Anda di halaman 1dari 6

Teks Pengacaraan Majlis Menjunjung Budi Menyanjung Bakti Hjh. Zailina Bt.

Baharom

Tempat: Dewan Seminar PKE KVSKL


Tarikh : 21 September 2020
Masa : 2.00 Petang
Pengacara Majlis: En. Syazwan Syamim Bin Abd Rahman & Nor Shahirah Bt Rizan

Peristiwa Butiran Penyampai Nota


Mengumumkan ketibaan
Yang Diraikan, Hjh. Zailina Bt Baharom
Ketibaan Tetamu

Diiringi:
Yang Berusaha, Tn. Hj. Azlan Bin Saat
Pengarah Kolej Vokasional Setapak
Bersama para pentadbir, mendapatkan tempat duduk di
dalam dewan.

Sirih berlipat sirih pinang


Pinang ada di dulang suasa
Lafaz bismillah selawat & salam
Salam buat pembuka bicara.

Bismillahirahmanirahim ,
Assalamualaikum (WBT), Salam sejahtera, dan Salam
Malaysia Prihatin
Yang Berusaha –Tn. Hj. Azlan Bin Saat ,
Pengarah Kolej Vokasional Setapak Kuala
Lumpur.
Aluan Pengerusi Yang Diraikan –Hjh. Zailina Bt. Baharom,
Majlis Pensyarah Cemerlang Bahasa Melayu KVSKL
Yang Berusaha- Timbalan Pengarah Akademik,
En. Khalid Bin Mohd Shah.
Timbalan Pengarah Sokongan Akademik,
En. Mohd Ghazali Bin Abd. Kadir.
Ketua Jaminan Kualiti – Puan Hasnita Bt Ali
En. Muhammad Fitri Bin Aznan -
Pengerusi Kelab Pensyarah & Staf 2020
para pensyarah serta hadirin sekalian.
Kesyukuran kita rafa’kan ke Hadrat Illahi atas kurnia
izinnya dihimpunkan kita Dewan PKE KVSKL dalam
suasana yang amat berbahagia pagi ini, dalam majlis
khas Menjunjung Budi Menyanjung Bakti Hajah
Zailina Bt. Baharom yang bakal menyempurnakan
perkhidmatan beliau kepada Kolej Vokasional Setapaj
pada hari ini.
Sekalung penghargaan dan aprisiasi kepada Ahli
Jawatankuasa Kelab Pensyarah dan Staf Tahun 2020
atas usaha dan inisiatif untuk mengelolakan majlis pada
petang ini. Ayuh kita berikan tepukan kepada meraka
Bacaan Doa Tetak buluh kajang sepuluh,
Jangan dijolok sarang penyengat,
Angkat tangan jari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat

Hadirin yang dihormati.


untuk memohon keberkatan majlis, dijemput Al-Fadhil
Ustaz Abdul Rani Bin Mohamed Daud untuk memimpin
bacaan doa. Dipersilakan

------Bacaan Doa-------

Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz atas


kesudian untuk memimpin bacaan doa itu tadi.

Para hadirin,
Ucapan
Majlis pada hari ini akan dimulakan dengan dengan
Pengarah
ucapan dari Pengarah Kolej Vokasional Setapak
Oleh itu, majlis dengan hormatnya menjemput
Yang berusaha, Tn. Hj. Azlan Bin Saat untuk
menyampaikan ucapan beliau, dipersilakan.

-------Ucapan----------

Terima kasih diucapkan kepada Tn. Hj. Azlan Bin Saat


atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Ucapan Para hadirin,


Pengerusi Kelab
Majlis pada pagi ini akan dimulakan dengan dengan
Guru & Staf
ucapan dari Pengerusi Kelab Pensyarah & Staf KVSKL
2020.
Oleh itu, majlis dengan hormatnya menjemput
En Muhammad Fitri Bin Aznan untuk menyampaikan
ucapan beliau, dipersilakan.
---------Ucapan----------

Terima kasih diucapkan kepada:


En Muhammad Fitri Bin Aznan
atas kesudian beliau menyampaikan ucapan sebentar
tadi.
Ucapan Wakil Tuan-tuan, puan-puan hadirin sekalian,
Pelajar
Seterusnya, majlis dengan hormat menjemput Presiden
Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2020/2021,
Amirul Haqeem Bin Ruslan untuk menyampaikan
ucapan mewakili para pelajar Kolej Vokasional Setapak.
Dipersilakan.

--(ucapan YDP JK Perwakilan Pelajar)—

Terima kasih diucapkan kepada


Amirul Haqeem Bin Ruslan Presiden Majlis Perwakilan
Pelajar atas ucapan beliau sebentar tadi.
Tayangan Montaj Sidang hadirin,
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan,
Itulah adat, itulah lumrah kehidupan,
Begitulah rentetan perjalanan walaupun sukar ditelan,
Tapi kaki tetap mengorak jalan, selagi hayat dikandung
badan.

