Anda di halaman 1dari 5

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

KELAS PENDIDIKAN KHAS PEMBELAJARAN


SEKOLAH KEBANGSAAN UJONG PASIR
JALAN UJONG PASIR 75050 MELAKA

KERTAS KERJA
AKTIVITI AUDIO VISUAL

TARIKH
3 JULAI 2018

ANJURAN
UNIT KOKURIKULUM PPKI
DAN
BADAN KEBAJIKAN IBU BAPA DAN GURU
PENDIDIKAN KHAS
1
AKTIVITI AUDIO VISUAL DI MAHKOTA PARADE, MELAKA

1.0 PENDAHULUAN

Murid - murid pendidikan khas merupakan golongan kanak-kanak yang mempunyai


kekurangan daripada kanak-kanak biasa dari fizikal mahupun mental. Kumpulan ini
memerlukan penjagaan yang rapi kerana sebahagian mereka kurang kemampuan
mengendalikan kehidupan berdikari. Mereka perlu diberikan kasih sayang oleh keluarga
dan masyarakat dengan sepenuhnya. Mereka juga diasingkan daripada kanak-kanak biasa
apabila belajar kerana mereka tidak berkeupayaan untuk mengikuti pembelajaran murid-
murid seperti biasa. 
Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk membantu kanak-kanak berkeperluan khas
ini menguruskan kehidupan berdikari mereka agar berupaya mengecapi kejayaan seperti
orang biasa. Aktiviti ini berperanan mengembangkan kognitif, emosi, sosial dan psikomotor
kanak-kanak tersebut dan ini secara tidak langsung juga dapat membantu mereka dalam
kehidupan seharian.
Terapi dalam Pendidikan Khas adalah salah satu kaedah untuk membantu murid
bergerak balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran. Ia bertujuan untuk membantu
murid- murid berkeperluan khas dalam mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi,
sosial dan psikomotor. Program ini adalah selaras dengan Akta Pendidikan 1996,
Peraturan- peraturan (Pendidikan Khas) Julai 2013 yang menyatakan guru- guru boleh
mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran, masa bagi aktiviti dan
susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan
matlamat Pendidikan Khas.

2.0 MATLAMAT

Aktiviti ini bermatlamatkan untuk membantu murid- murid berkeperluan khas


meningkatkan nilai- nilai dalam aspek kehidupan berdikari agar dapat meneruskan
kehidupan bermasyarakat dengan jayanya apabila dewasa kelak.

3.0 OBJEKTIF

Objektif aktiviti ini dijalankan supaya murid dapat :

3.1 Meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor halus
dan kasar.
3.2 Menguasai kemahiran-kemahiran tertentu yang bersesuaian dan berkaitan dengan
kehidupan seharian.
3.3 Mewujudkan suasana persekitaran pembelajaran yang ceria dan menyeronokkan.
3.4 Membina keyakinan diri dan memperlihatkan kemampuan sekaligus meningkatkan
semangat jati diri.
3.5 Bersosial, berkomunikasi dan bekerjasama dengan rakan rakan dengan lebih baik.

4.0 SASARAN

Aktiviti ini terbuka kepada murid-murid Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran


Sekolah Kebangsaan Ujong Pasir

2
5.0 MODULAR AKTIVITI AUDIO VISUAL

MATA
PELAJARAN/ STANDARD KANDUNGAN (SK) STANDARD PEMBELAJARAN (SP)
NO.
KOMPONEN
1 BAHASA 1.1 Mendengar dan 1.1.1 Mendengar dan memberi
MELAYU memberi respons respons terhadap ayat
dalam pelbagai situasi perintah
1.2 Mendengar dan bercerita 1.2.1 Menceritakan semula cerita yang
didengar berpandukan gambar
bersiri.
2 MATEMATIK 1.1 Mengenal nombor 1.1.1 Mengenal nombor
1.1.2 Menamakan nombor

4.1 Wang Malaysia RM20 dan 4.1.1 Mengecam wang kertas RM20 dan
RM50 RM50
4.1.2 Mengenal wang kertas RM20 dan
RM50

4.3 Menyelesaikan operasi 4.3.1 Menambah dua nilai wang yang


melibatkan wang melibatkan:
(i) sen
(ii) ringgit
4.3.2 Menolak dua nilai wang yang
melibatkan:
(i) sen
(ii) ringgit
3 BAHASA 1.3 Participate in daily 1.3.1 Listen and participate appropriately
INGGERIS conversations in daily conversation in a variety of
contexts:
(i) exchange greetings
(ii) express social expression
4 PENGURUSAN 1.3 Adab pergaulan 1.3.1 Menggunakan bahasa yang sopan
DIRI dengan rakan dan semasa
warga sekolah. berkomunikasi dengan rakan.
1.3.2 Mempraktikkan adab dan batasan
pergaulan dengan rakan.
5 PENDIDIKAN 4.1 Bacaan dan perlakuan solat. 4.1.2 Menunjukkan perlakuan solat.
ISLAM
6 BAHASA 1.1 Mendengar dan memberi 1.1.1 Mendengar dan memberi
MELAYU respons dalam pelbagai respons terhadap ayat
situasi perintah

** RPH MODULAR AKTIVITI AUDIO VISUAL – rujuk Lampiran 4

6.0 BUTIRAN AKTIVITI (CONTOH)

Jangkamasa Aktiviti : 1 hari


Tarikh Aktiviti : 3 Julai 2018
Hari Aktiviti : Khamis
3
Bilangan murid : 15 orang
Bilangan guru dan PPM : 7 orang

7.0 AHLI JAWATANKUASA (CONTOH)

Pengerusi : Pn Janna Bt Daud (Guru Besar)


Naib Pengerusi 1 : Pn Hjh Siti Hamidah Bt Selamat (GPK PK)
Naib Pengerusi 2 : Pn. Veronica De Mello (GPK 1)
Naib Pengerusi 3 : Pn Almiah Pakiah bt. Hj. Jusoh (GPK HEM)
Naib Pengerusi 4 : Pn Norhamiza Bt Kamarudin (GPK KOKU)
Penyelaras Program : En Rahimin bin Ibrahim
Penolong Penyelaras : En Ahmad Yunus bin Selim
Setiausaha Program : Pn Norainie Bt Abu Bakar
Naib Setiausaha : Pn Nurul Huda Bt Saat
Bendahari : Cik Nur Natijah Zaihariahmah Bt Zainurrashid

Jawatankuasa :

AJK Kawalan Murid : En. Mohd Hairol b. Mohd Said


AJK Aktiviti : Pn. Aishahtul Iman bt. Muhd Ramli
AJK Pengangkutan : Pn. Nourafeedah bt. Khamis
AJK Makanan : Pn. Marini bt Jaafar

8.0 TENTATIF AKTIVITI

Lihat Borang 57

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Lihat Borang BP57 Lampiran 2

10.0 SENARAI NAMA GURU DAN MURID

Lihat Borang BP57 Lampiran 3

11.0 PENUTUP

Aktiviti ini diharap dapat dijalankan seperti dirancang supaya mencapai matlamatnya
iaitu ke arah meningkatkan kemahiran, keyakinan diri dan memberi pengalaman sebenar
kepada murid-murid berkeperluan khas. Semoga segala pengetahuan dan pengalaman
yang diperolehi ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam kehidupan harian.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disokong oleh,

………………………………… ……………………………………. ………………………

4
(SETIAUSAHA PROGRAM) (GPK PENDIDIKAN KHAS) (GURU BESAR)

Anda mungkin juga menyukai