Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Salam Sejahtera, Salam SK Jeram “United We


Excel”. Terima kasih saya ucapkan kepada pengerusi majlis.

Yang diraikan Encik Shamsuddin Bin Abu Bakar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran Dan
Kurikulum SK Jeram.

Yang Berusaha Puan Hajjah Paridah Binti Haji Abbas, Guru Besar SK Jeram

Yang berusaha :

Puan Hajjah Rahayu Binti Haji Babu, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Puan Marziah Binti Ahmad, Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

Guru-guru Sekolah Kebangsaan Jeram yang disayangi, A.K.P yang dihormati serta sahabat-
sahabat seperjuangan yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita
berkumpul bersama-sama dalam Majlis Persaraan Cikgu Shamsuddin bin Abu Bakar pada hari
yang penuh bermakna ini.

Saya selaku wakil murid Sekolah Kebangsaan Jeram ingin merakamkan jutaan terima
kasih yang tidak terhingga kepada insan yang diraikan iaitu Cikgu Shamsuddin bin Abu Bakar
atas ilmu yang telah diberikan selama ini. Sesungguhnya segala ilmu yang dicurahkan amat
bermakna buat kami. Hanya doa mampu kami titipkan kepada cikgu sebagai ganti atas segala
pengorbanan dan curahan ilmu yang pernah diberikan. Semoga Allah merahmati setiap apa yang
dilakukan oleh Cikgu Shamsuddin selepas ini dan sentiasa diberikan kesihatan tubuh badan yang
baik untuk meneruskan kehidupan selepas bersara nanti.

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Benarlah kata pepatah, yang patah
kan tumbuh, yang hilang akan berganti, namun yang hilang tidak akan sama walabagaimanapun
akan tetap kekal abadi. Begitulah juga dengan bersaranya Cikgu Shamsuddin selepas ini, maka
tiada lagi bayangan Cikgu Shamsuddin selepas ini tetapi memori kita bersama tetap utuh di
ingatan kami semua murid.

Sebelum mengakhir ucapan, izinkan saya berpantun buat insan yang diraikan.

Buah pauh delima batu,

Anak sembilang di tapak tangan,

Walau jauh beribu batu,

Hilang di mata di hati jangan.

Salam kemaafan kami hulurkan,

Semoga kemesraan terus berpanjangan,

Ilmu diberi harap halalkan,

Semoga perjuangan kami mendapat keberkatan.

Sekian sahaja ucapan saya selaku wakil murid. Terima kasih diucapkan sekali lagi kepada Cikgu
Shamsuddin dan Selamat Bersara saya ucapkan. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai