Anda di halaman 1dari 6

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

(Pembelajaran)
SEKOLAH KEBANGSAAN UJONG PASIR,
JALAN UJONG PASIR,
75050 MELAKA.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR


KE
KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA

TARIKH
18 DAN 19 APRIL 2018

ANJURAN
UNIT KOKURIKULUM PPKI
DAN
BADAN KEBAJIKAN IBU BAPA DAN GURU
PENDIDIKAN KHAS
1
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA

1.0 PENDAHULUAN

Pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai perubahan tingkah laku yang agak tetap.
Pembelajaran berlaku apabila ransangan diproses oleh otak seseorang individu menjadi
pengalaman. Pembelajaran juga membawa maksud sebagai satu proses memperolehi ilmu
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang baru secara berterusan yang mengakibatkan
perubahan tingkah laku individu
Program lawatan merupakan program pembelajaran yang tidak formal.
Pembelajaran melalui pendekatan pengalamian iaitu konsep melawat sambil belajar amat
digalakkan kerana menggunakan deria pendengaran, penglihatan, sentuhan, menghidu
dan deria rasa. Melalui lawatan boleh membantu murid-murid meningkatkan naluri ingin
tahu, membuat kajian, analisis dan meneroka tentang sesuatu perkara. Aktiviti ini akan
mengukuhkan ingatan yang terhasil dari interaksi dan pendedahan seseorang murid
dengan masyarakat dan alam sekitarnya.
Program lawatan ini juga mampu memupuk sikap positif dalam kalangan murid-
murid berkeperluan khas (MBK) dengan mengenepikan perasaan rendah diri, rasa cemas
dan was-was sehingga mereka berani mengatasi segala masalah dan kesulitan, akhirnya
mereka boleh berdikari. Menyedari bahawa aktiviti lawatan itu berupaya membentuk
sahsiah murid-murid berkeperluan khas, maka satu jawatankuasa telah dibentuk untuk
merancang, mengurus dan mengelola aktiviti lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur dan
Putrajaya. Semoga program yang dirancang ini akan mencapai hasrat dan objektif, selari
dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Khas.

2.0 MATLAMAT

Program lawatan ini bermatlamatkan untuk memberi peluang kepada murid-murid


menikmati keindahan tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur seperti Petrosains . Selain
itu, program ini juga dapat menyedarkan mereka tentang keindahan panorama dan
suasana persekitaran di Putrajaya.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Murid mengetahui tentang sejarah dan tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur
dan Putrajaya.
3.2 Meningkatkan kemahiran bersosialisasi murid-murid pendidikan khas dengan
komuniti.
3.3 Meningkat jaringan hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa, agensi
swasta, kerajaan mahupun NGO.
3.4 Penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni kepada semua murid
3.5 Menyuburkan nilai-nilai kepimpinan dalam kalangan murid.

2
4.0 SASARAN

Program lawatan sambil belajar ini dibuka kepada murid-murid Program


Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Ujong Pasir, Melaka. Sasaran
utama ialah hanya kepada murid-murid yang boleh menguruskan diri, sebagai latihan
supaya mereka mampu berdikari apabila berjauhan daripada ibu bapa atau ahli keluarga.

5.0 MODULAR PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

MATA
PELAJARAN/ STANDARD KANDUNGAN (SK) STANDARD PEMBELAJARAN (SP)
NO.
KOMPONEN
1 BAHASA 1.1 Mendengar dan memberi 1.1.1 Mendengar dan memberi
MELAYU respons dalam pelbagai respons terhadap ayat
situasi perintah
1.1.2 Melafazkan ayat perintah
dalam pelbagai situasi
2 PENGURUSAN 5.1 Beradab sopan dalam 5.1.4 Menunjuk cara adab sopan dalam
DIRI berkomunikasi berkomunikasi
3 BAHASA 3.2 Menulis perkataan 3.2.1 Menyalin perkataan suku
MELAYU secara mekanis kata tertutup
4 PEND SENI 1.1 Pengenalan unsur-unsur seni 1.1.1 Mengenal unsur-unsur seni
VISUAL i. garisan
ii. jalinan
iii. rupa
iv. bentuk
5 PENDIDIKAN 5.1 Mematuhi dan mengamalkan 5.1.1 Mengamalkan kaedah persediaan
KJASMANI pengurusan dan keselamatan diri sebelum, semasa dan selepas
DAN melakukan aktiviti
KESIHATAN 5.1.2 Memilih peralatan yang selamat
digunakan