Majlis diteruskan dengan persembahan montaj


mengisahkan tentang biografi dan memori perjalanan
Yang Diraikan Hjh. Zailina Bt. Bahrom. Marilah kita sama-
sama saksi dan hayati persembahan montaj ini.

…………(Persembahan Montaj)………………
Begitulah tadi dapat kita saksikan persembahan montaj
khas buat Yang Diraikan Hjh. Zailina Bt. Baharom.
Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi
buat kita semua.
Majlis juga merakamkan terima kasih kepada tenaga
kerja Jawatankuasa Kelab Pensyarah & Staf, atas
penyediaan montaj itu tadi.
Ucapan Pesara Hadirin sekalian,
Kini, tibalah pula waktu yang kita nantikan iaitu ucapan
daripada Yang Diraikan Hjh Zailina Bt Baharom.
Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

---------------- Ucapan ----------------


Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada Yang Diraikan Hjh. Zailina Bt
Baharom atas ucapan itu tadi.
Acara memotong Hadirin sekalian,
kek
Majlis diteruskan dengan acara pemotongan kek.
Dijemput Hjh Zailina Bt Baharom untuk memotong kek
sempena persaraan beliau, dipersilakan.
-----Acara pemotongan kek ------
Terima kasih diucapakan kepda Hjh Zailina atas kesudian
untuk menyempurnakan acara pemotongan kek itu
sebentar tadi.
Persembahan Hadirin sekalian,
Pelajar Hari ini juga akan dihidangkan dengan persembahan
diklamasi puisi yang akan dipersembahkan oleh pelajar
KVSKL. Maka ayuh sama-sama kita hayati persembahan
puisi khas buat yang diraikan pada hari ini.

-------- Persembahan Puisi-------

Begitulah tadi persemban diklamasi puisi yang


disampaikan oleh Wasilah Abdul Wahab (1SVM WTP),
Khairunisa Maisarah & Rahana Abd Rahman (1SVM
BAK). Sekali lagi kita berikan tepukan gemurah atas
persembahan sebentar tadi.
Penyampaian Hadirin sekalian,
Hadiah dari
Adat orang berbudi, kita berbahasa,
Warga KVSKL
Adat orang berbakti, kitalah yang menikmati menyantun
jasa.
Majlis seterusnya dengan penuh hormat menjemput
yang berusaha Tn. Hj. Azlan Bin Saat mengiringi yang
diraikan Hjh. Zailina Bt. Baharom untuk menerima hadiah
dan cenderamata kenang-kekangan daripada warga
KVSKL.

------- Lihat senarai pemberi hadiah------

Juataan terima kasih diucapkan kepada Hjh. Zailina Bt


Baharom atas kesudian menerima hadiah dan
cenderamta daripada warga KVSKL itu sebentar tadi.
Penyampaian Seterusnya, majlis menjemput Tn. Hj. Azlan Bin Saat,
Sijil Persaraan Pengarah Kolej Vokasional Setapak untuk memberikan
Sijil Persaraan kepada yang diraikan Hjh. Zailina Bt
Baharom.
SesI Fotografi Hadirin sekalian,
Seterusnya adalah sesi bergambar sebagai tanda
kenang-kenangan kepada pesara yang diraikan pada hari
ini.
Kepada para pensyarah, diminta unutk terus berkumpul
di hadapan pejabat untuk sesi lambaian terakhir Hjh.
Zailina Bt Baharm. Di sana nanti, sama-sama kita berikan
lambaian terakhir semasa Hjh Zailina punch out buat kali
terakhir.
Jamuan Untuk pengatahuan semua, jamuan ada disediakan di
taman astakona selepas Sesi Lambaian Terakhir. Jadi
diminta semua pelajar untuk berkumpul di hadapan
pejabat dahulu untuk mengiringi Hjh Zailina, kemudian
baru bergerak ke Taman Astakona untuk menikmati
jamuan.
Penutup
Melambai pepohon laksana galah
Dipupuk semilir bayu sembilu
Mohon diampun silap dan dan salah
Maaf dipinta bicara berlalu

Berakhir acara bergambar itu tadi, kita telahpun berada


di penghujung acara majlis sanjungan budi pada hari ini.

Pada kesempatan ini bagi pihak majlis kami sekali lagi


merakamkan setinggi-tinggi perhargaan kepada:
Serta semua pihak yang terlibat secara langsung, atau
tidak secara langsung menjaya dan memeriahkan majlis
yang amat bermakna pada hari ini.

Ribuan ampun kami pohon, andai terdapat sebarang


kekhilafan sepanjang majlis ini dikendalikan.

Kunang kunang jauh ke bukit, 


Berhenti hinggap hujung muara, 
budi dikenang bukan sedikit, 
ke akhir hayat tetap membara

Anda mungkin juga menyukai