Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK SUNGAI RAMBAI Kod Sekolah: MEA 1078

KHADIJAH BINTI ABDUL RAHMAN


1. Nama Guru

2. Judul 366 CERITA DARI AL-QURAN DAN 3. Bidang: AGAMA


HADIS
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini mengandungi 366 cerita hebat yang bersumberkan Al-Quran dan Hadis. Buku ini juga
telah meraih pemenang Anugerah Buku Negara ( National Book Award). Buku ini telah ditulis oleh
Moulvi Al-Hafiz S.A Seyed Ibrahim Al-Bukhari M.A. Buku ini juga dapat membantu ibu bapa
menghiburkan anak-anak pada setipa malam sesuai dengan konsepnya, iaitu satu hari satu
cerita. Allah menceritakan pelbagai kisah di dalam Al-Quran . Antaranya seperti kisah para nabi,
Ashabul Kahfi, Zulkarnain, kaum yang tidak beriman serta banyak lagi. Buku ini telah disusun
berdasarkan pengetahuan yang diperolehi daripada Al-Quran , Hadis tentang Nabi Muhammad
SAW dan juga sumber-sumber yang sahih seperti Qisas Al-Anbiya Ibn Kathir dan juga Ar-Rahiq
al- Makhtum.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1.Supaya manusia berfikir. Allah SWT berfirman kepada Nabi Muhammad SAW “ Maka
ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.”( Al-A’raf 7: 176)

2. Meningkatkan tahap keimanan. Allah SWT berfirman, “ Dan tiap-tiap berita dari berita rasul-
rasul itu, Kami ceritakan kepadamu ( wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengan-Nya.
Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi
orang-orang yang beriman,” ( Hud 11: 120)

3. Sebagai pengajaran dalam kehidupan. Allah berfirman, “ Kisah nabi-nabi itu mengandungi
pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

366 cerita dari Al-Quran dan Hadis ini sangat sesuai dijadikan sebagai bahan rujukan semasa
menjalankan proses PdPc sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Buku ini juga dijadikan
rujukan utama bagi menjalankan program “30 MINIT AL-QURAN DI HATIKU” yang diadakan
pada setiap hari jumaat bermula pada bulan Januari hingga Oktober.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(KHADIJAH BINTI ABDUL RAHMAN ) ( )

Anda mungkin juga menyukai