5.1.3 Menyimpan peralatan di tempat


yang selamat selepas melakukan
aktiviti
6 KEMAHIRAN 3.3 Pengamatan sensori 3.3.1 Mengenal pasti permukaan
MANIPULATIF Deria sentuh dengan deria sentuh:
(i) kasar
(ii) licin
(iii) panas
(iv) sejuk
3.3.2 Membezakan permukaan
dengan deria sentuh:
(i) kasar
(ii) licin
(iii) panas
(iv) sejuk

3
1.6.2 Menjelaskan kepentingan
makan mengikut waktu

MATA
PELAJARAN/ STANDARD KANDUNGAN (SK) STANDARD PEMBELAJARAN (SP)
NO.
KOMPONEN
7 PENGURUSAN 1.6 Mengenal waktu 1.6.1 Menamakan waktu-waktu
DIRI makan dan makanan makan:
yang bersesuaian. (i) sarapan pagi.
(ii) makan tengah hari.
(iii) minum petang.
(iv) makan malam.
8 PEND AGAMA 5.2 Adab terhadap rakan. 5.2.1 Menyatakan pengertian adab
ISLAM terhadap rakan.
5.2.2 Menyebut contoh-contoh adab
terhadap rakan.
9 MATEMATIK 5.1 Waktu dalam unit jam 5.1.2 Menyatakan suku jam,
dan minit setengah jam dan tiga suku jam
pada muka jamnberdasarkan
analog:
(ii) kedudukan jarum jam dan jarum
minit.
10 PEND AGAMA 4.1 Bacaan dan perlakuan solat. 4.1.2 Menunjukkan perlakuan solat.
ISLAM 4.1.3 Menerangkan kebaikan menunaikan
solat.
11 BAHASA 1.1 Mendengar dan memberi 1.1.1 Mendengar dan memberi
MELAYU respons dalam pelbagai respons terhadap ayat
situasi perintah

** RPH MODULAR PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR -rujuk lampiran 4

6.0 BUTIRAN LAWATAN

Jangkamasa Lawatan : 2 hari 1 malam


Tarikh Lawatan : 18 dan 19 April 2018
Hari Lawatan : Rabu dan Khamis
Bilangan murid : 20 orang
Bilangan guru dan PPM : 15 orang
Bilangan Ahli Keluarga : 06 orang
Jumlah : 41 orang

7.0 AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi : Puan Janna Bt Daud (Guru Besar)


Naib Pengerusi 1 : Puan Hajah Siti Hamidah Bt Selamat (GPK PK)
Naib Pengerusi 2 : Puan Veronica De Mello (GPK 1)
Naib Pengerusi 3 : Puan Almiah Pakiah binti Haji Jusoh (GPK HEM)
Naib Pengerusi 4 : Puan Norhamiza Bt Kamarudin (GPK KOKU)
Penyelaras Program : Encik Rahimin bin Ibrahim
Penolong Penyelaras : Encik Ahmad Yunus bin Selim
4
Setiausaha Program : Puan Norainie binti Abu Bakar
Naib Setiausaha : Puan Nurul Huda binti Saat
Bendahari : Cik Nur Natijah Zaihariahmah binti Zainur Rashid

Jawatankuasa :

Makanan : Puan Amirah bte Abdul Rahman


Puan Nurul Huda binti Saat
Puan Siti Juwairiah binti Ismail
Puan Siti Farhana binti Muhammad Najip

Penajaan : Puan Siti Zairin binti Ismail

Pengangkutan : Encik Mahathir bin Muhammad

Kebajikan : Cik Nur Natijah Zaihariahmah binti Zainur Rashid

Dokumentasi : Encik Mahathir bin Muhammad


Puan Norhaniza binti Kamarudin

Penginapan : Puan Saniah binti Abdul Rahim


Puan Norainie binti Abu Bakar
Puan Siti Soleha binti Hussin
Puan Haziemah binti Yaakup

8.0 TENTATIF PROGRAM

Lihat Lampiran 1

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Lihat Lampiran 2

10.0 SENARAI NAMA GURU DAN MURID

Lihat Lampiran 3

11.0 PENUTUP

Mudah-mudahan usaha murni kami untuk memberikan pengalaman baharu serta


menyuburkan sahsiah diri murid-murid berkeperluan khas sekolah ini akan terlaksana
dengan jayanya melalui segala perancangan yang telah disediakan dan kerjasama semua
pihak yang terlibat.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disokong oleh,

5
………………………………… ……………………………………. ………………………

(SETIAUSAHA PROGRAM) (GPK PENDIDIKAN KHAS) (GURU BESAR)

Anda mungkin juga menyukai