAAN SELAWAT TASLIM OLEH EN. HASSAN BIN
AHMAD.
 SELESAI SELAWAT, PENGANTIN DUDUK, KOMPANG AKAN TERUS DIPALU SEMULA
UNTUK 3 LAGU.
 SELEPAS KOMPANG SELESAI, SURPRISE NYANYIAN LAGU CAHAYA CINTA DARIPADA
KAKAK PENGANTIN SAUDARI SAIDATUL NORMAZLIFFAH BT AMINORDIN.
(UPACARA BERINAI)
Yang dihormati ENCIK AMINORDIN & PN LAILATUL SAADIAH selaku tuan rumah
kepada Majlis Perkahwinan kita pada hari ini, yang diraikan pasangan mempelai;
AIMAN & NAZURA, yang dihormati ahli keluarga, saudara-mara, teman taulan keluarga
dan kedua-dua mempelai, hadirin dan hadirat para tetamu yang diRahmati Allah S.W.T.
sekalian.

Saya, selaku pengacara majlis pada hari yang berbahagia ini, mengucapkan selamat
datang ke :
MAJLIS WALIMATUL URUS AIMAN & NAZURA.
(PANTUN)
Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenalan kemudian bertunang
Akad dilaksana sama bersatu

Anak Cina mengail patin


Mengail patin di tepi titi
Senyum terukir pasangan pengantin
Tanda gembira penuh di hati

Bagi tidak membuang masa lagi, kita terus ke ACARA BERINAI yang akan dimulakan dengan
keluarga mempelai lelaki seterusnya diikuti oleh keluarga mempelai perempuan.
(MUZIK INSTRUMENTAL PERKAHWINAN DIMAINKAN)

Dengan itu, saya menjemput : (Nama dan gelaran dalam keluarga)


Yang pertama – AYAHANDA & IBUNDA PENGANTIN LELAKI:
EN. AMINORDIN & PN. LAILATUL
Seterusnya dijemput –MAKLONG PENGANTIN LELAKI:
PN. DAHLIA & SUAMI
Dijemput pula –BAPA SAUDARA PENGANTIN LELAKI:
EN. HALIM & ISTERI
Dijemput :

 EN. MUHAMMAD IDRIS & ISTERI


 En Rashid dan Pn Mimin
 Pn Norhayati dan En Husni
 Pn.Samsiah dan Mat Jusoh
 Pn Azizah
 Chef Yang Jamil
Seterusnya dijemput dari pihak mempelai perempuan:
AYAHANDA & IBUNDA PENGANTIN PEREMPUAN:
EN. TUMIRAN & PN. NURAIDA
Seterusnya dijemput –EMAK SAUDARA PENGANTIN PEREMPUAN:
PN. MISKIAH BT LEGIMAN & SUAMI, EN. MAHADIR BIN AHMAD
PN. HAMSAH BT LEGIMAN

(PANTUN)
Puan dibawa ke Gunung Ledang
Dibawa dengan penuh beradab
Pinggan mangkuk telah terhidang
Kini masa makan beradab

Majlis diteruskan dengan acara makan beradab. Dengan rasa hormatnya, saya menjemput
pasangan pengantin dan ahli keluarga untuk bersama - sama ke meja yang disediakan bagi
menikmati hidangan.

 PENGANTIN BERJALAN DARI PELAMIN KE MEJA


 PENGANTIN DUDUK DI MEJA MAKAN BERADAB
(PANTUN)
Semerbak bunga seroja
Dibelai dara pingitan
Lauk pauk penuh semeja
Jemput mempelai menikmati hidangan

Bagi hadirin / hadirat yang dirahmati sekalian, janganlah malu janganlah segan untuk sama –
sama menikmati juadah enak yang disediakan. Bagi tetamu yang baru tiba, saya mengalu –
alukan kehadiran tuan tuan dan puan puan ke majlis yang bersejarah ini.

 JAMUAN MAKAN
 VIDEO UCAPAN
 NYANYIAN LAGU YOU ARE THE REASON DARI SAIDATUL NURSYARAFINA
 NYANYIAN LAGU DARI PELAAJR KV
(UPACARA POTONG KEK)
Untuk ke acara seterusnya, Majlis dengan ini menjemput kedua – dua mempelai untuk acara
memotong kek. Dengan segala hormatnya, dipersilakan kedua-dua mempelai ke meja kek
untuk menyempurnakan acara.

 PENGANTIN MEMOTONG KEK


Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana cinta itu,
menjadikan hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna apatah lagi melalui
ikatan perkahwinan yang dituntut agama.

Baiklah para hadirin, tidak lengkap rasanya majlis kita jika tidak diabadikan foto kenang-
kenagan bersama kedua-dua mempelai raja sehari pada hari ini. Oleh itu, majlis menjemput
semula kedua mempelai unutk Kembali naik ke pelamin singgahsana untuk
menyempurnakan acara bergambar bersama ahli keluarga sebagai kenangan abadi cinta
bersemi.

 PENGANTIN NAIK SEMULA KE PELAMIN


 MENJEMPUT AHLI KELUARGA PEREMPUAN UNTUK NAIK BERGAMBAR
 MENJEMPUT AHLI KELUARGA LELAKI UNTUK BERGAMBAR
 MENJEMPUT RAKAN-RAKAN PENGANTIN UNTUK BERGAMBAR
(PENUTUP)
(PANTUN)
Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini. Berjumpa kita lagi
pada masa yang akan datang. Saya mengucapkan salam hormat buat semua, Wabillahitaufiq
walhidayah wassalamualaikum WBT.

Anda mungkin juga menyukai