Anda di halaman 1dari 5

1.

0 TAJUK PROGRAM/ AKTIVITI / PROJEK

Kem Kepimpinan Perdana 2016

2.0 LATAR BELAKANG

Kursus Kepimpinan Perdana diadakan untuk meningkatkan minat dan bakat para pelajar dalam memimpin
organisasi dalam semua unit penting di sekolah. Ianya juga dapat memberikan para pelajar ilmu dan
pendedahan melalui aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kepimpinan bagi memantapkan pengetahuan dan
mencambahkan minat para pelajar dalam bidang kepimpinan.

3.0 JUSTIFIKASI

Bakat memimpin seseorang pelajar dapat diasah dan dibentuk melalui pelbagai program dan tanggungjawab
yang digalas oleh mereka. Dengan itu, kemahiran memimpin akan terbentuk dalam diri para pelajar melalui
program kepimpinan dan seterusnya melahirkan generasi yang berkualiti dan berketrampilan.

4.0 MATLAMAT

Melalui kursus ini, bakat dan keberanian dalam memimpin akan dapat dilahirkan daripada para peserta.
Sehubungan dengan itu, kursus ini menyediakan pelbagai aktiviti berkaitan kemahiran memimpin bagi
menyediakan para pelajar menghadapi cabaran kepimpinan dalam dunia yang semakin mencabar.

5.0 OBJEKTIF

4.1 Mendedahkan para pelajar akan keperluan mengasah bakat dalam kepimpinan.

4.2 Menimbulkan semangat dan keyakinan yang tinggi di kalangan para pelajar.

4.3 Menerapkan nilai-nilai murni yang dapat diamalkan melalui kursus ini.
6.0 TARIKH DAN JANGKA MASA PROGRAM

Tarikh : 09.04. 2016


Hari : Sabtu
Masa : 7.30 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Foyer Bestari SMKSM

7.0 PERASMI & PENUTUP

YDP PIBG 2015/2016 iaitu Encik Saiyed Zakhir Sham Saiyed Ali

8.0 AJK INDUK


Sila rujuk lampiran

9.0 AJK PELAKSANA


Sila rujuk lampiran

10.0 ANJURAN

Unit Kurikulum

Unit Kokurikulum

Unit Hal Ehwal Murid

11.0 SASARAN PESERTA

Pengerusi dan setiausaha semua unit Kokurikulum, Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber,

Ketua Tingkatan dan PRS. Jumlah peserta dianggarkan seramai 320 orang.
PENUTUP

Kursus Kepimpinan Perdana ini diharapkan dapat menyediakan para pelajar dengan kemahiran-kemahiran
memimpin yang dapat menimbulkan semangat dan minat pelajar seterusnya melahirkan generasi yang berkualiti
demi masa depan negara.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………… ……………………………..

Puan Nur Zuriyana Binti Yusof


Setiausaha Kokurikulum
SMK Sungai Manggis.

Disahkan dan diluluskan,

……………………………………
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI
MANGGIS, BANTING

KERTAS KERJA

KURSUS KEPIMPINAN AJK KOKURIKULUM 2016

Anda mungkin juga menyukai