Anda di halaman 1dari 4

UNIT HAL EHWAL PELAJAR

KOLEJ VOKASIONAL SETAPAK


KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA
KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
KOLEJ VOKASIONAL SETAPAK
SESI 2021/2022

21 Mei 2021 (Jumaat)


2:00 – 6:00 petang Melalui
medium Google Meet
KERTAS KERJA KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL SETAPAK
SESI 2021/2022

1.0 PENDAHULUAN

Kementerian Pendidikan Malaysia bertanggungjawab dan berperanan besar dalam


membangunkan modal insan yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan
beretika tinggi selain daripada melahirkan modal insan berpengetahuan dan
berkemahiran. Keseimbangan jasmani, emosi, rohani dan intelek yang dihasratkan oleh
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan misi nasional yang memberi penekanan tinggi ke
terhadap pembangunan modal insan ‘minda kelas pertama’ sebagai pendekatan utama
bagi melonjak ke status negara maju.
Fokus dan strategi pembangunan modal insan meliputi pemupukan murid yang
mempunyai sahsiah tinggi, berkualiti dan kepimpinan terbilang serta berdisiplin utuh
seiring dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia mencadangkan usaha
pemupukan kepimpinan, pengurusan dan perundangan dalam kalangan murid wajar
diberi nafas baru ke arah melahirkan modal insan yang berkualiti dan mampu
mendepani cabaran semasa dan masa depan dunia global.
Sehubungan dengan itu, Unit Hal Ehwal Pelajar Kolej Vokasional Setapak akan
mengadakan Kursus Pengurusan Organisasi Majlis Perwakilan Pelajar Kolej
Vokasional Setapak sesi 2021/2022 dengan harapan para pelajar ini boleh
mempraktikkan ilmu teori, praktikal dan penghayatan mereka dalam dalam membantu
pengurusan pelajar di samping dapat menimba pengalaman berguna dalam kehidupan
mereka.

2.0 RASIONAL
Melatih kemahiran kepimpinan, pengurusan dan perundangan dalam membantu
pengurusan dan pentadbiran kolej bagi menangani isu-isu disiplin yang semakin
mencabar dan program-program yang dilaksanakan. Kemahiran yang diterapkan ini
dapat memberi keyakinan ke arah memberi perkhidmatan cemerlang mengikut tata cara
yang betul serta mampu menjadi pemimpin yang lebih berwibawa.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi pengetahuan dan maklumat mengenai perundangan dan peraturan


kolej untuk diaplikasikan semasa menjalankan tugas. (PLO 1)
3.2 Menanam semangat berpasukan antara pemimpin pelajar dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab . (PLO 5)
3.3 Menyalurkan pengetahuan mengenai ilmu kepimpinan dan membina
kemahiran mengenainya. (PLO 9)

4.0 SASARAN

54 orang ahli Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Setapak sesi 2021

2
5.0 ANJURAN DAN KELOLAAN

Anjuran: Unit Hal Ehwal Pelajar Kolej Vokasional Setapak Kuala Lumpur.

6.0 TARIKH DAN TEMPAT

6.1 Tarikh : 21 Mei 2021 (Jumaat)


6.2 Masa : 2:00 – 5:00 petang
6.3 Tempat : Google Meet
.

7.0 PENGISIAN

Taklimat organisasi MPP dibahagikan kepada 3 slot:


Slot 1: Taklimat bidang tugas dan peranan MPP.
Slot 2: Taklimat pengurusan mesyuarat MPP
Slot 3: Perancangan aktivti dan program anjuran MPP

8.0 TENTATIF PROGRAM

Waktu Aktiviti
2.00 ptg Ucapan aluan Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar:
En. Ismady Bin Ismail
2:30 ptg Sesi ice-breaking
3.00 ptg Slot 1: Taklimat bidang tugas dan peranan MPP:
En. Syazwan Syamim Bin Abd Rahman
4:00 ptg Slot 2: Taklimat pengurusan mesyuarat MPP:
Pn. Laotatul Sa’adiah Bt Doralim
Pn. Puteri Shahana Bt Abdul Rahim
5:00 ptg Slot 3: Perancangaan aktiviti dan program anjuran MPP:
En. Mohd Alizan Bin Mat Rasat
En. Praveen A/L Baskerran
6:00 ptg Bersurai

9.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Jawatankuasa Kerja:

Pengerusi : En. Ismady Bin Ismail


Penyelaras Program : En. Syazwan Syamim Bin Abd Rahman
Setiausaha : Pn. Lailatul Sa’adia Bt Doralim
Pensyarah Penyelaras : En. Mohd Alizan Bin Mat Rasat
En. Praveen A/L Baskerran
Pn. Puteri Noor Shahana Bt Abdul Rahim

3
Jawatankuasa Pelaksana:

Pendaftaran peserta : BALQIS SAFIYAH BT MD YAZID


: AKALIL DANISH BIN ZULKIFLI

Pengacaran majlis : NURIN QISTINA BT MOHAMAD SALMI

Dokumentasi : NASUHA SYAFIAH BT MUHAMMAD NAHAR


: IKHWAN FIKRI BIN KAMARUDDIN HISHAM

10.0 PENUTUP

Semoga program ini diyakini dapat membantu meningkatkan lagi kualiti dan prestasi
pemimpin pelajar. Program ini dapat mempertajamkan minda dan pemikiran peserta
untuk kecermelangan kecapaian masa depan dalam semua aspek khususnya dalam
melahirkan pemimpin masa hadapan di Malaysia yang menuju ke arah negara maju
bersandarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Disemak oleh
Disediakan oleh

………………………………………………. ………………………………………
(SYAZWAN SYAMIM BIN ABD RAHMAN) (ISMADY BIN ISMAIL)
Penyelaras, Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar
Majlis Perwakilan Pelajar, Kolej Vokasional Setapak
Kolej Vokasional Setapak Kuala Lumpur
Kuala Lumpur

Diluluskan oleh :

……………………………………………… (MOHAMAD GHAZALI BIN AB


Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Kolej Vokasional Setapak
Kuala Lumpur

Anda mungkin juga menyukai