Anda di halaman 1dari 6

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

KELAS PENDIDIKAN KHAS PEMBELAJARAN


SEKOLAH KEBANGSAAN UJONG PASIR
JALAN UJONG PASIR 75050 MELAKA

LAWATAN SAMBIL BELAJAR


KE
KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA

TARIKH
18 DAN 19 APRIL 2018

ANJURAN
UNIT KOKURIKULUM PPKI
DAN

1
BADAN KEBAJIKAN IBU BAPA DAN GURU
PENDIDIKAN KHAS
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA

1.0 PENDAHULUAN

Pembelajaran merupakan suatu proses yang diperolehi secara sistematik bermula dari
penerimaan rangsangan melalui pelbagai deria, pembentukan konsep dalam minda dan
diikuti dengan perubahan tingkah laku. Hasil pembelajaran ialah pembentukan perubahan
tingkah laku dari satu tahap yang rendah kepada tahap yang lebih tinggi. Perubahan ini
dihasilkan daripada pengalaman atau latihan dan bukan oleh proses pertumbuhan.
Perubahan boleh berlaku secara formal (dalam ‘setting’ bilik darjah) dan secara tidak formal
melalui pendedahan persekitaran atau melalui aktiviti-aktiviti yang dilakukan di luar
pendidikan formal. Kepelbagaian proses pembelajaran inilah yang mendorong PPKI(P)
Sekolah Kebangsaan Ujong Pasir merancang lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur dan
Putrajaya.

Program lawatan seperti ini merupakan suatu proses pengajaran dan pembelajaran
berbentuk pengalamian yang memberi peluang kepada kumpulan sasaran yang terlibat
melihat dan mempelajari cara pengurusan dan pentadbiran, proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan, pengurusan disiplin dan tingkah laku murid serta pelbagai aktiviti
kemahiran hidup dan keceriaan yang dijalankan. Oleh hal demikian, program ini dirancang
khusus kepada murid-murid, guru-guru dan Pembantu Pengurusan Murid yang diharap
menjadi pemangkin kepada pembentukan konsep kendiri yang mantap serta melahirkan
budaya belajar dan budaya kerja yang lebih cemerlang. Selain itu, dalam kalangan murid
diharapkan ia akan meningkatkan kebolehan dan kecekapan berkomunikasi dan
bersosialisasi dengan masyarakat atau komuniti. Hal ini selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari aspek jasmani, rohani,
intelek dan emosi.

2.0 MATLAMAT

Program lawatan ini bermatlamatkan untuk memberi peluang kepada murid-murid menikmati
keindahan tempat-tempat menarik dan bersejarah di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Murid mengetahui tentang sejarah dan tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur dan
Putrajaya.
3.2 Meningkatkan kemahiran bersosialisasi murid-murid pendidikan khas dengan
komuniti.
3.3 Meningkatkan jaringan hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa, agensi
swasta, kerajaan mahupun NGO.
3.4 Penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni kepada semua murid.
3.5 Menyuburkan nilai-nilai kepimpinan dalam kalangan murid.

2
4.0 SASARAN

Program lawatan sambil belajar ini terbuka kepada murid-murid Program Pendidikan Khas
Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Ujong Pasir, Melaka. Sasaran utama ialah murid-murid
yang boleh menguruskan diri, sebagai latihan supaya mereka mampu berdikari apabila
berjauhan daripada ibu bapa atau ahli keluarga.

5.0 MODULAR PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

MATA
PELAJARAN/ STANDARD KANDUNGAN (SK) STANDARD PEMBELAJARAN (SP)
NO.
KOMPONEN
1 BAHASA 1.1 Mendengar dan memberi 1.1.1 Mendengar dan memberi
MELAYU respons dalam pelbagai respons terhadap ayat
situasi perintah
1.1.2 Melafazkan ayat perintah
dalam pelbagai situasi

2 PENGURUSAN 5.1 Beradab sopan dalam 5.1.4 Menunjuk cara adab sopan dalam
DIRI berkomunikasi berkomunikasi

3 BAHASA 3.2 Menulis perkataan 3.2.1 Menyalin perkataan suku


MELAYU secara mekanis kata tertutup

4 PEND SENI 1.1 Pengenalan unsur-unsur seni 1.1.1 Mengenal unsur-unsur seni
VISUAL i. garisan
ii. jalinan
iii. rupa
iv. bentuk

5 PENDIDIKAN 5.1 Mematuhi dan mengamalkan 5.1.1 Mengamalkan kaedah persediaan


JASMANI DAN pengurusan dan keselamatan diri sebelum, semasa dan selepas
KESIHATAN melakukan aktiviti

