Anda di halaman 1dari 3

KERTAS CADANGAN

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SIRI 2


TAHUN 2022

Tn. Hj. Azhari Bin Jaafar,


Pengetua
SMK Sungai Rambai, Melaka.

TAJUK KERTAS CADANGAN


KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SIRI 2

2. PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM


Dalam usaha meningkatkan prestasi pelajar sama ada dalam bidang akademik ataupun
bukan akademik kita perlu sedar bahawa generasi pelajar merupakan golongan yang
mempunyai kuasa besar dalam membentuk masa depan negara. Oleh itu potensi diri dan
bakat kepimpinan yang ada pada diri mereka perlu dikembangkan agar seiring dengan
perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek mereka seperti yang dihasratkan oleh
Falsafah Pendidikan Negara.
Pelajar-pelajar menimba ilmu pengetahuan daripada guru-guru dan pada masa yang
sama mereka belajar menimba nilai dan sikap daripada rakan sebaya melalui pergaulan
seharian mereka. Oleh itu dengan melatih mereka dengan kemahiran-kemahiran memimpin
maka diharapkan mereka akan dapat mempengaruhi rakan-rakan mereka ke arah
mengamalkan cara hidup yang lebih positif. Semoga Kursus Kepimpinan Pengawas siri 2 ini
juga akan dapat menyerlahkan lagi bakat dan potensi kepimpinan pelajar-pelajar berkenaan
disamping dapat menyumbang kepada peningkatan tahap disiplin dan prestasi akademik dan
ko-akademik mereka.

3. OBJEKTIF PROGRAM

3.1 Melahirkan barisan pengawas yang bertanggungjawab, berwibawa serta mempunyai


kemahiran memimpin yang tinggi.

3.2 Memupuk semangat bekerja sebagai sebuah pasukan dan saling membantu antara satu
sama lain.

3.3 Melahirkan barisan pengawas yang mempunyai keyakinan yang tinggi dalam
menjalankan tanggungjawab yang diberikan.
4. KUMPULAN SASAR
Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pemimpin Rakan Sebaya.

5. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh : 30 Julai 2022 (Sabtu)


Masa : 8.00 PAGI- 1.00 TENGAH HARI
Tempat : Dewan Iltizam, SMKSR

6. JAWATANKUASA KERJA
Penasihat : Tn. Hj Azhari bin Jaafar
Pengerusi : Pn. Norini binti Hashim
Naib Pengerusi : Pn. Noor Adilah binti Othman
Setiausaha : Pn.Khadijah binti Abdul Rahman
Bendahari : En. Muhamad Haris bin Sawalludin
Persiapan tempat : En. Nor Sahiat bin Rusli
Juru Gambar / Dokumentasi : En. Hafiz bin Jusoh
Makan dan Minum : Pn. Nursyamsuria binti Kamisan
Cenderahati Penceramah : Pn.Suraya binti Othman
Disiplin dan Keselamatan : Semua guru

7. IMPLIKASI KEWANGAN

ANGGARAN SUMBER KEWANGAN


PERKARA JUMLAH RM
RM

Bayaran peserta RM 15 X 116 RM 1740.00


orang Bayaran daripada peserta
(Termasuk bayaran
penceramah, makan dan kursus
minum serta sijil penyertaan)

JUMLAH RM 1740.00

8. PENUTUP
Diharapkan program ini dapat berjalan dengan lancar serta memberi impak yang
postif kepada para pengawas yang merupakan pemimpin kepada rakan-rakan sebaya mereka.
Di samping itu juga, diharap mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak yang
terlibat.
Disediakan Oleh: Disemak oleh:
…………………………………………… ………………………………………………

Nama: Khadjah binti Abdul Rahman Nama: Noor Adilah binti Othman
Jawatan:Guru Pengawas Jawatan:Ketua Guru Pengawas
Nama Sekolah: SMK Sungai Rambai Nama Sekolah: SMK Sungai Rambai
Tarikh: 14 Julai 2022 Tarikh: 14 Julai 2022

KERTAS CADANGAN [KURSUS KEPIMPINAN SIRI 2]

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan [Kursus Kepimpinan Siri 2]

Atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan [Kursus Kepimpinan Siri 2]

Ulasan:
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
………………..
Tn Hj. Azhari Bin Jaafar
Pengetua
SMK Sungai Rambai, Melaka.
Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai