Anda di halaman 1dari 3

CONTOH PENGUMPULAN DATA DALAM KAJIAN (1)

Tajuk Kajian : Meneroka Kemungkinan Sosial Media Sebagai Bahan Pembelajaran : Kajian
di Institusi Pendidikan Terpilih di Dar Es Salaam

Penulis : Pelagia Apolinali Mutarubukwa & Ms. Mzomwe Y. Mazana (2020)

Tujuan Kajian : Meneroka penggunaan sosial media dalam kalangan pelajar di IPT Tanzania
dan persepsi mereka terhadap penggunaan sosial media sebagai alat pembelajaran.

Kaedah Pengumpulan Data :

i) Pengkaji menemu bual seramai 28 individu. Temu bual yang dijalankan adalah
sebanyak 23 bersemuka dan 5 temubual melalui panggilan telefon.
ii) Seterusnya satu Perbincangan kumpulan berfokus (FDG) diwujudkan dan telah
melibatkan seramai 8 orang pelajar.
iii) Pemilihan FDG didorong oleh keperluan untuk menggalakkan para peserta untuk
mengeluarkan pandangan mereka secara bebas tanpa rasa takut takut dengan
formaliti temu bual secara individu secara berasingan (Mkumbo, 2012).
iv) Temu bual dan FDG dibimbing dengan panduan temu duga di mana pelajar
ditanya soalan seperti "Apakah jenis telefon bimbit yang anda miliki?", "Apakah
laman rangkaian sosial yang anda gunakan?", dan "Apakah jenis aktiviti yang
anda lakukan?”,
v) Penemuduga menyiasat lebih lanjut apabila jawapan peserta kepada soalan
yang memerlukan soalan susulan dengan bertanyakan soalan-soalan yang lebih
menjurus dan mendalam.
vi) Temu bual telah dirakam pita dan ditranskripsikan secara verbatim untuk analisis
data seterusnya.
vii) Transkripsi temu bual telah ditulis dalam Swahili dan kemudian ekstrak teks
untuk menyokong penemuan telah diterjemahkan kembali ke bahasa Inggeris
oleh penterjemah yang berkelayakan

Dapat dilihat di dalam kajian ini, pengkaji menggunakan dua jenis kaedah pengumpulan
data seperti Temu bual dan Perbincangan Kumpulan Fokus. Semasa proses temu bual,
terdapat dua kaedah ianya dijalankan iaitu secara bersemuka dan melalui panggilan telefon.
Kesemua data akhirnya ditranskripsi untuk dianalisis.
CONTOH PENGUMPULAN DATA DALAM KAJIAN (2)

Tajuk Kajian : Aplikasi Pembelajaran Berasaskan Projek Bidang Seni DIgital:Kajian Kes Di
Lima Buah Institusi Pengajian Tinggi Di Malaysia

Penulis : Ida Puteri Binti Mahsan (2020)

Tujuan Kajian : Mengenalpasti pemahaman pensyarah terhadap Pembelajaran Berasaskan


Projek (PBP) dan aplikasinya dalam pengajian seni digital di Institutsi Pengajian Tinggi (IPT)

Kaedah Pengumpulan Data :

Di dalam kajian ini, pengkaji telah membahagikan langkah-langkah untuk proses


pengumpulan data kepada 3 bahagian iaitu sebelum proses pengumpulan data bermula,
semasa proses pengumpulan data berlaku dan selepas proses pengumpulan data siap.

Sebelum Proses Pengumpulan Data

i) Pengkaji menyediakan protokol temu bual berstruktur & separa struktur dan
kesemua soalan itu telah disemak oleh pakar.
ii) Lokasi, tarikh & waktu temubual ditetapkan bersama dengan informan pensyarah
yang akan dihubungi melalui telefon bimbit dan emel.
iii) Manakala, Informan pelajar dihubungi melaui aplikasi telefon pintar dan pengkaji
telah menyatakan sebab mengapa mereka dihubungi melalui aplikasi telefon
pintar adalah kerana pelajar atau remaja mudah untuk respon kepada
penggunaan aplikasi telefon pintar.

Semasa Proses Pengumpulan Data

i) Pengkaji mendapatkan persetujuan secara rasmi siap bertandatangan daripada


pihak yang terlibat untuk mendapatkan maklumat lisan, rakaman video, rakaman
visual dan dokumen.
ii) Bago soalan kajian pertama iaitu sesi temu bual separa struktur bersama
informan pensyarah adalah bertujuan untuk mengkaji kefahaman pensyarah
tentang takrif dan ciri-ciri PBP(Pembelajaran Berasaskan Projek).
iii) Seterusnya sesi temu bual bersemuka bersama informan pensyarah adalah
bertujuan untuk melihat emosi dan pemahaman mereka terhadap konsep PBP
yang digunakan.
iv) Temu bual diteruskan dengan mengenalpasti latar belakang pendidikan,
pengalaman kerja, subjek diajar, jawatan dipegang serta projek@kajian luar yang
pernah dijalankan oleh informan pensyarah.
v) Pengumpulan data berbentuk dokumen dan rakaman visual dilakukan semasa
sesi temu bual. Antara dokumen yang dikumpulkan adalah seperti rancangan
pengajaran, tugasan bercetak & rubrik pemarkahan.
vi) Pengkaji setersunya mendapatkan persetujuan informan untuk melakukan
pemerhatian dalam bilik kuliah.
vii) Informan pelajar diberikan soalan "open-ended" berkaitan dengan pandangan
mereka terhadap PBP yang dijalankan oleh pensyarah.

Selepas Proses Pengumpulan Data

i) Kesemua data yang dikumpulkan semasa proses temubual akan melalui proses
transkripsi
ii) Data visual dicetak dan direkod untuk analisis kajian
iii) Data rakaman video pula direkodkan secara digital
iv) Semua data transkrip, data dokumen dan data rakaman visual difailkan bagi
tujuan deskriptif dan perbandingan.

Di dalam kajian ini, pengkaji telah menjalankan beberapa kaedah pengumpulan data seperti
temu bual, analisis dokumen dan pemerhatian. Temu bual yang dijalankan adalah
berstruktur dan separa struktur yang mana ianaya telah dilakukan secara bersemuka dan
juga melalui panggilan telefon. Pengumpulan data dokumen pula dilakukan semasa proses
temu bual berlangsung. Pengkaji juga melakukan pemerhatian bilik kuliah setelah diberi
kebenaran oleh pensyarah. Kesemua data yang dikumpulkan akan melalui proses
transkripsi dan direkod untuk tujuan analysis kajian.

Anda mungkin juga menyukai