5.1.2 Memilih peralatan yang selamat


digunakan

5.1.3 Menyimpan peralatan di tempat


yang selamat selepas melakukan
aktiviti
6 KEMAHIRAN 3.3 Pengamatan sensori 3.3.1 Mengenal pasti permukaan
MANIPULATIF  Deria sentuh dengan deria sentuh:
(i) kasar
(ii) licin
(iii) panas
(iv) sejuk

3
3.3.2 Membezakan permukaan
dengan deria sentuh:
(i) kasar
(ii) licin
(iii) panas
(iv) sejuk

MATA
PELAJARAN/ STANDARD KANDUNGAN (SK) STANDARD PEMBELAJARAN (SP)
NO.
KOMPONEN
7 PENGURUSAN 1.6 Mengenal waktu 1.6.1 Menamakan waktu-waktu
DIRI makan dan makanan makan:
yang bersesuaian. (i) sarapan pagi.
(ii) makan tengah hari.
(iii) minum petang.
(iv) makan malam.

1.6.2 Menjelaskan kepentingan


makan mengikut waktu

8 PEND AGAMA 5.2 Adab terhadap rakan. 5.2.1 Menyatakan pengertian adab
ISLAM terhadap rakan.

5.2.2 Menyebut contoh-contoh adab


terhadap rakan.

9 MATEMATIK 5.1 Waktu dalam unit jam 5.1.2 Menyatakan suku jam,
dan minit setengah jam dan tiga suku jam
pada muka jam berdasarkan
analog:
(ii) Kedudukan jarum jam dan jarum
minit.

10 PENDIDIKAN 4.1 Bacaan dan perlakuan solat. 4.1.2 Menunjukkan perlakuan solat.
AGAMA ISLAM
4.1.3 Menerangkan kebaikan menunaikan
solat.

11 BAHASA 1.1 Mendengar dan memberi 1.1.1 Mendengar dan memberi


MELAYU respons dalam pelbagai respons terhadap ayat
situasi perintah

** RPH MODULAR PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR -rujuk lampiran 4

6.0 BUTIRAN LAWATAN

Jangka masa Lawatan : 2 hari 1 malam


Tarikh Lawatan : 18 dan 19 April 2018
Hari Lawatan : Rabu dan Khamis
Bilangan murid : 20 orang
Bilangan guru dan PPM : 15 orang

4
Bilangan ahli keluarga : 06 orang
Jumlah : 41 orang

7.0 AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi : Puan Janna Bt Daud (Guru Besar)


Naib Pengerusi 1 : Puan Hajah Siti Hamidah Bt Selamat (GPK PK)
Naib Pengerusi 2 : Puan Veronica De Mello (GPK 1)
Naib Pengerusi 3 : Puan Almiah Pakiah binti Haji Jusoh (GPK HEM)
Naib Pengerusi 4 : Puan Norhamizah Bt Kamarudin (GPK KOKU)
Penyelaras Program : Encik Rahimin bin Ibrahim
Penolong Penyelaras : Encik Ahmad Yunus bin Selim
Setiausaha Program : Puan Norainie binti Abu Bakar
Naib Setiausaha : Puan Nurul Huda binti Saat
Bendahari : Cik Nur Natijah Zaihariahmah binti Zainur Rashid

Jawatankuasa :

Makanan : Puan Amirah bte Abdul Rahman


Puan Nurul Huda binti Saat
Puan Siti Juwairiah binti Ismail
Puan Siti Farhana binti Muhammad Najip

Penajaan : Puan Siti Zairin binti Ismail

Pengangkutan : Encik Mahathir bin Muhammad

Kebajikan : Cik Nur Natijah Zaihariahmah binti Zainur Rashid

Dokumentasi : Encik Mahathir bin Muhammad


Puan Norhaniza binti Kamarudin

Penginapan : Puan Saniah binti Abdul Rahim


Puan Norainie binti Abu Bakar
Puan Siti Soleha binti Hussin
Puan Haziemah binti Yaakup

8.0 TENTATIF PROGRAM

Lihat Borang BP57

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Lihat Borang BP57, Lampiran 2

10.0 SENARAI NAMA GURU DAN MURID

5
Lihat Borang BP57, Lampiran 3

11.0 PENUTUP

Mudah-mudahan usaha murni kami untuk memberikan pengalaman baharu serta


menyuburkan sahsiah diri murid-murid berkeperluan khas sekolah ini akan terlaksana dengan
jayanya melalui segala perancangan yang telah disediakan dan kerjasama semua pihak yang
terlibat.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disokong oleh,

………………………………… ……………………………………. ………………………


(SETIAUSAHA PROGRAM) (GPK PENDIDIKAN KHAS) (GURU BESAR)

Anda mungkin juga menyukai